The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norafidaha.biz, 2021-04-07 01:06:24

Kertas Kerja Program Ihya' Ramadhan SMKSM 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MAHKOTA UMBAI
77300 MERLIMAU, MELAKA





























IHYA’ RAMADHAN 2021M / 1442H

NAMA PROGRAM

“AHLAN YA RAMADHAN”


ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK SERI MAHKOTA

KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADAN ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SMK SERI MAHKOTA
TAHUN 2021



1. PENDAHULUAN :

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia
adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya dinantikan,
perginya ditangisi oleh para sahabat dan mukminin. Maka, rugilah mereka yang tidak
menggunakan kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk berada dalam bulan yang
mulia ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya
dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk
memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah. Rasulullah
SAW bersabda:




Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang
terdahulu” (Riwayat Bukhari).

Oleh yang demikian, bagi menyambut seruan daripada Rasulullah S.A.W. tersebut, Panitia
Agama Islam telah menyatakan kesediaan untuk merebut ganjaran yang berlipat ganda
yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. dengan inisiatif menganjurkan “PROGRAM IHYA’
RAMADHAN” bagi membentuk rohani murid-murid SMK Seri Mahkota ke arah
melahirkan generasi Rabbani


2. MATLAMAT :

Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di sekolah agar
penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti
warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi ”khaira ummah” tercapai.


3. OBJEKTIF :

3.1 Meningkatkan jati diri murid- murid Islam dengan semangat yang kukuh

3.2 Membimbing para pelajar untuk menjalani ibadah puasa dengan sesempurna
mungkin.

3.3 Menghayati keberkatan dan keistimewaan bulan Ramadan.

3.4 Membudayakan pembudayaan Al-Quran melalui program tadarus dan khatam Al-
Quran.

3.5 Memenuhi tuntutan Fardhu Ain dan Fardu Kifayah.


4. TEMPOH PELAKSANAAN – Sepanjang Bulan Ramadhan


5. JAWATANKUASA INDUK :

Pengerusi : En Zulkifli bin Md Daud( Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn Siti Salwa binti Abd Aziz (Gpk pentadbiran)
Penyelaras : En Anuar bin Mat (GKMP Kemanusiaan)
Setiausaha : Ustazah Habsah binti Ishak ( Ketua Panitia)
Naib Setiausaha : Ustazah Wan Faizalizzahton binti Hassan
Bendahari : Ustazah Noor Salawati binti Khalid


6. JAWATANKUASA KERJA :

AJK Dokumentasi : Ustazah Siti Norsyuhada binti Nik Soh &
Ustazah Wan Faizalizzahton
AJK Siaraya / Pengacara : Ustaz Ariffin bin Adam &
Ustazah Norafidah binti Abdullah
AJK Brosur / Banner : Ustazah Siti Aisyah binti A. Sazali &
Ustazah Noor Salawati
AJK Hadiah/ Sijil : Ustazah Yuslina binti Dahrumi &
Ustazah Rokiah binti Talib


7. KUMPULAN SASARAN
.
Semua Murid Islam SMK Seri Mahkota


8. KPI ( Indikator Output dan Outcome )

OUTPUT 100% murid Islam SMK Seri Mahkota mengambil bahagian
dalam aktiviti ini.

OUTCOME 100% murid Islam dapat mengaplikasikan amalan-amalan
sunat di bulan Ramadhan dalam kehidupan seharian.

9. CADANGAN AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN

BIL AKTIVITI TARIKH URUSETIA
PERLAKSANAAN


1 DI AMBANG RAMADHAN 12.4.2021 -SEMUA GPI

-USTAZAH NORAFIDAH
2 PERASMIAN PROGRAM IHYA’ 13.4.2021 -USTAZAH SITI AISYAH
RAMADHAN
- SEPANJANG -USTAZAH HABSAH
3 KUIZ CELIK RAMADHAN RAMADHAN
-USTAZAH SITI AISYAH
-USTAZAH WAN
4 RISALAH RAMADHAN 2 KALI SEBULAN -USTAZAH SITI AISYAH

SEPANJANG -USTAZAH NORAFIDAH
5 CHECKLIST MY RAMADHAN RAMADHAN -USTAZAH WAN
BOARD
SEPANJANG -USTAZAH NORAFIDAH
6 TADARUS AL QURAN VIA RAMADHAN -USTAZAH YUSLINA
GOOGLE MEET
-USTAZAH HABSAH
7 PERTANDINGAN KAD RAYA 20.4.2021 -USTAZAH SITI SYUHADA
GERGASI VERSI JAWI

SEPANJANG -USTAZAH SITI SYUHADA
8 KEMPEN MENUTUP AURAT
RAMADHAN -USTAZAH NOOR
SALAWATI
-USTAZAH ROKIAH
9 TAZKIRAH RAMADHAN SETIAP JUMAAT -USTAZAH NOOR

SALAWATI
SEPANJANG -USTAZ ARIFFIN
10 TABUNG INFAQ RAMADHAN
RAMADHAN -USTAZAH ROKIAH
PERTANDINGAN DRAMA MINGGU KETIGA -USTAZAH NORAFIDAH
11 PENDEK “RAMADHAN RAMADHAN -USTAZAH

DITANGISI SYAWAL DIRAI” NOORSALAWATI

12 TAHLIL ARWAH & KHATAM AL SEPANJANG -US ARIFFIN
QURAN RAMADHAN -USTAZAH YUSLINA

13 PENUTUP -SEMUA GPI

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber dari PCG Panitia Pendidikan Islam dan Aktiviti Pendidikan Islam


BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 Backdrop, banner dan bunting 200.00

2 Majlis Khatam Al-Quran 200.00
20 murid x RM10
3 Buletin Ramadhan 100.00
Penerbitan Risalah / Lain-lain Aktiviti

4 Hadiah aktiviti kuiz :

Kuiz Celik Ramadhan
Johan : 2 x RM30 60.00
Naib Johan : 2 x RM20 40.00
Ketiga : 2 x RM10 20.00

Pertandingan Kad Raya Gergasi ( Jawi )
Johan : 2 x RM30 60.00
Naib Johan : 2 x RM20 40.00
Ketiga : 2 x RM10 20.00

Pertandingan Drama Pendek
Johan : 1 x RM100 100.00
Naib Johan : 1 x RM80 80.00
Ketiga : 1 x RM50 50.00

Checklist My Ramadhan Board
( Kategori Menengah Atas & Menengah Rendah )
6 x RM30 180.00


RM1150.00

11. PENUTUP

Semoga pengisian program ini mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak
secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala kerjasama yang telah diberikan ini
mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Seterusnya dapat memberi impak dan
natijah yang baik serta mampan kepada semua pihak yang terlibat.

Diharapkan agar ianya menjadi garis panduan ke arah perkembangan
intelektualisme dan peningkatan kualiti murid-murid Islam di sekolah kita, seterusnya
memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Segala kerjasama dari semua
pihak dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan hanya Allah S.W.T jua yang
mampu membalasnya.

Semoga Allah akan memberkati program ini.









Disediakan oleh, Disemak oleh Disahkan oleh,


….…………………… …………………………. ………………………
(HABSAH BINTI ISHAK) (EN ANUAR BIN MAT) (EN.ZULKIFLI BIN DAUD)
Ketua Panitia GKMP Kemanusiaan Pengetua
Pendidikan Islam SMK Seri Mahkota SMK Seri Mahkota
SMK Seri Mahkota


Click to View FlipBook Version