PELAJARAN 6
SEGALA
PUJIbagi
Surah al-fatihah: ayat 1-7
TERJEMAHAN AYAT
1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir
sekalian alam
3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
4. Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat)
5. Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami sembah, dan hanya
kepada Engkau kami memohon pertolongan
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
7. Iaitu jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan
orang yang sesat.
PUJIAN HANYA KEPADA ALLAH SWT
Menunjukkan Rahmat dan kasih sayang Allah
SWT yang dilimpahkan kepada hamba-Nya
Kata-kata pujian yang dikhususkan bagi Allah
SWT sebagai Tuhan yang Mencipta dan
Mentadbir alam
Ucapan ini mengajar kita supaya melakukan
sesuatu ikhlas kerana Allah SWT
Semua ucapan ini hendaklah disertai dengan rasa cinta kepada Allah SWT,
dan dibuktikan dengan mematuhi segala perintahnya
BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
❑Hanya Allah SWT yang memerintah pada hari akhirat
❑Hanya Allah SWT yang Berkuasa Menghukum dan
Membalas perbuatan manusia
❑Segala amalan manusia akan disoal, dihitung dan
ditimbang
❑Semua manusia akan menerima segala ketentuan
dan hukuman yang diputuskan oleh Allah SWT
MENYEMBAH & MEMOHON PERTOLONGAN
HANYA KEPADA ALLAH SWT
UBUDIYAH ISTI’ANAH
Mengkhususkan
pengabdian diri hanya Memohon hanya kepada
kepada Allah SWT. Allah SWT untuk
Segala ibadat yang mendapat kebaikan dan
dilakukan hanya ditujukan menolak keburukan dunia
kepada Allah SWT. akhirat
Allah SWT mengajar kita supaya memohon hidayah
ke jalan yang benar. Hidayah merupakan perkara
yang paling penting dalam kehidupan manusia
untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Golongan yang benar dan mendapat petunjuk ialah
orang yang beriman dan mengikut ajaran Islam
yang diajar oleh Rasulullah saw.
PENGAJARAN AYAT
❑ Kita hendaklah memulakan sesuatu pekerjaan
dengan membaca Basmalah untuk mendapat
keberkatan Allah SWT
❑ Kita hendaklah memuji Allah SWT dengan lafaz
Alhamdulillah untuk mensyukuri nikmat
kurniaan-Nya
❑ Kita hendaklah meyakini ganjaran dan balasan
Allah SWT pada hari kiamat sebagai motivasi
untuk beramal soleh dan hindari kejahatan
❑ Kita dituntut agar berdoa hanya kepada Allah SWT
bagi menghindari perbuatan syirik
❑ Setiap muslim hendaklah memohon hidayah
Allah SWT agar istiqamah beramal dengan
ajaran Islam
SOALAN PENILAIAN :
1 Segala pujian hanyalah kepada Allah SWT.
Mengapakah hanya Allah SWT sahaja yang layak mendapat segala pujian?
Allah SWT tempat bergantung dan
2 memohon pertolongan
Berdasarkan penyataan di atas, bagaimanakah anda memohon
pertolongan kepada Allah SWT?
3 Terangkan dua pengajaran yang diperolehi daripada ayat