PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL 2021
TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA
TOKOH 1/12
KEMERDEKAAN
DI MALAYSIA
MAT SALLEH PAHLAWAN SABAH
Dihasilkan Oleh:
NUR EMYLIA BINTI HAIRUN NAHA
SEK. MEN. KEB. FELDA AIR TAWAR
KOTA TINGGI, JOHOR
ISI KANDUNGAN 2/12
BIODATA PELAJAR
PENDAHULUAN
BIODATA TOKOH YANG DIPILIH
RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH
KELEBIHAN TOKOH
BUKTI KREDIBILITI TOKOH
JASA DAN SUMBANGAN TOKOH
PENUTUP
TRIVIA
SUMBER RUJUKAN
01 BIODATA PELAJAR
NAMA : 3/12
NUR EMYLIA BINTI HAIRUN NAHA
TINGKATAN :
3 ADIL
ALAMAT SEKOLAH :
SEK.MEN.KEB FELDA AIR TAWAR
FELDA AIR TAWAR DUA
81920 KOTA TINGGI
JOHOR DARUL TAKZIM
GURU PEMBIMBING :
PUAN MASNI BINTI OTHMAN
EMAIL :
[email protected]
02 PENDAHULUAN
Tugu Peringatan Sejarah Malaysia telah terlakar bahawa di sebalik kemerdekaan negara yang
Mat Salleh dikecapi pada hari ini, pastinya ada tokoh-tokoh negara yang berjasa di dalam
memperjuangkan semangat cintakan negara sehingga ke titisan darah terakhirnya.
Datu Mat Salleh Justeru itu, lakaran sejarah kemerdekaan di setiap negeri juga wajar diketahui bagi
menyemai rasa cintakan negara.
Buku Skrap Digital ini akan menyentuh sejarah kemerdekaan negeri Sabah. Sabah PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA
sudah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari cengkaman penjajah ADALAH SEORANG PAHLAWAN
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) sejak 1881 dan bebas sepenuhnya
pada 1963. Sebelum Sabah menyertai pembentukan Malaysia, ianya telah
disytiharkan sebagai sebuah negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada
penjajahan 31 Ogos 1963,
Makna sebagai sebuah negara adalah amat bererti kepada rakyat Sabah dan
penjajahan selama 82 tahun telah banyak mengajar erti jiwa hamba kepada jiwa yang
merdeka. Sesungguhnya KEMERDEKAAN itu bukan sesuatu yang percuma.
Tokoh pejuang yang terkenal dan amat berjasa dalam mewarnai sejarah Malaysia di
dalam usahanya untuk melakarkan kemerdekaan negeri Sabah tersebut adalah Datu
Mat Salleh atau dikenali dengan Mat Salleh Pahlawan Sabah.
Buku Skrap ini dapat dijadikan perkongsian ilmu mengenai sejarah perjuangan Mat 4/12
Salleh dari awal laluannya mempertahankan negeri Sabah sehinggalah ke degupan
jantungnya yang terakhir. Selamat mengembara bersama sejarah kemerdekaan
Malaysia!.
03 BIODATA TOKOH YANG DIPILIH
PEJUANG KEMERDEKAAN Nama sebenarnya adalah MOHAMMAD SALLEH BIN DATU BALU Memorial Mat Salleh
DAN SEORANG PAHLAWAN namun lebih mudah dikenali dengan gelaran MAT SALLEH.
Tugu Peringatan
Dilahirkan di Inaman, Sabah. Mat Salleh
Anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada Suku Tapak Kubu Mat Salleh
Bajau dan Suluk.
5/12
Ibunya daripada Suku Bajau dan ayahnya, Datu Balu merupakan
pemimpin tempatan berbangsa Suluk.
Abangnya bernama Ali, manakala adik- beradik yang lain dinamakan
Badin dan Bolong.
Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang merupakan Puteri
Diraja Sulu (Puteri Sultan Sulu) yang berasal daripada keluarga
Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.
Merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan hebat
terhadap penjajahan British di Sabah. Serta pernah mengisytiharkan
daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Ketua kampung di Daerah Lingkabo dan Sungai Sugut.
Meninggal dunia pada 31 JANUARI 1900.
04 RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH
Datu Paduka Mat Salleh dipilih sebagai tokoh kemerdekaan kerana :
Beliau mencerminkan jati diri dengan sifat kepahlawanan dan keberanian
berperang yang sangat tinggi. Tidak pernah gentar untuk melawan kuasa
penjajah yang besar kerana beliau yakin dan fokus demi mempertahankan
negeri Sabah.
Tokoh kemerdekaan ini berjuang menghalang, menentang serta
menghalau penjajah dari terus berkuasa meratah harta warisan rakyat
jelata Sabah. Mat Salleh membayar perjuangan dan pengorbannya dengan
harta benda, masa, tenaga, pemikiran dan nyawanya.
Selaku seorang pemimpin tempatan yang berpengaruh termasuklah
kekuasaannya terhadap sistem perdagangan dan ekonomi penduduk
tempatan, Mat Salleh menggunakan kuasanya itu untuk melindungi
penduduk tempatan daripada terus diexploitasi oleh penjajah.
Sebuah tugu telah dibina oleh Inggeris demi memperingati kota Mat Salleh.
Walaupun British menganggap Mat Salleh sebagai seorang pemberontak,
namun rakyat tempatan menyanjungnya sebagai seorang pejuang
kemerdekaan dan seorang pahlawan yang berani. Ciri-ciri ketokohan ini
tidak boleh dijual beli, ia datang seiring personaliti jati diri Mat Salleh.
6/12
05 KELEBIHAN TOKOH
Sejarah perjuangan Mat Salleh membuktikan beliau berkebolehan mengatur
strategik peperangan dengan cekap dan mewarisi sifat kepahlawanan dan
keberanian daripada datuk neneknya yang berketurunan Sulu.
Mat Salleh juga membuktikan kehebatannya membina kubu yang amat luar biasa
dan sangat utuh sehinggakan pihak penjajah tidak berjaya memusnahkan kubu
tersebut walaupun telah dihujani dengan serangan 200 kali bedilan Meriam, malahan
tiada kecederaan yang berlaku ke atas beliau dan tentera-tenteranya. Antara kubu-
kubu pertahanan yang dibina adalah di sekitar Sugut, Paitan, Labuk, Ranau dan
Tambunan. Kubu yang dibina adalah berbentuk seperti periuk/belanga.
HERO OF Kehebatan dan semangat juang yang tinggi dalam diri Mat Salleh digeruni oleh pihak
SABAH lawan dan disanjungi oleh kaum-kaum tempatan. Mat Salleh berkemampuan meraih
sokongan padu dari pelbagai kaum untuk membantu perjuangannya termasuklah
dari Kaum Bajau dan Kaum Kadazandusun.
Beliau mampu menyerang dan membinasakan pejabat pentadbiran dan membakar
Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris dalam tahun yang sama iaitu pada
Senjata Mat Salleh 1897. Semangatnya yang sentiasa berkobar tidak boleh dihalang oleh musuhnya.
Jaket Kebal Kelebihan yang unik terdapat pada pahlawan terbilang itu ialah ‘Jaket 7/12
Mat Salleh
Kebal’ kepunyaannya yang mempunyai tulisan ayat petikan Al-Quran.
Jaket ini dipercayai kebal berdasarkan cerita-cerita yang dikumpul. Ia
akan dipakai oleh Mat Salleh bila berhadapan dengan penjajah. Ia
secara tidak langsung melakar keunikkan sejarah Mat Salleh.
0P6 BUKTI KREDIBILITI TOKOH
Siri Penentangan Mat Salleh: Sejarah perjuangan Mat Salleh menentang British
atau Syarikat Borneo Utara British (SBUB) bermula
1894 – Mat Salleh dan pengikutnya dituduh pada tahun 1894 apabila bangsa asing yang
merompak dan membunuh 2 orang kaum Iban di menduduki Sabah itu mula memperkenalkan
Sungai Sugut. Arahan tangkapan Mat Salleh telah peraturan dan syarat yang membebankan
penduduk tempatan. British memperkenalkan
dikeluarkan dan kampong halamannya dibakar;
peraturan baru seperti pengambilan buruh paksa
1895 – Kejadian Sandakan : Hasrat rundingan serta mengenakan cukai beras dan cukai perahu.
bersama-sama Gabenor Beaufort gagal
dilaksanakan malahan Mat Salleh tidak dilayan oleh Mat Salleh tidak boleh membiarkan penduduk
pihak SBUB.
tempatan Sabah ditindas dibuminya sendiri, maka
1897 – Mat Salleh membina kubu di Ranau dan ketokohannya sebagai penjuang tanahair terserlah
membakar Pulau Gaya dan menyerang Ambong. melalui siri-siri penentangannya yang memakan
masa bertahun-tahun. Mat Salleh tidak pernah
1898 – Mat Salleh berunding dengan Pengarah mengaku kalah dalam melawan penjajah walaupun
Urusan SBUB, William Cowie di Menggatal dan Mat perlu berkorban nyawa.
Salleh dibenarkan mentadbir Daerah Tambunan.
1899 – SBUB mungkir janji dan merampas semula Kegagahan dan kepimpinan Mat Salleh bukan
Tambunan. Mat Salleh berasa tertipu lantas sahaja digeruni oleh British, malahan beliau telah
membina kubu baru di Kampung Tebuh Tambunan melancarkan penentangan ala-gelira yang
dan merancang serangan. menyatu-padukan kaum Bumiputera di Sabah.
Beliau adalah Lambang Perpaduan Rakyat Sabah.
1900 – SBUB menyerang kubu secara besar-
besaran yang akhirnya mengorbankan nyawa Mat Cukai Perahu dikenakan ke atas
Salleh. rakyat oleh Penjajah
Mat Salleh berjumpa 8/12
William Cowie
07 JASA DAN SUMBANGAN TOKOH
Mat Salleh mendapat gelaran Lambang Perpaduan Rakyat Sabah kerana
beliau telah membangkitkan kesedaran dan semangat perjuangan
mempertahankan tanah air dari pelbagai sukuan. Ini dapat dibuktikan
wujudnya gabungan Pahlawan Sukuan yang bernaung di bawah Mat
Salleh. Antaranya ialah Mat Satur (Suku Balanini), Kamuntah (Suku
Illanun), Kolindod (Suku Rungus), Langkap (Suku Dusun), Timus (Suku
Bajau Samah), Pangeran Syahbandar (Suku Brunai) dan ramai lagi.
Perjuangan Mat Salleh yang tidak mengira harta benda, masa Mat Salleh di tepi Sungai Tambunan –
dan tenaganya demi membebaskan kaum pribumi dari terus Peristiwa Perjanjian Damai 1898
ditindas dan dianiaya dengan sistem pentadbiran penjajah yang
mengambil kesempatan menerusi pelaksanaan amalan buruh
paksa serta mengenakan Cukai Beras dan Cukai Perahu. Ia
telah membuka mata rakyat tempatan agar tidak membiarkan
hidup terus dijajah dan menanam sifat patriotisme dan
kecintaan kepada negara.
Mat Salleh telah meniupkan kesedaran rakyat tempatan untuk
bangkit membebaskan diri menjadi rakyat yang merdeka. Mat Salleh berjumpa William
“Apapun keadaanya, kamu akan mengakui bahawa syarikat kamu tidak dapat Cowie di Menggatal
menghalang kami untuk terus berjuang mempertahankan apa yang sepatutnya hak kami”
ungkapan Mat Salleh kepada William C.Cowie (1898) 9/12
08 PENUTUP PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL 2021
TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA
Walaupun Mat Salleh akhirnya terkorban dan gugur sebagai bunga bangsa
semasa mempertahankan kedudukannya di Kota Tambunan, namun perjuangan
beliau telah memberi inspirasi kepada para pejuang di Sabah untuk meneruskan
perjuangannya menghalau penjajah dari bumi Sabah. Tokoh-tokoh lain yang
muncul seperti Pak Musa di Membakut, pemberontakan Rundum yang diketuai
oleh Ontoros Antanom dari Kaum Murut dan perjuangan Emboh Ali di Kota Belud.
Perjuangan Mat Salleh telah mendapat pengiktirafan, bukan sahaja daripada
penduduk tempatan, bahkan juga dari Kerajaan Great Britain itu sendiri.
Memorial Mat Salleh juga telah didirikan di Kampung Tibabar, Tambunan iaitu
lokasi di mana Mat Salleh Pahlawan Sabah telah gugur terkorban sebagai bunga
bangsa dan jasanya tetap diingati sehingga kini.
Kesimpulan yang dapat dipelajari sepanjang menyelami perjuangan Mat Salleh
Pahlawan Sabah adalah mengajar kita untuk menghargai hidup merdeka dan
memastikan kemerdekaan tersebut terus dipelihara kerana KEMERDEKAAN
BUKANLAH PERCUMA tetapi menuntut kesetiaan rakyat dan semangat juang
yang tinggi. Tanpa semangat kenegaraan, pastinya kedaulatan sesebuah negara
tidak akan bertahan lama.
TERIMA KASIH PARA PAHLAWAN NEGARA…. JASAMU DIKENANG SENTIASA.
10/12
09 TRIVIA PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL 2021
TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA
British telah
Kota utama Mat Salleh di Tambunan Jaket Kebal mengisytiharkan
ini sangat sukar ditembusi. Kota ini Mat Salleh sebagai
diperbuat daripada batu-bata, kayu orang buruan dan
ganjaran 500 ringgit
serta buluh yang tidak dapat diberikan kepada
ditembusi peluru. Setiap penjuru
kota dikawal dan terdapat beberapa sesiapa yang
terowong atau jalan bawah tanah berjaya
yang rahsia digunakan untuk menangkapnya
meminta bantuan-bantuan senjata, Mat Salleh Isteri Mat Salleh iaitu
Dayang Bandang
Kejayaan Mat Salleh sangat makanan dan lain-lain dari luar kota. Mat Salleh adalah orang
dipengaruhi oleh sokongan suku- Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan sulu yang beragama Islam dikatakan mempunyai
untuk berundur menyelamatkan diri dan dipercayai pakaian Mat pantang larang tidak
suku Dusun pendalaman. Suku Salleh yang mengandungi boleh memijak kakinya ke
Dumpas di Sugut dan suku-suku apabila dikepung musuh. tanah, beliau perlu
Dusun di Labuk telah membantu Mat diusung menggunakan
Salleh dalam menentang British di tulisan Jawi (seperti tandu untuk bergerak.
sekitar Sungai Sugut dan Sungai
Labuk. Kemudian suku-suku Dusun petikan ayat suci Al-Quran) 11/12
di Ranau juga membantu Mat Salleh
ketika dia membina kubu yang kuat telah membantu beliau
di Ranau. Sokongan kuat yang
diberikan oleh Dusun pendalaman menjadi kebal kepada apa
kepada Mat Salleh telah jua jenis ancaman
membolehkannya bergerak bebas di
termasuk tembakan pistol.
daerah pendalaman, sehingga
menyukarkan British untuk Hal ini kerana, beliau telah
menangkapnya.
mati ditembak di Tambunan
ketika tidak memakai jaket
kebalnya kerana ingin
mengambil air wuduk untuk
menunaikan solat.
10 SUMBER RUJUKAN PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL 2021
TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA
http://discovertambunan.blogspot.com/2016/11/tugu-
peringatan-mat-salleh.html
Ismail Abbas & K. Bali, Peristiwa-Peristiwa Berdarah di
Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985.
https://ms.Wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh
Sabihah Osman, Datu Paduka Mat Salleh Pahlawan Sabah
(Hero Of Sabah)(1894-1900), Arkib Negeri Sabah, Kota
Kinabalu, 2007.
Zaemui Zamhari Ibrahim, Universiti Brunei Darussalam,
Pemberontakan Datu Mat Salleh di Borneo Utara British
– Suatu Tinjauan, April 2006.
https://dokumen.tips/documents/penentangan-mat-salleh-
di-sabah.html
https://pejuangsabah.wordpress.com/2015/01/18/latar-
belakang-pejuang-pejuang-di-sabah/
BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 2-Flip
eBook Pages 1 - 30| AnyFlip | AnyFlip
12/12