SESI 2020
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN
NAMA PENSYARAH:PUAN SITI AISHAH BINTI OTHMAN
SUKAN DAN PERPADUAN
NAMA KUMPULAN >1)ATHIRAH NATASHA BINTI RUHAIZAK
[16DKA20F2021]
2)NUR ALYANY BINTI ROSFAHIMI @ ISHAK
[16DKA20F2022]
BIL TAJUK M/S
1 PENGHARGAAN 3-4
2 PENGENALAN 5
3 SEJARAH SUKAN 6-7
4 PERANAN IKON SUKAN 8
5 1 MURID 1 SUKAN 9-10
6 SUKAN MALAYSIA 11
7 SUKAN AGEN PERPADUAN 12
8 KESIMPULAN 13
9 RUJUKAN 14
{PENGHARGAAN}
Assalamualaikum ,
Bersyukur kepada Ilahi dengan
limpah berkatnya yang diberikan
kepada saya dan rakan-rakan
sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya .
Pertama sekali, kami sekumpulan
ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah kami, Puan
Siti Aishah Binti Othman kerana
telah banyak membantu dalam
memberi sokongan dan panduan
yang diberikan untuk kami
menghabiskan tugasan ini dengan
sukses sekali .
3
Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan
seperjuangan saya yang tidak pernah
leju memberi kerjasama sepanjang
proses penghasilan efolio ini . Tidak
lupa juga dengan rakan-rakan saya
yang lain atas segala pertolongan
yang diberikan semasa kami ditimpa
dengan pelbagai cabaran . Mereka
juga telah memberikan sedikit ilmu
untuk diperkongsikan kepada kami .
Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan sepuluh jari tanda
penghargaan kepada sesiapa yang
terlibat dalam proses membuat folio
ini secara langsung dan secara tidak
langsung .
4
PENGENALAN SUKAN DAN
PERPADUAN
Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan
antarabangsa . Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum
dan kumpulan etnik . Aktiviti sukan melibatkan pelbagai
etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan
saling memahami di samping mengeratkan hubungan
antara satu sama lain . Selain itu , kegiatan sukan juga
boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat
mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam
pembangunan Negara seperti diskriminisi , pengasingan
dan sebagainya .
Perpaduan ialah satu proses menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui idealogi
negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka .
Seterusnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang
unik kerana kepelbagaiannya yang bukan sahaja berbeza
etnik malahan aspek ekonomi , kebudayaan dan agama .
Ianya adalah mustahil untuk sesebuah etnik menjadi
etnik yang lain, maka struktur ekonomi budaya dan
pemangkin perlu dijadikan pemangkin dalam usaha
mencapai perpaduan .
5
SEJARAH SUKAN
Sukan Zaman Kolonial - Sebelum Merdeka
(Pengaruh Barat) - Pentadbiran British ,
kedatangan tentera dan pembukaan sekolah
mubaligh pada abad ke-19 meninggalkan kesan
yang mendalam dalam perkembangan aktiviti
sukan di Malaysia .
“Establishment of the colonial education had
the mostpervasive influence on the
development of sports in Malaya’’ (Gullick
1991). Sukan yang dibawa oleh penjajah adalah
seperti ; badminton , bola sepak , kriket , ragbi ,
hoki dan tenis .
⬇
Selepas Merdeka - Sukan bola keranjang , ping
pong dan bola tampar dibawa oleh kaum
imigran dari China dan diperluas dalam sistem
pelajaran vernakular Cina . Sukan-sukan ini
merupakan aktiviti riadah yang popular di
kawasan tinggal mereka dan juga menjadi ciri
utama budaya sekolah Cina . Lawatan oleh
pasukan dari Hong Kong dan Negara China
perkembangan sukan-sukan ini.
6
Aktiviti dan pelaksanaan yang dilakukan selepas merdeka
adalah seperti berikut ;
ZAMAN SELEPAS MERDEKA :
▷Penubuhan Persatuan-persatuan Sukan
▷Penglibatan tokoh-tokoh politik
▷Program sukan dalam sistem pelajaran
▷Penubuhan Majlis Sukan Sekolah -sekolah
▷Persekutuan Tanah Melayu (1959)
▷Penambahan infrastruktur sukan KBS , KPM dan PBT
▷Peranan Majlis Sukan Negara (1971)
▷Pelaksanaan Dasar Sukan Negara ( 1988)
▷Akta Pembangunan Sukan (1997)
▷Jawatankuasa Kabinet untuk Sukan (2005)
7
PERANAN IKON SUKAN
Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama Negara, peranan
ikon sukan boleh juga dilihat dari perspektif lain. antaranya dari perspektif perpaduan
kaum. Lihat sahaja setiap kali adanya perlawanan penting yang melibatkan ikon sukan
Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi dengan peminat tempatan. mereka ini
terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama yang berkongsi minat
yang sama. Setiap kali perlawanan berlangsung kita dapat melihat mereka ini bersorak
dan meraikan apa jua keputusan perlawanan.Ini bukan sahaja berlaku dikawasan
stadium ataupun gelanggang, ada juga yang bersorak dan berarak dijalanan dengan
berkongsi solidoriti diantara mereka. tidak kurang juga ada yang berkongsi pendapat
tentang ikon sukan Negara dilaman sosial juga diantara bebilang kaum, bangsa dan
agama. Bukan itu sahaja ada juga yang memakai baju sukan ikon Negara kegemaran
mereka bersama-sama. Lihat sahaja contoh ketika perlawanan bola sepak yang
melibatkan pasukan harimau Malaya. Hampir separuh keseluruhan stadium dipenuhi
dengan peminat-peminat tempatan yang memakai jersi harimau Malaya. Tidak ada rasa
kekok langsung diantara mereka walaupun datang dari berbilang bangsa, kaum dan
agama.Inilah pentingnya peranan ikon sukan Negara. Wujudnya mereka ini secara tidak
langsung dapat memecahkan tembok dan sempadan bangsa, kaum dan agama. Setiap
kali Malaysia bertarung dimedan antarabangsa, rakyat pelbagai bangsa bersatu
memberi sokongan padu kepada atlet Negara yang berjuang di stadium ataupun
gelanggang sukan. justeru, sukan jelas menjadi wadah yang dapat mengintegrasikan
masyarakat berbilang kaum di Negara ini. Tidak kira apa jua bentuk sukan yang menjadi
pilihan bola sepak, badminton dan olahraga. Rata-rata penggemar sukan yang ditemui
percaya semua jenis sukan mampu mengeratkan silaturahim antara kaum. Kalau tengok
aktiviti tunas ini, objektifnya adalah untuk kesihatan dan untuk perkauman yang
bercampur-aduk dan kita rasa ini tentu boleh ditingkatkan lagi. Kita ada cina, ada india
dan juga ada melayu dan kita memang amat bersetuju kalau sukan ini dapat
menyatupadukan pelbagai kaum. Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan
hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama
menyahut cabaran sebagai satu pasukan. Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai etnik
memang dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat dan sekali gus dapat
mengeratkan lagi perpaduan masyarakat dalam menyahut konsep satu Malaysia.
8
1 MURID 1 SUKAN
Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh
Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 banyak
mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini
memang penting untuk program pembangunan sukan
di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan menjadi
serampang dua mata bagi melengkapkan skop
pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Dasar ini dikatakan berupaya untuk
meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan
murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan
atau permainan di sekolah. Oleh itu, pelbagai manfaat
dasar tersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut
dalam perbincangan seterusnya.
Antara manfaat dasar 1Murid 1Sukan ini ialah murid-
murid dapat mengisi masa lapang mereka dengan
aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian kerana
murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti
sukan dapat mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang tidak berfaedah dan terlibat dalam
gejala negatif. Sebagai contohnya, murid-murid dapat
menyertai aktiviti sukan atau permainan seperti bola
sepak, badminton, sepak takraw, bola tampar, bola
keranjang, dan sebagainya. Aktiviti yang dilakukan itu
memang memberikan manfaat yang banyak kepada
mereka. Jadi, dengan mengikuti program ini, murid-
murid dapat menggunakan masa dengan berkesan
9
dan dapat mengelakkan diri daripada aktiviti yang
kurang sihat.
Dasar ini membolehkan guru-guru mencungkil bakat
murid dalam bidang sukan atau permainan. Melalui
sukan yang disertai oleh murid, bakat mereka dapat
disuburkan dengan bimbingan dan latihan daripada
guru kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya. Murid yang telah dilatih itu boleh
mewakili sekolah sebagai pemain bola sepak, hoki,
badminton, squash, boling, olahraga, dan sebagainya.
Murid-murid dapat membuktikan bakat dan potensi
mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai
kemenangan. Perkara itu membuktikan bahawa dasar
ini dapat mengembangkan bakat murid-murid dalam
sukan atau permainan yang diminati oleh mereka.
Melalui dasar ini, usaha untuk memupuk semangat
kesukanan dan perpaduan kaum dalam kalangan
murid akan menjadi realiti. Dengan melibatkan diri
dalam aktiviti sukan atau permainan tertentu, murid-
murid akan menghayati semangat kesukanan ketika
melibatkan diri dalam sesuatu permainan atau sukan.
Sebagai contohnya, murid-murid turut berpeluang
untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum
seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, dan Kadazan
dalam sesuatu permainan atau sukan. Perkara ini
membolehkan murid-murid berinteraksi dengan
lebih erat dengan rakan-rakan sepasukan yang terdiri
daripada berbagai-bagai kaum. Tegasnya, dasar
tersebut dapat membentuk murid yang menghayati
semangat kesukanan dan perpaduan kaum di negara
ini.
10
SUKAN MALAYSIA
Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan
tanpa mengira ideologi dan menyemarakan semangat
patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaan aktiviti sukan
tidak terhad kepada kaum tertentu kerana ianya membuka
peluang seluas-luasnya bagi mereka yang
berminat.Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM)
dan mengadakan termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap
dua tahun sekali pada peringat awal.Kemudian SUKMA mula
diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara
negeri.Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam
kalangan pemain ataupun penonton.
Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat
kebangsaan dibawah anjuran Majlis Sukan Negara
Malaysia ,Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Malaysia(MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia
dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.Seterusnya,Sukan ini
juga merupakan kejohanan "beraneka sukan" (Multisport
Competition) dan berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di
Malaysia yang melibatkan atlet remaja.
Seterusnya,sukan Malaysia diadakan secara dwi
tahunan,kemudian diadakan setiap tahun untuk mencungkin
bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi
menggalakan penglibatan secara mendalam dalam sukan
yang dipertandingkan.
11
SUKAN AGEN PERPADUAN
Sukan merupakan agen perpaduan hal ini kerana dengan
sukan kita dapat menyatupadukan rakyat. Aktiviti bersukan
juga dapat menerapkan sikap disiplin serta integriti dalam
kalangan peserta pada masa yang sama dapat mengeratkan
hubungan silaturahim.
Acara berkumpulan memerlukan semangat kerjasama
yang tinggi di antara ahli kumpulan tanpa mengira
kepercayaan masing-masing warna kulit . jikalau masing-
masing boleh membuang sifat perkauman serta sikap
prejudis di kalangan ahli kumpulan yang berlainan bangsa,
semestinya kumpulan sukan tersebut mampu melangkah
lebih jauh serta mencapai kemenangan dan mengarumkan
nama Malaysia.
12
KESIMPULAN
Sukan merupakan aspek yang penting untuk
memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat
diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum
Sukan juga amat bagus untuk kesihatan kerana ia
dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan
anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai
etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti
fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama,
keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat
individu, sukan menyumbang kepada pembentukan
sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing
selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan
fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara
berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan
menyumbang kepada peningkatan jalinan
perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan
semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan
sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan
imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.
13
RUJUKAN
1 Arkib Sukan, 1992, Majlis Sukan Negara
Malaysia
②Wikipedia sukan, ensiklopedia bebas
③https://www.coursehero.com/file/40049449/SUKAN-docx/
④Arshad, Z. (2003). Sukan Massa Sebagai Mekanisma Pembangunan
Komuniti: Satu Kajian Kes Mengenai Pemahaman dan
Pendekatan (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia)
⑤https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fassets.isu.pub%2F
document-structure%2F200920120437-
4a0c670032b748bc23273b1060001dfc%2Fv1%2Ff306446b61d3bf381962ad59
1ffb98f6.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fissuu.com%2Fteam6pep%2Fdocs%2
Fkumpulan_6_e-
folio_sukan_dan_perpaduan_pdf%2Fs%2F11021401&tbnid=zoZCd3oC2d8uLM
&vet=12ahUKEwjF9rDDq6jwAhVZSn0KHYRhA9MQMygIegUIARC5AQ..i&docid=
Ama7nyVCmhIHqM&w=255&h=198&q=sukan%20dan%20perpaduan%20folio
&hl=en-GB&ved=2ahUKEwjF9rDDq6jwAhVZSn0KHYRhA9MQMygIegUIARC5AQ
14
15