17
18
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
TEMPOH 13 TAHUN
GELOMBANG 1 (2013-2015)
MENGUBAH SISTEM DENGAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA GURU DAN MEMBERI FOKUS KEPADA KEMAHIRAN
UTAMA
• Membimbing guru secara khusus bagi meningkatkan standard guru khususnya dalam mata pelajaran teras seperti
Matematik, Sains, BM dan BI .
• Standard kemasukan yang lebih tinggi bagi guru baharu
• Mewujudkan Pembimbing Pengetua yang berdedikasi untuk sekolah Band 5, 6 & 7 dan mengukuhkan kriteria
pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi mengukuhkan kepimpinan sekolah
• Merombak soalan peperiksaan dengan tumpuan kepada peningkatan soalan kemahiran berfikir aras tinggi
(HOTS)
• Standard BM yang sama dilaksanakan pada peringkat rendah dengan penyediaan bantuan pemulihan kepada
murid lemah dalam BM dan BI
• Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk integrasi ICT dalam pembelajaran harian
• Memastikan sokongan daripada PPD ditumpukan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk kepada murid
dengan keperluan khusus melonjakkan peningkatan sekolah
• Meningkatkan enrolmen dan penglibatan ibu bapa serta menawarkan pendidikan vokasional yang lebih baik untuk
meningkatkan enrolmen pra sekolah dan sekolah menengah
• Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kolaborasi dengan sektor swasta
• Mentransformasi kementerian bermula dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui JPN dan PPD bagi
meningkatkan prestasi sistem penyampaian KPM
GELOMBANG 2 (2016-2020)
MEMACU PENINGKATAN SISTEM
• Memperluas bimbingan dan sokongan untuk membantu guru bagi menambah pengetahuan dalam semua mata
pelajaran, pemikiran,kepimpinan, etika / kerohanian dan identiti nasional.
• Menyediakan kemajuan berdasarkan kompetensi dan prestasi serta menambahbaik latihan pra-perkhidmatan untuk
memugarkan profesion keguruan
• Menambahbaik kurikulum peringkat rendah dan melaksanakan kurikulum baharu peringkat menengah bagi
meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran standing dengan standard antarabangsa
• Menghentikan kelas peralihan, menjalankan rintis bagi pilihan untuk immersion BI dan mengukuhkan penyediaan
pendidikan bahasa ketiga untuk meningkatkan penguasaan pelbagai Bahasa
• Melaksanakan inovasi ICT untuk sekolah pedalaman, sekolah kurang guru dan sekolah kurang murid untuk
menangani isu kapasiti
• Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti Orang Asli dan kumpulan minoriti lain, pintar
cerdas dan berkeperluan khas
• Memperluas tawaran pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan
vokasional swasta
• Mengukuhkan Bahagian utama KPM, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan
kebolehandan keupayaan pelaksanaan
19
GELOMBANG 3 (2021-2025)
MENGANJAK KE ARAH KECEMERLANGAN MELALUI PENINGKATAN TADBIR – URUS KENDIRI
• Membenarkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dengan lebih meluas dari segi pelaksanaan kurikulum
dan peruntukkan belanjawan bagi sekolah yang layak
• Meneruskan budaya kecemerlangan profesionalisme dibimbing rakan sejawat, iaitu guru
• dan pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik dan memastikan rakan
• sejawat mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesionalisme
• Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Malaysia
• dan Bahasa Inggeris dan menyediakan lebih pilihan untuk mempelajarai bahasa tambahan
• Melaksanaan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh Negara untuk meningkatkan
standard pembelajaran
• Mengukuh dan mentransformasi Kementerian melalui pengukuhan kemajuan kerjaya bagi pegawai pada peringkat
Kementerian
• Mengkaji semula struktur sekolah untuk menentukan keperluan bagi mengoptimumkan laluan dan pilihan
persekolahan
Keberhasilan utama
• 100% lliterasi murid dalam BI dan BM dan menguasai kemahiran numerasi selepas 3 tahun persekolahan: sasaran
untuk BI akan ditentukan selepas garis asas diperoleh
• 92% prasekolah , 98% sekolah rendah dan 95% enrolmen menengah rendah
• Pengurangan 25% jurang bandar dan luarbandar
• Prestasi Malaysia pada purata antarabangsa dalam kitaran TIMSS and PISA seterusnya
• 100% enrolmen prasekolah hingga menengah rendah, 90% enrolmen menengah atas
• 50% pengurangan jurang bandar / luar bandar , 25% pengurangan jurang sosio ekonomi dan jantina
• Pencapaian Malaysia pada kedudukan negara sepertiga teratas dalam TIMSS and PISA
• Mengekalkan atau meningkatkan enrolmen
• Mengekalkan atau mengurangkan jurang bandar dan luar bandar, 50% pengurangan jurang sosio ekonomi dan
jantina
20
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri sendiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
21
BUDAYA SEKOLAH
PRINSIP CEO
Memahami dan menghayati-
Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah
Mengamalkan budaya kerja sama-sama dan berpasukan
Saling Menyokong Untuk Satu Matlamat
Mengamalkan kerja secara bermesyuarat
Sentiasa bekerja jujur, ikhlas, cekap dan amanah
Mengamalkan perkhidmatan penyayang
Kepimpinan melalui teladan
Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri
Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
Kerja sebagai ibadah
MATLAMAT SEKOLAH
22
MATLAMAT SEKOLAH
MATLAMAT SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM
Memantapkan penghayatan agama untuk pembangunan insan yang seimbang.
Memupuk jati diri patriotisme dalam kalangan warga sekolah kepada negara.
Menuju sifar kes disiplin dalam kalangan pelajar.
Mewujudkan perkongsian pintar sekolah, masyarakat dan komuniti setempat.
Meningkat profesionalisme dalam kalangan warga kerja dari aspek pengurusan
pendidikan.
Menyediakan persekitaran yang kondusif, ceria dan bersih serta selamat,
Mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan awam seperti PT3 dan SPM.
Mengoptimumkan penyertaan dan pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
Menjana warga sekolah agar pintar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Memupuk budaya bekerjasama dan kerja sama- sama antara warga sekolah,
masyarakat dan komuniti setempat.
Mengasuh insan pelajar agar mencintai ilmu pengetahuan.
Mendidik insan pelajar berkomunikasi secara berkesan.
23
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
SMK Sultanah Hajjah Kalsom berhasrat untuk membangunkan potensi pelajar ke
peringkat optimum dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah diri berteraskan
Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Kami berusaha untuk mencapai hasrat
berikut :
KURIKULUM
PT3 GPS 1.00
Menerusi : SPM GPS 2.00
1. Pengurusan dan perancangan kurikulum yang strategik.
2. Program pengajaran dan pembelajaran berasaskan PAK 21
3. Program pembangunan insan guru dan pelajar.
4. Kemudahan prasarana pendidikan yang terkini.
5. Program strategik ‘Glory Shaks’
Peringkat Daerah KOKURIKULUM Penyertaan
Peringkat Negeri 100% Penyertaan
Peringkat Kebangsaan 80% Penyertaan
Peringkat Antarabangsa 40% Penyertaan
20%
Menerusi :
• Membangunkan potensi dan bakat pelajar secara menyeluruh
• Program bakat yang sistematik dengan menekankan unsur KBAT.
• Penyediaan kemudahan dan peralatan sukan
• Penglibatan semua pelajar
• Program ‘Glory Shaks’
HAL EHWAL MURID
1. Membina insan murid yang seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani,emosi
dan jasmani.
2. Menuju ke arah sifar salah laku disiplin.
3. Menyedia iklim dan budaya sekolah yang bersih, selamat dan ceria.
4. Mengamalkan budaya cemerlang
Menerusi :
• Program motivasi dan kemahiran belajar PAK 21
• Program keselamatan, kebersihan dan keceriaan
• Perkongsian pintar dengan semua pihak
• Program sekolah penyayang
• Program ‘Glory Shaks’
24
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Menengah Sultanah Hajjah Kalsom yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan
Seri Kuantan mula dibuka pada 7.1.2002. Penubuhan SMK Seri Kuantan sebagai salah sebuah sekolah
Rancangan Khas negeri Pahang, bermatlamat memberi ruang kepada murid-murid yang tidak berpeluang ke
Sekolah Berasrama Penuh walaupun mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan
Penilaian UPSR.
Pelan sekolah ini telah direka oleh Syarikat Amal Architect dan dibina oleh Damansara Realty Bhd. Lokasi
sekolah terletak berhampiran Taman Perumahan Bandar Damansara Kuantan. Kawasan bangunan sekolah
seluas 25 ekar persegi (10.1 hektar) sementara keluasan padang ialah 41,980 kaki persegi.
Dari setahun ke setahun SMK Sultanah Hajjah Kalsom mengorak langkah mengungguli kecemerlangan demi
kecemerlangan setanding dengan sekolah-sekolah primier di negeri Pahang. Pada tahun 2011 Sekolah ini telah
diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Kebitaraan yang dipilih meliputi 3 bidang utama iaitu
akademik, kokurikulum dan Sukan. Dari segi akademik mata pelajaran Fizik dengan sisipan kecemerlangan
koakademik dalam bidang Inovasi Sains iaitu Rekacipta, dan Formula One telah memberi watak kepada
sekolah ini.. Dalam bidang kokurikulum pula Robotik telah menempatkan sekolah ini di persada antarabangsa.
Bidang sukan sekolah ini kian digeruni dengan pasukan ragbi.
Budaya kerja cemerlang dan cekap yang didokong oleh warga kerja SHAKS perlu seiring dengan visi
Kementerian Pelndidiak Malaysia. Bekerja dalam satu pasukan di bawah satu kepimpinan yang mantap
merupakan etos sekolah yang perlu digandingkan bersama oleh semua warga sekolah.
25
KETERANGAN LENCANA
• Bentuk bulat dan ditengahnya bulatan kecil (nukleus) adalah simbolik kepada cakera padat yang mewakili
zaman sekarang yang menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai satu elemen utama
penerokaan ilmu untuk memperkasakan bangsa serta keperluan utama dalam pelbagai sektor pekerjaan.
• Bentuk 5 buah buku bermaksud ilmu sebagai perkara wajib dipelajari oleh para pelajar, diletakkan di antara
simbolik tunas, yang bermaksud ilmu menjadi asas penting kepada perkembangan pelajar bertunjangkan
5 prinsip rukun negara dan rukun iman (bagi penganut Agama Islam iaitu agama rasmi) dalam melahirkan
generasi berpengetahuan dan mampu menerajui negara pada masa akan datang.
• Bentuk nukleus dan juga gear jentera sebagai mewakili bidang sains dan teknologi yang mesti dikuasai
oleh para murid bagi mencapai Wawasan 2020 negara kita. Sekolah sebagai satu institusi yang
menyediakan peluang awal untuk menguasai pelbagai ilmu tersebut dalam usaha untuk merealisasikan
Wawasan 2020.
• Simbol tetikus komputer sebagai mewakili zaman sekarang yang menjadikan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) sebagai satu keperluan penting untuk semua sektor pekerjaan.
• Bentuk tunas pokok pula melambangkan para murid sebagai modal insan yang perlu dibaja dan dicurahkan
ilmu secukupnya supaya menjadi insan kamil yang dapat memimpin dan menerajui negara pada masa
akan datang.
SLOGAN : PINTAR, PROAKTIF, ILTIZAM, UNGGUL
Semua warga SMK Sultanah Hajjah Kalsom harus mempunyai :
• Pintar iaitu bersikap positif seperti cekap, pandai, cerdik, mahir dan banyak akal perlu dicapai apabila
unsur Iltizam dan Prokatif telah sebati dalam diri dan menjadi amalan seharian
• Proaktif melakukan sesuatu tindakan ( setelah difikir masak-masak jauh lebih awal tanpa disuruh) daripada
berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan. Warga SMK Sultanah Hajjah
Kalsom mesti mengambil inisiatif kendiri tanpa perlu suruhan atau arahan daripada seseorang.
• Iltizam iaitu keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab atau komitmen dalam
melaksanakan sesuatu. Setiap warga SMK Sultanah Hajjah Kalsom terikat dan berazam untuk melakukan
sesuatu sebagai yang terbaik dan cemerlang.
• Unggul nilai ' terbaik ', ' teristimewa' , ' terutama' , dan ' melebihi' atau berupaya mengatasi yang lain
daripada pelbagai aspek.
26
BENDERA SEKOLAH
PENGERTIAN BENDERA SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM
• MERAH - Warna merah sebagai simbol semangat yang waja dan keberanian jati diri para pelajar dalam
menerima ilmu pengetahuan tanpa mengenal putus asa.
• BIRU - Warna biru menunjukkan nilai perpaduan iaitu wujudnya saling interaksi antara pelajar dan guru
serta sikap bekerjasama dalam memartabatkan ilmu pengetahuan.
• KUNING - Warna kuning menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di samping itu juga
menunjukkan ketaatan rakyat kepada Sultan Pahang dan tekad untuk menyumbang kepada kemajuan di
negeri Pahang dalam apa jua bidang.
• PUTIH & HITAM - sebagai mewakili bendera negeri Pahang Darul Makmur.
27
PERATURAN SEKOLAH
PERATURAN-PERATURAN AM SEKOLAH
1. HADIR BEKERJA
1.1 Persekolahan bermula pada pukul 7.30 pagi dan balik pada pukul 2.40 petang pada hari Isnin, Selasa, dan
Khamis, pukul 5.00 petang pada hari Rabu serta 12.15 tengah hari pada hari Jumaat.
1.2 Guru-guru dikehendaki ‘Thumb Print’ waktu hadir dan pulang di pejabat sekolah.
2. TIDAK HADIR BEKERJA
2.1 Guru-guru yang tidak dapat hadir bekerja dikehendaki memohon sokongan daripada GPK Pendabiran dan
seterusnya memohan kelulusan daripada pengetua.
2.1.1 Ketidakhadiran pada tarikh yang diketahui terlebih dahulu, sama ada atas sebab persendirian atau
arahan rasmi daripada pihak yang diluluskan dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu.
2.1.2 Ketidakhadiran secara tergempar atau cuti sakit hendaklah dimaklumkan dengan segera pada hari
berkenaan dengan cara yang paling sesuai.
2.2 Guru-guru yang tidak hadir bekerja bukan kerana cuti sakit atau bukan arahan rasmi daripada pihak yang
diluluskan, dikehendaki meminta cuti dengan menyempurnakan borang permohonan cuti.
2.3 Borang permohonan cuti hendaklah disempurnakan sebelum tarikh cuti diambil kecuali atas sebab
kecemasan. Walau bagaimanapun mesti mendapat kelulusan daripada pengetua terlebih dahulu dan
memaklumkan cuti tersebut kepada Penolong Kanan Pentadbiran dan Penyelaras Tingkatan. Borang
Permohonan Cuti berkenaan mesti diuruskan pada hari pertama bertugas semula.
2.4 Guru-guru yang tidak hadir bertugas kerana uzur dan mendapat sijil sakit dikehendaki menyerahkan sijil
tersebut ke pejabat sekolah pada hari pertama bertugas semula untuk disahkan oleh pengetua dan untuk
tindakan selanjutnya.
2.5 Kakitangan yang mendapat cuti sakit telah disyaratkan mesti berada di hospital atau di rumah pegawai
mengikut Perintah Am Bab C Hal.17 (C) kecuali diarahkan oleh Pegawai Perubatan sebaliknya. Surat
Akuan Sakit mesti diserahkan pada hari pertama bertugas semula kepada Ketua Pembantu Tadbir.
2.6 Cuti Rehat Khas adalah mengikut budi bicara pengetua.
3. MENINGGALKAN SEKOLAH DALAM WAKTU BEKERJA
3.1 Seseorang guru yang hendak meninggalkan sekolah dalam waktu persekolahan sama ada dalam tempoh
tertentu atau tidak akan kembali semula pada hari berkenaan di kehendaki mendapat kebenaran pengetua
sebelum berbuat demikian. Kebenaran hanya akan diberi atas sebab yang sangat mustahak dan tidak
dapat dielakkan.
3.2 Seseorang guru yang diberi kebenaran keluar dari kawasan sekolah hendaklah menyempurnakan
maklumat Buku Rekod Keluar Dalam Waktu Bekerja di pejabat sekolah dan ditandatangani oleh pegawai
yang membenarkan.
3.3 Sekiranya guru keluar atas urusan peribadi melebihi 4 jam, guru perlu mengisi borang cuti rehat.
4. KEHADIRAN KE KELAS
4.1 Guru waktu pertama perlu masuk ke kelas 10 minit awal untuk pengurusan kelas.
4.2 Semua guru dikehendaki mematuhi jadual waktu pengajaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah,
kehadiran ke kelas tidak lewat daripada lima minit atas maksud perjalanan akibat pertukaran kelas.
4.3 Guru-guru tidak dibenarkan keluar meninggalkan kelas lebih awal daripada waktu PdPC.
4.4 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas dalam tempoh pengajaran walaupun pelajar telah diberi tugasan
atau kerja-kerja yang berkaitan.
4.5 Semua guru dikehendaki memaksimumkan penggunaan masa untuk PdPC yang telah diperuntukkan.
Setiap guru hendaklah melibatkan diri dengan pelajar mereka sehingga waktu pengajaran berakhir.
5. ERPH
5.1 ERPH ialah dokumen rasmi. Guru-guru dikehendaki mengemas kini maklumat yang diperlukan setiap hari.
5.2 ERPH hendaklah sentiasa dibawa ke kelas pada waktu pengajaran.
28
5.3 ERPH yang telah lengkap disempurnakan termasuk hari Isnin minggu berikutnya hendaklah dihantar untuk
semakan oleh pengetua pada hari Jumaat atau hari sebelumnya jika hari Jumaat diisytiharkan sebagai Hari
Kelepasan Am.
5.4 ERPH hendaklah sentiasa dikemaskinikan dan ditulis sehari sebelum melaksanakan pengajaran.
5.5 ERPH hendaklah ditulis mengikut format dan kaedah yang telah ditetapkan oleh panitia dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
5.6 Setiap orang guru yang akan bercuti, berkursus dan menjalani aktiviti di luar maka ERPH yang telah
dilengkapkan untuk hari berikutnya hendaklah diserahkan kepada pengetua atau Penolong Kanan bagi
memudahkan guru ganti mengambil alih tanggungjawab dan melaksanakan PdPC seperti yang telah
dirancang.
6. JADUAL KEDATANGAN KELAS
6.1 Guru waktu pertama perlu mengambil kehadiran kelas sebelum 8.10 pagi.
6.2 Guru kelas perlu mengemas kini peratus kehadiran setiap hari dalam APDM sebelum pukul 2.00 petang.
6.3 Guru kelas perlu menyemak ketidakhadiran pelajar dan mengambil tindakan mengikut Pekeliling yang
sepatutnya
6.4 Guru Kelas perlu mengesahkan kehadiran kelas pada setiap akhir bulan di dalam APDM.
7. PERHIMPUNAN MINGGUAN
7.1 Perhimpunan mingguan telah ditetapkan pada hari Isnin setiap minggu.
7.2 Perhimpunan mingguan merupakan majlis rasmi sekolah yang wajib dihadiri oleh semua guru dan pelajar.
Oleh itu semua guru dan pelajar wajarlah menghormati majlis ini.
7.3 Guru bertugas mingguan bertanggungjawab menguruskan perjalanan majlis termasuk menyediakan dan
memulangkan kembali kerusi tempat duduk serta merekodkan semua peristiwa yang berlaku dan perkara
yang terdapat dalam Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan.
8. HUBUNGAN GURU DENGAN MURID
8.1 Semua guru hendaklah sedapat mungkin memberi perhatian kepada murid sebagai individu berbeza
kemampuan dan kebolehan.
8.2 Semua guru merupakan pembimbing. Sebarang masalah murid hendaklah diberi perhatian secara
bersungguh-sungguh dan membantu mereka menyelesaikannya.
8.3 Semua guru hendaklah menggunakan setiap kesempatan membina dan menyedarkan murid tentang
tanggungjawab, merangsang mereka menggunakan masa secara berfaedah, mendorong berfikir dan
mengeluarkan pendapat atau idea serta membimbing mereka dalam pelbagai perkara yang berfaedah.
8.4 Mengelakkan wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap pelajar atas sebab-sebab keturunan,
jantina, status, hubungan kekeluargaan, ekonomi dan sebagainya.
9. HUBUNGAN GURU / PEKERJA, SESAMA GURU, SESAMA PEKERJA
9.1 Guru /Pekerja hendaklah mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan saling membantu antara satu
sama lain ke arah kecemerlangan dan kestabilan sekolah.
9.2 Hubungan guru / pekerja, sesama guru, sesama pekerja hendaklah terjalin erat sepanjang masa sebagai
satu keluarga.
9.3 Setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah hendaklah dijayakan bersama dengan
nilai-nilai kekeluargaan demi mewujudkan perpaduan dan masyarakat penyayang.
10. KEGIATAN KOKURIKULUM
10.1 Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan wajib dengan peruntukan masa sekurang-kurangnya 180 minit
setiap aktiviti pada hari Rabu.
10.2 Semua peraturan yang telah dikeluarkan oleh Unit Kokurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia
hendaklah dipatuhi serta dijadikan panduan.
10.3 Setiap kegiatan kokurikulum mestilah direkodkan dalam fail unit masing-masing.
10.4 Perhimpunan Kokurikulum akan diadakan pada hari pertama minggu ke 3 setiap bulan.
29
10.5 Semua guru dan murid perlu memakai pakaian unit beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu dan
hari Isnin minggu pertama mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan.
11. MAKLUMAT DIRI GURU
11.1 Semua guru hendaklah menyempurnakan semua perkara yang berkaitan dalam Borang Maklumat Diri yang
disediakan oleh pihak sekolah.
11.2 Semua guru bertanggungjawab mengetahui dan boleh memberikan maklumat pada bila-bila masa dengan
tepat dan betul mengenai perjawatan.
11.3 Semua guru perlu bertanggungjawab terhadap data peribadi dan urusan kenaikan pangkat masing-masing.
12. HUKUMAN SALAH LAKU PELAJAR
12.1 Rujuk Pekeliling Ikhtisas bil. 8/83 bertarikh 7 November1983, Pekeliling Disiplin 1998 dan Buku Panduan
Disiplin.
12.2 Kesalahan disiplin murid yang berat atau serius hendaklah dirujukkan kepada Unit Disiplin sekolah untuk
tindakan seterusnya.
12.3 Semua jenis hukuman yang dikenakan oleh guru hendaklah direkodkan.
12.4 Guru-guru dilarang bertindak bersendirian dan menghukum mengikut perasaan. Hukuman yang dijatuhkan
hendaklah berbentuk mendidik dan menginsafkan pelajar atas kesalahan tersebut.
12.5 Sekiranya terdapat penjaga yang datang kerana tidak berpuas hati terhadap sesuatu hukuman, diminta
berjumpa Pengetua atau Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
12.6 Semua guru adalah guru disiplin.
12.7 Guru perlu merekodkan semua amalan baik dan pencapaian cemerlang murid dalam pelbagai bidang di
dalam SSDM
13. CUTI BAGI GURU
13.1 Cuti Rehat Khas, sila rujuk Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia bil. 3/2005 bertarikh 1 Mac 2004.
13.2 Cuti Tanpa Rekod hanya diberi atas perkara-perkara berikut :
13.2.1 Menghadiri latihan pasukan sukarela yang diiktiraf kerajaan.
13.2.2 Menghadiri latihan tahunan pertubuhan / persatuan yang diiktiraf kerajaan
13.2.3 Menghadiri latihan syarikat kerjasama.
13.2.4 Menghadiri peperiksaan jabatan.
13.2.5 Menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas.
13.2.6 Mengambil bahagian dalam olahraga / sukan.
13.3 Cuti Tanpa Gaji
Boleh diambil untuk tujuan persendirian yang mustahak dan permohonan mesti dibuat dalam masa dua
minggu sebelum tarikh bercuti.
13.4 Cuti Bersalin
13.4.1 Pegawai yang bersalin boleh mengambil cuti berkenaan sehingga 90 hari tertakluk kepada syarat
dan kelulusan.
13.4.2 Suami bagi isteri yang bersalin dan cuti awam jika berkenaan selama 7 hari berturut-turut termasuk
hari bersalin dan cuti awam jika berkenaan sehingga anak yang kelima sahaja jika isteri bersalin
selepas pukul 5.00 petang cuti tanpa rekod bermula pada hari berikutnya.
13.5 Cuti Sakit
Bermaksud tidak boleh bertugas kerana sakit, hendaklah dimaklumkan kepada pengetua secepat mungkin
dan sijil sakit diserahkan pada hari pertama bertugas semula. Sijil sakit swasta yang melebihi 15 hari
hendaklah disahkan oleh doktor kerajaan. Jika gagal berbuat demikian maka cuti tanpa gaji hendaklah
dipohon.
14. TIDAK HADIR BERTUGAS
Tidak boleh ditolak daripada Cuti Rehat pegawai atau memohon cuti tanpa gaji. Pegawai diambil tindakan di bawah
P.A.C. 14A(a).
30
15. PERATURAN PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS DI BILIK DARJAH
15.1. Guru-guru Lelaki
15.1.1. Seluar panjang dan berbaju kemeja dengan bertali leher atau bush jaket atau lounge suit. Baju
hendaklah dimasukkan ke dalam dan jika berlengan panjang, tangan baju janganlah dilipat.
15.1.2. Pakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping atau pakaian yang mirip dengan potongan baju
Melayu dan dipakai dengan seluar panjang. Setiap hari Jumaat guru-guru lelaki dikehendaki
berbaju Melayu lengkap.
15.1.3 Pada setiap hari Khamis dikehendaki memakai baju batik Malaysia.
15.1.4 Kasut kulit atau kasut-kasut lain yang sejenis dengannya. Capal hanya boleh dipakai dengan
pakaian baju Melayu yang lengkap bersamping.
15.2 Guru-guru Perempuan
15.2.1 Pakaian Kebangsaan atau kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai dan tidak
mencolok mata.
15.2.2 Kasut sukan, jeans, slack, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka atau yang
mencolok mata tidak boleh dipakai.
15.3 Pakaian Seragam Kokurikulum
Semua guru perlu memakai pakaian seragam pada setiap hari Rabu mengikut pasukan yang
dipertanggungjawabkan.
16 MEMBAWA PELAJAR BERAKTIVITI KE LUAR DARI KAWASAN SEKOLAH
16.1 Mesti mendapat kebenaran pengetua dengan jadual dan kertas kerja program dilampirkan.
16.2 Setelah mendapat kebenaran pengetua, guru yang dipertanggungjawabkan mesti mendapat kebenaran
bertulis daripada penjaga sebelum membawa pelajar beraktiviti di luar kawasan sekolah.
16.3 Setelah selesai aktiviti, guru yang bertanggungjawab mestilah melaporkan semula kepada pengetua hasil
daripada aktiviti berkenaan.
17 PEMBELIAN BARANG-BARANG
17.1 Guru-guru mata pelajaran dikehendaki berurusan dengan ketua panitia untuk membeli sesuatu barang
keperluan untuk pengajaran mata pelajaran berkenaan.
17.2 Sebelum membuat pesanan, ketua panitia dikehendaki mengisi borang cadangan pesanan yang boleh
didapati di pejabat sekolah.
17.3 Ketua panitia perlu berbincang dengan pengetua untuk kelulusan sebelum sesuatu pembelian dilakukan,
bukan buat pembelian dahulu dan minta kebenaran kemudian.
17.4 Semua pembelian mestilah menggunakan Borang Pesanan Tempatan dan ditandatangani oleh pengetua.
17.5 Sebarang pembelian barang-barang tanpa kelulusan pengetua, pihak sekolah tidak bertanggungjawab
untuk membuat pembayaran.
17.6 Barang yang diterima, sila pastikan bermutu baik dan akur jumlah seperti dalam bil atau invois dan
dimasukkan dalam buku stok bagi yang berkenaan.
17.7 Borang Pesanan Tempatan hendaklah ditandatangani dan dicop oleh pembekal dan ditandatangani oleh
penerima barang tersebut sebelum dipulangkan kepada Ketua Pembantu Tadbir untuk pembayaran.
17.8 Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bil / invois. Sesiapa yang gagal
memulangkan bil dengan kadar segera maka pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab untuk membayar
bil / invois tersebut.
18 DERMA DAN SUMBANGAN
18.1 Sebarang bentuk sumbangan / derma yang ingin dipohon mestilah melalui sekolah dan diluluskan oleh
Ketua Jabatan.
18.2 Setiap sumbangan yang diterima mesti dimasukkan dalam akaun yang ditetapkan.
31
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Pengetua,
SMK Sultanah Hajjah Kalsom,
Bandar Damansara
26100 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
32
PELAN KAWASAN SEKOLAH
PN JJ
T2 K
AD T1 S6 T3 H R Pintu
S8 L C Masuk
S3 Q
U S7 S5 F S1 M
B E
S2
G
T4
S4
W
U
PETUNJUK
A Asrama Puteri L Garaj Bas S5 Laman Hidayah
M Tempat Letak Basikal S6 Laman Seri
B Asrama Putera N Quartes ‘D’ S7 Laman Putera
P Quartes ‘C’ S8 Laman Puteri
C Kantin
Q Pondok Pengawal T1 Gelanggang Bola Tampar
D Dewan Makan Asrama
R Pondok Menunggu Bas T2 Gelanggang Tenis
E Blok Akademik & S1 Laman Ukhwah T3 Gelanggang Takraw
Pentadbiran S2 Laman Patriotik T4 Gelanggang Bola Keranjang
S3 Laman WoodBall U Anjung Seri
F Blok Bengkel S4 Gelanggang Petanque W Koperasi Sekolah
G Surau
H Dewan Sekolah
Flat Pekerja ‘F’
K Padang Bola
33
PELAN PENGGUNAAN KELAS TAHUN 2021
Tingkat 3 1IA 1IB 1IK 1AJ 1AF
Tingkat 2 3IA 3IB 3IK 3AJ 3AF 5IA 5IB 5IK 5AJ 5AF
Tingkat 1 KONSUL- BILIK GURU B BILIK PKKP Makmal Stor MAKMAL Bilik F1 Executive
TASI KBAT Komputer
ICT Bay
Aras Bawah Bilik ANJUNG Bilik B.ADD GALERI Bilik B. B. Seni Stor
BI B & K SELERA Transit MATHS SEKOLAH Robotik Penga PJK
BM
was
Laman
Patriotik
PEJABAT
PUSAT SUMBERKKQ
SEKOLAH
Bilik Wacana Minda
34
Tingkat 3 2AF 2AJ 2IA 2IK 2IB
Tingkat 2 B. MATHS PRINSIP PAI SEJ 4IA 4 IB 4AJ 4 IK 4 AF
Tingkat 1 AKAUN
BOSS
BILIK BILIK GURU A Surau Makmal BioMloagkimal Fizik
(P)
MESYUARAT
AL-GHAZALI
Tingkat BILIK BILIK Stor BilikBKiliok p(Le) rasBiilik (P) Makmal Kimia Anjung HAC
KESIHA Kokuri- P’ sln P’ slnn Fikir
KETUA TAN kulum
JABATAN
PETUNJUK :
Tangga . Tandas.
PELAN NAMA BLOK DAN PENGGUNAN BILIK TAHUN 2021
Studio RBT B. Peng. Diri B. Masakan BLOK
B.Elektrik B. Pertanian B. Pembuatan KH
BLOK Water
F Pam
BENGKEL ELEKTRIK & LUKISAN TEKNIK Stor
M. Ting.3 M. Ting.2 M. Ting. 1
LAMAN BESTARIBLOK BLOK
(Foyer)E3 E5
PEJABATKELAS TINGKATAN 1
KELAS
PSSKELAS TINGKATAN 3KELAS
B.Pep B. WacanaBILIK GURU BPKKPMakmal Komputer A & B Executive
Minda
Pemancar
35
B.B& B.Dsp Bilil Diskusi Café B.LK B.Pend. Stor Sukan
BLOK
E1
KELAS BLOK PETUNJUK :
E6 TANGGA
SPBT KELAS TANDAS
KELAS LALUAN
B.Mes BILIK GURU A
Stor Mak. Biologi Mak. Fizik
B.Kesihatan Koperasi
Makmal Kimia Anjung Fikir
TNB
BLOK
BLOK E4
E2