PRINSIP PERAKAUNAN
Modul 2 :
Rekod Tak Lengkap
Kaedah Perbandingan
- Kaedah yang membandingkan modal awal dengan modal akhir bagi menentukan
untung atau rugi perniagaan
- Modal boleh ditentukan dengan menggunakan persamaan perakaunan :
- Modal = Aset - Liabiliti
- Perniagaan boleh menggunakan maklumat modal awal tahun dan akhir tahun untuk
menentukan untung atau rugi
Modal akhir = Modal awal + Untung / (Rugi) bersih
- Nilai untung atau rugi bersih dapat dihitung dengan menggunakan rumus berikut :
Untung / (Rugi) Bersih = Modal akhir - Modal awal
- Sekiranya pemilik perniagaan membuat ambilan dalam tempoh perakaunan, item
ambilan perlu ditambah pada modal akhir
- Jika pemilik membawa masuk modal tambahan, item modal tambahan perlu
ditolak daripada modal akhir
Untung bersih = Modal akhir + Ambilan - Modal tambahan - Modal awal
Kaedah Analisis
- Melibatkan proses menganalisis semua urus niaga yang berlaku
- Tujuan : memperoleh item yang diperlukan seperti item jualan,belian,belanja dan
hasil untuk menyediakan Penyata Kewangan
Kaedah Analisis :
❏ Analisis buku tunai
❏ Mentaksir Jualan dan Belian
❏ Mentaksir Belanja dan Hasil
Analisis Buku Tunai
- Catatan Kontra
- Penerimaan daripada akaun belum terima
- Pembayaran daripada akaun belum bayar
- Baki awal dan baki akhir tunai
- Ambilan tunai
- Hasil
- Belanja
- Belian dan jualan tunai barang niaga
- Belian dan jualan aset bukan semasa secara tunai
Analisis Jualan
- Jumlah jualan tunai perlu diselaraskan dengan jumlah jualan secara kredit
- Jumlah jualan = Jualan tunai + Jualan kredit
Analisis Belian
- Jumlah belian tunai perlu diselaraskan dengan jumlah belian secara kredit
- Jumlah belian = Belian tunai + Belian kredit
Analisis Belanja
- Untuk mengira belanja sebenar bagi tahun semasa, kita perlu mengambil kira
belanja dibayar, belanja belum bayar dan belanja prabayar
- Belanja sebenar = Belanja dibayar + Belanja belum bayar akhir - Belanja belum
bayar awal
- ATAU
- Belanja sebenar = Belanja dibayar + Belanja prabayar awal - Belanja prabayar akhir
Analisis Hasil
- Untuk mengira belanja hasil bagi tahun semasa, kita perlu mengambil kira hasil
yang diterima, hasil belum terperoleh dan hasil belum terima
- Hasil sebenar = Hasil diterima + Hasil belum terima akhir - Hasil belum terima
awal
- ATAU
- Hasil sebenar = Hasil diterima + Hasil belum terperoleh awal - Hasil belum
terperoleh akhir