The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA - IBU ZAIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norzaiton, 2021-09-12 07:00:08

TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA - IBU ZAIN

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA - IBU ZAIN

Keywords: IBU ZAIN

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA

TOKOH
KEMERDEKAAN

DI MALAYSIA

IBU ZAIN

TAN SERI HAJAH ZAINUN MUNSHI SULAIMAN

Dihasilkan Oleh:
Muhammad Hanif Faisal Bin Hairun Naha

SEK. KEB. DATUK ISMAIL SAADON

1/8

BIODATA PELAJAR

NAMA :
MUHAMMAD HANIF FAISAL BIN HAIRUN NAHA

KELAS :
4 AL-KHAWARIZMI

ALAMAT SEKOLAH :
SEK.KEB. DATUK ISMAIL SAADON

FELDA AIR TAWAR DUA
81920 KOTA TINGGI

JOHOR DARUL TAKZIM

EMAIL :
[email protected]

“Apa yang kita takut, itulah yang mesti kita cuba… 2/8
setelah mencuba, pasti akan berjaya

Ibu Zain, 1903-1989

PENDAHULUAN

Sejarah Malaysia telah terlakar bahawa kemerdekaan negara turut disumbang
oleh tokoh wanita di dalam membangkitkan semangat cintakan negara dan
berjuang terutamanya dalam bidang pendidikan.

Ibu Zain atau nama sebenarnya, Zainun Binti Sulaiman telah lahir dalam
sebuah keluarga yang cukup istimewa kerana mempunyai kesedaran yang
sangat tinggi ke atas kepentingan pendidikan tanpa mengira jantina samada
lelaki mahupun perempuan.

Ibu Zain merupakan tokoh pendidik dan ahli politik yang terkenal dan lebih
berminat dalam membincangkan soal pendidikan. Jasa Ibu Zain terserlah
terutamanya dalam melaksanakan kegiatan dakwah untuk memulihkan akhlak
wanita yang terpengaruh dengan dakyah tentera Jepun. Selain itu, Ibu Zain
berjaya menyatu-padukan kaum ibu untuk bersama-sama menyumbang bakti
kepada kemerdekaan negara.

Ibu Zain telah membuka mata dan persepsi ibu bapa bahawa anak-anak
perempuan juga wajar diberi peluang dalam pelajaran kerana ia sangat
berguna untuk mengubah nasib keluarga Melayu. Beliau telah berjaya
mewujudkan kaum wanita yang pandai membaca dan menulis.

“Selagi kita bernyawa, kita mestilah bekerja menabur bakti 3/8
untuk bangsa dan negara. Itulah hiasan yang sebenar.”

Ibu Zain, 1903-1989

IBU ZAIN

Nama sebenar : Hajjah Zainun Binti Sulaiman Methodist Girls School

Tarikh lahir : 22 Januari 1903 Tenera School Malacca

Tempat lahir : Nyalas, Melaka 4/8

Adik Beradik : Anak ke-6 daripada 8 adik beradik

Tahap Pendidikan :
- Methodist Girls School, Tengkera (1909 – 1912)
- Tengkera School (1913 – 1915) sehingga lulus
Junior Cambridge
Tahun berkahwin : 1934 (ketika berusia 31 tahun)
Nama Pasangan : Haji Amin Ahmad

Bilangan Anak : 3 Orang (termasuk Adibah Amin)

Pekerjaan : Pendidik dan Bekas Ahli Parlimen

Meninggal dunia : 02 April 1989 (berusia 86 tahun)

Tempat persemadian : Makam Diraja Bukit Mahmoodiah

Methodist Girls School, Tengkera IBU ZAIN dipilih sebagai tokoh kemerdekaan kerana : 5/8

“Siapa nak merdeka, sila ikut saya” 1. Wanita Melayu yang menjadi pelopor dalam bidang pendidikan
Ibu Zain, 1903-1989 dan pemimpin wanita berwibawa;

2. Wanita Melayu yang cerdik dan cerdas dibuktikan menerusi
kelulusan dalam Junior Cambridge, suatu pencapaian yang
tidak ramai mampu mengapainya terutama di kalangan gadis.
Fasih berbahasa Jepun, Inggeris dan Arab serta berkemahiran
menterjemah cerita Melayu jawi kepada rumi.

3. Seorang tokoh yang sentiasa berpegang pada agamanya. Mampu
mempertahankan akidahnya ketika ditawarkan menjadi mubaligh
Kristian. Serta melakar sejarah dengan membuka sekolah agama
petang di Johor.

4. Menunjukkan semangat juang yang sangat tinggi terutama dalam
bidang pendidikan. Satu medium yang digunakan untuk mengubah sikap
dan kepercayaan orang Melayu dengan menerbitkan Majalah Bulan
Melayu. Hai ini dapat melahirkan percambahan pemikiran kepada
golongan pembaca dan perkembangan intelek orang Melayu. Beliau
berjaya mendaulatkan Bahasa Melayu dengan tertubuhnya Dewan
Bahasa DanPustaka (DBP) pada tahun 1958.

5. Jasanya yang cukup banyak dalam menyatu-padukan kaum ibu
untuk bersama-sama memerdekakan Malaysia. Seorang yang
berani dan tidak gentar dengan segala cabaran sehingga sanggup
menyertai sukarelawan tentera negara.

1. Pelopor Wanita Melayu yang menceburi bidang pendidikan.Pendidikan
formalnya bermula di sekolah mubaligh Kristian dan dianggap
menentang arus tradisi masyarakat Melayu

2. Sanggup berkorban harta benda dan tenaga demi membangunkan
bidang pendidikan. Pada 1919, pada usia 17 tahun, Ibu Zain telah
membina sebuah sekolah dikenali Tadika Tunas Suci Islam untuk kanak-
kanak lelaki dan perempuan. Sekolah dibina menerusi pembiayaan
duitnya sendiri yang diperolehi dari upahnya selaku penterjemah tulisan
jawi ke rumi dan kerja-kerja menaip surat. Selain itu, telah menubuhkan
kolejnya sendiri, Kolej Tunku Ampuan Mariam di Johor Bahru pada 1948.

Semasa di 3. Ibu Zain aktif berpersatuan dan telah menubuhkan Persatuan Guru-Guru
Kolej Tunku Ampuan Mariam Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Johor. Beliau merupakan presiden
pertama persatuan tersebut. Selain itu, beliau juga menyandang jawatan
Selaku ADUN Johor Yang DiPertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu selama 19
tahun. Beliau mempunyai kesedaran yang sangat tinggi untuk melihat lebih
ramai kaum wanita pandai membaca dan menulis kerana ilmu merupakan
kunci yang membentuk jati diri beliau sendiri.

4. Ibu Zain aktif berpolitik dan menjadi perintis parti UMNO.
Serta menjadi ketua kaum UMNO IBU. Menyatukan kaum ibu
di dalam usaha memerdekakan Malaysia.

5. Di peringkat antarabangsa, Ibu Zain telah dijemput oleh Kongres

India pada 1947 dan membolehkan beliau bertemu dengan tokoh Nasionalis

India seperti Nehru, Ghandi dan Sarojini Naidu. Manakala di Burma, Ibu Zain

sempat berjumpa tokoh Nasionalis Burma iaitu Aung Sang. 6/8

JASA DAN SUMBANGAN TOKOH

Jasa & sumbangan IBU ZAIN sungguh
banyak tidak ternilai :

IBU ZAIN membuktikan kredibilitinya menerusi SUMBANGAN DALAM PENDIDIKAN:
pelbagai anugerah dan penghargaan yang - Pelopor kebangkitan masyarakat Melayu dalam pendidikan;
diterima: - Menubuhkan sekolah didikan kanak-kanak (Tadika Tunas Suci
Islam, Pasoh Jaya, Negeri Sembilan).
1947 – Pingat Sultan Ibrahim - Menubuhkan Kolej Puteri Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru.
1958 – Pingat Johan Mangku Negara - Mendirikan sekolah perempuan di seluruh Johor.
1974 – Pingat Tun Fatimah oleh Majlis Kebangsaan - Mengasas sekolah agama petang di seluruh Johor.
- Mengasas Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu Johor.
Pertubuhan Wanita Malaysia
1975 – Anugerah Tokoh Guru ‘Lady of Myanmar’ SUMBANGAN DALAM MASYARAKAT:
- Wanita pertama menyertai Gerakan Pandu Puteri (GPP);
oleh Kerajaan Myanmar - Pernah menjadi setiausaha GPP dan mewakili Malaya ke Jambori
1975 – Ijazah Kehormat Sarjana Muda Sastera oleh Pandu Puteri di Sri Lanka pada tahun 1954.
- Mendaftar sebagai tentera sukarela untuk negara semasa terlibat
Universiti Malaya (UM) dengan konfrontasi penjajahan Jepun dan semasa Indonesia
1979 – Pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang
melancarkan ‘Ganyang Malaysia’ tahun 1963.
membawa gelaran Tan Sri oleh Seri Paduka
Baginda Yang DiPertuan Agong SUMBANGAN DALAM PENULISAN DAN KEBUDAYAAN:
1980 – Anugerah Suluh Budiman - Menulis artikel di dalam Majalah Guru, Al-Ikhwan, Bulan Melayu,
Utusan Melayu, warta dan lain-lain.
Tokoh Guru 1975 - Berperanan penting dalam Kongres Persuratan dan Kebudayaan
Malaysia, Indonesia dan Singapura.
- Terlibat dalam bidang Persuratan dan Kebudayaan Melayu sehingga

tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

SUMBANGAN DALAM POLITIK:

- Aktif dalam pergerakan wanita UMNO dan menjadi ADUN Johor.

- Menjadi Ketua Kaum Ibu UMNO Malaysia 7/8

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA

PENUTUP

Kesimpulan yang dapat dinyatakan dengan jelas bahawa IBU ZAIN
merupakan tokoh negarawati yang sangat berjasa dalam menyumbang
kemerdekaan negara Malaysia.

Usia 60-an Beliau seorang yang berjaya dalam karier pendidikan dan politik.
tetap Seorang yang sentiasa dipercayai dan disokong. Pelbagai pingat
penganugerahan diterima atas kejayaannya. Beliau digelar ‘SRIKANDI
bersemangat NEGARA’ atas segala sumbangan dan jasa-jasanya yang tidak ternilai.

IBU ZAIN mempunyai tahap kecerdikan dan daya pemikiran yang hebat
dalam membantu masyarakat amnya dan kaum wanita khususnya. Beliau
sentiasa gigih berjuang membela nasib wanita agar terbuka minda untuk
bersama-sama mencapai kemerdekaan negara.

Sikap dan keperibadiannya yang tegas dan jujur di dalam menyokong
kebenaran, namun tetap lembut dalam tindakannya yang tidak pernah
menimbulkan rasa tidak puas hati tentang hak-hak wanita dalam parti.

Sumbangan IBU ZAIN tidak wajar dilupakan kerana beliaulah yang telah
membuka peluang kepada kaum wanita untuk bergiat cergas dalam
politik negara. Menyumbang idea dan tenaga serta men.

100 Pelajar Kolej Putri Ampuan Sumbangan dan jasa IBU ZAIN akan terus dihargai dan
Mariam mengunjungi Perdana diikenang sepanjang zaman kerana beliau tiada pengantinya.
Menteri, Tuanku Abdul Rahman
JASAMU DIKENANG… TERIMA KASIH.
yang diketuai Ibu Zain

8/8


Click to View FlipBook Version