SK TAMAN KOTA JAYA KOTA TINGGI JOHOR 2020
KERTAS KERJA TAMAN HERBA
1.0 Tajuk
Taman Herba
2.0 Pengenalan
Taman Herba diilhamkan bagi membuka ruang dan peluang kepada murid-murid untuk
menghargai persekitaran sekolah, merasa bangga dengan persekitaran sekolah dan merangsang
mereka untuk turut mendapatkan pengetahuan mengenali spesies tanaman herba yang terdapat
dipersekitaran sekolah. Membuka mata murid-murid untuk mengambil peluang dan ruang yang diberi
untuk mengenali dengan lebih mendalam tanaman yang terdapat di Taman Herba dan seterusnya
memberi impak yang positif dalam pembelajaran murid di luar bilik darjah.
3.0 Matlamat
Menjadikan Taman Herba salah satu lokasi pilihan untuk dikunjungi oleh murid, guru,
komuniti dan pelawat sekolah. Warga sekolah termasuk murid-murid dapat menjadikan Taman Herba
sebagai lokasi untuk meningkatkan pengetahuan tentang pelbagai jenis tanaman herba dan
kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini
4.0 Objektif
4.1 Mewujudkan pelbagai jenis tanaman herba.
4.2 Meningkatkan pengetahuan murid mengenai pelbagai jenis tanaman herba dan
kegunaannya.
4.3 Dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains melalui pengalaman
bermakna di luar bilik darjah.
5.0 Tarikh / Tempoh
18 Ogos hingga 30 Ogos 2020
6.0 Tempat
Tanah lapang dihadapan bilik guru SK Taman Kota Jaya
7.0 Sasaran
Guru, murid, Ibu bapa dan komuniti
8.0 Sumber Kewangan
8.1 Sumbangan PIBG
8.2 Sumbangan persendirian
1
SK TAMAN KOTA JAYA KOTA TINGGI JOHOR 2020
9.0 Perbelanjaan
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)
1 Baja RM20.00 RM 20.00
2 Peralatan penanaman RM20.00 RM 20.00
3 Tanah organik 10 plastik x RM5.00 RM 50.00
4 Cat 1 tong x RM60.00 RM 60.00
RM 150.00
JUMLAH
10.0 Anjuran
10.1 Panitia Sains
10.2 Kelab Alam sekitar
11.0 Ahli Jawatankuasa Projek
PENGERUSI : PN SAMSIAH BINTI HUSSEIN
TIMB. PENGERUSI : PN SALMAH BINTI POLANI
NAIB PENGERUSI
: PN HAMIDAH BINTI A HAMID
PENYELARAS EN RAMLI BIN ISMAIL
PENGURUS PROJEK PN FADHILAH BINTI RAJA MOHD
SETIAUSAHA
BENDAHARI : PN ZAHIDA BINTI MOHAMED
AJK
12.0 Penutup : EN NORZAKHRAN BIN IBRAHIM
: PN NORASMAH BINTI SUAIB
: EN NOOR AZUAD BIN SULIMAN
: EN MOHAMAD FARIZAL BIN SUMIRI
Projek yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil Kerjasama warga
sekolah, ibu bapa dan komuniti. Projek ini juga menjadi tempat mengenali pelbagai jenis tanaman
herba dan kegunaannya.
2
SK TAMAN KOTA JAYA KOTA TINGGI JOHOR 2020
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………………… …………….………………………..…
( ZAHIDA BINTI MOHAMED ) ( SALMAH BINTI POLANI )
Penyelaras, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Taman Herba. SK Taman Kota Jaya
Disahkan oleh,
……………………………………….
(SAMSIAH BINTI HUSSEIN)
Guru Besar,
SK Taman Kota Jaya
3
SK TAMAN KOTA JAYA KOTA TINGGI JOHOR 2020
LAPORAN TAMAN HERBA
1.0 Tajuk
Laporan Taman Herba
2.0 Tarikh / Tempoh
18 Ogos hingga 30 Ogos 2020
3.0 Tempat
Tanah lapang di hadapan bilik guru SK Taman Kota Jaya
4.0 Objektif
4.1 Mewujudkan pelbagai jenis tanaman herba.
4.2 Meningkatkan pengetahuan murid mengenai pelbagai jenis tanaman herba dan
kegunaannya.
4.3 Dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sains melalui pengalaman
bermakna di luar bilik darjah.
5.0 Proses kerja
TARIKH PERKARA TINDAKAN
18 Ogos 2020 Mesyuarat projek dan pengagihan
19 Ogos 2020 Setiausaha
27 Ogos 2020 tugas
29 Ogos 2020 Pengurus Projek
30 Ogos 2020 Pembinaan QR code AJK
Penanaman pokok dan kerja-kerja Pengurus Projek
penambaikan AJK
Perlabelan pokok Pengurus projek
AJK
Laporan dan dokumentasi
Setiausaha
6.0 Penilaian Program
6.1 Kekuatan Program
6.1.1 Mempunyai pelbagai variasi tumbuhan herba yang menarik untuk kunjungan
warga sekolah, komuniti dan pelawat.
6.1.2 Menarik minat murid dan juga warga sekolah untuk mengenali lebih dekat lagi
mengenai pelbagai jenis tanaman herba.
6.1.3 kedudukan yang strategik dan dapat menarik lebih ramai pengunjung.
6.1.4 Mendapat sumbangan berupa tanaman dan replika haiwan (dari tayar terpakai)
4
SK TAMAN KOTA JAYA KOTA TINGGI JOHOR 2020
dari warga sekolah.
6.2 Kelemahan Program
6.2.1 Ruang taman yang terhad.
6.2.2 Kurang koleksi tanaman yang eksotik dan yang jarang didapati.
6.3 Penambahbaikan Program
6.3.1 Menambah lagi koleksi tanaman herba yang jarang didapati.
6.3.2 Menyusun atur tanaman supaya kelihatan lebih menarik.
6.3.3 Menyediakan buku rekod lawatan untuk murid yang berkunjung ke Taman
Herba.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………………… …………….………………………..…
( NORASMAH BINTI SUAIB ) ( SALMAH BINTI POLANI )
Setiausaha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Taman Herba SK Taman Kota Jaya
Disahkan oleh,
………………………………………….
(SAMSIAH BINTI HUSSEIN)
Guru Besar,
SK Taman Kota Jaya
5
SK TAMAN KOTA JAYA KOTA TINGGI JOHOR 2020
LAPORAN BERGAMBAR
TAMAN HERBA
Murid menjalankan aktiviti eksplorasi di Taman Herba
Murid mengenali lebih dekat lagi jenis-jenis tanaman herba
6
SK TAMAN KOTA JAYA KOTA TINGGI JOHOR 2020
Murid sedang melakukan aktiviti eksplorasi di Taman Herba
Warga sekolah sedang menjalankan kerja-kerja penambahbaikan di Taman Herba
7