The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

0-15255734880_20211224_210942_0000

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-24 08:11:42

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 3 2021

0-15255734880_20211224_210942_0000

Penentangan
Masyarakat Tempatan

2021

DATO' MAHARAJA LELA

DISEDIAKAN OLEH: SITI NURZAYANI BT ZULKEFLE

TINGKATAN: 3 BETA
Nama Guru: PN Narimah BT Rozan

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini,saya akan mengenali tokoh pahlawan
tempatan iaitu Dato'Maharaja Lela.Selain itu,saya
akan mengenalpasti sebab-sebab penentangan,
kronologi/peristiwa penetangan dan
kekuatan/kelemahan kegagalan penetangan dengan
lebih baik agar dapat menambah ilmu pengetahuan
saya mengenai sejarah Dato'Maharaja Lela.Ini juga

memberi saya pendedahan asal-usul tokoh pahlawan
tempatan.Kajian ini juga dapat menjadi teladan dan

iktibar untuk menyedarkan Orang Melayu betapa
pentingnya tokoh pahlawan kita yang telah banyak
perjuang untuk negara kita.la juga mengajar bahawa
Orang Melayu harus bertanggungjawab memelihara
dan memulihara warisan Sejarah supaya tidak ditelan

zaman.

KAEDAH KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian kes ini,saya telah
menggunakan beberapa kaedah iaitu:

A) KAEDAH PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN

Melalui kaedah ini,saya telah berkunjung ke Pusat
Sumber SMK Taman Seri Rampai.Antara bahan yang

saya peroleh ialah:

i) BUKU TEKS

Dr. Azharudin Bin Mohamed Dali,Ridzuan Bin Hasan,Muslimin
Bin Fazil, 2019 Sejarah Tingkatan 3. Kuala Lumpur.DBP.

ii) KAEDAH MELAYARI INTERNET

Saya telah mendapatkan bahan berkaitan kajian kes
melalui laman sesawang berikut:

-https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-
lela/

iii) KAEDAH TEMUBUAL

Saya telah berpeluang menemubual guru subjek
saya iaitu Puan Narimah Binti Rozan bagi mendapatkan
pandangan berkaitan kepimpinan berwibawa tonggak

kedaulatan negara.

PERHARGAAN

saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru
matapelajaran Sejarah saya iaitu Puan Narimah Binti
Rozan yang telah banyak membantu dan memberi

bimbingan kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio
sejarah ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih

kepada kedua ibubapa saya,Encik Zulkefle bin Yusuf dan
Puan Saudah binti Abdullah yang telah menyokong dan
membantu saya semasa membuat folio Sejarah ini.Tidak

lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah
membantu saya membuat folio Sejarah ini.

JADUAL KERJA

BIL PERKARA TARIKH CATATAN

Mendengar Taklimat

Pelaksanaan Kerja 25/11/2021
Khusus Sejarah
1

Daripada Guru Subjek

Iaitu Pn. Narimah

Menyiapkan

2 Jadual Kerja 25/11/2021
Objektif dan

Kaedah Kajian

Mencari Bahan/Sumber 26/11/2021
3 dari Buku /Internet 27/11/2021

Menyediakan Proses
4 Awal Kerja Khusus

Menyiapkan laporan

akhir 28/11/2021

5 - Pengenalan

- Bio Data Tokoh

Menyiapkan Laporan

Akhir
6 - Sebab Penentangan 29/11/2021

- Peristiwa

Penentangan

Menyiapkan Laporan Akhir 1/12/2021
- Kepentingan Menyemai

7 -Semangat Politik
- Rumusan

Menyiapkan Rujukan 4/12/2021

8 6/12/2021

Menghantar Kerja
9 Khusus

PROSES AWAL

BIL PERKARA HURAIAN

1 Tajuk kajian Penentangan Masyarakat
Tempatan

PENGENALAN

Campur tangan kuasa barat di negara kita

membawa perubahan kepada sistem pentadbiran

tempatan.Perunahan tersebut menyebabkan

Pengenalan/ Latar masyarakat tempatan tidak berpuas hati kerana
kehilangan hak dan kedudukan mereka.Mereka
belakang tokoh bangkit menentang kuasa British di negara kita
2 melalui penentangan bersenjata.

BIODATA
-Nama tokoh ialah Dato' Maharaja Lela
-Keturunan Daeng Dalili Anak Raja Bugis
-Berasal dari daerah Luwuk, Sulawesi

sebab-sebab -Mengambil hak mengutip cukai
3 penentangan - Mencabar ketuanan Melayu

-Memperkenalkan cukai baharu



Kronologi / -Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah
Peristiwa R.C Woods
4 penentangan
-Mesyuarat sulit diadakan antara Sultan
Abdullah dengan pembesar membincangkan

pakatan menghapuskan J.W.W Birch
-J.w.w diiringi oleh Leftenan Abbott,Mat Arshad,

jurubahasanya
-Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya

membunuh J.W.W Birch

Kekuatan

- Mengadakan pakatan sulit untuk menghapuskan

J.W.W Birch

-Satu mesyuarat penting diadakan di Durian sebatang

-Mereka bersumpah meminum air keris

Kekuatan/kelemahan -Mesyuarat khas diadakan pada waktu malam
5 Kegagalan penetangan -setelah mengadakan mesyuarat 7 kali,mereka

berjaya membunuh J.W.W birch

Kelemahan

-Tindakan sultan dan pembesar Perak untuk mencabar

-Usaha membatalkan perjanjian tersebut perlu

mendapat sokongan British

-Pembesar Melayu tidak diberikan masa yang cukup

Kepimpinan - Kita patut mencontohi pemimpin yang
berwibawa tonggak mempunyai semangat juang yang kental.
-Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin

6 kedaulatan tempatan yang mematuhi ajaran agama
negara.Bincangkan -Kita perlu menghadapi musuh dengan
menggunakan akal fikiran bukannya

kekuatan tenaga

Saya berharap agar pemimpin di negara kita dapat

mencontohi sifat pemimpin tempatan yang banyak

perjuang untuk negara kita.Antaranya,sifat yang tidak

Rumusan7 berputus asa dalam perjuangan mereka.Selain itu sikap

pemimpin yang mematuhi ajaran agama dan berani
menegakkan keadilan negara.Akhir sekali,saya berharap

supaya pemimpin di negara kita bijak menghadapi

musuh dan cabaran dengan menggunakan akal fikiran

dan bukannya kekuatan tenaga sahaja.

PENGENALAN

Campur tangan kuasa barat di negara kita membawa
perubahan kepada sistem pentadbiran

tepamtan.Perubahan tersebut menyebabkan masyarakat
tempatan tidak berpuas hati kerana kehilangan hak dan
kedudukan mereka.Mereka bangkit menentang kuasa British

di negara kita melalui penentangan bersenjata.

BIODATA

Dato' Maharaja Lela ialah pembesar kelapan Perak yang
merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada
sumpah dan janjinya.Beliau berketurunan Daeng Selili, anak

Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

a) Mengambil hak mengutip cukai

Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah
menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British

mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut
akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani
pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang
Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di

Bidor.

b) Mencabar ketuanan Melayu

Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada
2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak menandatangani
perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa

mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen
berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan

melantik penghulu.

c) Memperkenalkan cukai baharu

Birch bertindak sesuka hati dengan Birch
memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu

atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak.
Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai

cukai kelamin.

KRONOLOGI/PERISTIWA PENETANGAN

Pada 16 Oktober 1874,Sultan Abdullah dan pembesar
Perak mengupah R.C Woods,penguam dari Pulau Pinang

untuk memansuhkan Perjanjian Pangkor.Namum
begitu,usahanya gagal.Rentetan itu, beberapa
mesyuarat sulit diadakan antara Sultan Abdullah
dengan pembesarnya bagi membincangkan pakatan
menghapuskan J.W.W Birch.Pada 2 November 1875,J.W.W
Birch diiringi oleh Leftenan Abbott, Mat Arshad,
jurubahasanya dan sepasukan tentera tiba di Pasir
Salak untuk menampak perisytiharan mengambil hak
memgambil hak memungut cukai oleh British.Kesempatan
tersebut digunakan oleh Dato' Maharaja Lela dan
pengikutnya untuk membunuh J.W.W Birch.J.W.W Birch
dibunuh pada 2 November 1875.Pada tahun 1877,Dato'
Maharaja Lela,Dato'Sagor,Pandak Endut dan Siputum
dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British.Oleh
itu,Sultan Abdullah,Raja Ismail dan Ngah Ibrahim

dibuang negeri

KEKUATAN/KELEMAHAN KEGAGALAN
PENETANGAN

Kekuatan

Pada 16 Oktober 1874,Sultan Abdullah,Ngah
Ibrahim,Dato'Maharaja Lela, Dato'Sagor dan pembesar

Melayu lain mengadakan pakatan sulit untuk
menghapuskan J.W.W Birch.Pada 21 Julai 1875,satu
mesyuarat penting diadakan di Durian Sebatang.Mereka
yang hadir berjabat tangan dan mengangkat sumpah
tidak akan memungkiri keputusan yang dicapai.Pada 5
September 1875,mereka mengadakan mesyuarat khas

pada waktu malam di Istana Sultan Ismail di
Belanja.Oleh itu,setelah mengadakan 7 kali mesyuarat,
mereka akhirnya berjaya membunuh J.W.W birch di Pasir

Salak.

Kelemahan

Tindakan Sultan dan pembesar Perak untuk mencabar
Perjanjian Pangkor menemui kegagalan.Oleh itu,usaha

membatalkan penjanjian tersebut perlu mendapat
sokongan British.Pembesar Melayu tidak diberikan masa

yang cukup untuk meneliti Perjanjian Pangkor.

KEPIMPINAN BERWIBAWA TONGGAK
KEDAULATAN NEGARA

i) Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa
lampau yang mempunyai semangat juang yang

kental.Kita patut belajar daripada sifat pemimpin
masa lampau yang tidak mudah berputus asa dalam
perjuangan.Sifat tersebutlah yang menyebabkan
mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan.

ii) Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan
yang mematuhi ajaran agama.Mereka berani

menegakkan kebenaran.Mereka menolak pengenalan
sistem cukai dan undang-undang British kerana

pembaharuan tersebut bercanggah dengan budaya
dan nilai tempatan.Mereka memiliki jati diri yang tinggi
menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh

luar.

iii) Kita perlu menghadapi musuh dengan menggunakan kekuatan
akal fikiran iaitu ilmu dan bukannya kekuatan

tenaga.Perebutan kuasa menjadikan kita sentiasa berpecah
belah.Kita hanya akan menjadi bangsa yang bermaruah jika

kita bersatu padu dan mempunyai kekuatan ekonomi.Tanpa
kekuatan ekonomi kita akan mudah terpedaya dengan bantuan

tawaran yang diberikan oleh pihak musuh.

RUMUSAN

Saya berharap agar pemimpin di negara kita dapat
mencontohi sifat pemimpin tempatan yang banyak
berjuang untuk negara kita.Antaranya,sifat yang tidak
berputus asa dalam perjuangan mereka.Selain itu,sikap
pemimpin yang mematuhi ajaran agama dan berani
menegakkan keadilan negara.Akhir sekali,saya berharap
supaya pemimpin di negara kita bijak menghadapi musuh
dan cabaran dengan menggunakan akal fikiran dan
bukannya menggunakan kekuatan tenaga sahaja.

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version