SK BUKIT GAMBIR 11700 GELUGOR PULAU PINANG [email protected] PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK BUKIT GAMBIR (MASALAH PEMBELAJARAN) PROGRAM SEMARAK BIRU AUTISME PERINGKAT SEKOLAH 2023
MATLAMAT PROGRAM Tujuan Program Semarak Biru Autisme bertujuan untuk memupuk kesedaran bahawa setiap insan adalah istimewa termasuk muridmurid autisme. Diharap program ini dapat menyebarkan maklumat berkaitan autisme kepada semua warga sekolah. OBJEKTIF PROGRAM Memupuk kesedaran tentang masalah autisme di kalangan warga sekolah. Mengeratkan hubungan integrasi antara murid aliran PPKI dan murid aliran perdana . Menghargai insan istimewa terutamanya murid yang mengidap autisme. DEFINISI AUTISME AKTIVITI YANG DIRANCANG SEMPENA PROGRAM SEMARAK AUMurid PPKI : Pertandingan Mewarna Melukis Poster Search Words/Puzzle Zumba / Sukaneka Choclate Rice Stick DIY Wind Chime Lakaran Banner / Mewarna banner Frame Handprint Kraf Tangan Keychain Nama Storytelling Windmill Colouring Murid perdana : TAHAP 1 : MEWARNA TAHAP 2 : MELUKIS POSTER (boleh bawa balik buat di rumah) BUTIRAN PROGRAM Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku. Masih ada dalam kalangan masyarakat yang tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme kerana kebanyakan kanakkanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa. Oleh itu, Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut setiap tahun pada bulan April untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang autisme. Individu dan organisasi di seluruh dunia meraikan Bulan Kesedaran Autisme dengan pelbagai cara untuk mendidik masyarakat tempatan serta meningkatkan kesedaran orang ramai tentang autisme. Salah satu cara untuk meningkatkan kesedaran adalah dengan memberi pendedahan awal terutamanya di peringkat sekolah dengan mengadakan Program Semarak Biru Autisme. Pelbagai aktiviti diadakan untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah untuk mengenali “Apa itu autisme?”. Pelbagai aktiviti turut diadakan untuk membantu perkembangan murid berkeperluan khas terutamanya murid autisme dari segi sosialisasi. Hari : Isnin (08.05.2023) : Rabu (10.05.2023) : Khamis (11.05.2023) : Jumaat (12.05.2023) Masa : 7.40 am - 12.00 pm Tempat : SK Bukit Gambir JAWATAN KUASA KECIL PROGRAM SEMARAK BIRU AUTISME PENGERUSI : Encik Ahmad Azmi bin Haji Aiyob (GB) TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Norazilla binti Abdullah (Penolong Kanan Pendidikan Khas) NAIB PENGERUSI : En. Kamaludin bin Shawal Hamid (PK Pentadbiran) : En Norhadi Bbn Jailani (Pk Hem) : Pn Nursuharziani bt Md.Azhar (Pk Kokurikulum) Penyelaras Program : Nurul Hana Binti Abdul Hadi