The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-68328201, 2021-09-06 23:32:26

BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN PN. HAJAH NORALINA MOHD SOM

MAJLIS PERSARAAN 2021

SABTU | 11 SEPTEMBER 2021
9.00 – 11.00 PAGI
YOUTUBE LIVE STREAMING
https://youtu.be/tdthsdIcnVk

SEMPENA PERSARAAN

Bakti dijunjung
Budi disanjung

UCAPAN GURU BESAR SK SEKSYEN 7

BANDAR BARU BANGI

EN. MOHD FAIZAL BIN ABD AZIZ

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Berusaha barisan pentadbir SK Seksyen 7, Yang Dihormati AJK PIBG, guru yang diraikan, Pn. Hjh Noralina binti Mohd Som dan ahli keluarga, guru-
guru, staf, ibu bapa dan murid-murid yang disayangi sekalian.
Burung jentayu terbang tinggi,
Hinggap sebentar di hujung tanjung;
Bersama kita menelusuri pagi,
Meraikan insan yang kita sanjung.
Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama
menghadiri majlis persaraan yang julung kali diadakan secara dalam talian iaitu Majlis Sejambak Kasih, Seharum Budi, bagi meraikan hari persaraan
Puan Hjh Noralina binti Mohd Som, yang telah berjaya menamatkan perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam secara rasmi dan bersara wajib
setelah berkhidmat selama 33 tahun 9 bulan dalam bidang perguruan ini.
Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada barisan BKGK 2021 dan semua pihak yang terlibat atas inisiatif
untuk menganjurkan majlis ini. Walaupun kita masih terikat dengan PKPB, namun kita masih mengikut SOP dengan mengadakan majlis ini secara
dalam talian. Sungguhpun ringkas dan sederhana, namun diharapkan dapat dijadikan kenangan terindah buat rakan guru yang diraikan, Puan Hjh
Noralina binti Mohd Som.
Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh puan. Dalam hal ini, kita amat terhutang
budi terhadap khidmat bakti, pengorbanan dan kemenjadian jati diri murid-murid sekolah ini yang telah dilaksanakan dengan penuh keikhlasan oleh
beliau. Sepanjang beliau berkhidmat di SK Seksyen 7 ini mulai bulan Februari 2005, iaitu selama 16 tahun, terutamanya dalam Jawatankuasa Hal
Ehwal Murid, khususnya dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling. Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan Puan Hjh Noralina yang tidak pernah
mengenal erti penat lelah telah membawa sekolah ini ke satu tahap yang lebih baik dan membanggakan terutamanya dalam aspek kemenjadian
murid.
Peribadinya yang mudah mesra dan tidak lokek dengan senyuman, pasti disenangi oleh semua. Disayangi oleh rakan-rakan seperjuangan dan umpama
kakak kepada adik-adik dalam satu keluarga yang besar harmoni, sudah pasti setiap kebaikan dan kenangan indah yang ditinggalkan, pastinya akan
menjadi ikutan dan pendorong semangat kepada kita untuk terus melakar perkhidmatan dalam bidang perguruan ini. Terima kasih tidak terhingga
atas khidmat bakti yang dicurahkan di SK Seksyen 7 ini. Selamat menjalani hari persaraan ini dengan tenang, semoga berbahagia dan ceria selalu,
serta kami doakan agar puan sentiasa sihat sejahtera dalam melayari kehidupan bersama keluarga tercinta.
Bunga Kemboja menghias halaman,
Siraman kasih gadis jelita;
Tidak terbalas budimu puan,
Walau dibanding bintang berjuta.

Merentas ke hilir mencari berangan,
Sambil memikul sebakul pegaga;
Memori yang indah jadikan kenangan,
Seribu tahun terkenang juga.
Akhir kata, saya mewakili warga SK Seksyen 7, merakamkan ribuan kemaafan atas salah dan silap sepanjang kita menjalankan tugas
bersama. Semoga ukhwah sesama kita akan terus terjalin, tidak kira di mana jua kita berada. Doakan SK Seksyen 7 terus cemerlang buat selamanya.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah. Terima kasih.

UCAPAN PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN GURU & KAKITANGAN
SK SEKSYEN 7

BANDAR BARU BANGI7
EEN. MOHD YAMIN BIN MUKHTAR

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis. Yang Berusaha En. Mohd Faizal B. Abd Aziz, Guru Besar SK Sekyen 7, yang dihormati barisan
pentadbir SK Seksyen 7, AJK PIBG, guru yang diraikan, Pn. Hjh Noralina binti Mohd Som dan ahli keluarga, guru-guru, staf, ibu bapa dan murid-
murid yang disayangi sekalian.

Alhamdulillah, saya mengucapkan segala kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan hidayat yang diberikan olehNya maka
kita dapat berkumpul dalam Majlis Sejambak Kasih, Seharum Budi pada pagi ini. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan persaraan Puan Hjh
Noralina binti Mohd Som dalam bidang pendidikan. Setelah 16 tahun beliau mencurahkan bakti di SK Seksyen 7 ini sebagai seorang Guru Bimbingan
dan hampir 34 tahun berkhidmat sebagai seorang guru.

Untuk makluman semua, ini merupakan majlis persaraan yang pertama di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, yang dilaksanakan secara dalam talian.
Sebenarnya agak mencabar juga untuk merealisasikan majlis ini. Dari perancangan awal sehinggalah majlis berlangsung pada hari ini, semua tugas
dan perancangan dibuat secara maya. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir, AJK BKGK 2021,
AJK pelaksana, serta semua pihak yang terlibat untuk menjayakan majlis ini. Majlis ini mungkin tidak terlaksana dengan baik tanpa sokongan dan
bantuan kalian. Alhamdulillah. Kebersamaan ini menjadi tunjang kejayaan keluarga besar Sekolah Kebangsaan Seksyen 7.

Selamat bersara saya ucapkan buat Kak Alina. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kejayaan dalam apa jua bidang yang akan
diceburi nanti, khususnya bersama keluarga tercinta. Saya mewakili rakan sekerja ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf jika ada salah
dan silap sepanjang kita berkhidmat di bawah satu bumbung.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk sama-
sama meraikan Puan Hjh Noralina bt Mohd Som. Saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun,

Perahu mudik di air tenang,
Hampir karam penuh muatan,
Jasa cikgu tetap dikenang,
Mudahan hidup dalam keberkatan

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah. Terima kasih.

UCAPAN WAKIL MURID
SK SEKSYEN 7

BANDAR BARU BANGI
FARHA LIYANA BINTI MD SHARIF

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Yang diraikan Puan Noralina Binti Mohd Som
Yang Berusaha, Encik Faizal Bin Abdul Aziz, Guru Besar Sk Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Pn Nor Saliza Binti Mohd Ghazali , Guru Penolong
Kanan Kurikulum, En Noorhisham Bin Juhari, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Nor Hairul Nizam Bin Abu Sefian, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum, Puan Nureena Binti Abdullah, Guru Penolong Kanan Petang, serta yang dikasihi barisan guru Sk Seksyen 7 sekalian.
Saya Farha Liyana Binti Md Sharif mewakili semua murid SK Seksyen 7 umumnya dan ahli Pembimbing Rakan sebaya khususnya dengan
rendah hati memohon izin untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Umpama lilin dirimu menerangi,
Membimbing menasihati tak pernah lekang,
Terima kasih jasa dan bakti,
Selamat bersara Cikgu Alina tersayang.
Terima kasih cikgu atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi sepanjang berkhidmat di SKS7. Segala ilmu pengetahuan yang
diperolehi akan menjadi ingatan dan panduan kepada kami sepanjang hayat. InshaAllah. Doa kami semoga cikgu diberi kesihatan yang baik
dan sentiasa berada dalam dakapan rahmat Ilahi. Amiiin.
Sekian, terima kasih.

Aturcara Majlis Sejambak Kasih Seharum Budi
11 September 2021|Sabtu|9pagi

9.00 pagi : Kata alu-aluan Pengerusi majlis
9.05 pagi : Bacaan Doa
9.10 pagi : Ucapan Pengerusi BKGK (En. Mohd Yamin b. Mukhtar)
9.20 pagi : Ucapan Guru Besar (En. Mohd Faizal b. Abd Aziz)
9.30 pagi : Bacaan biodata yang diraikan
9.50 pagi : Tayangan multimedia
10.10 pagi : Ucapan Puan Hajah Noralina binti Mohd Som
10.30 pagi : Tayangan video ucapan warga S7
10.40 pagi : Majlis memotong kek dan penyampaian hadiah

Lambaian akhir Puan Hajah Noralina binti Mohd Som
11.00 pagi : Penutup & bersurai

Pengerusi : En. Mohd Faizal bin Abd Aziz (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. Nor Saliza bt Mohd Ghazali (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En. Noorhisham bin Juhari (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Nor Hairul Nizam bin Abu Sefian (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Nur Reena bt Abdullah (PK Petang)
Penyelaras Program : En. Mohd Yamin bin Mukhtar
Pen. Penyelaras : En. Noorul Hasmi bin Che Hashim
Setiausaha : Pn. Norzilawati bt Jusoh@ Mohamad Zawawi
Bendahari : Pn. Sharizah bt Sidik
Pen. Bendahari : Pn. Solehah bt Sa’ari

Penyelaras Program Bacaan Doa
En. Mohd Yamin bin Mukhtar En. Md Nasrin bin Hj Muti
Pengacara Majlis Teks Ucapan GB/GPK
Pn. Nora bt Nasir Pn. Siti Kamaliah bt Taha
Pn. Noorizah bt Harun Pn. Tijani bt Abu Kassim

Kek/ Pulut Kuning Hadiah & Cenderamata
Pn. Siti Norliza bt Johari Pn. Suria bt Abdul Aziz
Pn. Nadia bt Puri Pn. Shuhainor bt Abdullah
Cik Sarina bt Mohamed Hashim Pn. Maziah bt Daud
Pn. Intan Syazwani bt Mohammad Sokardi Pn. Rozita bt Abu Bakar
Pn. Fazila bt Mohamad Wasit Pn. Siti Zuriah bt Yahaya

Sumbangan guru dan kakitangan Dokumentasi
Pn Sharizah bt Sidik Pn. Rohana bt Abdullah
Pn Solehah bt Sa’ari Pn. Norzilawati bt Jusoh@ Mohamad Zawawi

Buku Program Digital (anyflip) Bunting Digital
Pn. Dayang Nurhashimah bt Ismail En. Mohd Hanafi bin Mamat
Pn. Balqis bt Mohd Shah En. Muaz Qifari bin Hamidim
Pn. Annisa bt Johan En. Khairul Nizam bin Hanafi
Cik Isma Nurwahyuda bt Ibrahim
Fotografi & Video Persaraan
Tayangan Video 'KenanganS7" En. Noorul Hasmi bin Che Hashim
En. Aznan Aziz bin Abdul Aziz En. Muhamad Mustaqim bin Mukhtar
En. Shahrul Miza bin Hamdan En. Aiman bin Nawawi
En. Mohd Salman bin Ismail Pn. Nur'ain bt Mohd Daud
Pn. Nurul Asyafaf bt Roslan Pn. Azeatie bt Adinan
Pn. Nurdalila bt Ahmad Shukri Pn. Nurhidayah bt Che Hassan

NAMA: PN HJH NORALINA BT MOHD SOM
TARIKH LAHIR : 7 SEPTEMBER 1963
TEMPAT LAHIR : KG MERU, KLANG
NAMA AYAH : HJ MOHD SOM B HJ ISMAIL
NAMA IBU : HJH HALIMAH BT HJ ABDULLAH
BIL. ADIK BERADIK : 7 ORANG, ANAK KE 6
SEJARAH PENDIDIKAN:

SEKOLAH RENDAH : SK SG BINJAI MERU, KLANG
SEKOLAH MENENGAH : SMK TENGKU IDRIS SHAH, KAPAR
PENDIDIKAN TINGGI :
1) MAKTAB PERGURUAN KINTA (SIJIL PERGURUAN)
2) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KAUNSELING)
TARIKH PERKAHWINAN : 15 NOV 1991
NAMA SUAMI : HJ ANIM BIN HJ OMAR
BIL. ANAK: 3 ORANG PUTERI
1. NUR AMALINA SALWA
2. NUR FATEEN ATHEERAH
3. NUR AFRINA NADRAH

SEJARAH PERKHIDMATAN

1)SJK(C) PIN HWA 1, KLANG (1988-1991)
2)SK SG BINJAI, MERU, KLANG (1991-2005)
3)SK SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI (2005 - 2021)

PENCAPAIAN

1) ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
(TAHUN-2000)- SK SG BINJAI, MERU KLANG
2) ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
(TAHUN-2007)-SK SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI





SEUNTAI KATA
SEINDAH BAHASA

Bubur selasih ubi keladi
Lemak manis santan kelapa
Terima kasih jasa dan budi
Selalu tersemat tiada lupa..
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak
tangan
Walau jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan.


Click to View FlipBook Version