Si Milo & Si Toby
Menjadi kawan
Ada seekor kucing bernama Milo yang
sedang makan dan seekor anjing yang
bernama Toby yang sedang bermain
dengan tuannya.
Si Toby yang melihat Si Milo sedang
makan itu terus menyalak "Woof
woof"... dan Si Milo berlari ketakutan
Lalu tuan Si Toby marah kepada Toby
kerana menakutkan Si Milo dan
membuat bising
Pada keesokan harinya, Si Toby bermain
dengan bolanya.Tiba-tiba bolanya itu melantun
masuk ke kawasan rumah Si Milo.
Milo melihat bola itu, dan membaling semula ke kawasan
rumah Si Toby walaupun Si Milo merasa takut. Si Toby
pun berkata dengan Si Milo ..." Terima kasih Milo"
Semasa Si Milo sedang baring, ada dua orang
kanak-kanak lelaki yang nakal cuba untuk
mencederakan Si Milo.
Si Toby yang melihat kejadian itu terus
menyalak untuk menakutkan mereka
dan menyelamatkan Si Milo.
Si Milo pun merasakan lega dan berkata
kepada Si Toby "Terima kasih banyak banyak
Toby, kalau tiada kau mesti aku sudah cedera
parah".
Toby pun senyum dan berkata "Sama-
sama Milo. Aku ingin meminta maaf
kepada kau kerana menakutkan kau dan
aku ingin kita menjadi kawan."
JOM NYANYI BERSAMA !