2
BAHAGIAN A
JAWAB LIMA SOALAN SAHAJA
[50 MARKAH]
1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan penjual dan pembeli? [2 markah]
(b) Gambar di bawah menunjukkan dua jenis aktiviti perniagaan.
Gambar A Gambar B
Nyatakan dua perbezaan aktiviti perniagaan tersebut. [4 markah]
(c) Apakah hak yang dimiliki oleh pemegang saham dalam syarikat berhad?
[4 markah]
2 (a) Nyatakan maksud ciri jangka masa (time frame) dalam membentuk
objektif perniagaan yang berkesan. [3 markah]
(b) Jelaskan maksud syer pasaran. [3 markah]
(c) Nyatakan empat input yang diperlukan pada bahagian fungsian
pengeluaran untuk menghasilkan output. [4 markah]
3 a) Jelaskan tiga kepentingan pengurusan sumber manusia
dalam sesebuah organisasi perniagaan. [3 markah]
b) Mengapakah penghargaan dan hukuman menjadi salah satu
aspek penting dalam pengelolaan sumber manusia bagi
sesebuah perniagaan ? [4 markah]
3
c) Maklumat berikut berkaitan iklan jawatan kosong di sebuah syarikat.
SYARIKAT PERCETAKAN DIGITAL SDN. BHD [15432]
JAWATAN KOSONG
PEMBANTU AKAUN ( 2 KEKOSONGAN)
TARIKH TEMU DUGA TERBUKA:
Setiap Hari : Selasa dan Khamis
MASA :
9.00 Pagi – 12.00 tengah hari
TEMPAT / ALAMAT :
SYARIKAT PERCETAKAN DIGITAL SDN. BHD
Lot 2552, Seksyen 25, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
KELAYAKAN
➢ Gaji RM1300 – RM1600 + KWSP + PERKESO
➢ Warganegara Malaysia
➢ Berumur antara 18 tahun sehingga 35 tahun
➢ Mempunyai kelulusan SPM/Diploma perakaunan atau yang setaraf
dengannya
➢ Berkebolehan menggunakan perisian komputer
➢ Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang percetakan /
perakaunan
➢
➢ SILA HUBUNGI :
09-7656868 (Pn Sakinah / Pn Ella)
Email: [email protected]
TARIKH TUTUP : 5 September 2018
Berdasarkan maklumat di atas, terangkan dua keperluan kemahiran
kebolehkerjaan yang perlu ada pada seseorang calon untuk jawatan
tersebut. [3 markah]
4
4 a) Terangkan perbezaan antara sumber fizikal dan sumber teknologi
dalam sesebuah organisasi perniagaan [4 markah]
b) Mengapa kerajaan menggalakkan usahawan mendaftar paten
produk mereka melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)?
[3 markah]
c) Bagaimana overdraf membantu usahawan yang menghadapi masalah
kewangan ? [3 markah]
5 a) Gambar berikut berkaitan sebuah syarikat berhad.
a) Siapakah pihak yang berkepentingan terhadap dokumen tersebut ?
[3 markah]
b) Bezakan antara kos tetap dengan kos berubah. [4 markah]
c) Jelaskan sumbangan usahawan kepada masyarakat [3 markah]
5
6 a) Apakah maksud pemasaran ? [3 markah]
b) Gambar berikut merupakan produk yang dikeluarkan oleh Syarikat
Dayang Sdn Bhd.
RM 1.50 RM 2.00
Mengapakah harganya berbeza ? [3 markah]
c) Maklumat berikut dipetik dari sebuah akhbar.
i. Apakah jenis promosi di atas ? [1 markah]
ii. Jelaskan jenis promosi di c (i). [3 markah]
6
BAHAGIAN B
JAWAB DUA SOALAN SAHAJA
[30 MARKAH]
7 (a) Gambar di bawah menunjukkan satu jenis milikan perniagaan.
(i) Apakah jenis milikan perniagaan tersebut. [1 markah]
(ii) Terangkan ciri jenis milikan perniagaan di (a) (i).
[5 markah]
(b) Gambar di bawah menunjukkan sistem teknologi maklumat dan
komunikasi dalam perniagaan.
(i) Nyatakan tujuan penggunaan sistem tersebut. [4 markah]
(ii) Terangkan kaedah yang boleh digunakan untuk mengaplikasi
maklumat melalui sistem di atas. [5 markah]
7
8 a) Gambar di bawah berkaitan dengan sejenis sumber dalam sebuah
perniagaan.
Sumber X
i Apakah sumber X ? [1 markah]
ii Bagaimanakah pemilik perniagaan di atas menjalankan prosedur
mengurus sumber X ? [8 markah]
b) Huraikan dua kemudahan kewangan yang disediakan oleh agensi
kerajaan bagi membantu usahawan. [6 markah]
9 (a) Maklumat berikut dipetik dari penyata kewangan Puteri Enterprise.
Stok / Inventori Awal RM 25 000
Belian RM55 000
Jualan RM97 000
Stok / Inventori Akhir RM32 000
8
Hitungkan [2 markah]
[1 markah]
i) Kos jualan [4 markah]
ii) Untung kasar
iii) Pusing ganti stok
(b) i) Nyatakan tiga faktor bagi peniaga untuk memulakan sesuatu perniagaan
Selain daripada lokasi. [3 markah]
ii. Jelaskan faktor untuk memilih lokasi sesuatu perniagaan. [5 markah]
9
BAHAGIAN C
SOALAN INI WAJIB DIJAWAB
[20 MARKAH]
NASI KERABU AZMIRA – ANTARA CABARAN DAN HARAPAN
Perniagaan menjual makanan menjadi satu fenomena yang sedang berkembang
dengan pesat mutakhir ini. Negeri Kelantan turut dilanda dengan fenomena ini, antara
perniagaan makanan yang sedang mencipta nama di negeri ini ialah “Perniagaan nasi
kerabu Azmira”.
Perniagaan ini telah beroperasi lebih 20 tahun dahulu dan jenama ini telah
bertapak dengan kukuh di negeri ini. Pn Azmira bt Abd Kadir, pemegang Ijazah
Pengurusan Perniagaan merupakan pengasas dan pemilik bagi perniagaan nasi
Kerabu Azmira. Beliau sangat mementingkan kualiti dan kebersihan hidangan yang
disediakan, dengan memastikan hanya mengunakan bahan-bahan yang segar terus
dari ladang di samping memastikan kebersihan premis restoren yang sentiasa di pantau
rapi. Beliau telah melantik anaknya Mohd Alim b safuan sebagai pengurus
Perkhidmatan Pelanggan yang sentiasa peka terhadap sebarang pandangan dank
omen dari pelanggan.
Pn Azmira telah membuka lima cawangan Nasi Kerabu Azmira di seluruh negeri
Kelantan dan bercadang membuka cawangan di seluruh Malaysia, tetapi sentiasa
memikirkan apakah bentuk yang sesuai bagi mengekalkan citarasa dan menu yang
telah dihasilkan tetap sama dan tidak berlaku sebarang masalah yang boleh
menjejaskan jenama Nasi Kerabu Azmira, dalam usaha ini beliau telah membuat
pendaftaran cap dagangan dan memiliki hak ekslusif dengan perbadanan Harta Intelek
Malaysia (MyIPO) tiga tahun lalu. Dalam usaha memperkembangkan perniagaannya Pn
Azmira telah melantik tiga orang pengurus yang akan bertanggung jawab membantu
beliau, iaitu pengurus pemasaran, pengurus sumber manusia dan pengurus kewangan.
Pn Azmira juga bercadang untuk memperbesarkan lagi perniagaannya tetapi
menghadapi masalah dalam pusingan modal yang sering tidak mencukupi terutama
untuk membayar secara tunai kepada pembekal2 bahan mentah. Pegawai kewangan
telah mencadangkan Pn Azmira membuat pinjaman dengan intitusi kewangan dan
beliau telah bersetuju untuk menyediakan satu Rancangan Perniagaan untuk tujuan
tersebut.
Dalam satu mesyuarat bersama pekerja-pekerjanya, pegawai Perkhidmatan
Pelanggan, En mohd Alim telah mengingatkan Pn Azmira kepentingan perniagaan
Nasi Kerabu Azmira menjaga hubungan dengan pihak luar dipersekitaran
10
perniagaannya, ini bagi memastikan jenama Nasi Kerabu Azma terus utuh di dalam
pasaran.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut.
(a) Apakah aktiviti perniagaan yang diceburi oleh perniagaan
Nasi Kerabu Azmira? [1markah]
(b) Apakah bentuk perniagaan yang sesuai bagi Pn azmira untuk
menambah cawangannya, nyatakan ciri-ciri perniagaan bentuk
tersebut [5markah]
(c) Nyatakan kepentingan menyediakan Rancangan Perniagaan[5markah]
(d) Terangkan tanggung jawab En Mohd Alim Pengurus Perkhidmatan
Pelanggan kepada peniagaan Nasi Kerabu Azmira [4markah]
(e) Jelaskan tiga bahagian fungsian yang terdapat dalam perniagaan
Nasi Kerabu Azmira [5markah]
KERTAS SOALAN TAMAT