The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Kata Adjektif

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AKALILY BINTI NARMI KPM-Guru, 2025-03-15 09:30:17

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Kata Adjektif

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Kata Adjektif

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 1 Mata Pelajaran : Bahasa Melayu 2 Tingkatan : 1 Arif 3 Bilangan Murid : 35 orang 4 Tarikh : 13 Mac 2025 5 Hari : Khamis 6 Masa : 12.55 - 1.55 petang (1 jam) 7 Tema : Amalan Gaya Hidup Sihat 8 Tajuk : Pahit tetapi Penawar 9 Kemahiran Fokus : Tatabahasa (Kata Adjektif) 10 Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melihat, merasa dan menyentuh ubat-ubatan yang terdiri daripada pelbagai bentuk, warna dan ukuran. 11 Standard Kandungan: 5.1 Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat. 12 Standard Pembelajaran: 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna, bentuk, perasaan dan waktu dengan betul mengikut konteks. 13 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: 1. Mengenal pasti dan mengklasifikasikan 15 kata adjektif mengikut jenis. 2. Membina 10 ayat daripada 15 kata adjektif warna, bentuk, perasaan dan waktu dengan betul mengikut konteks yang sesuai. 3. Mencipta satu rangkap sajak bertemakan kesihatan diri dengan menggunakan kata adjektif dengan betul dan sesuai. 14 Kriteria Kejayaan: Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menulis sekurang-kurangnya 15 kata adjektif yang telah dikenal pasti dan diklasifikasikan mengikut jenis dengan betul dan tepat dalam buku tulis. 2. Membina sekurang-kurangnya 10 ayat daripada 15 kata adjektif warna, bentuk, perasaan dan waktu dalam lembaran kerja dengan betul mengikut konteks yang sesuai. 3. Mencipta sekurang-kurangnya satu rangkap sajak tentang kesihatan diri dengan menggunakan kata adjektif dengan betul dan sesuai. 15 Sistem Bahasa: i. Morfologi ii. Sintaksis 16 Kemahiran Berfikir KBAT: i. Menganalisis ii. Mencipta 17 Elemen Merentas Kurikulum: i. Bahasa ii. Nilai Murni iii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi 18 Penerapan Nilai: i. Bertanggungjawab


19 Amalan Pedagogi Masa Kini: i. Pembelajaran Koperatif ii. Pembelajaran Berpusatkan Murid iii. Pembelajaran Akses Kendiri 20 Kemahiran Insaniah: i. Kemahiran Komunikasi ii. Kemahiran Teknologi 21 Bahan Bantu Mengajar (BBM): Bil. Perkara 1. Projektor LCD dan Komputer Riba (paparan interaktif) 2. Gambar dan Video (Kata Adjektif) 3. Set papan hitam kecil, kapur dan pemadam (satu set / satu kumpulan) 4. Pelekat “betul”, pelekat “salah” dan pelekat ganjaran (reward stickers) 5. Google Sites (Quizizz, Wordwall, Blooket, Padlet) 22 Pentaksiran PdP: i. Lisan ii. Tulisan


LANGKAH/ MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PDP CATATAN Set Induksi (5 minit) Paparan gambar pelbagai jenis ubat. Bersoal-jawab untuk penjanaan idea. Soalan: a. Apakah warna ubat ini? b. Apakah bentuk ubat ini? c. Apakah ubat yang pernah dimakan oleh kamu dan bilakah waktu kamu makan ubat itu? d. Ceritakan pengalaman kamu memakan ubat ketika sakit. Jangkaan jawapan: a. Ubat ini berwarna kuning, biru, merah jambu dan putih. b. Ubat ini berbentuk bulat, leper dan lonjong. c. Ubat yang pernah dimakan oleh saya ialah ubat demam dan saya makan ubat itu pada waktu pagi, tengah hari dan malam. d. Menceritakan perasaan sedih ketika sakit dan perasaan tidak suka makan ubat. 1. Murid melihat gambar pelbagai jenis ubat secara paparan interaktif. 2. Murid menyatakan warna dan bentuk bagi setiap gambar yang dilihat. 3. Guru menyoal murid tentang ubat-ubatan yang pernah mereka makan dan waktu mereka makan ubat tersebut. 4. Seorang murid yang dipilih menceritakan pengalaman mereka memakan ubat ketika sakit. 5. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran hari ini. 6. Semua murid membaca objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan untuk pembelajaran pada hari ini. BBM: Projektor LCD dan Komputer Riba untuk tayangan gambar ubatubatan dalam bentuk paparan interaktif (Canva) Langkah 1 (20 minit) Mengenal pasti dan mengklasifikasikan 15 kata adjektif mengikut jenis. 1. Murid menonton video tentang jenis-jenis kata adjektif. OP 1 KK 1


• Tayangan video melalui Youtube tentang jenis-jenis kata adjektif. • Jawapan: 9 jenis kata adjektif (KA warna, KA sifat, KA ukuran, KA bentuk, KA waktu, KA jarak, KA cara, KA perasaan dan KA pancaindera) • Aplikasi wheelofnames digunakan untuk memilih murid. 2. Guru memilih 2 orang murid menggunakan aplikasi wheelofnames untuk menyatakan maklumat yang ditonton dalam video. 3. Murid dibahagikan kepada tujuh kumpulan, setiap kumpulan akan mengenal pasti dan mengklasifikasikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan “Pahit tetapi Penawar” dan mencatatnya di atas papan hitam kecil yang disediakan oleh guru. 4. Guru akan melekatkan pelekat “betul” atau “salah” di atas papan hitam kecil setiap kumpulan. 5. Kumpulan yang paling banyak mengumpul pelekat “betul” akan mendapat pelekat ganjaran (reward stickers) yang ditampal dalam buku tulis setiap ahli kumpulan apabila mereka selesai menulis jawapan dalam bentuk peta buih di buku tulis. 6. Murid perlu mengakses lembaran kerja digital di platform Google Sites untuk melengkapkan jawapan dalam kuiz digital. 7. Setelah selesai menjawab, murid menyemak jawapan dan markah yang diperoleh. BBM: 1. Projektor LCD dan Komputer Riba untuk tayangan video di pautan: 2. Aplikasi wheelofnames. 3. Set papan hitam kecil, kapur dan pemadam (satu set / satu kumpulan) 4. Pelekat “betul”, pelekat “salah” dan pelekat ganjaran (reward sticker) 5. Lembaran kerja digital di platform Google Sites. APMK: 1. Pembelajaran Koperatif 2. Pembelajaran Berpusatkan Murid EMK: Sains dan Teknologi KBAT: 1. Menganalisis Pentaksiran PdP: Lisan dan Tulisan KI: 1. Kemahiran Komunikasi 2. Kemahiran Teknologi https://youtu.be/ cL4EGmJnfZ4? si=4YGLTeuda0 QfD3yF


Langkah 2 (15 minit) Membina 10 ayat daripada 15 kata adjektif dengan betul mengikut konteks yang sesuai. 1. Murid mengakses platform Google Sites yang disediakan oleh guru yang mengandungi 20 ayat dengan ruang kosong untuk diisi dengan kata adjektif yang sesuai. 2. Setelah selesai menjawab, murid menyemak jawapan dan markah yang diperoleh. 3. Dengan berpandukan ayat-ayat yang dilengkapkan dalam kuiz digital tersebut, murid membina 10 ayat mereka sendiri tentang kesihatan diri dengan memilih kata adjektif warna, bentuk, perasaan dan waktu, dan menulisnya dalam buku tulis. 4. Murid mengakses secara kendiri setiap soalan pengukuhan yang diberikan oleh guru di platform Google Sites sama ada melalui aktiviti padanan, silang kata atau kuiz berkait topik kata adjektif. OP 2 KK 2 BBM: Lembaran kerja digital di platform Google Sites (Quizizz dan Wordwall) APMK: 1. Pembelajaran Berpusatkan Murid 2. Pembelajaran Kendiri EMK: 1. Sains dan Teknologi 2. Nilai Murni KBAT: 1. Menganalisis 2. Mencipta Pentaksiran PdP: Tulisan KI: Kemahiran Teknologi Langkah 3 (15 minit) Mencipta satu rangkap sajak bertemakan kesihatan diri dengan menggunakan kata adjektif dengan betul dan sesuai. 1. Murid menonton video deklamasi sajak di platform Google Sites. 2. Murid mengenal pasti kata adjektif dalam video yang ditonton. 3. Murid menjawab kuiz digital di pautan Blooket yang disediakan oleh guru di Google Sites sebagai panduan untuk menghasilkan sajak mereka sendiri. OP 3 KK 3 BBM: Lembaran kerja digital di platform Google Sites (Blooket dan Padlet) APMK: 1. Pembelajaran Berpusatkan Murid 2. Pembelajaran


4. Murid mencipta satu rangkap sajak berdasarkan kata adjektif yang telah dipelajari. 5. Murid memuat naik sajak dengan menambah elemen grafik bagi menonjolkan maksud sajak yang dihasilkan ke platform Padlet yang telah disediakan oleh guru dalam Google Sites. 6. Guru memberikan markah di ruangan komen sajak yang dimuat naik murid di platform Padlet. Kendiri EMK: 1. Sains dan Teknologi 2. Nilai Murni KBAT: 1. Menganalisis 2. Mencipta Pentaksiran PdP: Tulisan KI: Kemahiran Teknologi Penutup (5 minit) Penutup Kognitif: Rumusan isi pelajaran. • Guru: Apakah yang kamu pelajari pada hari ini? • Murid: Kami belajar jenis kata adjektif dan cara membina ayat daripada kata adjektif. Penutup Sosial: 1. Pujian 2. Ucapan tahniah 1. Guru membimbing murid membuat rumusan isi pelajaran pada hari ini. 2. Guru memberi pujian kepada murid kerana mempunyai kesedaran akan tanggungjawab menjaga kesihatan diri. REFLEKSI ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________


LAMPIRAN 1 Rujukan DSKP Bahasa Melayu Tingkatan 1.


LAMPIRAN 2 Rujukan Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1.


LAMPIRAN 3 Contoh Rubrik Pentaksiran Lisan dan Tulisan


Click to View FlipBook Version