The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menyelami kisah suka duka baginda Nabi s.a.w ketika Israk dan Mikraj bersama penceramah jemputan AL-FADHIL USTAZ MOHD SUFIAN MOHD ISA (PU SUFIAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by acidatun12, 2021-03-09 13:23:00

PAMPLET ISRAK MIKRAJ SMKSR 2021/1442H

Menyelami kisah suka duka baginda Nabi s.a.w ketika Israk dan Mikraj bersama penceramah jemputan AL-FADHIL USTAZ MOHD SUFIAN MOHD ISA (PU SUFIAN)

Keywords: Israk Mikraj SMKSR,Israk Mikraj,SMKSR

2021M / 1442H

PENCERAMAH:

AL-FADHIL USTAZ MOHD SUFIAN MOHD ISA
(PU SUFIAN)

PLATFORM

TARIKH:

14 MAC 2021M / 30 REJAB 1442H
(AHAD)

MASA:
10.00 - 11.00 pagi

TAJUK:
‘ANUGERAH DI SEBALIK DUKA’

ANJURAN: UNIT DAKWAH & TARBIYYAH SMK SIMPANG RENGAM

1

PENGENALAN

Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu daripada mukjizat
Baginda SAW. Dengan menaiki sejenis kenderaan khas iaitu
Buraq, Baginda SAW ditemani Malaikat Jibrail a.s (diisrakkan)dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Kemudian kembara malam ini
diteruskan kembali dengan dimikrajkan naik melewati 7 petala
langit hingga ke Sidratul Muntaha. Setelah itu Baginda SAW
diperlihatkan Arasy iaitu suatu singgahsana ciptaan Allah yang
sangat agung. Semuanya ini merupakan anugerah Allah untuk
mengubat hati sang kekasihNya atas pemergian isteri Baginda
SAW iaitu Saidatina Khadijah r.a & bapa saudaranya Abu Tolib.
Pada tahun itu juga para ulama’ menamakannya sebagai
’Aamul Huzun (Tahun Kesedihan) buat Baginda SAW.

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18
Mac 2020, suatu norma baru telah diperkenalkan oleh kerajaan
demi mengekang wabak COVID-19 yang telah merebak ke
seluruh dunia. Amalan penjarakan sosial (social distancing) telah
merubah lanskap pendidikan negara daripada konsep belajar di
sekolah secara bersemuka dengan guru kepada praktikal
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) melalui atas
talian. Amalan yang kini menjadi budaya di segenap sudut
kehidupan semestinya terselit sejuta hikmah yang harus diamati
secara saksama tanpa menyalahkan takdir Tuhan. Kita selaku
hambaNya harus cepat menyesuaikan diri dan kembali kepada
landasan kehambaan tanpa syarat. Bukan itu sahaja, malah
sistem penyampaian ilmu di masjid dan surau secara
konvensional telah beralih kepada akses secara digital.

Dalam usaha melahirkan pelajar dan ibu bapa yang terdidik
dengan kefahaman agama, juga membantu usaha berterusan
unit bimbingan dan kaunseling, maka unit SUMUR, Dakwah dan
Tarbiyah SMKSR juga mengorak langkah menjemput
penceramah luar melalui platform Youtube Live bersempena
Sambutan Israk Mikraj peringkat SMK Simpang Rengam. Insya
Allah, program ceramah atas talian ini bakal mengisi Channel
Youtube SMK Simpang Rengam.

Untuk makluman, penganjuran Program Ceramah Online
Israk Mikraj pada kali ini akan menemukan finalis program realiti
Pencetus Ummah (PU SUFFIAN) yang juga pemilik PU SUFFIAN
TRAINING & RESOURCES atas tajuk ’Anugerah Di Sebalik Duka’.
Kemunculan figura dakwah berstatus selebriti diharapkan dapat
menarik lebih ramai ibu bapa dan warga SMKSR agar turut sama
menjadi peserta taman syurga (Roudotul Jannah). Semoga
ikhtiar kecil yang kita sama usahakan ini mendapat redha Allah
jua.

2

2.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang beretika, berakhlak mulia,
bersemangat menunaikan solat di awal waktu,
mudah mendengar nasihat guru dan rakan serta
sentiasa meningkatkan potensi diri sebagai hamba
Allah untuk memimpin diri seterusnya bermanfaat
kepada masyarakat.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mentarbiyah para pelajar agar tidak bertangguh
menunaikan solat fardhu.

3.2 Membentuk insan yang peka terhadap situasi
ummat Islam Palestin yang semakin meruncing
ditindas zionis.

3.2. Melahirkan umat Islam yang bersyukur kerana
dipilh Allah menjadi umat Nabi Muhammad SAW

4.0 SASARAN

Semua pelajar SMK Simpang Rengam
(sesi pagi & petang)
Pelajar Asrama SPM (40 lelaki & 47 perempuan)

5.0 JANGKA MASA / TEMPAT / PLATFORM

Tarikh : 14 Mac 2021M /
30 Rejab 1442H
Hari
Masa : Ahad
Tempat : 10.00 - 11.00 pagi
Tempat : Rumah masing-masing
: Surau Raudhatul Maghfirah
Platform
(Pelajar Asrama-SPM)
: Youtube Live

3

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tn. Hj. Mohamad Yusope Bin Hassan

(Pengetua SMKSR)

Timb. Pengerusi : Puan Norizan Binti Surani

(Pen. Kanan HEM)

Naib Pengerusi 1 : Puan Sokiah Binti Siren

(Pen. Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En. Mahzan Bin Md. Hassan

(Pen. Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : Ust. Muhammad Ikhwan Bin Md Naser

Setiausaha : Ust. Abdul Rasyid Bin Paimin @ Abdul Halim

Bendahari : Ustazah Siti Huzaimah Binti Abdul Rahman

4

JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS

PUBLISITI AM
Ustazah Hayati Binti Abdul Halim

Semua Guru Kelas

BANTING MAYA
Ustaz Kamarul Hisham Bin Ateman

Ustaz Ikhwan Bin Md Naser

BUKU PROGRAM
Ustazah Norbaatun binti Asli
Ustaz Abd. Rasyid Bin Paimin

E-SIJIL PENCERAMAH
Ustazah Siti Mariam Binti Sulaiman

TEKNIKAL & PA SISTEM
Meor Kusairi bin Meor Zahari
Tn. Hj. Aminudin Bin Hamzah

Tn. Hj. Arbain Bin Darjad

KAWALAN PELAJAR
Semua Warden Aspura / Aspuri

Pn. Hjh Che Hasnah Binti Nuh
Ustaz Mohd Herman Bin Mohd Yusof

JEMPUTAN PENCERAMAH
Ustazah Ruhimah Binti Hussin
Pn. Rugayah Binti Abd. Wahid

PENDAFTARAN
Tn. Hj. Abdul Razali Bin Bachok

Ust. Nur Hasniza Binti Omar

DOKUMENTASI SUMUR & SOP
En. Mohd Fahmi Bin Ahmad Kashfi

En. Rosli Bin Saidi

5

ATURCARA MAJLIS

Tarikh : 14 Mac 2021 (Ahad)

9.00 pagi : Pendaftaran atas talian (Google Form)
dibuka.

9.15 pagi : Pelajar Asrama mengambil tempat di
surau Raudhatul Maghfirah

9.30 pagi : Semua warga SMKSR dan para
jemputan bersedia dalam talian.

9.40 pagi : Majlis Bermula
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan Selawat Tafrijiyyah
(wakil pelajar)
- Ucapan Pengetua
(Tn. Hj. Mohamed Yusof Bin Hassan)

10.00 pagi : Sesi ceramah oleh –
Al-Fadhil Ustaz Mohd Sufian Mohd Isa
CEO PU SUFFIAN TRAINING & RESOURCES

PENUTUP

Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini ia
berupaya menambahkan rasa cinta kita kepada
perjuangan Rasulullah seterusnya berupaya
memperbaiki kualiti diri para pelajar dan warga
SMKSR dari semasa ke semasa.

6

7


Click to View FlipBook Version