The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Morfologi Bahasa Melayu BMMB 3203

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adrianalasani, 2024-03-20 14:53:36

Analisis Isu Kesalahan Bahasa

Morfologi Bahasa Melayu BMMB 3203

TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK Disediakan oleh: Adriana, Elyana dan Farlince BMMB 3202 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


AHLI KUMPULAN FARLINCE ZIMI ELYANA ADRIANA


ISI KANDUNGAN BUNYI ASLI BAHASA MELAYU 1 PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING BAHASA SANSKRIT BAHASA ARABPARSI YUNANI-LATININGGERIS 3 2 BUNYI BAHASA PINJAMAN ISU KESALAHAN BAHASA 4


Perniagaan & Perdagangan Psikologi Peredaran masa Pengaruh agama Bentuk istilah baharu Memantapkan struktur bahasa FAKTOR PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU


BUNYI BAHASA MELAYU Unit terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa ialah fonem atau lebih dikenali umum disebut bunyi bahasa. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 24 bunyi bahasa asli yang terdiri daripada 18 konsonan dan 6 vokal. BUNYI ASLI BAHASA MELAYU


Cara Sebutan Bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit Lembut Glotis Letupan p b t d - k g- - Letusan - - c j - - Sengau m n (ny) ɲ (ng) ŋ - Geseran - s - - h Getaran - r - - - Sisian - l - - - Separuh vokal w - y - - KONSONAN Konsonan asli terdiri daripada 18 huruf dalam bahasa Melayu dan dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya. Daerah Sebutan


KONSONAN Hanya 9 huruf konsonan yang dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan p - peri, lipas, malap t - tumis, atas, bulat k - kaki, akar, lepak m - makan, aman, teman n - nasi, enak, main s - sayur, kasut, kipas h - hamil, bahan, telah r - rumah, beras, atur l - lampu, balas, akal Hanya 5 huruf yang berada pada akhir perkataan dalam perkataan pinjaman. b - bisu, sabit d - dari, lidi g - gari, agar c - cari, acar j - jari, ajar Hanya 3 huruf yang tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. ny - nyanyi, banyak w - waris, awal y - yakin, bayi


VOKAL Terdapat enam vokal asli bahasa Melayu yang terdiri daripada tiga vokal depan, satu vokal tengah, dan dua vokal belakang.


VOKAL Bunyi e seperti perkataan leka dan bunyi ə seperti dalam perkataan besar diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. dalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu. Hanya tiga huruf vokal iaitu i, a dan u yang dapat hadir pada awal, tengah, dan hadir pada awal dan akhir perkataan. Huruf vokal e taling dan e pepet hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Huruf vokal e taling, dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman.


Kedudukan Diftong Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan ai - hairan pandai au - saudara pulau oi - - amboi VOKAL Selain daripada enam vokal tersebut, terdapat juga tiga bunyi geluncuran yang disebut diftong iaitu, ai, au dan oi. diftong ai hadir pada tengah dan akhir perkataan. diftong au hadir pada tengah dan akhir perkataan. diftong oi hanya hadir pada akhir perkataan.


BUNYI BAHASA PINJAMAN


BUNYI BAHASA PINJAMAM Wujud akibat pertembungan dengan bahsa-bahasa lain dalam arus pemodenan. Diserap secara sepenuhnya dan diubah suai mengikut sistem tatabahasa Bahasa Melayu. Diserap daripada bunyi bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.


BUNYI BAHASA PINJAMAN Bibirgigi Gigi Gigigusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Letupan - - - - - q Geseran f v th, dz/dh z sy kh, gh - Terdapat 9 konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu. Daerah sebutan Cara sebutan


th > s mithal > misal bahath > bahas thalji > salji Ithnin > Isnin dz > z dh > d sh > sy q > k dzalim > zalim dzikir > zikir dzat > zat adzab > azab dhaif > daif dhobi > dobi hadhir hadir haidh > haid sharat > syarat isharat > isyarat shaitan > syaitan skuash > skuasy qadhi > kadi maqam > makam aqiqah > akikah Perkataan yang tergolong sebagai istilah keagamaan, bunyi-bunyi asal dikekalkan ejaannya.


KONSONAN PINJAMAN


PEMBENTUKAN KATA DARIPADA BAHASA ASING


Imbuhan yang berasal 1 daripada bahasa Sanskrit. Jenis imbuhan yang telah lama diserap ke dalam tatabahasa Melayu dan menjadi sebati dengan perkataanperkataan dasar bahasa Melayu sehingga penggunaannya amat produktif (Nik Safiah Karim et al., 2015). 2 Imbuhan Sanskit terbahagi kepada dua iaitu, imbuhan awalan dan sanskrit. 3 IMBUHAN SANSKRIT


1.Awalan mahaAWALAN Membentuk kata nama. Membawa erti paling; tahap terbesar, tertinggi dan teragung. Contoh : maha + rani = maharani maha + guru = mahaguru Membentuk kata adjektif. Dieja secara berasingan. Tidak bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh. Contoh : maha + mulia = maha mulia


1.Awalan mahaAWALAN Membentuk kata nama. Membawa erti paling; tahap terbesar, tertinggi dan teragung. Contoh : maha + rani = maharani maha + guru = mahaguru Membentuk kata adjektif. Dieja secara berasingan. Tidak bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh. Contoh : maha + mulia = maha mulia


2. Awalan eka- , dwi- , tri- , pancaAWALAN Menerbitkan kata nama. Membawa pengertian bilangan Contoh : eka + matra = ekamatra (satu dimensi) dwi + bahasa = dwibahasa (dwibahasa) tri + windu = triwindu panca + indera = pancaindera


AKHIRAN Menerbitkan kata nama yang membawa maksud pelaku sesuatu perbuatan, perkerjaan atau tugas. Akhiran -man, digunakan bagi kata dasar yang berakhir dengan huruf i. Akhiran -wan, digunakan bagi kata dasar yang berakhir dengan huruf a. Contoh : seni + man = seniman budi + man = budiman Dalam bidang ilmu, kecenderungan lebih kepada penggunaan kata ahli (pelaku) Contoh : ahli + sains = ahli sains Menimbulkan padanan kepada akhiran -wan dan -man untuk mengkategorikan jantina. -man dan -wan : lelaki -wati dan -nita : wanita Contoh : angkasa + wati = angkasawati (angkasawan wanita) karyawan + nita = karyawanita (karyawan) 1.Akhiran -wan dan -man 1.Akhiran -wati dan -nita Usaha lain menggunakan padanan akhiran vokal -a dan -i. Contoh, puteri/putera. Namun, kaedah ini tidak begitu produktif.


IMBUHAN ARAB-PARSI


IMBUHAN ARAB-PARSI Bermula sejak kedatangan Islam ke Alam Melayu. Dua jenis imbuhan : i. Awalan ii. Akhiran


Awalan bi6 Bererti ‘tidak’ dan digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjektif. (Rafiza, 2015) Contoh : bi + lazim = bilazim (tidak lazim) bi + adab = biadap (tidak adab)


Dalam imbuhan Arab-Parsi, terdapat enam imbuhan akhiran yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu. Contoh : -wi -i -iah -in -at -ah AKHIRAN


AKHIRAN Ditentukan oleh huruf akhir kata dasar yang berakhir dengan huruf vokal. Contoh : sejara(h) + wi = sejarawi manusia + wi = manusiawi Ditentukan oleh huruf kata dasar yang berkahir dengan huruf konsonan. Contoh : bahar + i = bahari azal + i = azali Membentuk kata adjektif yang membawa maksud sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contoh : alam + iah = alamiah lahir +iah = lahiriah akhiran -wi akhiran -i akhiran -iah


AKHIRAN Bentuk bahasa Arab yang sering digunakan seperti muslimin, muslimat, ustazah, sultan dan sultanah. Menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan. Contoh : hadir + in = hadirin munafik + at = munafikat salih + ah = salihah akhiran -in akhiran -at akhiran -ah


IMBUHAN YUNANILATININGGERIS


AWALAN Menunjukkan tanda bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak. Contoh : pro + barat = probarat pro- antiMenunjukkan tanda melawan, membantah, menentang atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak. Contoh : anti + sosial = antisosial poli- autoMemberi pengertian banyak. Contoh : poli + klinik = poliklinik poli + cakera = policakera Memberi pengertian secara bersendirian. Contoh : auto + graf = autograf auto + nomi = autonomi sub- supraMemberi pengertian sebahagian daripada keseluruhan. Contoh : sub + kelas = subkelas sub + sistem = subsistem Memberi pengertian melebihi, mengatasi atau merentas. Contoh : supra + kategori = suprakategori supra + nasional = supranasional


AWALAN heteroContoh : heterograf heksaContoh : heksagon hidroContoh : hidrometri homoContoh : homogenesis hiperContoh : hiperbola infraContoh : infrastruktur intraContoh : intrablok isoContoh : isomorf kiloContoh : kilogram makroContoh : makroiklim metaContoh : metapusat mikroContoh : mikrobiologi teleContoh : televisyen multiContoh : multiaras neoContoh : neogen neuroContoh : neurohormon ortoContoh : ortoklas oksiContoh : oksiasid paraContoh : paratip pentaContoh : pentadaktil periContoh : peridot petroContoh : petrologi fenoContoh : fenotip fotoContoh : fotometri pleo Contoh : pleomor super Contoh : superset interContoh : interkom miliContoh : milibar paleoContoh : paleogen fitoContoh : fitokrom


-isme sosialisme nasionalisme idealisme patriotisme sh > sy q > k -ik fonetik logistik saintifik linguistik sharat > syarat isharat > isyarat shaitan > syaitan skuash > skuasy qadhi > kadi maqam > makam aqiqah > akikah AKHIRAN -si -al -is revolusi sensasi klasifikasi nasalisasi ekonomis magis sistematis pragmatis klinikal leksikal kritikal praktikal


isu kesalahan bahasa


Corder (1981) mentakrifkan kesalahan bahasa sebagai bentuk pertuturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. kesalahan bahasa merangkumi kesalahan ejaan, kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa. Sub topik ini membincangkan contoh-contoh kesalahan bahasa yang dapat dikenal pasti daripada pelbagai sumber seperti media cetak dan media elektronik.


MEDIA CETAK


Penerangan: Kata sendi ‘di’ digunakan pada tempat. Oleh itu, kata sendi di digunakan di hadapan frasa nama yang sepatutnya menggunakan kata sendi ‘dalam’. frasa nama itu tidak merujuk kepada tempat. di kalangan dalam kalangan


Penerangan: Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali kata majmuk mantap. kraftangan kraf tangan


Penerangan: Huruf pertama kata nama khas perlulah dieja menggunakan huruf besar. kuala Melaka Kuala Melaka


Penerangan: Ikrab merupakan kesalahan ejaan. Ejaan yang betul ialah akrab kerana akrab merujuk persahabatan yang rapat seperti isi dengan kuku. Oleh itu, perkataan ikrab adalah salah kerana tiada dalam Tatabahasa Dewan. ikrab akrab


Penerangan: Kata majmuk dieja berasingan kerana siar dan raya boleh berdiri sendiri kecuali kata majmuk mantap. siaraya siar raya


Penerangan: Janji temu adalah frasa yang betul. Ini merujuk kepada perjanjian untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan. Maksudnya, kita berjanji untuk bertemu, bukan bertemu untuk berjanji. temu janji janji temu


Penerangan: Bunyi pinjaman dh daripada bahasa Arab-Parsi perlu ditukarkan kepada bunyi d. Hal ini berlaku kerana terbentuknya sistem ejaan Rumi baharu yang menyelaraskan sistem ejaan dalam bahasa Melayu khususnya melibatkan perkataan serapan asing. Ramadhan Ramadan Sumber: Risalah


Penerangan: Perkataan dalam bahasa Melayu dieja mengikut cara ianya dibunyikan mengikut bunyi asli bahasa Melayu mee mi Sumber: Banner


Justifikasi: Kesalahan pada papan tanda ini ialah kesalahan ejaan, iaitu Sharikat. Ejaan yang digunakan ini merupakan ejaan usang, iaitu penggunaan ejaan sebelum tahun 1972. Ejaan yang betul dan terkini ialah Syarikat.


Justifikasi: Kesalahan pada papan tanda ini ialah kesalahan ejaan, iaitu eletrik. Ejaan yang betul ialah Elektrik. Perkataan Elektrik merupakan perkataan pinjaman bahasa Inggeris. Perkataan Elektrik dieja mengikut bunyi bahasa Melayu asli.


Justifikasi: Kesalahan pada papan tanda ini ialah kesalahan ejaan, iaitu “kelinik”. Ejaan yang betul ialah “klinik”. Perkataan “klinik” merupakan perkataan pinjaman bahasa Inggeris dan dieja mengikut bunyi bahasa Melayu asli.


Justifikasi: Kesalahan pada papan tanda ini ialah kesalahan ejaan, iaitu urusniaga. Perkataan urus niaga merupakan kata majmuk rangkai bebas dan perlulah dieja secara terpisah.


Justifikasi: Kesalahan pada papan tanda ini ialah kesalahan ejaan, iaitu kelayakkan. Ejaan yang betul ialah kelayakan. Perkataan kelayakan terbentuk daripada kata dasar layak yang menerima imbuhan awalan ke- dan imbuhan akhiran -an. Perkataan kelayakan membawa fungsi kata nama.


Kesalahan pada papan tanda ini ialah kesalahan ejaan, iaitu pedaasnya. Ejaan yang betul ialah pedasnya. Penggunaan -nya pada perkataan ini berfungsi sebagai kata pembenda. Oleh itu, penggunaan - nya pada kata dasar pedas bertukar daripada kata adjektif kepada kata nama.


1.Kesalahan Ejaan Perkataan PemberiPinjaman perlu dieja secara terpisah kerana bukan kata majmuk mantap. Ejaan yang betul ialah Pemberi Pinjaman. 2. Kesalahan Tatabahasa Ayat tersebut merujuk kepada orang yang meminjamkan sesuatu. Oleh itu, imbuhan yang sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut ialah pinjaman.


Click to View FlipBook Version