PENDAHULUAN Pertubuhan Prasekolah Daerah Kuala Pilah merupakan satu platform yang diwujudkan bagi membina semangat kekitaan dan kekeluargaan antara guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di daerah Kuala Pilah. Selain membina hubungan mesra, pertubuhan ini juga menjadi medan komunikasi untuk guru dan PPM berganding bahu bagi berusaha menaikkan nama Prasekolah daerah Kuala Pilah. Di samping itu, Pertubuhan ini turut memberi ruang kepada guru-guru Prasekolah dan pembantu pengurusan murid untuk turut serta dalam pelbagai program yang melibatkan masyarakat setempat. Diharapkan dengan adanya Pertubuhan Prasekolah daerah Kuala Pilah ini, lebih banyak program dapat dirangka bagi menguatkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli di samping dapat bersama-sama memartabatkan lagi pendidikan Prasekolah di Kuala Pilah.
MATLAMAT PERTUBUHAN • Mewujudkan satu ruang dalam perkhidmatan bagi menjaga kebajikan dan kemajuan guru bersama pembantu pengurusan murid dalam meningkatkan imej dan memartabatkan Prasekolah • Membantu menambahbaik usaha Prasekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kewangan bagi menampung kegiatan,aktiviti dan mencari dana • Membolehkan guru-guru dan pembantu pengurusan murid berkongsi idea dan maklumat mengenai pendidikan dalam usaha meningkatkan hala tuju Prasekolah • Menjalin hubungan mesra antara guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid TUJUAN PERTUBUHAN • Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan baik dengan masyarakat setempat • Meraikan ahli atas beberapa perkara yang telah dipersetujui di dalam perlembagaan * Berusaha dalam komuniti menaikkan nama Prasekolah daerah Kuala Pilah
JAWATANKUASA PELAKSANA PENASIHAT: Dr.Suzana Bt Muhamad Pilus ( PPD Kuala PIlah ) Pengerusi/AJK Jemputan : Pn. Intan Nadia Bt Mohamad Ashi AJK Dokumentasi& Slide : Cik Norshafarin Bt Abdul Ghani Pn. Haryani Bt Ismail Pengacara Majlis : Pn. Siti Khadijah Bt Bustamam Pn. Shazalinda Bt Sharin AJK Pendaftaran : Pn. Noraida Bt Mohd Tahir Pn. Maziyah Bt Mekhtar AJK Peralatan dan : Pn. Noor Amizah Bt Othman Persediaan Tempat AJK Jamuan : Pn. Raja Yuslida Bt Raja Hassan Pn. Salhuzaity Bt Sallehudin Bacaan doa & siaraya : En Yusmizul Idzhan B Yusoff AJK Cenderahati : Pn. Shafura Bt Mat Ripin Cik Norshafarin Bt Abdul Ghani AJK Kebersihan : Pn. Haryani Bt Ismail AJK Buku Program : Pn. Shazalinda Bt Sharin
TENTATIF PROGRAM 2.00 ptg : Pendaftaran 2.30 ptg : Ice Breaking bersama Dr.Suzana Bt Muhamad Pilus 3.00 ptg : Mesyuarat Pertubuhan Prasekolah kali ke-7 -Pembubaran AJK lama ( 2019-Oktober 2023) -Perlantikkan AJk baru ( Nov 2023-Nov 2025 ) 4.00 ptg : Kehadiran YB Dato’ Hj Ismail B Hj Lasim ( Exco Pendidikan dan Modal Insan ) -Nyanyian lagu Negaraku -Bacaan doa -Ucapan Pengerusi Pertubuhan Prasekolah Daerah Kuala PIlah -Ucapan Tn.Mohd Mulub B Mohd Yusoff ( Timbalan PPD Sektor Perancangan,PPD Kuala Pilah ) -Ucapan Perasmian Penutup oleh : YB Dato’ Hj Ismail B Hj Lasim -Penyampaian sijil dan cenderamata : - Mantan AJk Pertubuhan Prasekolah sesi 2019-2023 - wakil Daerah Ke Peringkat Negeri dalam Karnival Prasekolah 2023 - Jurulatih utama daerah ( akademik & pengurusan) - Penyampaian sijil kategori Guru Prasekolah komited - Penyampaian sijil kategori PPM komited - Pemenang kategori Jejaka Idaman Malaya - Pemenang kategori Perempuan Melayu Terakhir - Cenderamata khas kepada ahli - Penyampaian cenderahati kepada perasmi -Jamuan dan sesi bergambar -Bersurai
PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN PERTUBUHAN PRASEKOLAH DAERAH KUALA PILAH DARI 2019-2023 BIL TARIKH PROGRAM TEMPAT 1 06/04/2019 PROGRAM AEROFIT SK AMPANG TINGGI 2 08/04/2019 STEM DEWAN SEMINAR PPDKP 3 20/04/2019 PROGRAM AEROFIT KOMPLEKS RAKAN MUDA 4 30/04/2019 SAMBUTAN HARI GURU & MAJLIS LAMBAIAN KASIH HOTEL SUTERA ,SEREMBAN 2 5 24/05/2023 PROGRAM JALINAN KASIH RAMADHAN SK. KUALA PILAH 6 26/06/2019 MAJLIS JALINAN UKHWAH AIDILFITRI DEWAN SRI MENANTI 7 23/10/2019 MAJLIS HITEA DEWAN ARENA CMC 8 8-9/11/2019 PERKONGSIAN PINTAR & KETENANGAN MINDA SK. CAMERON HIGHLAND 9 20/02/2020 MAJLIS SELUHUR BUDI SEJAMBAK KENANGAN DEWAN DHB ,BATU KIKIR 10 16/08/2022 CERAMAH KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DEWAN SEMINAR PPDKP 11 10/01/2023 BENGKEL PENGISIAN INSTRUMEN IPPK DEWAN SEMINAR PPD KUALA PILAH 12 13/10/2023 04/11/2022 ZIARAH PAUTAN KASIH - RUMAH PN. MASTURA BT MANSOR - RUMAH KELUARGA ALLAHYARHAMAH PN .JAMILAH BT LANI 13 26/10/2023 MAJLIS SEMARAK KASIH JUNJUNGAN BUDI -SRI MENANTI RESORTS AKTIVITI PADA TAHUN 2021 DAN 2022 DITANGGUHKAN KERANA PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP)
AKTIVITI PENGUMPULAN DANA PERTUBUHAN PRASEKOLAH DAERAH KUALA PILAH BIL PROGRAM PENYELARAS LOKASI DAN STRATEGI 1 JUALAN KEREPEK PN.NORMIZAH BINTI MADOT -TAPAK KARNIVAL DAN KEBUDAYAAN DI SK YAMTUAN HITAM -PENJUALAN OLEH AJK-AJK DI SEKOLAH MASING-MASING 2 JUALAN PRELOVED PN.HARYANI BT ISMAIL -TAPAK KARNIVAL DAN KEBUDAYAAN DI SK YAMTUAN HITAM -TAPAK PROGRAM PRASEKOLAH DI KOMPLEKS RAKAN MUDA KUALA PILAH 3 JUALAN BROSCH SEMPENA HARI PN NURUL BAIZURA BT YATIMI -JUALAN OLEH AJK DI SEKOLAH MASING-MASING
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Penasihat Pertubuhan Prasekolah Daerah Kuala Pilah, semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang terlibat dalam mengendalikan majlis ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Diharapkan dengan penganjuran majlis ini , ia sedikit sebanyak dapat merapatkan lagi ukhuwah antara guru ,PPM dan semua yang hadir pada majlis hari ini. Semoga keakraban yang terjalin antara kita mampu membuahkan hasil yang terbaik untuk anak didik di Prasekolah Daerah Kuala Pilah. “ Pertubuhan Adalah Kekuatan, Kolaborasi Itu Kejayaan ”