The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA- SCRAP BOOK-AMNI HAZIQAH 6CM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazlinda78, 2023-06-17 11:34:02

PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA- SCRAP BOOK-AMNI HAZIQAH 6CM

PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA- SCRAP BOOK-AMNI HAZIQAH 6CM

PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA DI MALAYSIA OLEH : AMNI HAZIQAH BINTI MOHD HAFIZ 6 CEMERLANG TAHUN 2023


Isi Kandungan Tajuk Muka Surat Pengenalan : 1 Hari Raya Aidilfitri : 2 Tahun Baru Cina : 3 Deepavali : 4 Hari Gawai : 5 Tadau Kaamatan : 6 Penutup : 7 Penghargaan : 8 Rujukan : 9


Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, agama, budaya, bahasa, makanan, perayaan dan sebagainya. Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum.kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.Selain itu, perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti. Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun. Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Sabah dan Sarawak pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, hari Gawai Tadau Kaamatan dan sebagainya. Di samping itu, masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan" dan menghormati perayaan kaum lain. Pengenalan 1


❖ Perayaan Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. ❖ Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. ❖ Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. ❖ Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari ini dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari Raya dan bermaaf-maafan serta kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. ❖ Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung dan disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang lazat seperti lemang,ketupat,kuih bahulu dan sebagainya. Hari Raya Aidilfitri 2


❖ Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap tahun , kira -kira empat hingga lapan minggu sebelum musim bunga (Lichun ) . Tarikh setepatnya boleh jatuh bila -bila masa antara 21 Januari dan 21 Februari (merangkumi semua ) kalendar . Setiap tahun dilambangkan oleh satu daripada 12 ekor haiwan dan salah satu daripada lima unsur , dengan kombinasi haiwan dan unsur . Inilah perayaan Cina yang terpenting dalam setiap tahun . ❖ Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai - ramai untuk makan bersama . Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga . Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga . ‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan , ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang . ❖ Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina . Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung , tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai -kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut . ❖ Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh . Tahun Baru Cina 3


❖ Perayaan Deepavali pula disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ‘Aippasi’ pada bulan Oktober atau November. ❖ Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, meraka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. ❖ Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. ❖ Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu kolam yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah. Deepavali 4


❖ Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial. ❖ Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. ❖ Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama adalah pada 1 Jun 1965. Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke. ❖ Ia merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat. ❖ Kebanyakan kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di rumahrumah panjang dan setengah-tengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung. Hari Gawai 5


❖ Perayaan Tadau Kaamatan merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut perayaan Tadau Kaamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. ❖ Perayaan ini kebiasaanya diadakan selama dua malam berturut-turut. ❖ Kebiasaannya malam pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh ‘bobohigan’ dan beberapa orang pembantunya. ❖ Pada malam kedua, upacara ‘habot’ iaitu beras yang diperam diberikan kepada ‘bobohigan’ sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. ❖ Tetamu akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumzau’ dan ‘Megalang’ sambil meminum air tapai. Tadau Kaamatan 6


Kepelbagaian perayaan yang disambut di negara ini boleh dikatakan sebagai khazanah yang menjadi warisan negara yang tidak ternilai harganya. Semua pihak seharusnya sedar bahawa kepelbagaian sambutan perayaan yang ada di negara ini bukanlah suatu kekangan tetapi suatu keunikan dan kelebihan yang harus digunakan sebaik mungkin. Perayaan itu boleh dijadikan medium atau inisiatif bagi merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Hal ini penting bagi mengekalkan kemakmuran negara dan keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Penutup 7


Jutaan terima kasih diucapkan kepada Guru-guru Penasihat Kelab Keseniaan Dan Budaya SKBBST 2023 kerana memberi peluang saya menghasilkan buku skrap yang bertajuk Perayaan Kaum Di Malaysia. Melalui penghasilan buku skrap ini saya telah mempelajari cara-cara menghasilkan buku skrap dan menambah pengetahuan mengenai kepelbagaian perayaan dari masyarakat majmuk di Malaysia. Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang telah membantu saya menyelesaikan tugasan ini. Penghargaan 8


Rujukan ❖ https://www.academia.edu/17578768/Perayaan_Di_Malaysia ❖ https://www.malaysia.gov.my/portal/content/141?language=my ❖ http://perayaanutamakaumdimalaysia.blogspot.com/2015/02/perayaandi-negeri-sabah-dan-sarawak.html ❖ https://www.facebook.com/PageEmpatEmpatEnam/posts/perayaanutama-di-malaysiaperayaan-adalah-suatu-aktiviti-yang-disambut-olehsese/2067181543346776/ ❖ https://www.scribd.com/document/427773828/PERAYAAN-UTAMA-KAUM-DIMALAYSIA-docx 9


6 Oleh: Amni Haziqah Binti Mohd Hafiz 6 Cemerlang


Click to View FlipBook Version