The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azlihanisah Abdul Wahab, 2020-09-07 00:44:16

MAJALAH SHAKS GEMILANG 2019

SHAKS A

Muhammad Asyraaf
bin Abd Razak

Assalaamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua warga
SMK Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS). Semoga dalam keadaan sihat dan ceria
sentiasa. Nama saya Muhammad Asyraaf Bin Abdul Razak, merupakan seorang
pelajar SHAKS dari tahun 2010 sehingga tahun 2014. Lima tahun sepanjang saya
belajar di SHAKS merupakan satu tempoh yang sangat berharga dan tidak ternilai
buat diri saya.
Tinggal di asrama bersama rakan-rakan memupuk saya untuk
berdikari, berkongsi, menghormati, dan menghargai apa yang ada di sekeliling
kita. Menanggung jawatan sebagai pengawas sekolah, mengajar saya erti
tanggungjawab dan disiplin. Terlibat dengan aktiviti kokurikulum seperti robotik,
F1 in School, dan reka cipta telah menjadikan diri saya lebih terkehadapan, yakin
diri dan melatih diri saya untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah. Semuanya
berkat usaha cikgu- cikgu dan rakan- rakan yang sentiasa membantu dan memberi
semangat dalam apa jua yang saya lakukan.
Selepas SPM, saya mengikuti program Asasi Sains Universiti Malaysia
Sabah (UMS) di Kota Kinabalu selama setahun. Kini, saya berada di Sandakan,
dan merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian
(Pengeluaran Ternakan) di Fakulti Pertanian Lestari, UMS. Ramai orang yang
memandang rendah bidang pertanian ini. Namun, saya berbangga dan tidak sedikit menyesal mendalami bidang ini kerana
saya minat dan berasa terpanggil untuk menyumbang sesuatu kepada sektor pertanian di Malaysia. Tanpa pertanian
tiadalah makanan dan tanpa makanan tiadalah kita.
Saya juga ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang belajar di Sabah. Belajar di Sabah telah membuka
mata saya kepada dunia yang lebih luas dari apa yang saya alami di SHAKS. Suasananya berbeza, kerana rakan- rakan
saya di sini tidak semuanya Melayu. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. Saya mula belajar untuk
memahami, menghormati dan menghargai perbezaan yang ada di sekeliling kita.
Pengalaman di Sabah membuka mata saya kepada kesusahan yang rakyat Sabah alami. Pembangunan di sini
tidak sepesat pembangunan di semenanjung. Jalan raya di sini tidak seluas dan sebaik jalan- jalan raya di semenanjung.
Anak-anak kecil di sini banyak yang tidak bersekolah dan berkeliaran meminta sedekah. Banyak lagi kekurangan dan
masalah yang saya lihat di Sabah ini. Oleh itu kita seharusnya bersyukur kerana dapat merasai nikmat kesenangan tinggal
di semenanjung. Dalam masa yang sama, ingin saya jelaskan kerana risau jika terberi gambaran yang salah kepada
anda semua. Tidak semua mereka tinggal di dalam hutan dan menaiki sampan seperti yang di tayangkan di televisyen.
Majoriti mereka hidup seperti kita di semenanjung dalam rumah yang berbatu dan ada bekalan elektrik dan air. Yang
membezakannya, pembangunan bandar dan jalan raya di sini kurang pesat jika dibandingkan dengan semenanjung.
Setakat ini sahaja perkongsian saya. Saya dengan rendah diri ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon
maaf atas segala kesilapan saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada guru-guru SHAKS yang bersusah-payah tidak

kira siang dan malam sanggup datang ke sekolah demi mendidik
kami pelajar-pelajar SHAKS. Kepada adik-adik yang masih belajar

di SHAKS, hormatilah guru
walau apa sekalipun dan
jangan berasa kecewa andai
keputusan peperiksaan kita
tidak sehebat orang lain. Ingat!
Kita belajar bukan mengejar
keputusan yang cemerlang,
tetapi mencari ilmu. Keputusan
itu hakikatnya bakal hanya
tersimpan di dalam fail
yang berhabuk. Namun
ilmu yang diberkati bakal
menjadi penunjuk arah dalam
kehidupan kita kelak.

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 51

SHAKS GEMILANG

Tengku Ahmad
Muzill

Assalamualaikum w.b.t warga SMK Sultanah Hajjah Kalsom
(SHAKS) sekalian yang dikasihi dan disayangi. Saya Tengku Ahmad
Muzill Bin Tengku Jamil Iklil ialah salah seorang bekas pelajar
SHAKS dari tahun 2010 sehingga tahun 2013. Sesungguhnya saya
sangat berbesar hati kerana diberi peluang sekali lagi untuk menulis
sedikit ucapan kepada adik-adik yang masih sedang menimba ilmu
di SHAKS tercinta. Sejujurnya saya amat terharu meski sudah 6
tahun berlalu menjejak kaki keluar meninggalkan SHAKS.
Tidak dilupakan jasa-jasa para guru yang berada di
sana yang telah mengajar dan mendidik saya menjadi anak muda
yang berguna. Kini, saya masih menimba dan mencari ilmu demi
mencorakkan negara Malaysia tercinta. Jutaan terima kasih kepada
guru-guru kerana telah mengorbankan jiwa dan raga mereka untuk
mendidik kami semua. Dengan kesempatan ini juga, saya wakil dari
alumni SHAKS dan batch 97 ingin memohon ampun maaf atas segala kesalahan yang dilakukan ketika berada di
SHAKS.
Sebelum mengakhiri kata-kata saya ini, sedikit pesanan buat adik-adik di SHAKS. Timba lah ilmu selagi
boleh timba. Daki lah bukit sehingga ke puncak gunungnya. Pasti keindahan yang akan adik-adik lihat dikala di
menara puncak gading. Orang yang mencari ilmu tidak pernah rugi. Kepada adik-adik juga, ketika adik-adik berada
dalam kegagalan, tidak semestinya adik-adik berada dalam kegagalan selamanya. Berusaha lah dan cari peluang
untuk berjaya. Semakin banyak ilmu adik-adik ada, kebarangkalian adik-adik hendak berjaya itu sangatlah tinggi
dan luas.
Sayangilah dan hormatilah guru-guru. Mereka adalah seperti ibu dan bapa juga kerana pengorbanan
mereka sangat besar dan tidak terbalas jua. Aktiviti korikulum juga merupakan tempat adik-adik asah bakat dan
membina keyakinan diri. Jangan ponteng ye. Kalau terasa malas, fikirkan lah diri adik-adik di masa hadapan nanti.
Tidak semestinya orang yang bijak pandai akademik itu akan berada di tangga atas. Jadi cubalah adik-adik asahkan
kedua-dua ilmu tersebut mahupun akademik ataupun kokurikulum. Rancanglah masa adik-adik kerana adik-adik
banyak masa lagi untuk mengubah diri adik-adik. Kata-kata motivasi yang saya pegang adalah “ If you failed to plan,
you planned to fail.”
Seterusnya, jagalah agama kamu, solat kamu, akhlak kamu, dan
hubungan kamu dengan Tuhan dan manusia. Kalau macam tengah belajar
tu, ajarlah rakan-rakan yang lain ketika mereka dalam kesusahan, nescaya
Tuhan akan menolong adik-adik satu hari nanti. Sekian sahaja daripada
saya. Sekali lagi ingin mengampun maaf jika terkasar bahasa atau terasa
hati. Saya berharap dan yakin bahawa nama SHAKS akan terus maju dan
berjaya di masa hadapan.

52 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

Pn.Wan Samihah

Genap tujuh tahun saya bertugas di sekolah ini.Detik itulah di bawah
kecemerlangan tiga pengetua berwibawa yang membawa sekolah ini menjulang
sekolah kluster kecemerlangan dan peningkatan SPM serta kemenjadian murid amat
ketara.Titipan kenangan ini saya tujukan kepada semua guru dan pelajar semoga
dipegang erat agar kecemerlangan dahulu dan kini terus berkekalan. Guru yang
menjiwai guru dan pelajar yang menjiwai belajar.
Pada hakikatnya guru yang berjiwa besar dan dinamik sudah tentu bersedia
untuk memberi ruang dan peluang kepada setiap pelajarnya meningkatkan pencapaian
secara berterusan. Oleh itu kalau guru bercakap dari hati akan sampai ke hati pelajar,
tetapi jika kita bercakap dengan nafsu itu yang pelajar pun bernafsu marah kita kembali.
Kita dengan sesiapapun pastikan, mereka dapat rasa bahawa mereka penting di
mata dan hidup kita, kalau mereka rasa penting maka sayang itu akan lahir dan inilah
pegangan saya untuk memastikan pelajar mendengar kata kita.
Oleh,
Wan Samihah bt Wan Abd Aziz

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 53

SHAKS GEMILANG

Nur Atikah bt
Syed Zaini

Assalamualaikum w.b.t semua warga SMK sultanah hajjah kalsom
(shaks) . Terima kasih atas peluang dan kesempatan yang diberi
pihak sekolah kerana memberi ruang untuk saya berkongsi sedikit
pengalaman dan pesanan buat adik2 di . Saya Sharifah Nur Atikah
Binti Syed Zaini , pelajar SHAKS 2010-2014 dan sekarang sedang
melanjutkan pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dalam
jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik . Sebelum
ni saya belajar Universiti Malaysia Perlis dalam jurusan Diploma
Kejuruteraan Mekatronik.
Sebelum melangkah ke alam universiti , tipu kalau tidak
ada pelajar yang rasa teruja untuk keluar dari alam sekolah dan
merasai hidup bebas di universiti. Saya pasti mesti majoriti besar
adik adik di shaks ada perasaan atau keinginan untuk merasai alam
universiti yang bebas.
Kehidupan di universiti semestinya seratus peratus berbeza di alam sekolah dan lagi seronok sebab tiada
bebelan , tiada kejutan subuh , tiada kejutan pergi ‘ prep ‘ , tiada paksaan untuk membaca almulk setiap malam ,
tiada paksaan untuk dhuha atau yasin di pagi jumaat, tiada check kekemasan pakaian setiap pagi, tiada gotong
royong di hujung minggu , tiada pengawas yang bising kerana lambat dan tiada cikgu-cikgu yang marah kerana
tidak hadir atau ponteng ke kelas. Percaya atau tidak yang tiada ini lah yang paling saya rindu di shaks . Bacaan
almulk , yasin , subuh dan dhuha di shaks lah yang membantu jiwa dan hati saya untuk mudah terima pelajaran.
Bebelan pengawas-pengawas dan cikgu2 lah yang membantu saya dalam membahagikan masa untuk
kelas dan assignment. Gotong royong dan aktiviti2 di sekolah juga lah yang membantu saya mudah berinteraksi
dengan orang ramai . Tujuan saya berkongsi perbezaan besar dua kehidupan hanya kerana saya rindu zaman
belajar di SHAKS . Di Universiti , semua perkara atas tanggungjawab sendiri , solat lima waktu tiada yang ingatkan ,
alquran tidak lama disentuh , markah peperiksaan hanya berharap untuk lulus , aktiviti dan jadual kelas yang diatur
sendiri , tiada suapan dan bebelan manja dari pensyarah . Kalau pensyarah kenal anda , bertuah lah anda.
Terima kasih SHAKS kerana telah membentuk saya menjadi manusia yang lebih berguna dan tidak leka,
membantu dan mengajar saya mendapatkan bekalan rohani, mendidik saya untuk menjadi orang yang lebih hebat.
Kalau ditulis tentang hebatnya kesan SHAKS kepada saya , pasti satu muka surat pun tidak cukup. Terima kasih atas
semua pesanan dan bebelan yang. Terima kasih cikgu2 yang masih ingat
saya walaupun sudah 4 thun saya tinggalkan sekolah dan untuk segala
ilmu , pesanan. Terima kasih staf SHAKS yang juga banyak membantu
saya. Terima kasih senior2 , junior2 dan sahabat2 seperjuangan di SHAKS
yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung.
Pesanan khas buat adik2 yang masih belajar di shaks , teruskan
perjuangan di sana. ‘Enjoy’ setiap perkara yang anda lakukan. Libatkan
diri dalam pelbagai aktiviti. Jangan ‘study hard’ tapi ‘study smart’.

54 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

PERISTIWA
SHAKS

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 55

SHAKS GEMILANG

PELANCARAN PROGRAM SISTEM KELUARGA ASRAMA

56 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 57

SHAKS GEMILANG

PELANCARAN PROGRAM ALGEBRIA

58 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 59

SHAKS GEMILANG

AKTIVITI ALGEBRIA BIDANG MATEMATIK

60 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 61

SHAKS GEMILANG

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

62 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 63

SHAKS GEMILANG

MAJLIS PENGEMUMAN KEPUTUSAN SPM 2018

64 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

PILIHAN RAYA BPP

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 65

SHAKS GEMILANG

WATIKAH PELANTIKAN BPP

66 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

ACARA MERENTAS DESA SHAKS

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 67

SHAKS GEMILANG

SUKAN TAHUNAN

68 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

PELANCARAN SEKOLAH SELAMAT

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 69

SHAKS GEMILANG

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN ANTI DADAH

70 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

ROAD TO IPT SPM 2019

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 71

SHAKS GEMILANG

SHAKS BATTLE OF ROBOT

72 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

PROGRAM SOLAT HAJAT PT3

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 73

SHAKS GEMILANG

PREKHEMAHAN BERSEPADU UNIT UNIFORM

74 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

SAMBUTAN RAYA SHAKS

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 75

SHAKS GEMILANG

TEAM 1 BERTEMU CIK PUAN BESAR HAJJAH KALSOM BINTI ABDULLAH DAN
YANG AMAT MULIA TENGKU FAHD MUA’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN

HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

76 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG


Click to View FlipBook Version