The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayeep.co, 2021-10-04 00:56:53

laporan kajian kes azfar-1

laporan kajian kes azfar-1

MRSM TUN DR ISMAIL, PONTIAN
KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 2
TAHUN 2021

NAMA : MUHAMMAD AZFAR FARIS BIN ZAKARIA

KAD PENGENALAN : 070328 - 01 - 1197

TINGKATAN : 2 SHEFFIELD

PENYATAAN MASALAH : Adat pertabalan raja di negara kita adalah warisan daripada kerajaan Alam Melayu yang wujud sebelum
Kesultanan Melayu Melaka. Wajarkah adat pertabalan raja-raja Melayu ini terus dipertahankan?

DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR
MENGUMPUL MAKLUMAT
MERANCANG
MENGAPLIKASI
MEMBUAT REFLEKSI
BERKOMUNIKASI
ETIKA DAN KEROHANIAN
KESELURUHAN

PERAKUAN MURID

Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil krja saya sendiri, melainkan petikan grafik dan gambar rajah yang dinyatakan
sumbernya.

PERAKUAN GURU : PERAKUAN TPKA :

TANDATANGAN :…………………………………………. TANDATANGAN : …………………………………….
TARIKH : / / 2021 TARIKH : …………………………………….

1

NO. KANDUNGAN M/S
1. Penghargaan 3
2. Pendahuluan TAJUK 4
3. Objektif Kajian 5
4. Kaedah Kajian 5
5. Laporan kajian 6-8
6. Rujukan 9

2

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan nikmatNya dapat saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Saya ingin memberikan sekalung penghargaan kepada Tuan Pengetua MRSM TDI
Pontian, Puan Juliati Binti Abdul Jalil kerana membenarkan saya beserta rakan-rakan untuk menjalankan tugas
yang telah diberi.

Tidak lupa juga kepada guru subjek sejarah saya iaitu Cikgu Fauzi kerana memberikan tunjuk ajar kepada
saya sepanjang saya menyiapkan laporan ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru saya kerana terus
menerus memberi bimbingan dan nasihat yang sangat berguna. Saya akan tetap kenang jasa beliau sehingga
akhir.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kepada kedua ibu bapa dan ahli
keluarga saya kerana telah memberikan dorongan dan semangat kepada saya dalam menjalankan tugasan ini.
dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan – rakan saya yang sama-
sama menegur kesilapan dalam proses membuat kajian ini. terima kasih ikhlas dari hati kepada semua pihak.

3

PENDAHULUAN

Tugasan saya akan memperkatakan tentang warisan adat kesultanan kerajaan Alam Melayu. Tajuk ini
dipilih oleh saya untuk diterangkan dengan lebih lanjut tentang sejarah kerajaan Alam Melayu agar tidak
dilupakan oleh generasi akan datang. Masa yang diberikan untuk menjalankan tugasan ini ialah selama 1
minggu. Saya dan rakan-rakan berhempas pulas mengumpul data dan maklumat yang diperlukan dalam tugasan
ini pada waktu lapang selepas waktu persekolahan. Kami menulis laporan ini dengan teliti pada waktu
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Saya juga berharap kajian kes ini dapat serba sedikit
membantu kepada para pembaca.

4

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian sememangnya penting dalam penulisan kajian kes kerana dengan adanya objektif, maka murid
mempunyai satu garis panduan yang jelas terhadap perkara-perkara penting yang akan dikupas oleh murid.
Antara objektif kajian murid adalah seperti berikut:-

I. Membahaskan warisan adat pertabalan raja – raja Melayu
II. Menjelaskan pengertian adat dan istiadat
III. Membincangkan tujuan adat istiadat dilaksanakan
IV. Melihat kesan istiadat pertabalan terhadap semua pihak
V. Mempertahankan warisan kerajaan Alam Melayu
VI. Mencadangkan idea dan langkah untuk mempertahankan adat istiadat kerajaan Alam Melayu

KAEDAH KAJIAN

Dalam proses menyiapkan kajian ini dengan berdasarkan tajuk, saya telah merujuk dari pelbagai sumber seperti
dengan melayari internet. Pada zaman ini, internet sudah menjadi sumber utama untuk mencari maklumat
tentang pelbagai perkara tidak kira tentang sejarah, ekonomi dan lain-lain kerana internet mempunyai pelbagai
cabang kepada pelbagai bidang.

Selain itu, kaedah seterusnya ialah dengan kajian dokumen, saya mengkaji banyak maklumat yang
berkaitan dengan tajuk ini dari pelbagai sumber laman web. Akhir sekali, saya mencari maklumat dengan
bersumberkan daipada keratan-keratan akhbar, ensiklopedia, majalah, brosur dan sebagainya.

5

LAPORAN KAJIAN

WARISAN ADAT KESULTANAN KERAJAAN ALAM MELAYU

Konteks adat merupakan peraturan yang telah diamalkan turun temurun sejak dahulukala dalam sesebuah
masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat asalnya daripada perkataan Arab
yang bermaksud kebiasaan. Tetapi dalam konteks masyarakat Melayu, perkataan adat membwa erti yang lebih
luas dan mendalam lagi.

Di samping itu, istilah istiadat pula bererti maksud peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang
sudah menjadi kebiasaan atau resam. Pengertian istiadat mempunyai kaitan dengan adat. Jadi apabila kita
menyebut adat istiadat, ia membawa dua maksud iaitu berbagai-bagai adat dan upacara termasuk peraturan
pelaksanaannya.

Bukan itu sahaja, konsep ini mempunyai tujuannya yang tersendiri. Antaranya adalah untuk menjamin
keamanan, keharmonian, kemakmuran, kesejahteraan dan keselematan dalam masyarakat. Selain itu,
tujuannya mengawal tingkah laku manusia dan mengeratkan tali persaudaraan juga merupakan salah satu
diantara adat istiadat yang masih diamalkan sehingga hari ini. Akhir sekali, menjamin kedudukan raja dan
pemerintah dan membentukkan pemerintahan yang adil. Jadi, jelaslah bahawa konsep adat dan istiadat
memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin kemajuan dan keamanan sesebuah negara.

Saya juga telah melakukan carian tentang bagaimana perlantikan Raja di Malaysia. Pemilihan Raja
Malaysia dilaksanakan dengan memilih seorang raja dari sembilan raja setelah tamatnya lima tahun Yang di
Pertuan Agong berkuasa. Kesembilan raja akan bertemu secara formal dalam sebuah majelis yang dinamakan
Majelis Raja-Raja. Yang di Pertuan Agong dipilih berdasarkan lamanya ia memerintah di negara bagian yang
merupakan daerah kekuasaannya. Setelah tercapai kesepakatan di antara semua raja, maka pelantikan
terhadap Yang di Pertuan Agong yang baru dapat dilaksanakan. Apabila Yang di Pertuan Agong meninggal
setelah pelantikan, maka akan diadakan pemilihan raja yang baru mengikut cara yang sama. Setelah masa
kekuasaan Yang di Pertuan Agong selesai, maka pemilihan akan dilakukan kembali dan Raja Malaysia yang
sebelumnya tidak akan dipilih semula. Sistem ini akan berulang ketika tibanya waktu pemilihan yang akan
datang nanti.

6

Untuk dilantik sebagai Yang di Pertuan Agong juga mempunyai beberapa syarat tertentu yang perlu
diikut iaitu hanya raja-raja yang boleh memilih dan hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih. Ada juga undang-
undang yang menyatakan bahawa seorang raja itu tidak boleh dipilih untuk menjadi Yang di Pertuan Agong
apabila raja itu masih belum matang, tidak berhasrat untuk dipilih ataupun mempunyai penyakit yang boleh
membuatkan baginda tidak dapat menjalankan tugasnya dengan lancar.

Berikut merupakan kronologi Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Sembilan. Pada 29 Disember 2008,
istiadat permasyhuran Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 berikutan
kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul
Rahman pada 27 Disember 2008. Pada 22 Februari 2009, istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Besar Seri
Menanti (Tunku Ali Redhauddin) iaitu Putera Empat.

Pada 14 April 2009, Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku
Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Pada 22 Oktober 2009, alat-alat kebesaran dipasang di
halaman Istana Besar Seri Menanti oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja. Antaranya
ialah lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang
panjang dan lapan tonggol (panji-panji) kuning, hitam dan merah. Alat-alat kebesaran ini akan kekal terpasang
di halaman Istana Besar Seri Menanti selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan alat-alat kebesaran
dilakukan pada 28 Oktober 2009.

Pada 25 Oktober 2009, istiadat bersiram di mana Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku
Ampuan Besar Negeri Sembilan akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri
Menanti ke Panca Persada. Orang Empat istana akan menyempurnakan istiadat bersiram dengan
menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak tujuh kali. Baginda berdua akan
bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan akan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti.Pada 26
Oktober 2009, istiadat pertabalan di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Istiadat pertabalan Yang di-
Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 merupakan salah satu daripada tiga istiadat bersejarah di Negeri
Sembilan pada tahun 2009.

Kesan yang dapat kita peroleh daripada peristiwa ini ialah bagi diri sang raja itu sendiri adalah sebagai
tanda pengukuhan dan peresmian dirinya sebagai kepala atau ketua negara. Peristiwa pertabalan yang
melalui proses persetujuan dari raja-raja negara bagian yang lain ini memberikan kesan pemberian
kehormatan dan menimbulkan kebanggaan bagi sang raja hingga ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong
Malaysia. Manakala kesan bagi masyarakat ialah seorang raja merupakan pemerintah tertinggi di negara di
mana kedudukannya sangat dimuliakan dan diberikan penghargaan dan kedudukan yang tinggi oleh rakyat.

7

Acara pertabalan yang masih menjunjung tinggi dan melaksanakan tata cara dan adat istiadat yang ada
merupakan suatu cara untuk mengukuhkan kesetiaan masyarakat Malaysia terhadap sistem yang telah lama
diamalkan, iaitu sistem Raja Berpelembagaan, iaitu sistem yang menunjukkan bagaimana rakyat mengangkat
tinggi kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Yang di-Pertuan Agong juga harus dilihat
sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap perpaduan rakyat, bertanggung jawab terhadap
kegemilangan negara dan kedaulatan rakyat.

Akhir sekali, kesan terhadap negara pula ialah peristiwa ini penting kerana merupakan titik penting
yang menentukan kelangsungan, kemakmuran dan kejayaan Malaysia dalam lima tahun yang akan datang.
Pertabalan raja merupakan satu peristiwa melambangkan permulaan harapan baru bagi negara untuk
memperoleh kejayaan dan keberhasilan yang lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Pertabalan
juga merupakan nilai yang sangat penting karena raja merupakan cerminan dari negara Malaysia itu sendiri.

Sebagai seorang rakyat yang cinta akan negaranya, kita perlulah mempertahankan adat pertabalan
diraja ini. Kita perlu mempertahankannya supaya dapat menunjukkan tradisi kita sebagai sebuah negara dan
bagaimana kita mengangkat institusi diraja sebagai sesuatu yang sangat dekat di hati kita. Selain itu,
Keperluannya bagi kita ialah upacara (adat istiadat pertabalan agong) itu sebagai satu kelangsungan pada
sistem kerajaan Melayu dan adat istiadat kerajaan Melayu.

Seterusnya, bagi menjamin kelangsungan tradisi Institusi Raja, sudah tentu perubahan perlu berlaku
dalam Institusi Raja. Ini akan menjadikan kedudukan institusi tersebut selaras dengan peredaran masa. Sikap
tekun memajukan diri, berkongsi kekayaan dan membuat penegasan dalam beberapa perkara adakalanya
sangat diperlukan. Walaupun kedudukan Institusi Raja dalam Perlembagaan dan sistem perundangan negara
agak menyerlah, kita tidak boleh berharap apa yang terpahat dalam undang-undang itu tidak terhakis. Ini
kerana apa yang disebut mengenai Perlembagaan ialah, ia merupakan undang-undang organik yang boleh
diubah serta bergantung dan berpunca kepada tataRajah politik.

Berdasarkan kajian yang telah saya teliti ini, adat istiadat sangat penting dalam negara kita kerana ia
merupakan peninggalan daripada nenek moyang kita yang sangat berharga. Ia juga patut dipertahankan
sepanjang zaman untuk generasi-generasi seterusnya. Selain itu, saya belajar menghargai sumbangan yang
telah diberikan pada zaman kerajaan Alam Melayu dan dapat mempelajari lebih ilmu pengetahuan. Saya
berharap kita sebagai rakyat yang cinta akan negara terus menghargai dan meneruskan adat ini sampai bila-
bila.

8

RUJUKAN

1. http://pelitakaryaagung.blogspot.com/2014/03/pengertian-adat-dan-istiadat.html
2. https://www.academia.edu/6390803/Adat_Melayu_Yang_Pupus_dan_Masih_Diamalkan_Hari_Ini_Di_

Malaysia
3. https://brainly.co.id/tugas/18062551
4. https://www.istananegara.gov.my/sistem-raja-berpelembagaan/
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertabalan_Yang_di-Pertuan_Besar_Negeri_Sembilan
6. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/586738/istiadat-pertabalan-lambang-maruah-

negara
7. https://brainly.co.id/tugas/22356456
8. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/istiadat-pertabalan-lambang-maruah-negara-213013
9. https://www.mais.gov.my/kepentingan-mendaulatkan-institusi-beraja/

9

10


Click to View FlipBook Version