The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aiaishah85, 2020-11-24 11:21:15

Hala Tuju Selepas SPM Aipptx

Hala Tuju Selepas SPM Aipptx

Jom terokai hala tuju selepas
SPM bersama Cikgu Ai

Anda tidak pasti atau
tidak tahu apa

kursus/program yang
hendak dipohon?

Tiada perancangan awal dalam
mengenalpasti program pengajian

pilihan
Tidak pasti apakah program
pengajian yang ada ditawarkan

selepas SPM.

Tiada tahu secara khusus berkaitan
syarat yang diperlukan untuk memohon

satu-satu program pengajian.



Tempoh pengajian di tingkatan Enam
adalah selama setahun setengah yang
telah dibahagikan kepada tiga penggal
(semester). Selepas anda menamatkan
pengajian selama 3 penggal ini, anda boleh
terus memohon untuk kemasukan ke

Universiti Awam atau Swasta bagi
pengajian di peringkat Ijazah Sarjana
Muda dengan menggunakan keputusan
STPM anda. Menariknya anda sudah tidak
perlu mengambil diploma dan sebagainya
untuk melayakkan anda melanjutkan
pelajaran ke univesiti. Anda juga dapat

menjimatkan masa anda.

Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun
(2 semester) atau 2 tahun (4 semester).
Pembiayaan pengajian dan sara hidup

ditanggung oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Anda tidak perlu

membayar balik bantuan kewangan yang
diberikan. Jika anda memilih laluan ini
pastikan mendapat keputusan yang
cemerlang kerana persaingan sangat

tinggi untuk merebut tempat semula bagi
peringkat pengajian ijazah di Universiti

Awam. Jika sekadar keputusan atas pagar
CGPA 2.00 atau CGPA 3.00 dan ke bawah,
anda memang sukar untuk berjaya dalam

permohonan ke university awam bagi
kursus ijzah yang anda inginkan.

Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun.
Asasi/Foundation merupakan laluan bagi
program persediaan ijazah sama seperti

tingkatan 6 dan matrikulasi. Suasana
pembelajaran sahaja berbeza.

Pembelajaran di asasi sama seperti belajar
di university kerana lokasi pengajian

dalam kampus universiti dan membuatkan
anda teruja untuk ke asasi. Terdapat 12

buah university awam yang menawarkan
program pengajian asasi iaitu UKM, UPM,

UiTM, UM, UMT, UNISZA, UMS, UUM,
UNIMAS, UIAM, USIM dan UPNM.

Sijil STAM sebagai syarat kelayakan
memasuki Universiti Al-Azhar, Mesir,
Pengiktirafan sijil adalah setaraf dengan

STPM. Pemegang sijil STAM layak
memohon ke IPTA dengan sijil ini. Bahasa

Arab sebagai Bahasa pengantar dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran

(PdPC) dan peperiksaan. Sijil ini
merangkumi 10 mata pelajaran dalam 3
bidang iaitu Bahasa Arab, Syariah dan

Usuludin. Syarat pensijilan sekurang-
kurangnya gred Maqbul (lulus) dalam

kesemua 10 mata pelajaran.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) dikhususkan untuk melatih guru
dalam pelbagai bidang untuk melahirkan

guru sekolah rendah yang berijazah.
Program ini ditawarkan di kampus-
kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di
seluruh negara. Calon mesti lulus Program

Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PPISMP) yang dijalankan
selama 12 bulan (2 semester) dan akan

diberikan sijil tamat PPISMP serta
ditawarkan mengikuti PISMP selama 4

tahun (8 semester di IPG)

Diploma Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) merupakan salah satu laluan

lepasan SPM ke Universiti Awam. Tempoh
pengajiannya selama 3 tahun. Pelajar
diberi peluang untuk menjalani latihan
praktikal/ilmiah. Menerusi latihan itu,
pelajar akan memperolehi pengalaman
kerja yang sememangnya dituntut oleh

majikan sebagai salah satu syarat utama
semasa memilih pekerja. Mudah untuk
lepasan diploma ditawarkan pekerjaan
berbanding laluan lain yang hanya
bergantung kepada kelayakan sijil
akademik semata-mata tetapi tiada
sebarang pengalaman.

Bagi pelajar yang mempunyai sumber
kewangan yang lebih atau mempunyai

minat dalam bidang yang tidak
ditawarkan di mana-mana IPTA, pelajar

boleh memohon untuk melanjutkan
pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS). Pemilihan IPTS perlu
dilakukan dengan berhati-hati dengan
memastikan IPTS tersebut berdaftar
dengan Kementerian Pendidikan Tinggi
(KPM) serta kursus pengajian diakreditasi
oleh MQA. Kini terdapat banyak pilihan
IPTS yang berkualti dan terbukti dalam
melahirkan graduan yang hebat dan

setaraf dengan IPTA.

Politeknik adalah salah satu institudi
pendidikan dan latihan teknikal yang
menerapkan sistem pembelajaran yang
seimbang antara teori dan juga praktikal.
Keadaan ini berbeza dengan sistem
pembelajaran di university yang hanya
menerapkan hampir 80% teori semata-
mata. Terdapat dua jenis Politeknik
Konvensional. Program pengajian yang
ditawarkan adalah di peringkat sijil dan
juga diploma. Terdapat pelbagai pilihan
kursus-kursus yang ada di politeknik.
Namun begitu, senarai dan kenis kursus
mungkin berbeza di setiap politeknik.
Terdapat 3 kataegori Politeknik iaitu
Politeknik Primier, Konvensional dan

Metro.

Empat institusi kemahiran yang
digolongkan sebagai Institusi Latihan
Kemahiran Awam (ILKA) adalah Institusi
Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS),
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia
(ILJTM), Bahagian Latihan Kemahiran
Pertanian (BLKP) dan Majlis Amanah
Rakyat (MARA). Program yang ditawarkan
adalah bertaraf sijil dan diploma yang

berbentuk sijil dan diploma yang
berbentuk kemahiran mengikut bidang
tertentu. Permohonan untuk sesi Jun/Julai
adalah melalui UPU Online dan sesi januari
melalui laman web ILKA yang berkenaan.

Program Persediaan Luar Negara
ditawarkan kepada para pelajar yang

mendapat keputusan yang sangat
cemerlang. Para pelajar sangat

cemerlang. Para pelajar yang berminat
boleh memohon penajaan daripada pihak

JPA, KPM, MARA atau agensi-agensi
swasta yang turut menaja pelajar untuk
melanjutkan pengajian ke luar negara di

bawah program-program tertentu.

NAK JADI APA?
DAN KELAYAKAN YANG

DIPERLUKAN.
NAK SAMBUNG BELAJAR

DI MANA YANG
MENAWARKAN
PROGRAM TERSEBUT
APA SYARAT KELAYAKAN
BAGI MENGIKUTI
PROGRAM PENGAJIAN

TERTENTU.


Click to View FlipBook Version