The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azlihanisah Abdul Wahab, 2020-09-07 22:18:47

majalah shaks gemilang 2019

majalah shaks gemilang 2019

PN.JULIANA BINTI ADAM

PN.CHE ZAHARAH BINTI
HJ.IBRAHIM

PN.ROSNI BINTI
ABDULLAH

PN.ROIHANAH BINTI
IDRIS

PN.SABARIAH BINTI
MUHAMMED ARIFFIN

PN.ZAINURAH BINTI
MUHAMAD

ANUGERAH
PERKHIDMATAN CEMERLANG

(STAF DAN GURU)

48 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

SALAM
PERANTAU

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 49

SHAKS GEMILANG

Ummu Qatrunnada
Liyana

Bismillah.

Permulaan, penjalanan dan pengakhiran setiap manusia itu berbeza.

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada anda yang
membaca tulisan ini. Sebelum saya berkongsi kisah saya, terlebih dahulu
saya ingin menghargai peluang yang diberikan ini, terima kasih. Nama saya
ialah Ummu Qatrunnada Liyana binti Kamaruddin, pelajar Sekolah Menengah
Sultanah Hajjah Kalsom, SHAKS dari tahun 2011 sehingga 2015. 
Pengalaman menuntut ilmu dan membesar di SHAKS adalah sesuatu
yang tidak akan mungkin dapat saya lupa. Di sinilah saya banyak berubah dan
mengenal diri saya dengan lebih dekat. Kalau diingat balik permulaan saya
di SHAKS pada tahun 2011, saya sendiri pasti tidak percaya saya berjaya
menghabiskan sekolah menengah dengan rekod yang baik. 
Bukan ingin membuka pekung di dada, tetapi sekadar ingin berkongsi, moga moga ada pelajaran yang boleh
diambil oleh kalian yang membaca tulisan ini. 
Ketika saya berada di tingkatan satu, saya merupakan seorang pelajar yang tiada keinginan untuk belajar
dan berjaya. Saya tidak menghormati guru dan saya suka melakukan kesalahan displin. Ada juga kawan-kawan yang
saya suka sakiti dengan merosakkan barang-barang mereka tanpa pengetahuan mereka. Ibu bapa saya juga tidak saya
hormati. Jadi, bagaimana semuanya berubah?
Sejujurnya saya tiada jawapan buat persoalan ini, tetapi saya percaya kerana doa. Doa seorang ibu bapa, doa guru-guru,
doa rakan-rakan dan doa orang-orang yang saya tidak ketahui.
Perubahan yang berlaku kepada saya bukanlah satu perubahan mendadak. Ianya satu perubahan yang
perlahan. Saya melihat mereka yang berjaya, saya juga terdorong untuk berjaya. Saya melihat guru-guru SHAKS yang
sentiasa tidak putus dan jemu menyampaikan ilmu, saya belajar untuk menerima ajaran. Saya melihat rakan-rakan yang
mempunyai sahabat yang baik, saya juga ingin menjadi sahabat yang baik itu.
Ianya bukanlah perkara yang boleh berubah dalam sekelip mata, tetapi ianya sesuatu perkara yang boleh
berubah, jika kita memulakannya walaupun perubahan itu kecil. Belajarlah untuk membuka mata sekeliling kita, belajarlah
untuk melihat pengorbanan seseorang dan belajarlah berubah untuk diri sendiri.
Alhamdulillah setelah lima tahun menuntut ilmu dI SHAKS, saya berjaya menjawat jawatan sebagai Ketua
Pengawas PSS, penerima Tokoh Sahsiah pelajar dan memperolehi 10A 1B dalam SPM 2015.
Selepas menamatkan sekolah menengah, saya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Bercita-cita
untuk menjadi seorang Herbalist, bidang pertanian menjadi pilihan pertama saya. Saya belajar di Asasi Sains Pertanian,
UPM selama setahun sebelum  menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda bagi kos Bachelor Sains
Pertanian,BSP.
Sekarang, saya seharusnya menjadi pelajar tahun ketiga BSP, tetapi sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku.
Ibu saya telah menghidap penyakit strok dan lumpuh separuh badan ketika saya sedang menyertai program pertukaran
pelajar di Jepun. Setelah terjadinya semua ini, saya membuat keputusan untuk menangguhkan pengajian saya dan
menjaga ibu saya sehinggalah beliau sembuh.
Pelbagai reaksi dari orang sekeliling telah saya terima, tetapi saya percaya bahawa hidup ini bukanlah ditentukan

oleh kita. Kita boleh berusaha menginginkan apa yang kita hendak,
tetapi pada akhirnya, Pencipta kita yang akan menentukannya. Buat
masa ini, saya menjadikan ibu saya sebagai keutamaan dan saya
ingin fokus kepada beliau sahaja.
Jadi buat adik-adik SHAKS, fikirkanlah apa keutamaan yang anda
harus pilih untuk anda dan fokuslah untuk perkara itu. Untuk berjaya,
usaha kita sendiri bukanlah segalanya, hubungan dengan Pencipta,
ibu-bapa, guru-guru, rakan-rakan, dan orang sekeliling serta alam
sekeliling memainkan peranan yang sangat besar.
Akhir kata, salam rindu buat guru-guru yang amat saya kasihi dan
rindui. Guru-guru yang menjadi ibu dan bapa saya di sekolah dan
tidak pernah jemu menasihati dan memberikan teguran yang baik
untuk diri ini. Semoga Allah merahmati hidup cikgu dan keluarga

50 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM cikgu senantiasa.

SHAKS GEMILANG

Muhammad Asyraaf
bin Abd Razak

Assalaamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua warga
SMK Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS). Semoga dalam keadaan sihat dan ceria
sentiasa. Nama saya Muhammad Asyraaf Bin Abdul Razak, merupakan seorang
pelajar SHAKS dari tahun 2010 sehingga tahun 2014. Lima tahun sepanjang saya
belajar di SHAKS merupakan satu tempoh yang sangat berharga dan tidak ternilai
buat diri saya.
Tinggal di asrama bersama rakan-rakan memupuk saya untuk
berdikari, berkongsi, menghormati, dan menghargai apa yang ada di sekeliling
kita. Menanggung jawatan sebagai pengawas sekolah, mengajar saya erti
tanggungjawab dan disiplin. Terlibat dengan aktiviti kokurikulum seperti robotik,
F1 in School, dan reka cipta telah menjadikan diri saya lebih terkehadapan, yakin
diri dan melatih diri saya untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah. Semuanya
berkat usaha cikgu- cikgu dan rakan- rakan yang sentiasa membantu dan memberi
semangat dalam apa jua yang saya lakukan.
Selepas SPM, saya mengikuti program Asasi Sains Universiti Malaysia
Sabah (UMS) di Kota Kinabalu selama setahun. Kini, saya berada di Sandakan,
dan merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian
(Pengeluaran Ternakan) di Fakulti Pertanian Lestari, UMS. Ramai orang yang
memandang rendah bidang pertanian ini. Namun, saya berbangga dan tidak sedikit menyesal mendalami bidang ini kerana
saya minat dan berasa terpanggil untuk menyumbang sesuatu kepada sektor pertanian di Malaysia. Tanpa pertanian
tiadalah makanan dan tanpa makanan tiadalah kita.
Saya juga ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang belajar di Sabah. Belajar di Sabah telah membuka
mata saya kepada dunia yang lebih luas dari apa yang saya alami di SHAKS. Suasananya berbeza, kerana rakan- rakan
saya di sini tidak semuanya Melayu. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. Saya mula belajar untuk
memahami, menghormati dan menghargai perbezaan yang ada di sekeliling kita.
Pengalaman di Sabah membuka mata saya kepada kesusahan yang rakyat Sabah alami. Pembangunan di sini
tidak sepesat pembangunan di semenanjung. Jalan raya di sini tidak seluas dan sebaik jalan- jalan raya di semenanjung.
Anak-anak kecil di sini banyak yang tidak bersekolah dan berkeliaran meminta sedekah. Banyak lagi kekurangan dan
masalah yang saya lihat di Sabah ini. Oleh itu kita seharusnya bersyukur kerana dapat merasai nikmat kesenangan tinggal
di semenanjung. Dalam masa yang sama, ingin saya jelaskan kerana risau jika terberi gambaran yang salah kepada
anda semua. Tidak semua mereka tinggal di dalam hutan dan menaiki sampan seperti yang di tayangkan di televisyen.
Majoriti mereka hidup seperti kita di semenanjung dalam rumah yang berbatu dan ada bekalan elektrik dan air. Yang
membezakannya, pembangunan bandar dan jalan raya di sini kurang pesat jika dibandingkan dengan semenanjung.
Setakat ini sahaja perkongsian saya. Saya dengan rendah diri ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon
maaf atas segala kesilapan saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada guru-guru SHAKS yang bersusah-payah tidak

kira siang dan malam sanggup datang ke sekolah demi mendidik
kami pelajar-pelajar SHAKS. Kepada adik-adik yang masih belajar

di SHAKS, hormatilah guru
walau apa sekalipun dan
jangan berasa kecewa andai
keputusan peperiksaan kita
tidak sehebat orang lain. Ingat!
Kita belajar bukan mengejar
keputusan yang cemerlang,
tetapi mencari ilmu. Keputusan
itu hakikatnya bakal hanya
tersimpan di dalam fail
yang berhabuk. Namun
ilmu yang diberkati bakal
menjadi penunjuk arah dalam
kehidupan kita kelak.

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 51

SHAKS GEMILANG

Tengku Ahmad
Muzill

Assalamualaikum w.b.t warga SMK Sultanah Hajjah Kalsom
(SHAKS) sekalian yang dikasihi dan disayangi. Saya Tengku Ahmad
Muzill Bin Tengku Jamil Iklil ialah salah seorang bekas pelajar
SHAKS dari tahun 2010 sehingga tahun 2013. Sesungguhnya saya
sangat berbesar hati kerana diberi peluang sekali lagi untuk menulis
sedikit ucapan kepada adik-adik yang masih sedang menimba ilmu
di SHAKS tercinta. Sejujurnya saya amat terharu meski sudah 6
tahun berlalu menjejak kaki keluar meninggalkan SHAKS.
Tidak dilupakan jasa-jasa para guru yang berada di
sana yang telah mengajar dan mendidik saya menjadi anak muda
yang berguna. Kini, saya masih menimba dan mencari ilmu demi
mencorakkan negara Malaysia tercinta. Jutaan terima kasih kepada
guru-guru kerana telah mengorbankan jiwa dan raga mereka untuk
mendidik kami semua. Dengan kesempatan ini juga, saya wakil dari
alumni SHAKS dan batch 97 ingin memohon ampun maaf atas segala kesalahan yang dilakukan ketika berada di
SHAKS.
Sebelum mengakhiri kata-kata saya ini, sedikit pesanan buat adik-adik di SHAKS. Timba lah ilmu selagi
boleh timba. Daki lah bukit sehingga ke puncak gunungnya. Pasti keindahan yang akan adik-adik lihat dikala di
menara puncak gading. Orang yang mencari ilmu tidak pernah rugi. Kepada adik-adik juga, ketika adik-adik berada
dalam kegagalan, tidak semestinya adik-adik berada dalam kegagalan selamanya. Berusaha lah dan cari peluang
untuk berjaya. Semakin banyak ilmu adik-adik ada, kebarangkalian adik-adik hendak berjaya itu sangatlah tinggi
dan luas.
Sayangilah dan hormatilah guru-guru. Mereka adalah seperti ibu dan bapa juga kerana pengorbanan
mereka sangat besar dan tidak terbalas jua. Aktiviti korikulum juga merupakan tempat adik-adik asah bakat dan
membina keyakinan diri. Jangan ponteng ye. Kalau terasa malas, fikirkan lah diri adik-adik di masa hadapan nanti.
Tidak semestinya orang yang bijak pandai akademik itu akan berada di tangga atas. Jadi cubalah adik-adik asahkan
kedua-dua ilmu tersebut mahupun akademik ataupun kokurikulum. Rancanglah masa adik-adik kerana adik-adik
banyak masa lagi untuk mengubah diri adik-adik. Kata-kata motivasi yang saya pegang adalah “ If you failed to plan,
you planned to fail.”
Seterusnya, jagalah agama kamu, solat kamu, akhlak kamu, dan
hubungan kamu dengan Tuhan dan manusia. Kalau macam tengah belajar
tu, ajarlah rakan-rakan yang lain ketika mereka dalam kesusahan, nescaya
Tuhan akan menolong adik-adik satu hari nanti. Sekian sahaja daripada
saya. Sekali lagi ingin mengampun maaf jika terkasar bahasa atau terasa
hati. Saya berharap dan yakin bahawa nama SHAKS akan terus maju dan
berjaya di masa hadapan.

52 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

Pn.Wan Samihah

Genap tujuh tahun saya bertugas di sekolah ini.Detik itulah di bawah
kecemerlangan tiga pengetua berwibawa yang membawa sekolah ini menjulang
sekolah kluster kecemerlangan dan peningkatan SPM serta kemenjadian murid amat
ketara.Titipan kenangan ini saya tujukan kepada semua guru dan pelajar semoga
dipegang erat agar kecemerlangan dahulu dan kini terus berkekalan. Guru yang
menjiwai guru dan pelajar yang menjiwai belajar.
Pada hakikatnya guru yang berjiwa besar dan dinamik sudah tentu bersedia
untuk memberi ruang dan peluang kepada setiap pelajarnya meningkatkan pencapaian
secara berterusan. Oleh itu kalau guru bercakap dari hati akan sampai ke hati pelajar,
tetapi jika kita bercakap dengan nafsu itu yang pelajar pun bernafsu marah kita kembali.
Kita dengan sesiapapun pastikan, mereka dapat rasa bahawa mereka penting di
mata dan hidup kita, kalau mereka rasa penting maka sayang itu akan lahir dan inilah
pegangan saya untuk memastikan pelajar mendengar kata kita.
Oleh,
Wan Samihah bt Wan Abd Aziz

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 53

SHAKS GEMILANG

Nur Atikah bt
Syed Zaini

Assalamualaikum w.b.t semua warga SMK sultanah hajjah kalsom
(shaks) . Terima kasih atas peluang dan kesempatan yang diberi
pihak sekolah kerana memberi ruang untuk saya berkongsi sedikit
pengalaman dan pesanan buat adik2 di . Saya Sharifah Nur Atikah
Binti Syed Zaini , pelajar SHAKS 2010-2014 dan sekarang sedang
melanjutkan pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dalam
jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik . Sebelum
ni saya belajar Universiti Malaysia Perlis dalam jurusan Diploma
Kejuruteraan Mekatronik.
Sebelum melangkah ke alam universiti , tipu kalau tidak
ada pelajar yang rasa teruja untuk keluar dari alam sekolah dan
merasai hidup bebas di universiti. Saya pasti mesti majoriti besar
adik adik di shaks ada perasaan atau keinginan untuk merasai alam
universiti yang bebas.
Kehidupan di universiti semestinya seratus peratus berbeza di alam sekolah dan lagi seronok sebab tiada
bebelan , tiada kejutan subuh , tiada kejutan pergi ‘ prep ‘ , tiada paksaan untuk membaca almulk setiap malam ,
tiada paksaan untuk dhuha atau yasin di pagi jumaat, tiada check kekemasan pakaian setiap pagi, tiada gotong
royong di hujung minggu , tiada pengawas yang bising kerana lambat dan tiada cikgu-cikgu yang marah kerana
tidak hadir atau ponteng ke kelas. Percaya atau tidak yang tiada ini lah yang paling saya rindu di shaks . Bacaan
almulk , yasin , subuh dan dhuha di shaks lah yang membantu jiwa dan hati saya untuk mudah terima pelajaran.
Bebelan pengawas-pengawas dan cikgu2 lah yang membantu saya dalam membahagikan masa untuk
kelas dan assignment. Gotong royong dan aktiviti2 di sekolah juga lah yang membantu saya mudah berinteraksi
dengan orang ramai . Tujuan saya berkongsi perbezaan besar dua kehidupan hanya kerana saya rindu zaman
belajar di SHAKS . Di Universiti , semua perkara atas tanggungjawab sendiri , solat lima waktu tiada yang ingatkan ,
alquran tidak lama disentuh , markah peperiksaan hanya berharap untuk lulus , aktiviti dan jadual kelas yang diatur
sendiri , tiada suapan dan bebelan manja dari pensyarah . Kalau pensyarah kenal anda , bertuah lah anda.
Terima kasih SHAKS kerana telah membentuk saya menjadi manusia yang lebih berguna dan tidak leka,
membantu dan mengajar saya mendapatkan bekalan rohani, mendidik saya untuk menjadi orang yang lebih hebat.
Kalau ditulis tentang hebatnya kesan SHAKS kepada saya , pasti satu muka surat pun tidak cukup. Terima kasih atas
semua pesanan dan bebelan yang. Terima kasih cikgu2 yang masih ingat
saya walaupun sudah 4 thun saya tinggalkan sekolah dan untuk segala
ilmu , pesanan. Terima kasih staf SHAKS yang juga banyak membantu
saya. Terima kasih senior2 , junior2 dan sahabat2 seperjuangan di SHAKS
yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung.
Pesanan khas buat adik2 yang masih belajar di shaks , teruskan
perjuangan di sana. ‘Enjoy’ setiap perkara yang anda lakukan. Libatkan
diri dalam pelbagai aktiviti. Jangan ‘study hard’ tapi ‘study smart’.

54 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

PERISTIWA
SHAKS

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 55

SHAKS GEMILANG

PELANCARAN PROGRAM SISTEM KELUARGA ASRAMA

56 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 57

SHAKS GEMILANG

PELANCARAN PROGRAM ALGEBRIA

58 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 59

SHAKS GEMILANG

AKTIVITI ALGEBRIA BIDANG MATEMATIK

60 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 61

SHAKS GEMILANG

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

62 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 63

SHAKS GEMILANG

MAJLIS PENGEMUMAN KEPUTUSAN SPM 2018

64 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

PILIHAN RAYA BPP

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 65

SHAKS GEMILANG

WATIKAH PELANTIKAN BPP

66 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

ACARA MERENTAS DESA SHAKS

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 67

SHAKS GEMILANG

SUKAN TAHUNAN

68 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

PELANCARAN SEKOLAH SELAMAT

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 69

SHAKS GEMILANG

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN ANTI DADAH

70 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

ROAD TO IPT SPM 2019

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 71

SHAKS GEMILANG

SHAKS BATTLE OF ROBOT

72 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

PROGRAM SOLAT HAJAT PT3

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 73

SHAKS GEMILANG

PREKHEMAHAN BERSEPADU UNIT UNIFORM

74 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

SAMBUTAN RAYA SHAKS

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 75

SHAKS GEMILANG

TEAM 1 BERTEMU CIK PUAN BESAR HAJJAH KALSOM BINTI ABDULLAH DAN
YANG AMAT MULIA TENGKU FAHD MUA’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN

HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

76 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

MINGGU SAINS, MATEMATIK DAN TEKNIK VOKASIONAL

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 77

SHAKS GEMILANG

MAJLIS PERPISAHAN PN. ZAFIRAH DAN POTLUCK 2019

78 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

LAWATAN PENANDA ARAS SMK DATO’PERDANA

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 79

SHAKS GEMILANG

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN CINTAI SHAKS

80 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

CERAMAH TALASEMIA

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 81

SHAKS GEMILANG

KARNIVAL BAHASA

82 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

KARNIVAL KEMANUSIAAN

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 83

SHAKS GEMILANG

KARNIVAL BAHASA

84 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

SELAUT TINTA

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 85

SHAKS GEMILANG

SELOKA 4

IBNU ABBAS

ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA MELUKIS MEWARNA ADALAH HOBINYA
4 IBNU ABBAS PUNYA SELOKA PERANGAI MEREKA GILA-GILA
18 PUTERI 6 PUTRA CADBURY DAN KITKAT TIDAK DILUPA
KAMI SEMUA BIJAK BELAKA FAIZ DAN AIMAN PUJAAN SEMUA

BERTUDUNG LABUH BERKACA MATA BERSAMA SAMA MEREKA BERULANG
SANGAT BERTEGAS TENTANG AGAMA SETIAP MINGGU MENGAMBIL PESANAN
UMI HANIZAN KAMI GELARNYA AUNI DAN ZAFIRA NAMA DIPEGANG
GURU KELAS KESAYANGAN SEMUA TIDAK LUPA PASAL MAKANAN

MULUT LESER SANGAT BERBISA HANNAN DAN AIRINI BERJIRAN MEJA
SEKALI BERBUNYI SEMUA TERASA SELALU GEMBIRA GELAK KETAWA
DIPANGGIL PIPOH TAK TAHU KENAPA MEMBUAT KAMI PENING KEPALA
ITULAH DIA KETUA KELAS KITA SELALU TERHIBUR TIDAK PERNAH KECEWA

KEMBAR KAMARUL ITULAH ORANGNYA SARAH DAN AISYAH MENJADI SEBUTAN
ANIS AZMINA EMPUNYA NAMA OTAKNYA GELIGA BIJAK BISTARI
MENJELING ORANG PADU SENTIASA PEREMPUAN TERAKHIR SEBAGAI PANGGILAN
PEMBANTU PIPOH DIALAH ORANGNYA ITULAH DIA PUTERI KELAS KAMI

HAZWANI DAN NABIHAH KACIP SEKALI NAMA DI SAHUT KEDUA PUN PADANG
MEREKA SUKA BERSOAL JAWAB KADANG-KADANG SEMUA KELIRU
DIDALAM KELAS MANGAT SEKALI SEORANG ASRAMA SEORANG BERULANG
APABILA DITANYA PANTAS MENJAWAB NAJIHAI DAN NAJIHAE DIGELAR GURU

DALAM KELAS SERING MENYANYI SEORANG RENDAH SEORANG TINGGI
FISH DAN MIMI SANGAT DIKENALI SUKA BISING DI DALAM KELAS
BERSUARA MERDU BAGAI KENARI ANIS DAN IZZATIE SERING BERBUNYI
ITULAH DIA NASREEN ORANGNYA KALAU DI KACAU AKAN DITINDAS

DUDUK SENDIRI ASYIK MEMBACA BPP SEKOLAH JAWATAN DISANDANG
ORANG YANG PENDEK PENDIAM PULA TANGANNYA SEPERTI LIPAS KUDUNG
TERSENGIH-SENGIH PABILA DITANYA SEMASA BELAJAR SELALU CEMERLANG
INILAH DIA NASREEN ORANGNYA RABIATUL ADAWIYAH SERING DISANJUNG

PENGHIBUR HATI RAKAN SEKELAH DARI TERENGGANU DIA DATANG
BAHAN LAWAKNYA SELALU MENJADI SERING MEMBANTU MELAKUKAN AMAL
MENUNTUT ILMU SECARA IKHLAS TIADA JAWATAN YANG DISANDANG
DANNY DAN HAKIM SELALU DIPUJI NAMA DIBERI AHMAD IQMAL

ANAK SUHAIMI MEREKAH ORANGNYA SELOKA DIBUAT GELIGA AYATNYA
MEREKA BERDUA SEPERTI KAPUR CERITA INI KAMI PUNYA
HIDUNG MANCUNG TIDAK TERKATA JIKA TERASA PADANLAH MUKA
ISKANDAR DAN SHAWAL SENTIASA BERTEMPUR KAMI MENGUNDUR DIRI DULU YER

86 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

SELOKA
4 IBNU BATUTAH

ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA AKAK POLIS TEGAS ORANGNYA
INILAH KISAH FROZEN KITA BILA BARAI SENTIASA BERSAMA
8 PARI-PARI 9 PARA-PARA SHABA DAN BELLA ITULAH NAMANYA
KAMI 4IB SPORTING BELAKA SEORANG GENIUS SEORANG PELUPA

GURU KELAS TAK CUKUP SATU PEMBEKAL MAKANAN SETIAP HARI
DAHULU PEREMPUAN KINI LELAKI BILA KETAWA SENTIASA BERSERI
PUAN ZAFIRAH DIGANTI EN ROZAIRI KETIKA MENULIS CEREWET SEKALI
IBU BAPA ANGKAT HEBAT SEKALI AINA NADHIRAH SENTIASA DIHATI

MARI MULAKAN DENGAN SI DIA SENTIASA HIPERBOLA BILA BERBICARA
PERWATAKAN SEPERTI KETUA GANGSTER ITULAH HIBURAN KAMI SEMUA
INILAH DIA KETUA KITA ADA BISING ADA SENYAPNYA
NAIF HAQIM ITULAH NAMANYA KALISH MAKAPUR KAMI PANGGILNYA

DAHULU BERSEORANGAN KINI BERSAMA NOORAL AISYAH SI KENING TEBAL
MENJADI HARAPAN KAMI SEMUA BIBIR MENGANCAM JADI TARIKAN
FATIN ALISSA KAMI GELARNYA KETINGGIAN PARAS KERETA KEBAL
PENOLONG KELAS PALING WIBAWA BILA TIDUR KAMI SOROKKAN

PALING BISING SUKA BERTANYA DAHULU ASRAMA BUKANLAH KINI
BILA MENGARUT MEREKALAH ORANGNYA KAWAH DIPIPI SENTIASA BERSERI
SUNYILAH KAMI TANPA MEREKA BILA BERBORAK RANCAK SEKALI
HAMIZAN DAN MUIZ PELENGKAP KITA WAN ANIS SUFIA ANAK WAN RUSLI

KE MANA MANA SENTIASA BERSAMA MEMOPAD SENTIASA DI ATAS MEJA
TAK KIRA MASA DIMANA SAHAJA MENULIS KARANGAN SETIAP MASA
BUDAK ROBOTIK ITU GELARANNYA BILA PANGKAH KAMI TEMBAKNYA
FARITH DAN ZUFAR PEMBAWA NAMA SYED NU’MAN NAMA MANJANYA

GELIGA OTAKNYA ITULAH MEREKA BILA BERMAIN TAK INGAT MATI
BAIM DAN IMAN HAMBAR LAWAKNYA MEMBUAT MASALAH ITULAH KAMI
DI DALAM KELAS DUDUK BERSAMA SALAM PENUTUP KAMI AKHIRI
BUDAK RIUH KAMI LABELNYA DOAKAN KAMI SPM NANTI

BAB BAB KOREA NOMBOR SATU
SENTIASA DI AF BILA PREP BERLALU
KEMANA MANA BERDUA SELALU
SYAFA DAN AIN SENTIASA TERSIPU

Love,
4 IBNU BATUTAH

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 87

SHAKS GEMILANG

SELOKA 4 IBNU
KHALDUN

ASSALAMUALAIKUM PEMANIS PUTERI GUNUNG SEDANG BERMIMPI
DI SINI MAHU BERKONGSI BERMIMPI BAGINDA PERGI KE PERIGI
18 PUTERI SEORANG PUTERA HABISLAH SUDAH KISAH KAMI
KELAS MERIAH CERIA SENTIASA TAHUN DEPAN BERJUMPA LAGI

BERTUDUNG LABUH MANIS ORANGNYA ORANGNYA BAIK CANTIK SEKAL
PELAJARAN SEJARAH JADI PILIHANNYA SEKALI PANDANG TERJATUH HATI
PUAN CHE ZAHARAH EMPUNYA NAMA AIN SOFIYA KAWAN BERERTI
SEORANG BONDA YANG PALING BERJASA ITULAH PUTERI KAMI YANG SEJATI

DALAM KELAS PALING BERKUASA BERKACA MATA TINGGI ORANGNYA
AYU NADHIRAH DIBERI NAMA SOPAN SANTUN PEKERTI BUDINYA
KEHADIRAN KELAS TAK PERNAH LEKA BOLA JARING SUKAN PILIHANNYA
KETUA YANG RAJIN SETIAP MASA ELLIS EZWANI DIBERI NAMA

KECIL - KECIL CILI PADI BPP BERWAWASAN SETIAUSAHA BERJAYA
PENCERIA SUASANA KELAS KAMI MENOLONG GURU TAK KIRA MASA
DALAM SUKAN AKTIF SEKALI ATIRAH NAJIHAH MURAI BICARA
PENOLONG KELAS SHAZA SYAZWANIE MESRA ALAM DIKENALI SEMUA

SUARA MERDU PABILA MENYANYI TOPIK K-POP DIALAH RATU
SHABIHAH DAN SYAREENA EMPUNYA DIRI ENGLISH JUGA DIA SELALU
DI DALAM KELAS PENGHIBUR HATI SYAZA DAN NADIA SENTIASA BERSATU
HILANG MEREKA SUNYI SEPI MEREKALAH SATU DALAM SERIBU

KAPAL LAYAR PUJAAN HATI BERGOSIP KENCANG ITULAH HOBINYA
NURUL HIDAYAH NAMA DIBERI GELAK KETAWA PASTI BERGEMA
SUKA TIDUR KELAS MENGAJI BUDAK BERULANG DIGELAR MEREKA
ORANGNYA TINGGI MOLEK SEKALI AINA DAN AINNUR SENTIASA BERDUA

TINGGI LAMPAI SEPERTI GALAH SEORANG PENGAWAS SEORANG BUKAN
DALAM SUKAN TAK PERNAH KALAH ADA WAWASAN BERJAYA KEHADAPAN
HANYA SEORANG TEGAP DAN GAGAH HAMIZAH DAN AMIRAH DIBERI PERHATIAN
AIMAN DANISH BERDIRI MEGAH MENJADI PANDUAN SEMUA RAKAN

BERMATA EMPAT MANIS TINGKAHNYA ATIRAH NASUHA EMPUNYA NAMA
CHEF PASTRI ITU IMPIANNYA PUTIH ORANGNYA GANAS SENTIASA
BELLA MARTOPO ITULAH GELARANNYA BERGURAU SENDA SETIAP MASA
GELAK KETAWA KALAH SEMUA HILANG DIA SUNYI BELAKA

PUTERI BAHARU PUTERI KAYANGAN
PEMIKIRAN SENTIASA DI AWANG AWANGAN
SUHANA,ASYIKIN BERPEGANGAN TANGAN
TEGUH BERJALAN MENUJU KEJAYAAN

88 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

SOUL CIRCUIT

SLOW CIRCUIT OF THE GROUND
SHUDDER SHALLOW HIS THOUGHTS
STRANGLED KIND OF SOB BITTEN HIS SOUL
THE COLD AIR CUTTING A RAGGED ADGE TO HIS BREATHING

TEARS TRAILING DOWN
THE LID EMBLAZONED
NO RELIEF THRUMMING SWEET IN HIS VEIN

SLEUTH HOLLOWED
AS HE SAW BLOODY VISION

EXPUNGE HEAVEN SIGHT
TH HELL SIGHT INTERPOLE
AS HE WISH TIME WOULD TURN TO BE SANE
THE ONLY ANGLE WITH HIDDEN EXUBERANCE

MISSING HER SECRETLY
TRIGGERED HIM IN SILENCE

SHE LEFT HIM ENTERED THE UNKNOWN WORLD
AND NEVER RETURNED

IT SWIRLED HIM LIKE THE MOON WITH MEANING
IT WAS ALL PITY AND LAUGHTER
KEEP SHUN INSALUBRIUS SIGN

BUT HE KEEP ON SICKER DAYS BY DAYS
SEWAGE IN HIS THROAT

BUT PUNE HIS OWN WORDS INSTEAD

LOVE IS INSALUBRIUS AND MAD
HEARTBREAK IS FRANTICALLY

UNDERISTIMATE
BUT BROKRN SOUL IS OUT OF THE

RANGE
IT’S DIFFERENT
DISMAY TO PLEASE
TREATEN PLEASURE NOT THE CURE

SLEEK WAY
BUT STILL DISMAY?

HOLY FAITH
PUT IT UP

BACK TO HIM
AND ALLAH WOULD DO THE REST

BY;NURUL FARISHA BINTI NORAZRUL 89
4 IBNU ABBAS

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

We were put on this planet
To live and to love.
To cherish the ones in our lives
And never let them get hurt.
Safety is a priority,
But danger is an outcome.
Why is it that we work so very hard
For something that will still happen
In the end?
Should we care about our lives
Or sit and waste it away?
"It doesn't matter, we're all going to
die someday!"
These words fill our heads
With sad confusion. There's no end.
We get lost with the love
We want to have.
There is no conclusion to all
This pain. TTOO LLIIFFEE
But an answer that comes
Just the same.
The negative side seems to win,
But the positive side seems to TTOO LLOOVVEE
Glow.
We are who we choose to be,
So be careful who you choose.
Love everyday like there is no
Tomorrow,
And give to others the joy of life
So no one will hurt.
Love, and love will love you back.
Open your arms to life,
And life will hug you back!
Don't be scared!
Life is still a one time thing!

(WAN NURNABILA BT WAN ABDUL
RASHID) (4IK)

90 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

Schools Are Like Second Homes To Students.

How Far Do You Agree With This Opinion?

In this modern era, there are a lot of issues which all of us heard a lot. One of the issues that is frequently
talked about is schools are like second homes to students. As all of us may already know, every person will
at least enroll into a school once in their life time. Schools might be the only thing which contributes in
keeping the knowledge of our ancestors passed to this generation. Our ancestors have sacrificed a lot in
order to build this modern civilization that we live in right now. For example, the foundation of drugs, known
as sulfuric asid could kill a person just by smelling it. Therefor, school place on important role in humanity.
School is defined as the place were experience teachers share their knowledge and wisdom with the new
generation who will be the country leaders in the future. If is undeniable that students spend a fair amount
of time in school. Howover, can schools be called the second homes to student?

In my opinion, school can indeed be called the second home to students. In 2015, a research conduded
by Rihonaa Health Centre Johanesburgh, said that students spent more time in school than home in a year
the reason to this is because most schools session around the world startsin the morning and usually ends
in the evening. Teaching knowledge to other person is indeed a very difficult things and vorious subject will
be though to student in a single day. Every person have different learning ways . Therefor, we can imagine
how hard it is for a teacher to teach a subject to a class full of 20 persons. I think it is appropriate to say that
spending a lot of time in school is a must for every students because it is impossible to learn new things in
a short period of time because teachers will devide the attenton they give fairly to every students making
school session seems long but it is actually not. In conclusion, the progress oflearning in school for students
take a lot of time. Students will also attend extra classes if needed making the time spent for school even
bigger. If is safe to say that the school session which is six to eight hours is the minimum required amount of
time for students to learn. Therefor, schools can indeed be called the second homes to students because if
will consume a lot of a student time.

The second reason why schools can be called second homes to students is because each students
makes a lot of memories in school. Similar to school, home is also the place where students remember their
memories with their family the most and also a lot of time there. The only differfent is that, memories created
at home is with family while the memory made at school is with friends. Both are precious to a student as it
is what will allow them to grow and then become a matured human being.for example, students spend a lot
of time learning at school with their friends just like how they spend with their family. For some students, the
friends they have made will become their true friends until the end of their life. Simply but a nutshell, school
also will give a similar experience to students to that of their home. Schools can indeed be called the second
homes to students.

Not only that some schools provide hostel for students. Students who go to a boarding with definitly
have their own management plan decided by themselves. Boarding schools that the students will have to
stay in the dorm provided by the school until their learning lessons ends. Usually, boarding school students
will only be allowed to return to their own home once in during two weeks. That means 11 days out of 14
days in a boarding school students life will be spent of their school. Howover, students will adjust themselves
to the new life they will be living together with their new friends. Because of this a lot of new experiences will
be gained by students with their friends because they have a new life. For example, waking up early in the
morning by yourself or with the help of their friends. In the end, student will be use to their new life and think
that the hostel is also their home. School also provide a place to rest for their students just live the definition
of home. Therefor, schools can indeed be called the second homes to students.

In conclusion, there are a lot of reasons why schools are considered to be a second homes to student.
But, there are also of reasons why schools are not qualified to be called the second homes to students.
Each person have different opinions and about school. Discussion and debate about certain topic play on
important role in widening the knowledge to civilization. Students indeed spend a lot of time in school. This
government should try to provide more funds for school to established a more comfortable learning place
for the students.

Syed Mohammad Shaddiq Bin Syed Isumri
5 Al Jabbar

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 91

SHAKS GEMILANG

MAAF

MESKIPUN RINGAN DI LIDAH
TAPI BERAT DI HATI
BEGITU MUDAH UNTUK LAFAZKAN,
“AKU MEMAAFKANMU”
NAMUN,HATI BELUM TENTU LAGI BISA.
BEGITU MUDAH UNTUK MENIPU DIRI
NAMUN BELUM TENTU LAGI
DAPAT MENGUBAT LUKA YANG ADA DI HATI.
TAPI SIAPAKAH AKU BERBANDING DENGAN NABI.
NABI MEMAAFKAN UMATNYA.
JIKA BAGINDA MAMPU MEMAAFKAN,
INSYA-ALLAH AKU BOLEH.
SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN DAN KEBESARAN
“BARANG SIAPA YANG MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN MAKA ALLAH
AKAN MEMAAFKAN KESALAHANNYA PADA HARI KIAMAT.”
(NUR SHABIHAH BT SHAMSUDIN)
(4IK)

92 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

RABIES

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 93

SHAKS GEMILANG

AMIR PADA HARI JUMAAT

94 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 95

SHAKS GEMILANG

APABILA GURU
BERBICARA...

96 SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

SHAKS GEMILANG

PN.NAIMAH BINTI SAAD@ MAT SAUD

Berdoalah…

Anak-anak pelajar yang dirahmati Allah

Secara fitrah dalam setiap diri kita pasti tertanam rasa ingin menjadi yang lebih baik dan
sempurna.islam mengajar bahawa segala hasil yang diraih oleh manusia adalah sesuai
dengan usaha dan jerih payahnya.manusia yang selalu berusaha dengan bersungguh
kerana Allah SWT pasti akan menuai hasil usahanya.

Doa menjadi bahagian penting dalam setiap usaha manusia. Berdoa bererti mengetahui
bahawa Allah lah yang menentukan segala usaha kita.

Manfaat doa begitu besar dalam kehidupan……

Dengan doa, kedamaian dapat diraih, semangat dapat ditingkatkan dan emosi dapat
dikendalikan.

Dengan doa,ada harapan yang terbentang

Doa dapat menjadi penyejuk pada saat menghadapi musibah.

Doa adalah tempat kembalinya manusia setelah melakukan usaha dan ikhtiar.

Oleh sebab itu anak-anak pelajar….dalam apa jua keadaan ,berdoalah.

Ketika sedih sebagai tanda pergantungan dan ketika gembira sebagai tanda syukur.

Apabila kita banyak meminta kepada manusia,manusia akan marah…

Apabila kita banyak meminta kenpada Allah, Allah akan cinta

Marilah kita menjadi hamba yang mengenang budi.tadahlah tangan buat seketika …
berdoalah

Yakinlah bahawa Allah akan mengabulkan permintaan kita.

Islam dan muhasabah bersama

Naimah Mohd Saad
2019

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM 97

SHAKS GEMILANG


Click to View FlipBook Version