The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lyssafrdd, 2021-11-14 02:39:38

BMMB1074 Kerja Kursus

BMMB1074 Kerja Kursus

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS

SEMESTER ____1____ TAHUN ___2021___

NAMA PELAJAR: NUR ALYSSA SYAHIRA BINTI FARED

ANGKA GILIRAN: 2021142310160

NOMBOR KAD PENGENALAN: 030903-05-0306

PROGRAM DAN UNIT: BAHASA MELAYU 7

KOD DAN NAMA KURSUS: GWCP1042- PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH: DR. ROBIAH BINTI MOHAMAD

TARIKH HANTAR: 15 NOVEMBER 2021

Pengakuan Pelajar Menerima Medium:-
Maklum Balas Daripada
Pensyarah Individu

Kumpulan
Kuliah

Tandatangan Tarikh

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja Markah Selepas Moderasi
NO. MARKAH Markah dalam 100 %
TUGASAN Pemeriksa Pemeriksa Pemeriksa

1 23
1

2

3

4

JUMLAH

1

TUGASAN 1

e-Portfolio ( Secara individu) - 50%
Anda diminta membincangkan maklumat dan data tentang Sejarah Perkembangan Tulisan
dalam bahasa Melayu, Sejarah Perkembangan bahasa Melayu Pramerdeka dan
Pascamerdeka serta Cabaran dan Masa Depan bahasa Melayu dengan menggunakan
pelbagai kaedah pilihan seperti buku elektronik (buku digital), video penceritaan atau slaid
interaktif dan lain-lain.

2

ISI KANDUNGAN

TUGASAN 1............................................................................................................2
SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU ...........................4
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA ....................................................................................................5
CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU ...................................................6
PENUTUP ...............................................................................................................7
RUJUKAN ...............................................................................................................8

3

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu telah lama berkembang di kepulauan Melayu. Menurut Nik Safiah (2015),
bahasa Melayu bermula pada abad ke-7 iaitu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno. Zaman
ini dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat yang ditemui di Kepulauan Melayu.
Antaranya adalah batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang (683 M). Batu bersurat yang
ditemui pada masa itu membuktikan tentang pengaruh bahasa Sanskrit terutamanya dalam
masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat Melayu menggunakan tulisan Sanskrit iaitu tulisan
Pallawa serta tulisan rencong.

Menurut Hashim Musa, pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh
organ pertuturan manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan
oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan. Tulisan pula lahir apabila manusia
mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda
tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya difahami sendiri tetapi oleh orang lain
juga. Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga
sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk
agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini
disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di
Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek
dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para
pengkaji naskhah Melayu lama.

Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah
mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. Aksara
rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno atau boleh dikenali
sebagai tulisan Kawi. Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan rencong yang digunakan di
Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan
Kawi di Jawa. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki
peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat yang lain.

Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa,
iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. Pengaruh pertama terhadap Bahasa
Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India atau pedagang
Melayu yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang
dalam budaya Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu
sekitar abad ke-14, iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa
Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini. Tulisan
Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya.

4

Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa
menerusi tulisan inilah bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan
mubaligh dan golongan cendekia Melayu mengenalpasti bunyi bahasa Melayu yang tidak
terdapat dalam Bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf
Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang
sedia ada.

Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa
penyelesaian dan tambahan. Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik.
Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui
empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan
dan keperluan semasa. Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar
gugusan kepulauan Melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini
dan ia berasal daripada tulisan Arab.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA

Zaman pramerdeka merupakan zaman sebelum merdeka yang boleh dibahagikan kepada
dua peringkat ataupun tahap iaitu zaman sebelum kolonialisme dan zaman kolonialisme.
Zaman sebelum kolonialisme adalah pada tahun 1400-1786 manakala pada zaman
kolonialisme pula terbahagi kepada dua zaman iaitu zaman sebelum perang dunia ke-2 (1786-
1941) dan zaman selepas perang dunia ke-2 (1941-1956). Zaman pramerdeka secara
khususnya berlaku pada sekitar tahun 1950-1957 iaitu zaman di mana tertubuhnya ASAS 50.
ASAS 50 atau lebih mudah dikenali sebagai Angkatan Sastera 50 yang ditubuhkan pada 6
Ogos 1950 merupakan pertubuhan yang pertama sekali ditubuhkan yang giat
mempertingkatkan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Selepas wujudnya pertubuhan ini
wujud pula Lembaga Bahasa Melayu yang giat dalam menghidupkan bahasa Melayu. Kedua-
dua pertubuhan ini menitikberatkan soal kedudukan bahasa sebelum menjelangnya hari
kemerdekaan.

Pada awalnya, system Pendidikan di tanah Melayu ini berbentuk tidak formal.
Kewujudan system Pendidikan ini berkembang bersama-sama dengan penyebaran agama
islam di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu serta kepulauan Melayu pada abad ke-
11. Sekolah pada zaman ini juga merupakan sekolah yang dibina oleh orang Arab dan India
yang beragama Islam. Mereka telah membina institusi Pendidikan yang tidak formal seperti
sebelah pondok di Perlis, Kedah dan Kelantan. Hal ini berbeza pada zaman penjajahan yang

5

telah wujud sekolah-sekolah yang pelbagai aliran mengikut kaum iaitu sekolah vernacular
Melayu, vernacular Cina, vernacular Tamil, vernacular Inggeris dan sekolah agama.

Namun demikian, walaupun sekolah diwujudkan semasa zaman penjajahan, sekolah
tersebut bukan berfungsi untuk menjaga kebajikan masyarakat tetapi hanya mengaburi mata
masyarakat. Sekolah vernacular ini merupakan sekolah yang berorientasikan penggunaan
bahasa ibunda sebagai alat perhubungan. Menjelang kemerdekaan isitu zaman pramerdeka
ini, telah banyak timbul kesedaran dalam tokoh-tokoh terhadap pentingnya penguasaan
bahasa Melayu dalam pendidikan. Oleh sebab itu, pada zaman ini pengwujudan sekolah
kebangsaan telah mula diwujudkan dan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan yang
digunakan.

Bagi era selepas merdeka atau pascamerdeka pula bermula selepas 31 Ogos 1957
sehingga tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang. Antara akta-akta berkaitan pelaksanaan
bahasa Melayu adalah perkara 152 Perlembagaan. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959,
akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan yang terakhir adalah akta Pendidikan 1996. Bagi
penerangan berkenaan akta yang pertama iaitu perkara 152 Perlembagaan menyatakan
bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun,
perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain,
kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan
kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam.
Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen
serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.

Seterusnya, akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 adalah untuk membina dan
memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk Sains dan
Teknologi. Akta ini juga berfungsi untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya
dalam bahasa kebangsaan dan membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-
istilah yang sessuai dalam bahasa kebangsaan.

CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi bagi memartabatkan bahasa Melayu. Salah
satunya adalah perdagangan yang memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan
wahana untuk berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia baru
juga memerlukan individu memahami dunia yang dilawati untuk memahami budaya bangsa
merentasi pelbagai negara. Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian dan Islam

6

membawa masuk bahasa asing ke alam Melayu, iaiatu Bahasa Inggeris, Belanda, Portugis,
dan Arab. Dasar pendidikan sesebuah negara mencerminkan masyarakat yang lahir misalnya
Malaysia yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan
negara akan melahirkan penutur dwibahasa. Dasar bahasa negara juga melahirkan penutur
dwibahasa.

Satu lagi cabaran yang mewujudkan kedwibahasaan ialah perkahwinan campur dalam
masyarakat majmuk yang melahirkan kanak-kanak yang berdwibahasa sejak dari lahir lagi.
Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku apabila kedua ibu dan bapa menggunakan kedua-
dua bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian. Kesan yang paling ketara akibat
kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod atau pertukaran kod yang dikenali sebagai
code switching. Berlakunya penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain
disebabkan oleh perubahan tajuk atau pertukaran siapa yang disapa. Fenomena ini begitu
meluas dalam kalangan penutur di Malaysia. Misalnya pelajar Melayu berbahasa Inggeris
dengan kawan berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke dalam Bahasa Melayu
apabila bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Penggunaan bahasa
Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik juga antara salah satu cabaran dalam bahasa
Melayu

Cabaran bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris merupakan satu
cabaran yang amat besar. Oleh hal yang demikian, sikap rakyat Malaysia mestilah yakin
dengan keupayaa dan kemampuan bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa bangga
dengan bahasa Meelayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa
kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak
menggunakan bahasa Inggeris. Langkah ini akan menjejaskan bahasa Melayu tergugat oleh
bahasa Inggeris.

PENUTUP

Jika bahasa Inggeris sering dicampurkan dalam bahasa Melayu, maka penggunaan bahasa
Melayu sepenuhnya akan menjadi semakin berkurang dan tidak lagi dilakukan oleh remaja
pada masa akan datang. Jadi pihak yang sepatutnya perlulah mengambil tindakan berkenaan
hal ini bagi memastikan setiap remaja kini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dan
tidak mencampur-campurkan ayat dengan bahasa Inggeris. Pihak yang sepatutnya
mengambil tindakan ini adalah guru di sekolah dan ibu bapa yang berada di rumah. Mereka
perlulah bercakap dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dan tidak bercakap
menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Ibu bapa perlu membiasakan murid untuk bercakap
bahasa Melayu sepanjang masa. Bagi pihak guru pula, mereka perlulah menerapkan bahasa

7

Melayu dalam diri murid dengan bercakap dalam bahasa Melayu sepanjang masa juga kecuali
di dalam kelas mata pelajaran Inggeris. Hanya subjek itu yang dibenarkan kepada guru dan
murid untuk menggunakan bahasa Inggeris. Pada masa lain, mereka hanya perlu bercakap
dengan menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah bahasa ibunda negara
kita iaitu negara Malaysia.

RUJUKAN

Dinsenu (2010, Julai 25). Sistem Perkembangan Tulisan Jawi. Blogspot.
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/sejarah-perkembangan-tulisan-
jawi.html]

Zakira Hafizah (2012. Disember 3). Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu. Slideshare.
https://www.slideshare.net/nzhi91/bab-1-sejarah-perkembangan-bahasa-melayu

Shahbudin Abdullah (t.t.). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Academia.
https://www.academia.edu/4903272/Sejarah_Perkembangan_Tulisan_Jawi

Muhamad Ajib (t.t.). Sejarah Jawi. Academia.
https://www.academia.edu/31702287/SEJARAH_JAWI

Eddy Terinisip (2018, Oktober 20). Bahasa Melayu Pramerdeka. Slideshare.
https://www.slideshare.net/EddyTerinisip1/bahasa-melayu-pramerdeka

Fitriah Gi Kwang (2013, Julai 24). Bahasa Melayu Pascamerdeka. Slideshare.
https://www.slideshare.net/fitriahgikwang/pasca-merdeka

Alyssa Simon & Juliana Osong (t.t.). Cabaran Bahasa Melayu untuk Menjadi Bahasa Dunia.
Academia.
https://www.academia.edu/35449924/CABARAN_BAHASA_MELAYU_UNTUK_MEN
JADI_BAHASA_DUNIA

Nik Safiah Karim (2013, November 13). Bahasa Melayu di Pesisir Wilayah Timur.
Researchgate.
https://www.researchgate.net/publication/317594383_PENERBITAN_ILMIAH_BAHA
SA_MELAYU_DALAM_KALANGAN_ILMUWAN_NEGARA_MALAY_LANGUAGE_S
CHOLARLY_PUBLICATION_AMONG_LOCAL_ACADEMICIANS

8

Dinsenu (2010, Julai 25). Masa Depan dan Cabaran Bahasa Melayu. Blogspot.
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/masa-depan-dan-cabaran-
bahasa-melayu.html

Nazarina Nawawi (2012, Mei 3). Masa Hadapan Bahasa Melayu. Slideshare.
https://www.slideshare.net/nazarinanawawi/masa-hadapan-bahasa-melayu

9


Click to View FlipBook Version