The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a1384, 2022-09-16 13:27:46

TUGASAN 2-BMMB1074 HUSNA SEFIYYA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
20130 KUALA NERUS TERENGGANU

TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK 2022
TUGASAN 2- PENULISAN E-PORTFOLIO

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP) AMBILAN JUN 2022 / SEMESTER 1

NAMA PELAJAR : NURUL HUSNA SEFIYYA BT SHAFIEE

ANGKA GILIRAN : 2022092310046

NO KAD PENGENALAN : 030724-06-0330

OPSYEN : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

UNIT : BM2

KOD/NAMA KURSUS : BMMB1074/SEJARAH PERKEMBANGAN MELAYU

NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN

TARIKH MULA : 29 OGOS 2022

TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2022

NO TELEFON : 019-4959945

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 17 SEPTEMBER 2022

PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas hidrat Ilahi dengan limpahan kurnia-Nya yang dianugerahkan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya.
Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah saya, Dr. Mohd Fadzil bin Baharudin kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan dan bahan yang diberikan oleh beliau sebagai rujukan telah membuka
ruang untuk saya menjayakan tugasan ini.

Selain itu, ucapan jutaan terima kasih ini juga kepada Dr.Mohd Fadzil bin Baharudin,
selaku Pensyarah Sejarah Perkembangan Melayu kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan kepada saya dan masa yang mencukupi untuk menyiapkan tugasan
yang diberikan ini. Seterusnya, ucapan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Dengan ini, saya berharap agar tugasan ini menepati setiap aspek pemarkahan dan
soalan yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.
….……………………………………….
NURUL HUSNA SEFIYYA BT SHAFIEE
Siswi Guru
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu.

2

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Halaman
1.0 Pengenalan 4
2.0 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi 4
4-7
mengikut kronologi
2.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi 7-9
sebelum Merdeka
2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson 9-10
2.1.2 Sistem Ejaan Zaaba 11
2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia 12
2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres 13-14
2.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi
selepas Merdeka
2.2.1 Sistem Ejaan Rumi Persekutuan
Bahasa Melayu Universiti Malaya, PBMUM
2.2.2 Sistem Ejaan Rumi Malindo
2.2.3 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu
1972

3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) dalam menyeragamkan sistem ejaan
rumi

4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Masa Kini
5.0 Penutup
6.0 Contoh pertukaran ejaan Rumi

6.1 Jawi ke Rumi
6.2 Ejaan Rumi dalam konteks Islam

Rujukan
Lampiran

3

1.0 PENGENALAN

Perkembangan bahasa Melayu sehingga ke hari ini telah berjaya memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.Tahukah anda bahawa bahasa Melayu ditulis dalam
dua jenis sistem tulisan iaitu sistem tulisan Rumi dan sistem tulisan Jawi. Kertas kerja ini akan
membincangkan mengenai perkembangan sistem ejaan Rumi yang digunakan sehingga kini.
Menurut Tate (1971), tulisan Rumi diperkenalkan di Kepulauan Melayu menerusi kedatangan
orang Eropah. Kajian mengatakan bahawa orang pertama yang menggunakan tulisan Rumi
ialah David Barbosa (1516) selepas Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Pada
permulaannya, huruf Rumi Latin telah digunakan untuk menulis bahasa Melayu telah ditemui
dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1522 dan seterusnya menjadi
pengaruh para pedagang, penjelajah dan sarjana dari Eropah dalam menggunakan sistem
penulisan tersebut. Penggunaan sistem tulisan Rumi secara meluas ini merupakan satu
kepentingan terutamanya bagi rakyat sebagai sistem perhubungan melalui penulisan dalam
setiap urusan. Dari segi maksud yang lain, sistem penulisan ini lahir apabila seseorang ingin
menyampaikan fikiran dan perasaannya menerusi tanda-tanda visual dalam bentuk yang
difahami oleh diri dan orang lain. Persoalannya di sini tahukah kita secara mendalam
mengenai perkembangan sistem ejaan Rumi mengikut kronologi pra dan pascakemerderkaan
serta cabaran sistem ejaan Rumi pada masa ini. Dalam kertas kerja ini, saya akan
menerangkan secara terperinci mengenai sistem ejaan Rumi.

2.0 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi mengikut kronologi

2.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi sebelum merdeka
2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson (1904)
Ejaan Wilkinson ini diperkenalkan di tanah Melayu pada tahun 1904 dan dihasilkan
oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Melayu Bersekutu (British).
Sistem Ejaan Rumi Wilkinson ini telah diterbitkan dalam buku Romanised Malay
Spelling. Pengunaan ejaan Wilkinson ini telah digunakan secara rasmi di semua
sekolah umum di Tanah Melayu pada bulan Oktober 1904 dan juga digunakan dalam
kamus bahasa Melayu karangan Wilkinson. Secara teorinya, terdapat beberapa
peraturan dalam merumikan ejaan bahasa Melayu berpandukan sistem ejaan ini.
Antaranya ialah perkataan Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu dieja mengikut
sebutan Melayu manakala perkataan pinjaman Arab yang dieja mengikut sebutan
Melayu khususnya bagi perkataan yang sudah diasmilasi sepenuhnya. Selain itu, kata

4

terbitan yang mengandungi imbuhan perlu dieja sama seperti bentuk asalnya
walaupun terdapat perubahan bunyi seperti menyabelah, daripada perkataan asalnya
sa-belah. Namun begitu, terdapat beberapa perkataan yang dipilih dapat dieja tidak
menyerupai perkataan asalannya kerana boleh menunjukkan dengan lebih terang asal
pembentukan katanya jika dieja berbeza mengikut sebutan. Contohnya, perkataan
kemudian tidak dieja seperti kemedian dan perkataan demikian tidak dieja demekian.

2.1.2 Sistem Ejaan Zaaba (1940)
Nama Zaaba ini sudah tidak asing lagi yang merujuk kepada tidak lain dan tidak bukan
iaitu seorang tokoh cendekiawan yang bernama Zainal Abidin bin Ahmad, beliau
merupakan ahli akademik dan penulis dalam organisasi Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu. Sistem Ejaan Zaaba ini merupakan pembaikan daripada Sistem
Ejaan Wilkinson dan diguna secara meluas di sekolah-sekolah terutamanya dalam
urusan rasmi pada tahun 1940. Antara buku yang diterbitkan melalui penggunaan
sistem ejaan ini ialah buku “Pedoman Bahasa Melayu Penggai i, ii dan iii. Namun
begitu, terdapat kelemahan dalam sistem ejaan ini yang menyebabkan kesukaran
berlaku apabila pengejaan kata masih lagi menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson.
Sebagai contoh, Sistem Ejaan Zaaba ini mengandungi huruf-huruf saksi a, e, i, o, u
serta terdapat rangkap konsonan yang hampir sama dengan Sistem Ejaan Wilkinson.

Rajah 2.1.1
Rajah di atas menunjukkan fonem vokal yang diistilahkan sebagai huruf saksi (istilah
Wilkinson (1903)). Di samping itu, Sistem Ejaan Zaaba ini juga menggunakan kaedah
penggunaan aneka ragam lambang huruf yang menyebabkan ketidaksamaan
pengejaan kata dalam penulisan.

5

2.1.3 Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia (1943)
Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia merupakan satu kaedah ejaan yang digunapakai oleh
majalah Fajar Asia dengan mengambil pengaruh sistem ejaan Wilkinson dan Zaaba.
Buktinya. Sistem ejaan ini menggunakan konsonan-konsonan Wilkinson mahupun
Zaaba tetapi menggunakan vokal 0phuysen kecuali “oe” digantikan dengan “u”.
Walaubagaimanapun, grafem yang dipakai dalam Fajar Asia mempunyai sedikit
perbezaan berbanding dengan sistem ejaan Wilkinson dan Zaaba. Sistem Ejaan Rumi
Fajar Asia ini telah diperkenalkan oleh pemerintah tentera Jepun dalam majalah Fajar
Asia bagi menyeragamkan penulisan ejaan rumi Melayu semasa penyatuan Sumatera
dan Malaya. Menurut kajian, Sistem Ejaan Fajar Asia ini dijadikan sebagai ejaan rasmi
oleh Angkatan Sasterawan 50 yang merupakan satu persatuan yang dibentuk oleh
Angkatan penulis generasi muda seperti Tongkat Warrant, Keris Mas dan Masuri S.N
Asraf. Namun begitu, sistem ejaan ini tidak digunakan lagi setelah pengakhiran
pendudukan Jepun pada tahun 1945 dan ejaan Zaaba telah digunakan semula.

Rajah 2.1.2
Rajah di atas menunjukkan semua kelima-lima vokal digunakan iaitu menjadi <e>
sebagai grafem bagi kedua -dua e taling dan pepet tanpa menggunakan tanda aksen.

Rajah 2.1.3
Rajah menunjukkan pengecualian huruf vokal oe digantikan kepada u dalam
perubahan sistem ejaan Ophuysen kepada ejaan Soewandi.

6

2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres (1956)
Penghasilan Sistem Ejaan Rumi Kongres ini mendapat persetujuan dalam Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16-21 September 1956.
Menerusi sidang ini, Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu telah membuat
16 ketetapan berkaitan dengan ejaan bahasa Melayu dan 2 ketetapan bagi bunyi
bahasa seterusnya 1 ketetapan bagi tentang tulisan Jawi. Antara salah satu prinsip
ejaan yang ditetapkan adalah melalui sistem fonologi berbanding sistem fonetik yang
melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf. Di samping itu, terdapat
juga perbezaan yang ditetapkan dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan
suku kata akhir. Berbeza dengan Sistem Ejaan Zaaba, sistem ejaan ini menghapuskan
penggunaan tanda sempang kecuali pada kes-kes yang tertentu sahaja. Bukan itu
sahaja, Pembaharuan pengejaan juga diketengahkan dalam ejaan Kongres ini yang
bertujuan untuk mengekalkan sebutan asal perkataan.Selanjutnya, terdapat
perubahan sesetengah penggunaan kata-kata partikel menerusi Sistem Ejaan
Kongres ini. Sebagai contoh, kata gelaran si, kata depan di serta penanda sama se-
dipisahkan ejaannya dengan perkataan yang berikutnya tanya menggunakan
sempang.

2.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka

2.2.1 Sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya,
PBMUM (1959)
Sistem Ejaan PBMUM merupakan sistem ejaan yang digunakan dalam penerbitan
jurnal Bahasa bermula pada tahun 1959. Sistem ini diperkenalkan sebagai percubaan
lanjutan ke arah penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Hal ini
kerana sistem ini menyerupai Ejaan Fajar Asia dan Ejaan Soewandi. Sistem ejaan
Soewandi merupakan ejaan Republik dan tidak mempunyai perbezaan yang ketara
dengan ejaan Ophuysen. Antara cadangan -cadangan PBMUM dalam penggunaan
sistem ejaan ini adalah menolak penggunaan huruf kembar atau rangkap konsonan
lalu digantikan dengan fonem lain. Contohnya, “ch” digantikan dengan c. Seterusnya
ejaan Melayu haruslah disatukan dengan ejaan Indonesia seperti ya-itu menjadi iaitu
dan karena menjadi kerana.

7

2.2.2 Sistem Ejaan Rumi Malindo (1959)
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), satu mesyuarat telah dijalankan pada tahun 1959
bagi menyelaraskan sistem ejaan Rumi. Dalam hasil perbincangan, Sistem Ejaan
Malindo iaitu singkatan bagi dua buah negara, Malaysia dan Indonesia. Namun begitu,
Sistem Ejaan Malindo ini tidak dilaksanakan sepenuhnya kerana berlakunya
konfrontasi antara dua buah negara tersebut. Sistem ejaan ini dihebahkan kembali
pada tahun 1967 yang disebut sebagai Ejaan Rumi Baru (ERB) hasil daripada
kesepakatan. Antara aspek yang telah dibincangkan dalam sistem ejaan ini adalah
sistem penulisan vokal dalam suku kata akhir tertutup seperti belek, titik, dan tikus.
Selanjutnya, penulisan awalan dan akhiran perlu digandingkan atau ditulis serangkai
dengan kata dasar. Contohnya, memukul, tertinggi dan berbaju. Bukan itu sahaja,
ejaan baru ini juga melakukan pembaharuan terhadap grafem iaitu sy menggantikan
sh, c menggantikan ch tau dari segi perkataan sharikat menjadi syarikat.
Walaubagimanapun, berlakunya masalah dalam sistem ejaan ini apabila timbulnya
Ejaan Cadangan yang mempertahankan penggunaan sh dan c.

Rajah 2.2.1
Rajah di atas menunjukkan penetapan penggunaan rangkap konsonan dan bunyi
yang dipinjam dari Bahasa Arab.

2.2.3 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972
Pada tahun 1972, muncullah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu yang
terbahagi kepada dua sistem iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan
kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk
pengejaan kata pinjaman). Bagi sistem keselarasan huruf vokal ini terbahagi kepada
beberapa syarat termasuklah keselarasan adalah dua huruf vokal pada kata dasar dan
kata dasar perlu berakhir dengan suku kata tertutup. Secara keseluruhannya, terdapat
18 pola keselarasan huruf vokal manakala rajah dibawah merupakan Sistem
Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal bagi pengejaan kata pinjaman.

8

Rajah 2.2.2

3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan sistem
ejaan rumi

Rajah 3.1

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan sebuah jabatan kerajaan Malaysia
yang berfungsi untuk menggerakkan dan memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa ilmu. Antara peranan DBP dalam menyeragamkan sistem
ejaan rumi ialah dengan memajukan dan memperkembangkan bakat-bakat
kesusasteraan dalam kalangan masyarakat setempat khususnya dalam bahasa
Melayu. Sebagai contoh, pihak DBP boleh menganjurkan program seperti penulisan
misalnya Minggu Penulis Remaja. Menerusi program ini dapat mendedahkan penulis
dengan penggunaan ejaan rumi yang mantap dalam ilmu kesusasteraan ini.
Tambahan lagi, DBP juga berperanan dalam memperkaya sistem ejaan Rumi dengan
penambahan istilah saintifik seiring dengan kemajuan bidang sains dan teknologi.

9

Selain daripada itu, jabatan DBP juga seharusnya mencetak, menerbitkan atau
membantu percetakan dan penerbitan buku-buku, majalah-majalah dan kesusateraan
yang lain dalam ejaan Rumi bahasa Melayu. Penerbitan buku-buku ilmiah seperti buku
teks dan buku rujukan mahupun kamus perlu ditingkatkan dalam kadar yang
maksimum agar dapat meningkatkan pengenalan ejaan dalam sistem rumi yang
seragam dan digunakan dalam penulisan. Bukan itu sahaja, jabatan DBP juga perlulah
menekankan penggunaan bahasa yang kebangsaan yang betul kerana ianya bukan
sahaja akan mencemarkan cara pertuturan malah cara penulisan turut terjejas.
Contohnya, notis-notis atau risalah awam yang diedarkan kebiasaannya
menggunakan bahasa pasar sahaja dalam mempromosikan makluman tersebut. Oleh
itu, DBP perlu mengatasi masalah ini dengan menghasilkan akhbar dan risalah bagi
membetulkan penggunaan bahasa Melayu yang telah tercemar.

Di samping itu, jabatan DBP juga dapat menyeragamkan sistem ejaan Rumi dengan
membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa
Melayu. Jawatankuasa Istilah (JKI) yang ditubuhkan oleh DBP bersama-sama dengan
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengumpul, membentuk dan
mengembangkan istilah dan ejaan bahasa Melayu termasuklah dalam bidang sains
dan sains gunaan. Maka, cara ini mampu menyelaraskan ejaan Rumi secara tepat dan
menjadi rujukan ramai. Pada masa yang sama, DBP juga perlu mengambil peluang
dalam memperkaya ejaan Rumi khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi.
Misalnya, istilah saintifik dalam bidang Sains dapat diklasifikasikan dalam ejaan rumi
bahasa Melayu.

Rajah 3.2 Rajah 3.3 Rajah 3.4

10

4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Masa Kini

Dalam merealisasikan penyeragaman sistem ejaan Rumi ini, sudah pasti terdapat
cabaran yang bakal ditempuhi khususnya kepada beberapa pihak yang
bertanggungjawab dalam menyelaraskan sistem ejaan Rumi kini. Pepatah Melayu
menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain, hal ini
berkait dengan tugas guru dalam mendidik anak muridnya cara penulisan yang
menggunakan ejaan rumi dengan betul khususnya kepada guru bahasa Melayu.
Perkara ini menjadi cabaran kerana golongan muda kini terdedah dengan penggunaan
bahasa rojak mahupun bahasa pasar yang menyebabkan mereka terpengaruh dan
terikut-ikut dengan penggunaan kata dan ejaan yang salah itu. Oleh hal demikian,
tugas seorang guru sangat penting untuk membetulkan kembali kesalahan ejaan yang
telah menjadi kebiasaan para pelajar.

Selanjutnya, sikap rakyat Malaysia sendiri telah menjadi cabaran bagi penggunaan
ejaan Rumi. Hal ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai keyakinan
dalam menggunakan ejaan Rumi kerana bagi mereka ejaan tersebut agak lapuk dan
kurang mendapat sambutan tidak seperti penggunaan ejaan dalam bahasa Inggeris.
Oleh kerana sikap rakyat sendiri yang tidak berbangga dengan bahasa Melayu
menyebabkan ejaan Rumi dipandang rendah. Justeru, hal ini telah menjadi cabaran
kerana telah menyukarkan pihak yang bertanggungjawab mahupun diri sendiri bagi
memartabatkan sistem ejaan Rumi ini. Bukan itu sahaja, kekurangan pendedahan
awal bahasa menerusi penulisan ejaan rumi kepada kanak-kanak tidak didukung
sepenuhnya. Hal ini dapat dilihat apabila sebilangan kanak-kanak dari kaum lain masih
sukar untuk menulis dalam ejaan rumi biarpun mereka mengambil subjek teras bahasa
Melayu. Isu ini berlanjutan kerana sesetengah pemikiran masyarakat yang
menganggap dengan mempelajari ejaan Rumi akan menghakis bahasa Ibunda
mereka (Sharifah,2019).

Rajah 4.1 Rajah 4.2

11

5.0 PENUTUP
“Tidak perlu menyusun bahasa seindah sasterawan negara asalkan betul nahunya dan
dipelihara kesuciannya” (Sarimah Ahmad). Penyertaan ini menegaskan bahawa kepentingan
penyelarasan sistem ejaan rumi yang seharusnya digunakan secara tepat tanpa campuran
dari mana-mana ejaan lain. Sistem ejaan rumi sudah mencecah 50 tahun digunakan secara
meluas sebagai wadah penulisan dalam semua bidang bermula sejak tahun 1972. Oleh hal
yang demikian, sebagai rakyat yang cinta akan negara dan bahasa, kita perlulah berganding
bahu dalam menjaga kedaulatan sistem ejaan Rumi sebagai sistem ejaan yang rasmi di
Malaysia dan mengambil serius terhadap soal peraturan yang sedia ada dalam penggunaan
sistem ejaan Rumi.

12

6.0 Contoh penggunaan ejaan Rumi
6.1 Pertukaran ejaan Jawi kepada Rumi

13

6.2 Penggunaan ejaan Rumi dalam konteks Islam

Pada masa ini, tujuan surah dan hadis disertai dengan tulisan Rumi bagi memudahkan orang
ramai dalam menghafal dan membaca terutamanya bagi golongan yang tidak mahir dalam
ejaan Jawi dan bahasa Arab.

14

RUJUKAN
Bahasa dan kesusasteraan: kumpulan esei. (2002). Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdullah Hassan. (15 May 2008). 30 tahun perancangan bahasa Malaysia (the University
Michigan ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1987.

Ismail bin Dahaman. (2007). Ejaan rumi sepanjang zaman. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaʻba. (2002). Ilmu mengarang Melayu: edisi ejaan Rumi baharu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu. (2018, April
30). Muhammad Al Afzan.
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka.html

Lampiran 1.Ejaan Rumi bahasa Melayu
https://www.languagecouncils.sg/mbms/my/-/media/mlc/documents/penerbitan_ejaan-rumi-bahasa-
melayu_muhammad-ariff-ahmad.pdf

70 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka 71 Sistem Ejaan Rumi. (n.d.).
Course Hero.
https://www.coursehero.com/file/p6sunhs/70-Sejarah-Perkembangan-Sistem-Ejaan-Rumi-
Sebelum-Merdeka-71-Sistem-Ejaan-Rumi/

Sistem Ejaan Rumi bahasa Melayu. (2013, April 9). Amoi Chantek.
http://amoichantek12.blogspot.com/2013/04/sistem-ejaan-rumi-bahasa-melayu.html

Sejarah Pertukaran Tulisan Jawi ke Sistem Rumi di Malaysia. (2019, December 31). Iluminasi.

https://iluminasi.com/bm/sejarah-bertukarnya-sistem-tulisan-jawi-ke-rumi-di-malaysia.html

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU. (2014, December 22). Bahasaku.
http://bahasaku-zahid.blogspot.com/2014/12/sistem-ejaan-rumi-baharu.html

Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi. (2017, April 30). SlideShare.
https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-ejaan-rumi-dan-jawi

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version