The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norafidaha.biz, 2020-04-20 11:02:04

Nota PI T1 SMKSM - Bidang Sirah

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah







SMK SERI MAHKOTA
E-PEMBELAJARAN SESI PKP ( FASA 3 )


Diminta kepada semua anak-anak Tingkatan 1

agar dapat melengkapkan nota di dalam Modul


Rampaian Pendidikan Islam.




Sila rujuk e book berikut untuk memudahkan murid

menyalin nota ye... 




Semoga usaha kita dirahmati


dan diredhai Allah SWT

#stayathome

#jangantinggalsolat





Bidang Sirah ms 65-82




Disediakan oleh :

Ustazah Norafidah Abdullah 
SMK Seri Mahkota




[65]



Nota PI TG 1 / Bidang Sirah

Hari : ………………………………...... Tarikh : …………………............

TAJUK 24 : RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W

Biodata Nabi Muhammad saw

Nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim

Nama Lain Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir, al-„Aqib

Gelaran Al-Amin

Tarikh / Tempat
12 Rabiul Awal Tahun Gajah, di Mekah
Lahir
Kunniyah Abu al-Kassim


Nama Ibu Aminah binti Wahab

Ibu Susuan Suwaibatul Aslamiyah, Halimatus Sa‟diah

Pengasuh As-Syaima‟, Ummu Aiman

Khadijah Bte Khuwailid, Saudah Bte Zam‟ah, Aishah Bte Abu Bakar, Hafzah Bte

Nama Isteri Umar, Zainab Bte Khuzaimah, Juwairiyah Bte al-Haris, Zainab Bte Jahsyi, Ummu
Salamah Bte Abu Umaiyah, Safiah Bte Huyai, Ummu Habibah Bte Abu Sufian,
Maimunah Bte al-Haris, Mariatul Qibtiyah

Anak Al-Kassim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kulthum dan Fatimah

Tarikh / Tempat 12 Rabiul Awal Tahun 12 Hijrah, di Madinah
Wafat

Sifat Fizikal Nabi Muhammad saw GALERI KATA


Rasulullah saw memiliki rupa paras yang amat

Kunniyah : panggilan kepada
tampan, sederhana tinggi dan berbadan
tegap. Rambut Baginda ikal mayang dan seseorang di samping nama atau
sentiasa kelihatan berminyak. Sentiasa gelaran dengan meletakkan ‘Abu’ bagi

kelihatan ceria dan segak. Mata hitam Baginda lelaki dan ‘Ummu’ bagi perempuan di
hitam pekat dan bulu mata Baginda lentik. awal sesuatu nama
Para sahabat yang menceritakan rupa paras
Baginda pasti berkata, “Aku tidak pernah
melihat orang lain setanding dengan
ketampanan Nabi Muhammad saw.”




[65]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah

Kilab

Zuhrah Qusai

Abdu Manaf
NABI MUHAMMAD S.A.W
Abdu Manaf

Berasal daripada keturunan bangsawan
Arab Quraisy Hashim

Wahab
Keturunan bapa dan ibunya bersatu pada
Abdul Mutalib
datuk baginda bernama Kilab
Aminah

Abdullah



Nabi Muhammad saw


Salasilah keturunan sebelah bapa dan ibu Nabi Muhammad saw

Peristiwa Penting Dalam Kehidupan Nabi Muhammad saw

 Seluruh kehidupan Nabi Muhammad saw menjadi contoh teladan kepada umat Islam.
Terdapat beberapa peristiwa penting dalam sirah Nabi Muhammad saw yang perlu kita
hayati dan contohi.

1 Sebelum Kerasulan


Umur Tempoh Peristiwa
Baginda dipelihara oleh Halimatus Sa‟diah di perkampungan
Selepas Dua tahun Bani Sa‟ad yang jauh daripada unsur negatif
Kelahiran


2 – 4 Tahun Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibril a.s


Nabi Muhammad saw tinggal bersama-sama dengan ibu Baginda .
4 – 6 Tahun ketika berumur 6 tahun Baginda dibawa melawat kubur bapa
baginda di Madinah. Ibu Baginda meninggal di Abwa‟ dalam
perjalanan pulang ke Mekah

Nabi Muhammad saw dipelihara oleh datuk baginda, Abd Mutalib
6 – 8 Tahun sehingga datuk Baginda meninggal. Selepas itu Baginda tinggal pula
dengan bapa saudara Baginda, Abu Talib.


[66]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah

Umur Tempoh Peristiwa

Nabi Muhammad mengikut Abu Talib berniaga ke Syam. Di
pertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada Buhaira ar-
12 Tahun Rahib ketika di Bandar Busra, sempadan Syam supaya membawa
pulang Nabi Muhammad saw ke Mekah kerana bimbang Baginda
akan dibunuh oleh orang Yahudi.

Baginda bersama-sama dengan bapa saudara Baginda
menyaksikan ’Hilful Fudhul’, iaitu perjanjian untuk membela orang
yang teraniaya dalam perniagaan.
20 Tahun

Baginda menggembala kambing bersama-sama dengan saudara
susuan di perkampungan Bani Sa‟ad kemudian di Mekah



IKTIBAR persediaan untuk dilantik menjadi Rasul yang agung
Nabi Muhammad saw dididik oleh Allah SWT dengan kehidupan yang mencabar sebagai




25
Tahun Berdagang Ke Syam


Ketika berumur 25 tahun, baginda membawa barang dagangan Saidatina Khadijah ke Syam dengan
dibantu oleh Maisarah. Baginda menjalankan perniagaan dengan penuh jujur dan amanah. Baginda
membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda berniaga.




IKTIBAR menunaikan amanah, mendapat kepercayaan masyarakat, mempunyai kerjaya,
Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah Nabi Muhammad saw :
menjalankan kerja dengan mahir & bijaksana


25
Tahun Berkahwin dengan Saidatina Khadijah


Saidatina Khadijah terpikat dengan kemuliaan akhlak Nabi Muhammad saw. Beliau mewakilkan
sahabat yang bernama Nafisah binti Munabbih untuk menyatakan hasrat beliau. Nabi Muhammad saw
menghantar pinangan melalui bapa saudaranya yang bernama Amru bin Asad. Hasil perkahwinan,
mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.



IKTIBAR Antara akhlak mulia Nabi Muhammad saw yang menarik perhatian Saidatina Khadijah r.a
termasuklah : Jujur, menghormati keluarga, menjaga adab dan batas pergaulan

[67]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah



Kunci ILMU :
Buat simulasi peletakan
Seorang lagi anak Nabi Muhammad saw yang hajarul aswad dengan
bernama Ibrahim r.a ialah hasil perkongsian hidup menggunakan rida’ dan
Baginda saw dengan Mariatul Qibtiyah replika hajarul aswad


35
Tahun Peristiwa Peletakan Hajarul Aswad


Mekah dilanda banjir besar hingga meruntuhkan dinding kaabah. Berlaku perebutan antara kabilah
untuk meletakkan semula hajarul aswad di penjuru kaabah. Nabi Muhammad saw telah menyelesaikan

pertikaian tersebut dengan bijak dan baik serta telah disenangi oleh semua pihak.


Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad saw :

IKTIBAR
 Bersifat tawadhuk
Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan

 Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab
 Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana
 Mendamaikan kehidupan masyarakat


 2 Selepas Kerasulan


40
Menerima Wahyu Pertama
Tahun

Era kerasulan Nabi Muhammad saw bermula ketika baginda berusia 40 tahun. Baginda suka

bersendirian di gua Hira‟ untuk beribadat dan memikirkan tentang kaumnya. Suatu hari baginda
didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Baginda menerima perintah Allah SWT untuk menjalankan tugas
dakwah dengan gigih dan sabar. Dakwah yang disampaikan mendapat sambutan dan ada juga yang
menentang


Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad saw :
 Tidak suka dengan kesesatan masyarakat
IKTIBAR
 Beribadat & bermunajat kepada Allah SWT untuk memohon petunjuk

 Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah
 Bersabar dan isiqamah untuk menyampaikan dakwah
[68]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah


Kunci ILMU :
 Sila ceritakan segala peristiwa penting yang
Orang pertama yang beriman dan menyokong Nabi Muhammad saw lalui
dakwah Baginda ialah :  Sila bincangkan iktibar daripada setiap
peristiwa tersebut serta akhlak Baginda saw
 Isteri Baginda Saidatina Khadijah

 Sahabat karib baginda Saidina Abu Bakar
 Sepupu Baginda yang masih kecil Saidina
Ali Bin Abu Talib


51
Israk & Mikraj
Tahun


 Kematian isteri Baginda Saidatina Khadijah dan bapa saudara Baginda Abu Talib telah
membuatkan Baginda berdukacita.
 Kedukaan ini terubat apabila Baginda dibawa mengembara menyaksikan tanda-tanda

kebesaran Allah dalam peristiwa Israk Mikraj


Kronologi ringkas peristiwa Israk Mikraj


Nabi Muhammad saw dibawa Dalam perjalanan, baginda Baginda menjadi imam solat
pada waktu malam dari ditunjukkan dengan kepada para nabi di Masjidil
Masjidil haram di Mekah ke pelbagai gambaran yang Aqsa
Masjidil Aqsa di Palestin akan berlaku kepada umat

baginda

Baginda menghadap Allah Baginda saw dibawa mikraj
Baginda turun ke Mekah
sebelum subuh dan SWT dan menerima merentas tujuh lapisan
menceritakan pengalaman kefardhuan solat lima waktu langit sehingga ke Sidratul
Baginda kepada penduduk Muntaha
Mekah

Peristiwa Israk dan Mikraj memberikan iktibar bahawa Nabi Muhammad saw :

 Menjalani israk mikraj dengan roh dan jasad
IKTIBAR Baginda
 Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti ajaran para rasul sebelum

 Menerima kefardhuan solat secara terus daripada Allah SWT sebagai ibadat yang
paling utama dalam Islam
 Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan kebenaran

[69]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah

53
Hijrah Ke Madinah & Pembentukan Negara Islam
Tahun

 Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad saw
 Akhirnya Baginda mendapat perintah Allah SWT untuk berhijrah, peristiwa ini berlaku

13 tahun selepas kerasulan Baginda.
 Di Madinah, Nabi Muhammad saw membina pemerintahan yang berteraskan wahyu.
Antara yang dilakukan Baginda ialah :
i) Membina masjid Nabawi

ii) Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
iii) Menggubal Piagam Madinah
 Dalam membentuk Tamadun yang unggul, Baginda menghadapi tentangan musuh

bersama-sama dengan kaum Muhajirin dan Ansar dengan semangat juang yang tinggi
 Antara peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammad saw termasuklah peperangan
Badar, Uhud, Khaibar, Pembukaan Mekah dan Hunain.




Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa hijrah dan kepimpinan

Nabi Muhammad saw termasuklah :
IKTIBAR  Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan penuh amanah
 Nabi Muhammad saw sanggup berkorban demi menegakkan agama Allah SWT


 Baginda membentuk pemerintahan yang adil berteraskan wahyu
 Negara Islam Madinah menjadi model Negara Islam terbaik



Kunci ILMU :
Cari maklumat secara
berkumpulan berkaitan dengan
Peperangan pada zaman Nabi Muhammad saw :
peperangan yang dipimpin oleh
Nabi Muhammad saw dan  Gazwah : Pasukan tentera Islam yang
bentang dengan menggunakan dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad saw
carta alir ( 28 peperangan )
 Sariyyah : Pasukan tentera Islam yang tidak
disertai oleh Nabi Muhammad saw dan
 Sila imbas kembali peristiwa hijrah dan Baginda melantik seorang ketua ( amir )
pembentukan Negara Islam Madinah untuk memimpinn peperangan ( 54
 Sila bincangkan iktibar daripada setiap
peristiwa tersebut serta akhlak Baginda saw peperangan )
 Jumlah semua peperangan ialah 82



[70]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah

Kunci ILMU :

Setiap muslim wajib mencintai Nabi Muhammad saw. Antara
 Tulis ucapan puji-pujian
tanda cinta kepada Baginda termasuklah :
dan menyatakan
 Mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw, mematuhi kecintaan kepada Nabi
perintah dan menjauhi larangan Baginda. Muhammad saw
 Sentiasa merindukan Baginda Nabi Muhammad saw  Alunkan selawat kepada
 Memuliakan dan bertawadhuk apabila mendengar nama Nabi Muhammad saw
Nabi Muhammad saw dengan berselawat ke atas beramai-ramai

Baginda
 Mencintai ‘Ahlul Bait’ ( orang yang ada pertalian
keluarga dengan Baginda ) dan para sahabat ( orang
beriman yang sempat bertemu Nabi saw )



Jasa Rasulullah saw




 Terlalu banyak sumbangan Nabi Muhammad saw terhadap tamadun Islam. Antaranya
termasuklah :

Membina masyarakat bersatu padu Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan
mempertahankan Negara dan pusat kemasyarakatan di samping tempat

ibadat

Membentuk umat yang patuh dan sanggup Menjadikan Madinah sebagai Negara terunggul dan

menjadi contoh tamadun yang gemilang sehingga
berkorban demi kesucian Islam
dikenali sebagai al-Madinah al-Munawwarah yang
bererti Kota Yang Bercahaya

63
Tahun Kewafatan Rasulullah saw


 Pada waktu dhuha, hari Isnin 12 Rabiul Awal, Tahun 11 Hijrah, di rumah Saidatina
Aishah r.a, Baginda saw dijemput kembali menemui Penciptanya
 Jasad Baginda yang mulia dimakamkan di rumah Saidatina Aishah r.a


 Sila jelaskan sumbangan Nabi Muhammad
saw terhadap pembentukan tamadun Islam
 Sila jelaskan peristiwa kewafatan Baginda



[71]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah


 Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke jalan
yang benar

 Kehidupan baginda saw dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan demi
IKTIBAR ketinggian Islam


 Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan sempurna yang menjadi
asas kecemerlangan tamadun hari ini

 Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi Muhammad saw yang tidak
ada tolok banding


M A D I N A H Jom

Cuba
L Jawab

B _


H I R A A S

D M Y

K H A D I J A H

R N M



Ke bawah Melintang
2. Gelaran baginda kerana sangat amanah 1. Tempat Rasulullah berhijrah dan tempat
3. Antara peperangan yang pernah dipimpin baginda dimakamkan
oleh Rasulullah saw 4. Rasulullah menerima wahyu pertama di
5. Rasulullah pernah mengikuti bapa Gua ______
saudaranya Abu Talib berdagang ke negeri 6. Isteri pertama Rasulullah saw
_______




ِّ
ٍدَّمَحُم انَلاوَم َ و انيبن ىلَع ملَسو ِّلَص َّمُهللا Jangan Lupa!!!
Buat aktiviti
نيعَمجأ ِهب ْ حَصو ِهِلا ىلَع و di muka surat
ِ
150 ye… 
 


[72]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah

Hari : ………………………………...... Tarikh : …………………............

TAJUK 25 : ERA MASYARAKAT JAHILIYAH

 Jahiliyah berasal daripada perkataan arab ”JAHALA” yang bermaksud tidak tahu, bodoh
atau jahil.
 Perkataan Jahiliyah ini digunakan dalam al-Quran melalui firman Allah SWT :
ﭽ ﭼ ﭻ ﭺ ﭹ ﭸ ﭷ ﭶ


Maksud : Dan hendaklah kamu tinggal di rumah kamu dan janganlah kamu mendedahkan
diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliyah pada zaman dahulu...
 Kejahilan masyarakat arab ketika itu bukan bermaksud mereka tidak berilmu. Mereka
terkenal dengan kehebatan bersyair dan berqasidah. Namun begitu, mereka jahil akidah
dan akhlak.


Jahil Akhlak
Jahil Akidah
Mereka banyak melakukan perilaku buruk seperti
suka menindas perempuan dan hamba, berjudi Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim a.s dan
serta minum arak Nabi Ismail a.s tetapi mencampur adukkan
dengan penyembahan berhala, amalan sihir dan

khurafat




Masyarakat Arab Sebelum Kerasulan Nabi Muhammad saw Dari Segi Akidah


Kepercayaan Huraian

 Agama samawi yang diubahsuai daripada ajaran Nabi Musa a.s
Agama Yahudi  Mereka banyak memfitnah para nabi dan menolak ajaran Nabi
Muhammad saw
 Berasal dari Palestin ke Negara Arab


 Agama samawi yang diubahsuai daripada ajaran Nabi Isa a.s
 Mereka mempercayai Nabi Isa a.s sebagai anak tuhan
Agama Nasrani  Mereka datang dari Habshah dan Rom
 Raja Abrahah telah membina pusat ibadah di Yaman untuk
menyaingi populariti kaabah di Mekah, namun gagal dengan
pertolongan Allah SWT




[73]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah


Kepercayaan Huraian

 Agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s
 Merupakan agama samawi sama seperti agama Islam
 Ciri-ciri kepercayaan agama Hanif yang sama dengan agama Islam
ialah :
Agama Hanif
 Percaya kepada Allah SWT, Tuhan Yang Satu
 Percaya kepada hari kebangkitan dan hidup sesudah mati
 Percaya kepada dosa dan pahala
 Ajaran agama Hanif yang diteruskan amalannya dalam syariat
Islam ialah seperti ibadah korban, haji dan umrah

 Kepercayaan yang dianuti oleh penyembah api
 Pada malam kelahiran Rasulullah saw, api yang disembah oleh
Kepercayaan Majusi penganut majusi yang menyembah api di Parsi telah padam
 Api tersebut tidak pernah padam selama 1000 tahun sebelum
kelahiran Rasulullah saw

 Kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan semangat
Kepercayaan  Penganut kepercayaan ini menyembah alam. Seperti matahari,
Animisme bintang dan pokok


 Agama ini mula diperkenalkan oleh Amru Bin Amir Bin Luhai,
pemimpin Khuza’ah.
 Dia menemukan ajaran tersebut dari negeri Syam lalu membawa
berhala bernama “Hubal” ke Mekah dan meletakkannya dalam
Agama Penyembah kaabah dan menyuruh penduduk Mekah menyembahnya
Berhala  Agama ini dicampur adukkan dengan agama Hanif sehingga
muncul sebagai agama yang mensyirikkan Allah.
 Agama ini disebarkan kepada seluruh orang Arab ketika musim
haji.
 Ketika Mekah berjaya dibuka oleh Nabi Muhammad saw, ada
sebanyak 360 buah berhala di sekitar kaabah. Kesemuanya
dimusnahkan oleh Baginda dan para sahabat.




 Sila jelaskan keadaan akidah masyarakat arab
sebelum kerasulan Nabi Muhammad saw
 Cari maklumat tentang satu agama dan terangkan
di hadapan kelas






[74]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah

Masyarakat Arab Sebelum Kerasulan Nabi Muhammad saw Dari Segi Akhlak

 Masyarakat Arab Jahiliyah terkenal dengan perilaku buruk. Namun, mereka juga
mempunyai perilaku yang baik. Perilaku baik tersebut diiktiraf sebagai akhlak mahmudah
dalam Islam.

Akhlak Buruk Akhlak Baik


Berjudi dan minum arak Menepati janji

Penzinaan & pelacuran berleluasa Berani, kuat dan pantang menyerah kalah



Mengamalkan Bigami Menjaga kebersihan mulut dan kuku

Pewarisan harta hanya pada lelaki Tidak mengahwini mereka yang ada
pertalian darah

Membunuh anak perempuan Menghormati tetamu


Mengamalkan tenung nasib Taat kepada pemimpin


Berperang kerana perkara kecil Menghormati bulan Haram



Sebab Rasulullah saw diutuskan kepada masyarakat
Jahiliyah


Menyempurnakan akhlak masyarakat jahiliyah Kedudukan strategik Semenanjung Arab


Kehidupan masyarakat jahiliyah penuh dengan Semenanjung Arab terletak di antara empat kuasa

nilai-nilai negatif. Rasulullah saw membawa ajaran besar dunia pada waktu itu, iaitu Rom, Parsi, Grik
yang memandu mereka ke jalan yang benar. dan India. Ini menjadikan Islam mudah tersebar ke

seluruh tamadun dunia dan pelbagai bangsa ketika
itu.


Kunci ILMU :  Sila jelaskan keadaan akhlak masyarakat arab
sebelum kerasulan Nabi Muhammad saw
Sebab lain Rasulullah saw diutuskan kepada  Sila terangkan sebab Rasulullah saw diutuskan
masyarakat Arab ialah : kepada masyarakat arab jahiliyah
 Adanya kaabah yang dikunjungi untuk
tujuan ibadah
 Keistimewaan bahasa dan budaya Arab


[75]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah

Kunci ILMU :

Tamadun Islam berkembang kerana :
Jangan Lupa!!!
Buat aktiviti  Iman yang tinggi
di muka surat  Budaya amal soleh
154   Ketinggian ilmu dan hikmah
   Perubahan ( islah ) yang sesuai dengan zaman

 Jihad mempertahankan ketamadunan Islam daripada

serangan musuh







Hari : ………………………………...... Tarikh : ………………….............

TAJUK 26 : KEUNGGULAN PERJUANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN


 Khulafa ar-Rasyidin ialah gelaran yang diberikan kepada empat orang sahabat Rasulullah
saw yang memegang jawatan pemerintah kerajaan Islam selepas kewafatan Baginda.
 Mereka ialah :
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a ( 11-13H / 632-634M )
Khalifah Umar Bin Al-Khattab r.a ( 13-23H / 634-644M )
Khalifah Uthman Bin Affan r.a ( 23-35H / 644-656M )
Khalifah Ali Bin Abi Talib r.a ( 35-40H / 656-661M )
 Khulafa ar-Rasyidin merupakan golongan yang terpilih untuk menyambung gagasan dan
kepimpinan Rasulullah saw.
 Antara keistimewaan mereka termasuklah sentiasa berdamping dengan Rasulullah saw
sewaktu hidup Baginda selain mempunyai hubungan kerabat dengan Baginda.
 Corak pemerintahan mereka berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah serta menitikberatkan
konsep Syura. Pemerintahan mereka yang berpusat di Madinah mengambil masa selama
lebih kurang 29 tahun.











[76]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah

Riwayat Hidup Khulafa’ Ar-Rasyidin

Abdullah bin Usman bin Amir bin Amru bin Ka‟ab bin Sa‟ad bin Taimi bin

Nama Penuh
Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a Khalifah Pertama

Tempat / Tahun Murrah bin Ka‟ab
Mekah, 572M – dua tahun selepas kelahiran Rasulullah saw

Lahir
Keturunan Bani Taimi, Quraisy
Nama Ibu Salmah binti Sakhr ( Ummul Khair )

Gelaran “Atiq” ( bebas daripada api neraka ) “As-Siddiq” ( orang yang paling benar
dalam kata-katanya )

Tarikh Wafat Tahun 13H, ketika berusia 63 tahun

Nama Penuh
Umar Bin Al-Khattab Bin Nufail Bin Abdul Uzza
Tempat / Tahun Mekah, 584M – 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah saw

Lahir
Keturunan Bani „Adi, Quraisy
Khalifah Kedua Saidina Umar Bin Al-Khattab r.a
Nama Ibu Hantamah Binti Hashim


Gelaran “Al-Farouq” ( pemisah antara hak dengan batil )
Tahun 23H ketika berusia 63 tahun akibat ditikam oleh Abu Lu‟luah

Tarikh Wafat Fairus al-Farisi ( hamba kepada al-Mughirah Bin Syu‟bah )

Nama Penuh Uthman bin Affan bin Abi al-„As bin Umaiyah bin Abd Syams bin Abd

Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka‟ab
Tempat / Tahun Mekah, 576M
Lahir
Keturunan
Saidina Uthman Bin Affan r.a Khalifah Ketiga Bani Umaiyah, Quraisy
Nama Ibu Arwa Binti Kuraiz

Gelaran “Zu-Nurain” ( yang memiliki 2 cahaya – kerana berkahwin dengan 2 orang

puteri Rasulullah saw

Tarikh Wafat Tahun 35H – ketika berusia 80 tahun

 Sila terangkan sejarah ringkas Khulafa’ ar-
Rasyidin
 Sila jelaskan riwayat hidup setiap khulafa’ ar-
Rasyidin dlm bentuk peta minda


[77]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah


Nama Penuh Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abd Manaf

Tempat / Tahun Mekah, Tahun 599 Masihi
Lahir

Keturunan Bani Hashim, Quraisy
Khalifah Keempat Saidina Ali Bin Abi Talib r.a
Nama Ibu Fatimah binti As‟ad
Gelaran
“Abu Turab” dan “Abu al-Hassan”
Tarikh Wafat Syahid kerana ditikan oleh Abdul Rahman bin Muljam pada malam 17

Ramadhan tahun 40 Hijrah


Sifat- Sifat Peribadi Khulafa’ Ar-Rasyidin


 Setiap khalifah mempunyai ciri dan sifat-sifat yang penuh kemuliaan. Keperibadian mereka
hampir sama antara satu dengan yang lain. Namun, tidak terbanding oleh manusia biasa.
Keempat-empat khalifah telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a

 Seorang sahabat yang sangat pemurah

 Seorang yang berani – selalu membela Rasulullah saw yang ditentang oleh kaumnya
 Seorang hartawan yang dermawan
 Seorang yang cintakan kebenaran
 Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi
 Seorang yang lembut hatinya dan mudah menangis terutama ketika membaca al-Quran



Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a

 Seorang yang berperwatakan keras, suka beradu kekuatan dan sangat cekap menunggang kuda

 Seorang sahabat yang sangat berani – berhijrah pada waktu siang dan secara terang-terangan
 Memiliki kecerdasan yang luar biasa – banyak pendapat beliau bertepatan dengan firman Allah
 Seorang yang berpengetahuan tinggi dan cukup agamanya




[78]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah

Khalifah Uthman bin Affan r.a


 Seorang yang sangat pemalu dan lemah lembut. Rasulullah saw pernah bersabda kepada para
sahabat : “ Tidakkah engkau malu kepada lelaki yang Malaikat sendiri malu kepadanya?”
 Terkenal dengan sifat dermawan dan pemurah – banyak menderma untuk perang Tabuk,
membeli perigi Raumah untuk kegunaan umat Islam, menderma 1000 ekor unta dengan
muatan kepada umat Islam yang susah
 Suka membantu orang yang dalam kesusahan khususnya kaum keluarga dan sanak
saudara terdekat


Khalifah Ali bin Abi Talib r.a

 Merupakan panglima perang yang berani dan gagah perkasa. Contohnya dalam perang Khandaq

beliau telah berlawan satu sama satu dengan pahlawan quraisy yang lebih berpengalaman, iaitu
Amru bin Wid al-Amiri dan berjaya menewaskannya.

 Pandai berpidato, handal bermain pedang, memanah dan menunggang kuda

 Pandai menulis dan membaca sehingga beliau dilantik menjadi salah seorang penulis
wahyu

 Sangat pintar dan mahir dalam bidang faraid, al-Quran dan hukum-hukum syarak, bahasa
dan sastera serta kuat daya ingatan sehingga mampu menghafaz seluruh al-Quran


Sumbangan Khulafa’ Ar-Rasyidin

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a


 Meneruskan cita-cita Rasulullah saw menghantar pasukan Usamah bin
Politik Zaid ke sempadan negeri Syam untuk memerangi kerajaan Rom Timur
(Byzantine)


 Memerangi golongan yang enggan membayar zakat, golongan yang murtad
Agama dan Nabi palsu. Beliau telah membentuk 11 pasukan angkatan perang untuk
memerangi golongan murtad yang memberontak di seluruh tanah arab.
 Mengarahkan Zaid bin Thabit mengetuai usaha menghimpunkan al-Quran yang
tertulis pada batu, daun, kulit binatang dan hafazan para hafiz.


[79]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah

Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a


 Jangka masa pemerintahan khalifah Umar bin Al-Khattab dianggap sebagai Zaman
Keemasan Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang
telah dilakukan. Zaman pemerintahan beliau juga merupakan zaman peluasan wilayah
Islam.

 Menubuhkan majlis syura

 Membahagikan jajahan Islam kepada beberapa wilayah yang ditadbir
Politik oleh Gabenor
 Menubuhkan jabatan tentera, jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan
perbendaharaan negara


 Menetapkan wang sara hidup kepada rakyat berdasarkan keutamaan dan

perjuangan mereka
Sosial  Mengasaskan Takwim Islam

 Memperkenalkan undang-undang pentadbiran tanah


 Menubuhkan Baitul Mal

Ekonomi  Memperkenalkan pelbagai jenis cukai spt : jizyah dan kharaj
 Membina terusan dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian



 Mengemaskini angkatan tentera
Ketenteraan
 Memberi gaji kepada gabenor dan tentera yang berjuang



 Sila terangkan sumbangan Khulafa’ ar-Rasyidin
 Berbincang tentang sumbangan murid kepada
negara





[80]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah

Khalifah Uthman bin Affan r.a


 Khalifah Uthman bin Affan telah menggariskan beberapa polisi baharu pemerintahan
beliau. Beberapa perubahan yang dilakukan melibatkan kebajikan rakyat, politik, ekonomi,
ketenteraan dan pembaharuan dari sudut agama.


 Memperkenalkan sistem protokol dalam pentadbiran
Sosial



 Berusaha meningkatkan pendapatan rakyat dengan memberi peluang
Politik & pekerjaan dan melahirkan masyarakat yang kukuh ekonomi
Ekonomi
 Mengukuhkan peranan baitul mal untuk membiayai pembangunan negara


 Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut
bagi membasmi pemberontakan dan penaklukan
Ketenteraan  Melakukan peluasan kuasa terhadap beberapa buah Negara spt :
Iskandariah, Khurasan, Armenia, Libya dan Afrika



 Membentuk jawatankuasa menyalin semula ayat al-Quran yang dikenali
sebagai “Mushaf Uthmani”
Agama  Memperkenalkan azan kedua pada hari Jumaat dan mengambil zakat
berdasarkan nilai mata wang
 Membeli tanah untuk memperbesarkan Masjid Nabawi



 Sila terangkan sumbangan Khulafa’ ar-
Rasyidin
 Sila senaraikan nilai perjuangan yang
dapat dicontohi daripada setiap khalifah





[81]

Nota PI TG 1 / Bidang Sirah


Khalifah Ali bin Abi Talib r.a


 Sebaik menjadi khalifah, Saidina Ali bin Abi Talib telah berhadapan dengan krisis dalaman
Negara sehingga menjejaskan tumpuan pembangunan Negara.


Sosial  Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara



Ketenteraan  Membina Markaz tentera di Parsi dan sempadan Syria


 Meneruskan kutipan jizyah
Ekonomi



Pengajaran

Umat Islam hendaklah mencontohi semangat perjuangan dan sifat mulia para sahabat agar hidup diredhai
1 Allah SWT

Umat Islam perlu bersikap berani menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan yang
2 menyesatkan

Umat Islam perlu sanggup berkorban tenaga, harta dan nyawa untuk kepentingan agama
3

Kita perlu mentaati dan menghargai sumbangan pemimpin Islam yang banyak berjasa
4



 Sila huraikan pengajaran daripada Jangan Lupa!!!
perjuangan khulafa’ ar-Rasyidin
Buat aktiviti
 Sila laksanakan tugasan yang diberi
dengan sebaik mungkin di muka surat
160 ye… 
 



[82]


Click to View FlipBook Version