ISI KANDUNGAN 2
KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA
KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH 3
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID, JPNM 4
1.0 MATLAMAT 4
2.0 TUJUAN 4
3.0 OBJEKTIF 4
4.0 KUMPULAN SASARAN 4-8
5.0 PELAKSANAAN ZIARAH CAKNA
6.0 CARTA ALIR PELAKSANAAN ZIARAH CAKNA 9
10
6.1 SEBELUM PELAKSANAAN ZIARAH CAKNA 11
6.2 SEMASA PELAKSANAAN ZIARAH CAKNA 12
6.3 SELEPAS PELAKSANAAN ZIARAH CAKNA 13
7.0 AKTIVITI ZIARAH CAKNA 14-16
LAMPIRAN 17
- LAMPIRAN 1: SENARAI AGENSI
- LAMPIRAN 2: BORANG ZIARAH CAKNA
PENGHARGAAN
KATA ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya merakamkan penghargaan
syabas dan tahniah kepada kumpulan Pembina Manual Ziarah Cakna Sekolah-
sekolah Negeri Melaka kerana berinisiatif dan proaktif menyediakan alternatif program
dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Pembinaan Manual
Ziarah Cakna Sekolah-sekolah Negeri Melaka adalah selaras pelancaran
Pelaksanaan Program Ziarah Cakna (PZC) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia pada 27 Januari 2019 di Pejabat Pendidikan
Daerah Kluang, Johor Darul Takzim oleh mantan Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee
Bin Malik.
Hasrat utama pelaksanaan Program Ziarah Cakna adalah supaya sekolah
memperkukuhkan nilai murni melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat
menghormati, keseronokan, bertanggungjawab dan manusiawi dengan amalan ziarah
guru ke rumah murid.
Ini adalah bersesuaian dengan Konsep Guru sebagai seorang yang memiliki sifat
kepedulian (concern), bertanggungjawab dan penyayang terhadap setiap perkara
yang berkaitan dengan muridnya. Melalui Program Ziarah Cakna, boleh membantu
guru memahami latar belakang murid,berkongsi pandangan dan merancang bagi
meningkatkan kejayaan murid sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di
samping itu, dapat memastikan perkembangan dan potensi diri murid dapat dipupuk
secara bersepadu, seimbang dan positif.
Akhir kalam, saya menaruh penuh keyakinan dan berharap Guru Bimbingan dan
Kaunseling serta guru-guru lain di sekolah dapat memainkan peranan yang penting
dan melaksanakan Program Ziarah Cakna (PZC) berpandukan Manual Ziarah Cakna
yang dihasilkan seterusnya dapat membantu menyemai dan memupuk perpaduan,
semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta
membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.
Sekian, terima kasih
Dr. Mohd Azam bin Ahmad
Pengarah Pendidikan Negeri Melaka
1
KATA ALUAN
TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Manual Ziarah Cakna Sekolah-sekolah Negeri Melaka ini menerangkan gerak kerja
yang harus dijalankan bagi membantu pihak sekolah khususnya Unit HEM
menggerakkan sistem sokongan bagi membantu murid dan guru memastikan
kemenjadian murid dan kualiti sekolah tercapai.
Kita semua sedia maklum bahawa Program Ziarah Cakna telah dijadikan sebagai
salah salah program utama di sekolah sejak pelancarannya pada tahun 2019 dan
merupakan salah satu program strategik Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau
bagaimanapun, program ini turut terkesan dengan situasi pandemik yang melanda
seluruh dunia dan dengan pelaksanaan PKP 1.0 pada 18 Mac 2020 menyebabkan
insitusi pendidikan terpaksa ditutup yang turut menjejaskan sistem pendidikan secara
bersemuka.
Perubahan ini juga mempengaruhi gaya penaakulan terhadap isu dan masalah murid
serta sekolah terutamanya kehadiran dalam PdPR dan komitmen melaksanakan
modul-modul pembelajaran.
Manual Ziarah Cakna ini sesuai dijadikan panduan asas kepada guru-guru atau
sesiapa sahaja yang terlibat dalam pendidikan. Ia juga membantu Guru Bimbingan &
Kaunseling dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut kebijaksanaan
dan kreativiti berdasarkan faktor persekitaran sekolah masing-masing.
Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kepada semua pihak yang terlibat
dalam pembinaan dan penulisan Manual Ziarah Cakna ini samada secara langsung
dan tidak langsung. Segala jasa anda hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.
Sekian, terima kasih.
Haji Jamsari bin Mariman
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka
Sektor Pembangunan Murid
2
1.0 MATLAMAT
1. Matlamat sebenar Program Ziarah Cakna ini ialah untuk memperkukuhkan nilai
murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-
menghormati, keseronokan, bertanggungjawab dan manusiawi. Justeru itu,
mesyuarat Ketua Bahagian KPM Bil.10/2018 pada 7 Disember 2018
memutuskan supaya BPSH menyelaras pelaksanaan Program Ziarah Cakna
di semua sekolah KPM. Pelaksanaan konsep ziarah cakna adalah perlu
memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust
seperti yang dipraktik oleh negara Jepun bagi memperkukuhkan hubungan
antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga.
2.0 TUJUAN
1. Memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke
rumah murid.
2. Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah.
3. Meningkatkan persefahaman antara ibu bapa dan guru berfokuskan
pembangunan kemenjadian murid.
3.0 OBJEKTIF
1. Berkongsi kemenjadian diri murid bersama-sama ibu bapa/penjaga.
2. Memahami latar belakang keluarga murid.
3. Berkongsi pandangan antara ibu bapa/penjaga dan guru bagi
mengembangkan potensi murid.
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 Melibatkan semua murid negeri Melaka tanpa mengira latar belakang.
3
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Melibatkan semua murid
5.2 Program Ziarah Cakna hendaklah dilaksanakan secara berterusan dan
menjadi budaya kepada guru.
5.3 Cara pelaksanaan:
Sebelum 1. Mengemaskini Data Maklumat Murid.
a) GPK HEM perlu memastikan guru kelas dan
guru data sentiasa mengemaskini data.
maklumat murid menerusi Aplikasi Pangkalan
Data Murid (APDM).
b) GPK HEM perlu memastikan semua warga
sekolah perlu merekod amalan baik atau salah
laku melalui Aplikasi Pangkalan Data Sistem
Sahsiah Diri Murid (SSDM) sebagai evidens.
2. Mengenalpasti Isu Murid :
a) Mengenalpasti kategori isu murid (disiplin,
kebajikan, murid cemerlang dan lain-lain)
b) Pihak pentadbir, guru disiplin, guru kelas, guru-
guru, ibu bapa/penjaga, staf sokongan, agensi
luar (kes luar kawasan sekolah) perlu
memberikan kerjasama memaklumkan kepada
GBK berkaitan isu murid.
4
3. Melakukan Sesi Bimbingan dan Kaunseling :
a) GBK perlu melakukan sesi bersama murid sasar
dan merekodkan sesi tersebut secara bertulis
menerusi e-rekod (SePKM).
b) GBK memberikan fokus kepada sesi kaunseling
berkaitan salah laku murid terlebih dahulu
disusuli bimbingan amalan baik (pengukuhan).
c) GBK menghubungi ibu bapa murid dan
mengedarkan surat makluman ‘ziarah cakna’
bagi mendapatkan kebenaran lawatan sebelum
lawatan dilakukan. Jika kebenaran gagal
diperolehi, pihak sekolah boleh mendapatkan
bantuan agensi yang terlibat dan pihak berkuasa
untuk membantu sesi ziarah.
4. Mengenalpasti tahap kesihatan keluarga.
5. Mendapat persetujuan lebih awal daripada ibu
bapa/penjaga murid.
6. Mencetak Laporan Disiplin Murid (bagi isu
Salah Laku) sebagai evidens.
7. Menyediakan Borang Ziarah Cakna untuk merekod
dapatan ziarah.
5
Semasa 1. Pentadbir perlu mengikuti program Ziarah Cakna
bersama Guru Disiplin/ GBK/ Guru Kelas/ Guru Mata
Pelajaran.
a) Pihak sekolah perlu mendapatkan
bantuan/khidmat daripada agensi luar mengikuti
keperluan kes yang dikendalikan (rujuk lampiran
1.)
b) Mengambil tindakan langkah berhati-hati
terhadap keluarga yang berisiko berkaitan
penyakit berjangkit, dikuarantin, atau memiliki
sejarah kontak rapat Covid-19 dan lain-lain.
2. Kunjungan ziarah tidak menyusahkan ibu bapa/penjaga
(seperti tidak perlu menyediakan makan dan minum);
3. Ziarah boleh dilaksanakan pada masa yang sesuai
mengikut keperluan sekolah dan ibu bapa;
4. Berkongsi maklumat berkaitan perkembangan murid
berdasarkan maklumat yang diperolehi (sahsiah,
tingkah laku dan perkembangan diri di sekolah dan di
rumah); dan
5. Mengumpulkan maklumat murid berkaitan status sosio
ekonomi keluarga dan keperluan lain yang diperlukan di
dalam borang Ziarah Cakna.
6
Selepas 6. Mengenalpasti dan membincangkan intervensi (cara
penyelesaian) di peringkat awal untuk membantu murid.
7. Mengambil gambar untuk dokumentasi.
1. Menyediakan pelaporan Ziarah Cakna untuk
dokumentasi.
2. Menyediakan bantuan sokongan kepada murid yang
memerlukan (pemantauan, sesi/konsultasi, barangan,
modul dan lain-lain);
3. Mengukuhkan hubungan antara ibu bapa/penjaga dari
semasa ke semasa melalui pelbagai platform
perhubungan; dan
4. Bekerjasama dengan pihak ibu bapa/penjaga, agensi
terlibat dan lain-lain yang mempunyai kemampuan,
kemahiran dan kepakaran yang dapat membantu murid.
7
6.0 CARTA ALIR PELAKSANAAN ZIARAH CAKNA
6.1 Sebelum Melaksanakan Ziarah Cakna
MULA
Mengemaskini Data Maklumat Murid
Mengenalpasti isu murid
Melakukan Sesi Bimbingan dan
Kaunseling
Mengenalpasti tahap kesihatan
keluarga.
Mendapat persetujuan lebih awal
daripada ibu bapa/penjaga murid.
Mencetak Laporan Disiplin Murid
(bagi isu Salah Laku) sebagai
evidens.
Menyediakan Borang Ziarah
Cakna untuk merekod dapatan
ziarah.
8
6.2 Semasa Melaksanakan Ziarah Cakna
MULA
Pentadbir perlu mengikuti program Ziarah
Cakna bersama Guru Disiplin/ GBK/ Guru
Kelas/ Guru Mata Pelajaran.
Kunjungan ziarah tidak menyusahkan ibu
bapa/penjaga
Ziarah boleh dilaksanakan pada masa
yang sesuai mengikut keperluan sekolah
dan ibu bapa
Berkongsi maklumat berkaitan
perkembangan murid berdasarkan
maklumat yang diperolehi
Mengumpul maklumat murid berkaitan
status sosio ekonomi keluarga dan
keperluan lain
Mengenalpasti dan membincangkan
intervensi (cara penyelesaian) di peringkat
awal untuk membantu murid
Mengambil gambar untuk dokumentasi
9
6.3 Selepas Melaksanakan Ziarah Cakna
MULAMULA
Menyediakan pelaporan Ziarah Cakna
untuk dokumentasi
Menyediakan bantuan sokongan
kepada murid yang memerlukan
Mengukuhkan hubungan antara ibu
bapa/penjaga dari semasa ke semasa
melalui pelbagai platform perhubungan
Bekerjasama dengan pihak ibu bapa/penjaga,
agensi terlibat dan lain-lain yang mempunyai
kemampuan, kemahiran dan kepakaran yang
dapat membantu murid.
10
7.0 AKTIVITI ZIARAH CAKNA
AKTIVITI CADANGAN KAEDAH
i. Bertanya khabar situasi murid di rumah;
a. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan
membina hubungan
b. Menunjukkan sikap prihatin terhadap murid
dan ibu bapa/penjaga
Guru ii. Berkongsi maklumat berkaitan murid dan sekolah
menziarahi ibu a. Tingkah laku murid di sekolah dan di rumah
bapa/penjaga b. Kehidupan murid di rumah (makan, minum,
di rumah ruang tidur/belajar, aktiviti harian dan lain-lain
yang bersesuaian)
c. Mengedarkan maklumat aktiviti sekolah
kepada ibu bapa/penjaga (brosur)
iii. Mengumpul maklumat murid
a. Status ekonomi ibu bapa/penjaga
b. Keperluan/bantuan lain yang diperlukan
11
LAMPIRAN LAMPIRAN 1
SENARAI AGENSI
1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
3. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
4. Pusat Kesihatan Daerah (PKD)
5. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
6. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
7. MPKKK/ Ketua Kampung
8. PIBG / PIBK
12
LAMPIRAN 2
BORANG ZIARAH CAKNA
NAMA SEKOLAH
ALAMAT SEKOLAH
LAPORAN ZIARAH CAKNA
TAHUN : __________
TARIKH : ______________________ HARI : ______________________
MASA MULA : ______________________ MASA TAMAT : ______________________
KATEGORI : KOKURIKULUM / SAKIT
SUKAN LAIN-LAIN
AKADEMIK KEBAJIKAN
SAHSIAH /
DISIPLIN
IMPAK :
TIDAK TERLIBAT BERISIKO CICIR CICIR
NAMA MURID : ___________________________________________________________________
KELAS : ______________________
GURU TERLIBAT : JAWATAN
1. NAMA GURU
2.
3.
4.
ALAMAT RUMAH
BILANGAN ISI
RUMAH
13
JENIS RUMAH : KAMPUNG LAIN-LAIN
MENUMPANG SEWA
TAMAN ASTRO
SENDIRI AIR
LAIN-LAIN HUBUNGAN
KEMUDAHAN :
SESI KAUNSELING
ELEKTRIK INDIVIDU /
INTERNET KELOMPOK
KONSULTASI IBU
NAMA AHLI KELUARGA / PENJAGA YANG DILAWATI : BAPA
MERUJUK
NAMA KEPADA JKM
1. LAIN-LAIN
2.
PERKARA
PERSOALAN /
PERNYATAAN
MASALAH
TINDAKAN
TINDAKAN / INTERVENSI : SESI BIMBINGAN
INDIVIDU /
PELAKSANAAN KELOMPOK
PROGRAM PROGRAM
ZIARAH CAKNA
PENGGUNAAN KAUNSELING
MODUL KELUARGA
KAUNSELING MERUJUK
BERFOKUS KEPADA AADK
MERUJUK MERUJUK
KEPADA PDRM KEPADA JABATAN
MERUJUK KESIHATAN
KEPADA AGENSI-
AGENSI LUAR
14
HURAIAN
TINDAKAN /
INTERVENSI
CATATAN
* LAPORAN BERGAMBAR PERLU DISEDIAKAN SEBAGAI EVIDEN
* FORMAT BORANG INI DISEDIAKAN MENGAMBIL KIRA PENGISIAN DATA DI DALAM E-REKOD
* SILA GUNAKAN LAMPIRAN / BORANG TAMBAHAN MENGIKUT KEPERLUAN SEKOLAH
DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,
(NAMA GURU) (NAMA PENTADBIR)
TARIKH : TARIKH :
15
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat untuk
Pembinaan Manual Ziarah Cakna Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Tahun 2021:
1. Tn. Haji Jamsari Bin Mariman Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
2. En. Nasaruddin Bin Rahmat Ketua Penolong Pengarah,
Sektor Sumber Teknologi
Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri Melaka.
3. En. Mohd Zulhijri Bin Sabtu Ketua Penolong Pengarah HEM,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
4. En. Mohd Redzuan Bin Snusi Penolong Pengarah HEM,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
5. En. Khairul Irwan Bin Rustam Effendi Penolong Pengarah HEM,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
6. Pn. Munira Binti Mohamed Dum SM Sains Muzaffar Shah
7. Pn. Noratiqah Binti Sulaiman GBKSM SMK Sungai Udang
8. Pn. Rugayah Binti Sulaiman GBKSM SMK Tun Syed Zahiruddin
9. En. Mohd Faisal Bin Ruslan GBKSM SMK Sultan Alauddin
10. En. Mohd Zahari Safuan Bin Draffar GBKSM SK Ganun
11. En. Nur Mustaqim Bin Abu Bakar GBKSM SK Kerubong
12. Pn. Nor Hayati Binti Mat Arop GBKSM SR Arab JAIM Tun Razak
13. Cik Asmah Binti Sinin GBKSM SR Arab JAIM Batang Tiga
Timur
16