The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jeremiah Hii Wan Wei (A164577) Bab 6 Kajian Empirik Dan Implikasi Dasar (Ebook)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wanwei4197, 2019-06-01 01:25:27

Jeremiah Hii Wan Wei (A164577) Bab 6 Kajian Empirik Dan Implikasi Dasar (Ebook)

Jeremiah Hii Wan Wei (A164577) Bab 6 Kajian Empirik Dan Implikasi Dasar (Ebook)

Bab 6 Kajian Empirik Dan Implikasi Dasar
6.1 Arah Aliran Dan Struktur Hasil Di Negara Membangun

6.1.1 Nisbah Cukai
-Nisbah cukai (NH) dapat ditakrifkan sebagai peratus hasil cukai (H) berbanding dengan
keluaran negara kasar (KNK) pada sesuatu tempoh tertentu.

NH = H
KNK

-NH akan berubah apabila H atau KNK berubah.
-Perubahan nilai unsur menyebabkan NH turut berubah kerana perubahan H dan KNK juga
bergantung pada nilai unsur yang terkandung dalam pengiraan H dan KNK.

-Hasil cukai telah bertambah dengan kadar yang lebih cepat daripada KNK, menjadikan H/KNK
naik.
-Hinrichs (1966): perhubungan positif antara bahagian hasil kerajaan dengan tingkat
pembangunan ekonomi hanya bermakna apabila nisbah ini dikira di kalangan semua negara, iaitu
negara maju dan negara membangun, sementara perhubungan ini tidak bermakna di kalangan
negara membangun sahaja atau negara maju sahaja.
Chelliah (1975): nisbah H/KNK naik bagi lebih daripada dua pertiga negara yang disenaraikan
antara dua tempoh 1953-1955 hingga 1966-1968.
Syarat pertambahan NH
-Bagi ekonomi yang bercorak dinamik, kadar pertambahan hasil cukai ( H/H) > kadar
pertambahan KNK ( KNK/KNK)

-Perubahan hasil cukai ( H) terhadap perubahan KNK ( KNK) mestilah lebih besar
daripada NH sendiri, iaitu ( H/ KNK) > (H/KNK).
-Nisbah ( H/ KNK) = kecenderungan mencukai sut (KCS)

-Nisbah (H/KNK) = kecenderungan mencukai purata
-Kecenderungan mencukai sut mestilah lebih besar daripada kecenderungan mencukai purata,
(KCS > KCP)
-KCS/KCP bersamaan dengan keanjalan cukai (Ec)

Ec= ( H/H)/ ( KNK/KNK)
= ( H/ KNK) X (KNK/H)
=( H/ KNK)/(H/KNK)

-Apabila KCS > KCP, maka Ec > 1.

NH akan bertambah apabila H naik dengan kadar yang bertambahan berikutan kenaikan KNK.
6.1.2 Perubahan Komposisi dan Saiz Cukai
-Cukai import, cukai eksais dan cukai jualan ialah cukai penggunaan, manakala cukai
pendapatan pensendirian dan cukai pendapatan syarikat tergolong dalam jenis kedua.
-Pada pembangunan awal pembangunan ekonomi, negara membangun banyak bergantung pada
cukai yang berkaitan dengan penggunaan, terutama cukai import, jualan dan eksais.
a) Cukai import
-senang ditadbirkan berbanding dengan cukai penggunaan lain kerana barang yang dibawa
masuk ke dalam negeri melalui beberapa tempat sahaja.
-kurang pegawai terlatih yang diperlukan bagi memungut jumlah hasil yang sama.

-masalah timbul hanya dari segi kawalan penyeludupan
-sangat sesuai untuk dipungut pada tahap permulaan pembangunan ekonomi.
-menghalang import barang mewah
-pertukaran asing digunakan bagi tujuan pembangunan negara
-pengurangan penggunaan barang mewah ini akan menambahkan tabungan & pembentukan
modal dan pengeluaran dalam negeri.
-dari segi kesetaraan kerana golongan berpendapatan rendah jarang-jarang mengguna barang
yang diimport.
-apabila pembangunan tercapai, kepentingan cukai ini berkurangan.

b) Cukai keluaran
-cukai dikenakan terhadap pengeluaran barang yang banyak digunakan, tetapi tidak dianggap
perlu, seperti rokok dan arak.

c) Cukai eksais
-senang ditadbirkan jika jumlah pengeluar sangat kecil.
-apabila negara terus membangun, cukai eksais ini tidak berapa memuaskan.
-dengan menambahkan jenis barang, cukai ini menjadi rumit dan susah ditabirkan.

d) Cukai jualan
-untuk menambahkan sumber hasil & mengatasi kelemahan cukai eksais.
-bentuk cukai ini di negara membangun berbeza daripada negara maju kerana sejumlah besar
perniagaan amat kecil.
-sesetengah negara mengenakan cukai jualan terhadap pengusaha kilang, sementara ada juga
negara yang mengenakan cukai pusing ganti dan cukai nilai ditambah.

e) Cukai pendapatan
-sumber potensi hasil yang besar apabila pendapatan bertambah, hasilnya juga akan bertambah.
-sesuai dengan konsep kesetaraan kerana cukai pendapatan progresif dapat mengaut sebahagian
harta dan pendapatan golongan kaya di sesebuah negara itu.

-mempengaruhi bagaimana pendapatan dibelanjakan.
-susah hendak ditadbirkan pada peringkat permulaan pembangunan.

i) Cukai pendapatan persendirian
-diamalkan di negara maju agak susah hendak digunakan di negara membangun.
-beberapa buah negara Afrika telah memperkenalkan cukai pendapatan bersenggat, iaitu jumlah
bayaran disesuaikan secara kasar dengan pendapatan benar atau pendapatan anggaran.
-cukai ini digabungan dengan sistem cukai pendapatan apabila pendapatan naik.
-hasil cukai ini lebih tinggi daripada pungutan lain yang dikenakan kepada seluruh penduduk dan
bebannya lebih setara.
-oleh sebab kadarnya rendah, maka kemungkinan berlakunya kesan disinsentif pun kurang.
-jika cukai berasaskan cukai anggaran dan bukan pendapatan benar, ini akan menggalakkan
kegiatan ekonomi.
-kelemahan dari segi pentadbiran: penilaian mungkin tidak setara dan di kawasan bandar agak
susah untuk memastikan semua keluarga akan membayar cukai.

ii) Cukai pendapatan syarikat
-senang ditadbir dan merupakan sumber hasil yang besar kepada kerajaan.
-oleh sebab sebahagian beban cukai ini ditanggung oleh orang asing, maka cukai ini lebih senang
diterima dari segi politik.
-jika kadar cukai ini terlalu tinggi, nescaya pelaburan swasta akan berkurangan.
-sebaliknya, sumber hasil berpindah kepada kerajaan dan sekiranya hasil itu tidak dilaburkan
semula dalam projek pembangunan, maka pertumbuhan ekonomi itu akan terjejas.
-untuk mengatasi masalah ini, kebanyakan negara membangun memberi galakan atau konsesi
cukai iaitu kredit pelaburan dan pelepasan cukai.
-beban cukai syarikat dapat dikurangkan pada peringkat awal pertubuhan syarikat itu.
-memberi insentif ini hanya bagi pelaburan dalam industri yang diutamakan.

Pendekatan untuk menentukan kepentingan cukai
1. peratus nilai berbagai-bagai cukai daripada jumlah hasil cukai, Hi/H, i = 1,…, n, iaitu melihat
kadar sumbangan satu-satu jenis cukai kepada jumlah cukai.

2. melihat nisbah sesuatu jenis cukai itu kepada KNK, Hi/KNK, i = 1, …, n.

Pola perubahan yang nyata di negara membangun apabila KNK naik
-pergantungan pada cukai luaran (cukai perdagangan antarabangsa) beralih dengan jelasnya
kepada cukai dalam negeri, iaitu cukai kegiatan dalam negeri, seperti cukai pengeluaran dan
cukai urusniaga dalaman.
-hasil pungutan cukai perdagangan antarabangsa telah berkurangan & pungutan cukai tempatan
telah bertambah.

Ketika KNK rendah, pembangunan ekonomi secara relatif kecil.
-negara bergantung pada cukai eksport dan import.
-kadar sumbangan hasil cukai daripada kedua-dua sumber ini lebih tinggi jika dibandingkan
dengan hasil pungutan dalam negeri.

6.1.3 Penentu Nisbah Cukai
Faktor yang mempengaruhi NH
H/KNK = f(Y/N; X + M/KNK; darjah pengewangan; G/KNK; inflasi; komposisi eksport;
KNK/KNK)

1) Pendapatan per kapita
-pembolehubah ini didapati mempunyai pertalian yang positif (f’(Y/N) > 0) dengan nisbah cukai.
-Hinrichs (1996): negara yang mempunyai pendapatan per kapita antara AS$300-AS$750, ada
perhubungan kuat yang positif antara NH dengan pendapatan per kapita / negara membangun
yang mempunyai pendapatan per kapita kurang daripada AS$300, pendapatan per kapita tidak
penting dari segi menentukan NH.
-kenaikan pendapatan per kapita menjamin adanya tingkat pendapatan minimum yang boleh
dicukai.
-keupayaan boleh cukai juga tinggi, dan ini akan memudahkan pemungutan hasil.
-pendapatan per kapita ini dapat mengukur dana wang tersedia yang dapat dicukai.

2) Darjah keterbukaan ekonomi
-dalam ekonomi terbuka, pembolehubah kedua, iaitu X + M/KNK, tidak kurang pentingnya,
terutama bagi negara yang mempunyai sektor luar yang besar.
-darjah keterbukaan sesebuah ekonomi itu penting dari segi menentukan NH di negara
membangun kerana punca hasil yang penting bagi kebanyakan negara berkenaan berasaskan
sektor perdagangan luar.

3) Perbelanjaan kerajaan
-kenaikan perbelanjaan kerajaan memerlukan sumber (hasil cukai) untuk membiayainya.

Ketiga-tiga pembolehubah yang penting ini digabungkan dalam satu persamaan

6.1.4 Daya Cukai
-perbandingan antara NH sebenar dengan NH potensi.
-NH sebenar ialah NH yang dihitung daripada jumlah data yang ada pada satu tingkat KNK yang
diberi, manakala NH potensi ialah kadar NH yang dapat dicapai oleh sesebuah negara pada
sesuatu tingkat KNK yang diberi.
-Nilai NH potensi ini didapati daripada anggaran ekonometrik dan merupakan nilai jangkaan.
Nisabah antara NH sebenar dengan NH potensi

-nilai ini adalah positif: α > 0.
-jika nisbah ini kecil, α < 1, cukai sebenar yang dipungut adalah benar.
-jika nisbah ini besar, α > 1, maka cukai sebenar yang dipungut adalah kecil.

-kelemahan nisbah ini sebagai pengukur daya cukai ialah nisbah ini merupakan satu pengukur
yang statik.

-Persamaan bagi NH ini hanya mengambil kira bahagian penawaran sahaja, iaitu hanya
mempersoalkan daya membayar dan daya memungut.

Penyelesaian-Memasukkan ukuran dinamik yang mengambil kira keanjalan cukai.

Soalan:

Berikut merupakan maklumat berkaitan negara AA:

Hasil Cukai (RM juta) Keluaran Negara Kasar (RM juta)
Asal: 4,000 Asal: 40,000
Baru: 8,000 Baru: 60,000

Kira nilai keanjalan cukai dan berikan maksudnya.

Penyelesaian:
= (Δ ⁄Δ )( ⁄ )

4,000 40,000

=X

20,000 4000

=1 X 10
5

=2

⸫ Syarat kenaikan Nisbah Cukai dipenuhi kerana > di mana hasil cukai meningkat
sebanyak 2% akibat daripada peningkatan KNK sebanyak 1%.


Click to View FlipBook Version