The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46319616, 2022-12-14 07:56:51

BERKAT BERKAWAN BAIK IDEA 4 SEKAWAN

BERKAT BERKAWAN BAIK IDEA 4 SEKAWAN

Idea asal;
Muhammad Adib bin Khuzairil
Muhammad Azri Al-Khwarizmi bin Azri Afendi

Grafik;
Muhammad Nawfal bin Imran
Muammar Aiman bin Nor Azlin

Disunting oleh;
CIKGU NOR SHAMSIAH BINTI HJ KASSIM


Di dalam sebuah rimba, tinggal sekumpulan haiwan yang hidup harmoni. Di dalam
kumpulan haiwan-haiwan itu, Sang Arnab dan Si Kura-kura yang paling popular.
Selepas kejadian pertandingan larian itu, Si Kura-kura dan Sang Arnab berkawan
baik.


Sang Arnab dan Si Kura-kura mempunyai sebuah kebun sayur-sayuran. Setiap pagi
Sang Arnab dan Si Kura-kura menanam sayur-sayuran kegemaran mereka seperti lobak
merah, kobis bunga dan saderi. Kebun mereka sangat menjadi. Sewaktu pulang dari kebun,
Sang Arnab terlihat sekeping poster tentang pertandingan larian secara berkumpulan.

‘’ Eh, Si Kura-kura, lihat poster ini. Satu pertandingan larian berkumpulan akan diadakan di
rimba kita ini.’’ kata Sang Arnab dengan teruja.


Sang Arnab mengajak Si Kura-kura untuk menyertai pertandingan larian ini.

‘’ Si Kura-kura, jom kita sertai pertandingan larian ini.’’ ajak Sang Arnab.
‘’ Bagus juga cadangan kamu itu, Sang Arnab. Mungkin kali ini kita boleh bekerjasama

dalam larian pula. Tapi, kamu tidak menyesal ke sekiranya kita kalah?’’ tanya Si Kura-kura.
Kata Sang Arnab pula ‘’Tidak mengapa Si Kura-kura kita boleh mencuba. Jika gagal
janganlah kita berputus asa.

Sejak hari itu, Sang Arnab dan Si Kura-kura berlatih dengan bersungguh-sungguh.


Hari pertandingan pun tiba. Ketua Rimba mengumumkan kumpulan yang akan
bertanding pada hari ini. Lorong yang pertama ialah kumpulan Sang Arnab dan Si Kura-
kura, lorong kedua ialah kumpulan Si Tikus dan Tok Gajah. Akhir sekali di lorong ketiga ialah
Si Siput dan Si Kucing Hutan. Pertandingan pun bermula. Semua peserta berlari
bersungguh-sungguh.


Sebelum mereka berlumba, setiap kumpulan telah memikirkan strategi untuk
menang. Si Kura-kura dan Sang Arnab tidak memikirkan strategi kerana mereka telah
berlatih bersungguh- sungguh. Si Kura-kura menjadi perserta pertama. Si Kura-kura berlari
bersama Si Kucing Hutan dan Si Tikus. Sudah pastilah Si Kura-kura ketinggalan jauh.
Namun begitu, Si Kura-kura tidak berputus asa.


Si Kucing Hutan telah menyerahkan baton kepada Si Siput manakala Si Tikus
telah menyerahkan baton kepada Tok Gajah. Si Kucing Hutan tidak mahu kalah
kepada Si Tikus dan Tok Gajah. Si Kucing pun melepaskan semut di laluan Tok Gajah.
Tok Gajah kegelian dan kesakitan. Tok Gajah keluar dari lorong untuk mencari sungai.
Ketika itu, baharu Tok Gajah sedar yang kumpulannya tersingkir dari pertandingan ini.


Di satu kawasan agak berbukit terlihat Si Siput sedang berusaha mendaki.
Tiba-tiba, tanpa diduga Sang Arnab telah berada dekat dengannya. Si Siput
terkejut lalu memasukkan dirinya ke dalam cengkerang. Dia tergolek ke bawah
semula.


Akhirnya, Sang Arnab sampai ke garisan penamat. Si Kura-kura dan Sang Arnab
berasa sangat gembira. Mereka tidak berasa sia-sia akan pengorbanan mereka ketika
berlatih. Mereka percaya bahawa rezeki tidak akan datang bergolek setiap yang berusaha
pasti akan ada hasilnya.

Pengajaran: Jika kita berusaha dan tidak mudah berputus asa, pasti kita akan berjaya.


Click to View FlipBook Version