The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEBUAH MODUL TATABAHASA PEDAGOGI BML3053 (MORFOLOGI BAHASA MELAYU BAGI PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ZAKIRAH BINTI MAT RAHIM, 2020-12-28 00:42:07

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI BML3053(PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF)

SEBUAH MODUL TATABAHASA PEDAGOGI BML3053 (MORFOLOGI BAHASA MELAYU BAGI PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

Keywords: MODUL TATABAHASA PEDAGOGI BML3053 KATA ADJEKTIF

BML3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TUGASAN KUMPULAN:
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI: KATA ADJEKTIF

NAMA PELAJAR: NO. MATRIK
D20191087744
NAMA D20191087765
NUR ZAKIRAH BINTI MAT RAHIM D20191087808
SITI NUR ARISHAH BINTI MOHAMMED ADNAN D20191087815
AMIRA FILZAH BINTI AHMAD ANUAR D20191087817

NUR ATIKAF BINTI HADI
NUR NABILA BINTI AZIAN

PENSYARAH: ENCIK ABDULLAH BIN YUSOF
KUMPULAN KULIAH: F

SEMESTER 1 SESI 2020/2021
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

1.0 PENGENALAN
Kata adjektif atau kata sifat merupakan kata yang menjadi inti utama dalam dalam sesuatu
frasa adjektif dan termasuk dalam penggolongan kata. Kata adjektif juga melambangkan
atau mewakili keadaan mahupun sifat sesuatu nama atau frasa nama. Menurut Kamus
Pelajar Edisi Kedua pula, kata adjektif didefinisikan sebagai sesuatu benda atau yang
menerangkan kata nama. Frasa adjektif dibina daripada satu atau lebih perkataan yang
mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain. Selain itu, kata adjektif
dapat dikenal pasti dan boleh dibezakan dengan kata nama atau kata kerja melalui ciri-
ciri tertentu seperti penggunaan kata penguat di hadapan mahupun di belakang frasa
adjektif.

Selain itu, kata adjektif juga berbentuk kata nama tetatpi digunakan sebagai kata
adjektif. Menurut Nik Safiah Karim (2004), kata adjektif yang berada dalam sesuatu ayat
berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu nama atau frasa nama.
Namun begitu, secara umumnya, kata adjektif dibahagikan kepada kepada tujuh jenis
yang berbeza, iaitu bentuk, cara, perasaan, sifat atau keadaan, ukuran, warna, waktu, jarak
dan pancaindera. Kata adjektif juga terbahagi kepada empat tahap utama, iaitu biasa,
sama, perbandingan mahupun penghabisan dengan meletakkan kata bantu atau kata
penguat bersama-sama dengan frasa adjektif.

1

2.0 PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF
2.1 KATA ADJEKTIF TUNGGAL
Kata adjektif terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata tunggal. Tegasnya,
bentuk kata adjektif yang dihasilkan daripada bentuk kata dasar, iaitu tanpa gabungan
dengan imbuhan, atau tanpa mengalami proses-proses lain, seperti penggandaan. Kata
adjektif tunggal digunakan dalam ayat sebagai predikat dan sebagai penerang kata nama.
Kata adjektif ini juga boleh menerima sama ada kata bantu dan kata penguat atau tidak
menerima unsur-unsur tersebut (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga).

FORMULA:
kata dasar (kata adjektif) = kata adjektif tunggal

Contoh: Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda tampan itu. Perkataan tampan dalam
ayat di atas merupakan kata dasar bagi kata adjektif tunggal kerana tidak mempunyai
mengalami gabungan atau proses-proses lain.
Namun, kebanyakan kata adjektif tunggal itu berfungsi untuk menerangkan kata nama
dan turut dihadiri dengan kata penguat antara di hadapan, belakang dan juga bebas.

FORMULA:

penerang kata nama + kata adjektif + kata penguat = kata adjektif tunggal

Contoh: Kelakuan budak-budak itu baik sekali. Dalam ayat di atas, kata adjektif tunggal
itu berfungsi untuk menerangkan kata nama iaitu kelakuan budak-budak itu yang

2

diterangkan dengan kata adjektif iaitu baik dan kemudiannya dihadiri dengan kata
penguat belakang iaitu sekali.
Contoh kata adjektif tunggal dari segi perkataan:

tinggi cantik
laju kurus
wangi malu
cerdik baik
manis takut
nyaring berani

Contoh kata adjektif tunggal dalam ayat:

 Cara hidup seniman itu amat sederhana.
 Pada malam ini bulan sungguh terang.
 Budak baik selalu dipuji.
 Lambat benar bas itu tiba.
 Pemandangan di atas bukit itu sungguh cantik.

3

Contoh penggunaan kata adjektif tunggal dalam petikan akhbar:

Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon popular, Neelofa tidak pernah terfikir berniqab
memandangkan kecantikan menjadi pilihan utama kepada kaum wanita.
Bagaimanapun Neelofa berkata, selepas mengetahui ganjaran yang bakal diperoleh dia sanggup
mengorbankan perkara paling disukai itu walaupun keputusan yang dibuat bukan sesuatu yang
mudah.
"Semua wanita memang nak cantik. Pantang ada produk kecantikan semua nak beli sebab itu
adalah lumrah untuk kaum wanita yang ingin kelihatan cantic”.

(Sumber: My Metro 29 Oktober 2020)

Kata adjektif tunggal yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah cantik.

AKTIVITI
1. Guru boleh melakukan aktiviti yang dipanggil “Baca dan Tentukan”. Aktiviti ini adalah
berdasarkan 9 jenis kata adjektif seperti warna, sifat, bentuk dan banyak lagi.

2. Berdasarkan 9 jenis kata adjektif ini, ia boleh membantu beberapa pelajar yang masih
lagi tidak mampu untuk menentukan jenis kata adjektif di samping tidak mengetahui cara
untuk mengenal pasti kata adjektif.

3. Melalui 9 jenis kata adjektif, ia boleh merangkumi kata adjektif tunggal kerana ia
merupakan perkataan-perkataan yang terkandung dalam jenis kata adjektif tersebut dan
masih lagi belum mengalami apa-apa proses.

4. Caranya, guru perlu menyediakan sembilan helai kadbod. Kemudian di setiap atas
kadbod itu perlu tertulisnya tajuk besar jenis-jenis kata adjektif, contohnya kata adjektif
warna dan selebihnya.

5. Kemudian, guru perlu menyediakan sebuah teks daripada mana-mana cerita yang di
dalamnya banyak terkandung sembilan jenis kata adjektif.

4

6. Teks itu kemudiannya perlu dibaca dan diteliti oleh semua pelajar dalam mencari
perkataan-perkataan yang merangkumi sembilan jenis kata adjektif.
7. Selepas semua pelajar selesai dalam membaca, guru perlu meminta pelajar seorang
demi seorang untuk menulis jenis kata adjektif yang mereka jumpa itu ke atas setiap
kadbod yang berbeza mengikut jenis kata adjektif.
8. Cara ini mampu membantu pelajar untuk mengesan dan memahami kesemua jenis kata
adjektif dan kemudiannya mampu digunakan untuk membuat karangan.

LATIHAN:
Soalan objektif
1. Yang mana satukah ciri kata adjektif tunggal?

a. Boleh berdiri sendiri
b. Mengalami proses pengimbuhan
c. Mengalami proses penggandaan
d. Kata yang terhasil daripada dua rangkai kata

2. Yang manakah kata adjektif tunggal yang betul?

a. Merah jambu

b. Kekuningan

c. Gopoh

5

d. Senyum

3. Yang manakah ayat yang mengandungi kata adjektif tunggal?
a. Adik ke sekolah dengan menaiki basikal.
b. Amin tergopoh-gapah bersiap kerana sudah lewat untuk ke tempat kerja.
c. Nenek memakai bedak sejuk sebelum tidur.
d. Aini merupakan pelajar yang paling pintar di dalam kelasnya.

4. Ayat yang manakah terkandungnya kata penguat + kata adjektif tunggal?
I Sungguh tinggi bangunan yang baru siap dibina itu.
II. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
III Kecantikan Aini jelas terpampar apabila beliau memakai baju songket .
tradisional itu.
IV Masakan di kantin sekolah itu amatlah sedap.
a. I dan II
b. II dan III
c. III dan IV
d. I dan IV

6

Soalan Subjektif
1. Senaraikan dua ciri kata adjektif tunggal

a)
b)

2. Bina ayat yang sesuai untuk kata adjektif tunggal di bawah
Merah:
Buruk:

3. Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata adjektif tunggal seperti di
bawah

berani bising

a. Azam menulis nama pelajar yang di dalam kelas.

b. pemuda itu mempunyai sifat dalam menempuhi segala rintangan
semasa berada di dalam hutan.

4. Nyatakan dua kata adjektif tunggal yang terdapat dalam jadual di bawah

Kerja Ungu
Mandi Sekolah

7

Comel Lari

I.
II.

2.2 KATA ADJEKTIF TERBITAN

Kata adjektif terbitan didefinisikan sebagai kata adjektif yang terhasil daripada proses
pengimbuhan. Pengimbuhan kata adjektif terbahagi kepada lima jenis, iaitu imbuhan
awalan kata adjektif, imbuhan awalan pinjaman kata adjektif, imbuhan akhiran kata
adjektif, imbuhan apitan kata adjektif dan imbuhan sisipan kata adjektif.

2.2.1 Imbuhan Awalan Kata Adjektif
i. Awalan teR-
Awalan teR- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergantung dengan kata
dasarnya iaitu kata adjektif.
a. Terbesar
b. Terkecil
c. Tercantik
d. Terpandai
e. Terpanjang
f. Tertinggi

Awalan teR- juga memberi makna untuk menjelaskan “keadaan perbandingan” atau
keadaan “paling”. Contohnya:

8

a. Tertinggi = paling tinggi

b. Teristimewa = paling istimewa

c. Teramai = paling ramai

ii. Awalan se-
Awalan se- berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila digabungkan dengan
kata dasar. Contohnya:

a. Sepandai
b. Sekaya
c. Sebanyak
d. Sealim
e. Seruas

Awalan se- juga menunjukkan maksud “sama”. Contohnya:
a. Setaraf = sama taraf
b. Seluas = sama luas
c. Sepandai = sama pandai

2.2.2 Imbuhan Awalan Pinjaman Kata Adjektif
Terdapat tiga imbuhan awalan pinjaman kata adjektif. Imbuhan awalan pro dan imbuhan
awalan anti- merupakan imbuhan awalan pinjaman bahasa Inggeris manakala imbuhan
awalan bi- ialah imbuhan awalan bahasa Arab-Parsi.

9

i. Awalan pro
Awalan pro ialah awalan pinjaman daripada bahasa Inggeris. Contohnya:

a. Prokerajaan
b. Prorasuah
c. Probembangkang
d. Pronasional

Awalan pro membawa maksud “bersetuju, memihak atau menyelebihi”. Contohnya:

a. Prokerajaan = memihak kepada kerajaan

b. Prorakyat = memihak kepada rakyat

ii. Awalan anti-
Awalan anti- ialah awalan pinjaman daripada bahasa Inggeris. Contohnya:

a. Antirasuah
b. Antikerajaan
c. Antidadah
d. Antikomunis

Awalan anti- juga membawa maksud “menentang, melawan, atau membantah”.
Contohnya:
a. Antikemajuan = menentang kemajuan
b. Antidadah = menentang dadah

iii. Awalan bi-
Awalan bi- ialah awalan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi. Contohnya:

10

a. Bilazim
b. Binormal
c. Biadab

Awalan bi- membawa maksud “tidak”. Contohnya:

a. Bilazim = tidak lazim

b. Binormal = tidak normal

2.2.3 Imbuhan Akhiran Kata Adjektif
Imbuhan akhiran kata adjektif mempunyai empat akhiran. Terdapat tiga imbuhan akhiran
kata adjektif yang dipinjam daripada bahasa Arab-Parsi, iaitu -wi, -i dan -iah. Manakala
imbuhan akhiran yang terkhir dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu -is. Contohnya:

a. Sejarawi
b. Duniawi
c. Insani
d. Abadi
e. Ekonomis
f. Fonologis
g. Ilmiah
h. Alamiah
2.2.4 Imbuhan Apitan Kata Adjektif
Imbuhan apitan kata adjektif dalam bahasa Melayu hanya ada satu iaitu apitan ke-…-an.
Contohnya:
a. Keracunan
b. Kemelayuan

11

c. Kebendaan
d. Kerelaan

Apitan ke-…-an boleh membentuk sebagai kata adjektif dan perlu digabungkan dengan
kata dasar daripada kata nama.

Apitan ke-…-an + kata dasar (kata nama) = kata adjektif
tunggal

i. Menunjukkan “suatu keadaan atau sifat kata nama yang terkandung pada kata
dasar”. Contohnya:
a. Perangai Nabila agak kekampungan.
b. Cara pemakaian Farihah menampakkan ciri kemelayuan.
c. Sifat kepahlawanannya begitu ketara.

ii. Apabila bergabung dengan kata adjektif ganda akan membentuk kata adjektif.
Contohnya:
a. Baju wanita itu kekuning-kuningan.
b. Gadis itu kemalu-maluan apabila ditegur.

2.2.5 Imbuhan Sisipan Kata Adjektif
Terdapat empat imbuhan sisipan kata adjektif iaitu:

i. Sisipan -el (serak ~ selerak)
Jamuan selerak itu diadakan untuk meraikan kejayaan abang dalam peperiksaan.

12

ii. Sisipan -er (kelip ~ kerlip)
Rumah besar itu dihiasi lampu kerlip sepanjang bulan Syawal.

iii. Sisipan -em (guruh ~ gemuruh)
Kumpulan mereka mendapat tepukan yang gemuruh atas kemenangan dalam
pertandingan nyanyian.

iv. Sisipan -in (sambung ~ sinambung)
Drama yang bertemakan perpaduan itu sinambung daripada sebuah filem.

Contoh penggunaan kata adjektif terbitan dalam petikan akhbar:

KUALA LUMPUR: Selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga, pelawak, Achey
dan isteri Nor Hasanah Yahaya, tidak pernah berputus asa mencari ikhtiar bagi
mendapatkan zuriat.

Berikutan itu, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, isterinya bakal

menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), tahun depan.
Kata adjektif terbitan yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah selepas, sedekad,

sebenar dan kesuburan. (Sumber: BH Online 24 Disember 2020)

Kata adjektif terbitan yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah selepas, sedekad,

sebenar dan kesuburan.

AKTIVITI:
1. Guru boleh melakukan aktiviti yang dipanggil “Petikan Rencana”. Guru menyuruh

murid menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam teks.

13

2. Guru mengarahkan murid mengkategorikan perkataan-perkataan tersebut mengikut
jenis kata adjektif. Guru mengarahkan murid membina ayat menggunakan kata
adjektif tersebut.

3. Perbincangan dua hala dan penerangan guru.
4. Guru menyimpulkan pengajaran.
5. Guru memberi latihan bertulis. Murid membina ayat daripada perkataan-perkataan

yang terdapat di dalam buku latihan.

LATIHAN:
Soalan Objektif

1. Yang manakah kumpulan kata yang kesemuanya ialah kata adjektif terbitan?
a. sealim, biadap, pemalu
b. proaktif, cantik, termashyur
c. semerbak, kemelayuan, setaraf
d. serak, insani, duniawi

2. Yang manakah contoh yang betul bagi kata adjektif tunggal dan kata adjektif terbitan.

Kata adjektif tunggal Kata adjektif terbitan

a. Merah jambu Lampau

b. jauh perlahan

c. duniawi kerlip

d. bengkok antikomunis

14

3. Yang manakah yang mengandungi kata adjektif terbitan?
a. Pokok-pokoknya kemetot belaka kerana kekurangan baja.
b. Cara hidup seniman itu amat sederhana.
c. Abang hampir-hampir melanggar kucing yang berada di bahu jalan.
d. Amin bersikap pekak badak ketika ibunya sedang berleter.

4. Pasangan kata yang manakah yang kedua-duanya ialah kata adjektif terbitan.

a. antagonis antikomunis

b. proaktif semerbak

c. tangan panjang ringan tulang

d. merah jambu merah

5. Pilih perkataan kata adjektif terbitan yang betul.
i. Kecantikan, kelihatan
ii. Proaktif, biadap
iii. Terberat, keberatan
iv. Kemetot, kurus kering

a. i dan iv
b. i dan ii
c. ii dan iii
d. iii dan iv

15

Soalan Subjektif
1. Bina ayat berdasarkan kata adjektif terbitan berikut.

a) Kemelayuan:
b) Tertinggi:

2. Nyatakan kata adjektif terbitan yang terdapat pada ayat berikut.
a) Kau jangan biadap sangat dengan aku. Faham! :
b) Drama yang bertemakan perpaduan itu sinambung daripada sebuah filem. :

3. Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

1. Ali pelajar yang _______ dalam terbesar

kelas itu.

2. Aminah tidak _______ abangnya. setinggi

3. Kelulusannya tidak ________ sepandai

kelulusan adiknya.

4. Ikan paus merupakan mamalia terkecil

_______ di lautan.

4. Senaraikan empat kata adjektif terbitan yang anda tahu.
a)
b)
c)
d)

16

2.3 KATA ADJEKTIF GANDA
Kata adjektif ganda bermaksud perkataan yang terhasil daripada proses pengulangan kata
dasar adjektif. Kata adjektif gandaan diterbitkan melalui tiga cara iaitu:

I. Penggandaan penuh kata adjektif
II. Penggandaan separa kata adjektif
III. Penggandaan berentak kata adjektif

2.3.1 Penggandaan Penuh Kata Adjektif
Penggandaan penuh kata adjektif terhasil daripada pengulangan kata adjektif tunggal
untuk memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh.

FORMULA: kata adjektif tunggal + kata adjektif tunggal
= Penggandaan penuh kata adjektif

Contoh perkataan penggandaan penuh kata adjektif: pandai-pandai
sihat-sihat
laju-laju takut-takut
tinggi-tinggi kasar-kasar
besar-besar kacak-kacak
panjang-panjang lama-lama
rendah-rendah awal-awal
merah-merah
kecil-kecil hampir-hampir
cantik-cantik

17

Contoh ayat:
1. Anak perempuan Pak Ali cantik-cantik belaka.
2. Bangunan yang dibina di ibu kota Kuala Lumpur tinggi-tinggi dan memukau
pandangan mata.
3. Abang hampir-hampir melanggar kucing yang berada di bahu jalan.
4. Pelajar sekolah itu pandai-pandai belaka.

Contoh penggandaan penuh kata adjektif:
KEPINTARAN akal fikiran merupakan satu nilai yang tinggi bagi seorang insan.
Portfolio diri akan jadi bertambah berharga, jika dikurniakan raut wajah yang jelita.
Sekiranya kedua-dua kriteria berkenaan disinergikan, maka, beruntunglah orang itu.
Mencari pakej lengkap itu tidak mudah. Namun di celah-celah kehidupan manusia,
wujud wanita yang memiliki kelebihan itu. Individu yang dimaksudkan ialah Nur
Nazirah Md Nasir.
“Saya rasa terharu sangat sebab saya tahu ramai lagi dekat luar sana yang jauh lebih
bijak dan cantik-cantik belaka, tetapi bila saya diberikan gelaran seumpama itu
(beauty with the brain), hati saya berbunga-bunga.
“Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencapai cita-cita lebih tinggi lagi,”
ujarnya memberi reaksi balas ketika diwawancara secara maya baru-baru ini.

(Sumber: Sinar Plus Sinar Harian 8 November 2020)

18

Penggandaan penuh kata adjektif yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah cantik-
cantik.

2.3.2 Penggandaan Separa Kata Adjektif
Penggandaan separa kata adjektif merupakan proses mengulang atau menggandakan
kata dasar adjektif tanpa menggandakan imbuhannya. Kata adjektif gandaan separa
terbahagi kepada tiga cara pembentukan iaitu:
i. Penggandaan separa pada kata berawalan.

FORMULA: se- (kata adjektif tunggal) + (kata adjektif tunggal)
= Penggandaan separa kata adjektif

ii. Penggandaan separa pada kata berakhiran

FORMULA: (kata adjektif tunggal) + (kata adjektif tunggal)-an
= Penggandaan separa kata adjektif

iii. Penggandaan separa pada kata berapitan

FORMULA: ke- (kata adjektif tunggal) + (kata adjektif tunggal) -an
= Penggandaan separa kata adjektif

Contoh perkataan penggandaan separa kata adjektif:

sepandai-pandai besar-besaran kekuning-kuningan
setinggi-tinggi kenang-kenangan kemerah-merahan

sebaik-baik kecil-kecilan kegila-gilaan
sekecil-kecil awal-awalan kebodoh-bodohan

19

selemah-lemah gila-gilaan kemalu-maluan
sekerdil-kerdil manis-manisan kerindu-rinduan

Contoh ayat:
1. Sambutan hari lahir ibu disambut secara kecil-kecilan sahaja.
2. Pengetua memberikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Polis

Daerah yang merasmikan majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah itu.
3. Ustaz mengajar pelajarnya melakukan kebaikan walaupun sekecil-kecil kuman.
4. Muka kakak kemerah-merahan apabila menerima pujian daripada jiran kami.

Contoh penggandaan separa kata adjektif:
KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat mengenai
kemasukan besar-besaran Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari negara jiran ke Sabah
bertujuan membuat kekacauan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September depan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali, berkata susulan itu pihaknya akan
menggerakkan aset semaksimum mungkin bagi mengekang kemasukan mereka.
"Kita sedia maklum situasi peningkatan kes positif COVID-19 secara seratus peratus
di negeri ini terutama dalam kalangan PATI di pantai timur Sabah.
"Saya sudah berhubung dengan Komander ESSCOM untuk meningkatkan tahap
keselamatan bagi menghalang kemasukan PATI ke pantai timur Sabah dan sempadan
Sabah di Kalimantan.

(Sumber: Berita Harian Online 20 September 2020)
Penggandaan separa kata adjektif yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah besar-
besaran.

20

2.3.3 Penggandaan Berentak Kata Adjektif
Penggandaan berentak kata adjektif ialah proses yang terhasil daripada pengulangan kata
dasar berasaskan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.

FORMULA: Kata adjektif (dasar) + rentak bunyi kata dasar
= penggandaan berentak kata adjektif

Contoh perkataan penggandaan berentak kata adjektif:

hiruk-pikuk compang-camping
karut-marut lekak-lekuk
kelam-kabut
kusut-masai kontang-kanting
porak-peranda kucar-kacir
gilang-gemilang hingar-bingar
senang-lenang gelap-gelita
lambat-laun

Contoh ayat:
1. Laluan untuk pulang ke rumah itu gelap-gelita.
2. Jangan percaya pada cerita yang karut-marut itu.
3. Rambut kakak kusut-masai selepas bangun daripada tidur.
4. Kehidupannya senang-lenang selepas mendapat pekerjaan yang bagus.

21

Contoh penggandaan berentak kata adjektif:
KUALA LUMPUR: Meskipun tiada perarakan atau acara sambutan secara gilang
gemilang tahun ini, tidak semestinya Hari Kemerdekaan 2020 tidak dapat disambut
dengan meriah.
Ekoran itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri, menyahut rakyat Malaysia untuk meraikan
ulang tahun kemerdekaan tahun ini dengan perkongsian foto ekspresi kemerdekaan di
platform media sosial melalui kempen #MomenNegaraku.
"Ya, memang betul kita tiada perhimpunan, perarakan dan sebagainya, tetapi itu
bukanlah alasan tak boleh menyambut dengan gilang gemilang.

(Sumber Berita Harian Online 30 Ogos 2020)

Penggandaan berentak kata adjektif yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah gilang-
gemilang.

AKTIVITI:
Nama aktiviti: Bina Kamus Adjektif
1. Guru membentuk beberapa kumpulan pelajar lalu diberikan teks dalam bentuk

majalah atau surat khabar bagi setiap kumpulan.
2. Pelajar diminta mencari kata adjektif ganda yang terdapat di dalam teks tersebut.
3. Gunting dan tampal perkataan-perkataan yang dijumpai ke dalam buku yang

disediakan mengikut golongan kata adjektif ganda yang betul.
4. Kemudian, bina ayat berdasarkan perkataan-perkataan yang dijumpai.

22

5. Guru memilih wakil ke hadapan bilik darjah untuk bacakan ayat yang telah dibina
berdasarkan kata adjektif ganda. Melalui kaedah ini pelajar akan dapat mengenalpasti
golongan kata adjektif ganda dan mampu aplikasikannya dalam bentuk ayat.

LATIHAN:
Soalan objektif
1. Yang manakah menunjukkan perkataan penggandaan penuh kata adjektif?

a. tinggi-tinggi
b. serendah-rendah
c. makan-makan
d. guru-guru

2. Antara berikut manakah perkataan penggandaan berentak kata adjektif?
I. Hiruk-pikuk
II. Gunung-ganang
III. Compang-camping
IV. kuih-muih
a. I, II dan III
b. II dan IV
c. I dan III
d. I, II, III dan IV

3. Berikut merupakan perkataan penggandaan separa kata adjektif, kecuali.
a. kekuning-kuningan
b. saudara-mara

23

c. sepandai-pandai
d. besar-besaran

4. Perkataan rindu-rinduan tergolong dalam perkataan kata adjektif ganda:
a. Penggandaan penuh kata adjektif
b. Penggandaan berentak kata adjektif
c. Penggandaan separa pada kata berakhiran
d. Penggandaan separa pada kata apitan

Soalan subjektif

1. Berikan definisi penggandaan penuh kata adjektif.

2. Senaraikan jenis penggaandaan separa kata adjektif beserta contoh.

3. Bina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan.
a) Cepat-cepat
b) Kekuning-kuningan
c) Gilang-gemilang

4. Nyatakan jenis kata adjektif ganda berikut.
a) Kontang-kanting
b) Kemalu-maluan
24

c) Sebaik-baik
d) Rendah-rendah
e) Lekak-lekuk
f) besar-besar

2.4 KATA ADJEKTIF MAJMUK
Kata adjektif majmuk ialah perkataan yang terhasil daripada proses yang merangkaikan
dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk dieja
terpisah dan bertindak sebagai satu unit.

FORMULA: KA (kata adjektif) + KA (kata adjektif)
Contoh: merah (KA) + muda (KA) = merah muda

Contoh kata adjektif majmuk ialah: Biru laut
Hijau daun
Merah api Putih telur
Kuning langsat Merah muda
Merah jambu
Hitam legam

Contoh ayat:
i. Rumah baru gadis itu telah dicat dengan warna biru laut.
ii. Baju yang dipakai oleh kakak itu berwarna merah jambu.

25

iii. Jurusolek itu mudah untuk memberi solekan kepada Alia kerana dia mempunyai
kulit berwarna kuning langsat.

Terdapat juga kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri
daripada simpulan bahasa.

Contoh kata adjektif majmuk maksud kiasan ialah:

Terang hati Panjang tangan
Rabun ayam Ringan tulang
Pekak badak Besar kepala

Contoh ayat:

i. Bapa tidak boleh memandu pada waktu malam kerana dia rabun ayam.
ii. Pekerja baru itu dipuji oleh majikannya kerana dia ringan tulang.
iii. Amin bersikap pekak badak ketika ibunya sedang berleter.

Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali imbas seolah-olah kata adjektif
majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima
penyisipan di antaranya.

Contoh rangkaian kata adjektif majmuk ialah:

Cantik manis: Cantik dan manis
Panas terik Panas yang terik
Jimat dan cermat
Jimat cermat: Muda dan remaja
Muda remaja:

26

Contoh ayat:
i. Ibu Arman yang berumur 45 tahun itu dilihat masih muda remaja.
ii. Mira perlu jimat cermat kerana wang simpananya hampir habis.

iii. Wani kelihatan cantik manis ketika memakai baju kebaya itu.

Contoh penggunaan kata adjektif majmuk dalam petikan akhbar:
Kuala Lumpur: Dua lelaki warga asing yang dipakai gelang merah jambu bagi
mengelak mereka keluar dari sebuah tapak pembinaan di ibu kota selepas ujian
saringan dijalankan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki terbabit
antara 264 pekerja tapak binaan yang disaring Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).
Menurutnya, walaupun dipakaikan gelang merah jambu mereka masih boleh bergerak
di dalam tapak pembinaan berkenaan.
"Mereka berada di dalam kawasan tapak bina dan dipakaikan gelang kerana bukan
warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina.

(Sumber: My Metro 17 November 2020)
Kata adjektif majmuk yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah merah jambu.

AKTIVITI:
Nama aktiviti; Adjektif VS Teks

1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri
daripada tiga orang pelajar.

27

2. Setiap kumpulan diberikan teks petikan yang telah dipilih dan disediakan oleh
guru.

3. Pelajar diminta mencari dan menganalisis kata adjektif majmuk di dalam teks
petikan dalam masa 5 minit.

4. Selepas 5 minit, wakil setiap kumpulan diminta menyenaraikannya di papan
putih.

5. Akhir sekali, guru akan menilai jawapan dan kumpulan yang mempunyai
jawapan betul paling banyak akan diberikan hadiah buku nota sebagai ganjaran.

LATIHAN:
Soalan objektif

1. Pilih perkataan kata adjektif majmuk yang betul.
I. Kurus kering
II. Nyenyak

III. Besar
IV. Gagah perkasa

a. I dan II
b. II dan III
c. III dan IV
d. I dan IV

2. Berikut merupakan kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, kecuali.
a. Rabun ayam

28

b. Besar kepala
c. Tua muda
d. Terang hati

3. Yang manakah menunjukkan rangkaian kata adjektif yang sekali imbas seolah-
olah kata adjektif majmuk?
a. Miskin kaya
b. Putih telur
c. Panjang tangan
d. Rendah-rendah

4. Yang manakah ayat yang mengandungi kata adjektif majmuk?
a. Zakirah kelihatan cantik manis apabila memakai selendang pemberian ibu.
b. Tanah di tapak pembinaan itu tinggi-tinggi
c. Lelaki yang berdiri di tepi bangunan itu gemuk
d. Suasana di taman yang Akira dan keluarganya tinggal masih aman

Soalan subjektif
1. Apakah maksud kata adjektif majmuk?

2. Bina ayat berdasarkan kata adjektif majmuk berikut.

29

Biru laut Riang gembira

a)
b)

3. Nyatakan kata adjektif majmuk yang terdapat pada ayat berikut:
a) Cuaca di Bagan Serai pada hari ini panas terik
b) Wajah lelaki yang berada di kedai itu kelihatan hitam manis

a)
b)

4. Senaraikan contoh kata adjektif majmuk yang anda tahu.
a)
b)
c)

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembinaan modul ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai kata
adjektif mengikut pengkelasan yang berbeza berdasarkan ciri-cirinya. Selain itu, modul ini
juga mengandungi penerangan yang lebih terperinci mengenai kata adjektif dan
bersertakan latihan yang berfokuskan kata adjektif untuk pemahaman pembaca. Pada
dasarnya, kata adjektif terbahagi kepada empat pecahan utama, iaitu kata adjektif tunggal,
kata adjektif terbitan, kata adjektif ganda dan kata adjektif majmuk. Keempat-empat jenis
kata adjektif ini mempunyai fungsi dan ciri yang berbeza. Hal ini dikatakan demikian

30

kerana penggunaan kata adjektif adalah tidak sama mengikut konteks pembinaan sesuatu
ayat.

Kata adjektif tunggal terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata
tunggal. Kata adjektif terbitan pula terhasil daripada proses pengimbuhan. Sementara itu,
kata adjektif ganda terhasil daripada proses pengulangan kata dasar adjektif. Akhir sekali,
kata adjektif majmuk terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih
yang membawa makna tertentu.

31

BIBLIOGRAFI
Ahmad Khair Mohd Nor. (2018). Teks Lengkap Tatabahasa Bahasa Melayu STPM

(Bahasa Melayu 910/2). Selangor: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Arziana Mohmad Azaman. (2020). Digelar beauty with the brain, adik pelakon popular,
Anzalna kongsi tip kecemerlangan. Diperoleh daripada
https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-masyarakat/inspirasi/digelar-beauty-
with-the-brain-adik-pelakon-popular-anzalna-kongsi-tip-kecemerlangan/

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Selangor Darul
Ehsan: My Bookpal Sdn. Bhd.

Ekhwan Haque Fazlul Haque. (2020). Gelang merah jambu elak warga asing keluar tapak

pembinaan. Diperoleh daripada

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/642925/gelang-merah-jambu-

elak- warga-asing-keluar-tapak-pembinaan

Fatin Farhana Ariffin. (2020). #momenNegaraku semarak Hari Kemerdekaan. Diperoleh
daripada https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/08/726123/momen
negaraku-semarak-hari-kemerdekaan

Juan Riduan. (2020). Kemasukan PATI besar-besaran, PDRM gerak aset semaksimum
mungkin. Diperoleh daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/733423/kemasukan-pati-
besar-besaran-pdrm-gerak-aset-semaksimum-mungkin

Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof. (2009). Pembelajaran
Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Najiy Jefri. (2020, Disember 19). Korbankan kecantikan dengan berniqab. My Metro.

Diperoleh pada Disember 22, 2020 daripada

https://www.hmetro.com.my/rap/2020/10/635975/korbankan-kecantikan-dengan-

berniqab.

LAMPIRAN
Jawapan latihan bagi kata adjektif tunggal
Objektif:
1. A
2. C
3. D
4. D
Subjektif:

1. a) Kata yang tidak mengalami pengimbuhan, penggandaan dan apa-apa proses.

b) Boleh berdiri sendiri.

2. a) Baju berwarna merah itu kepunyaan adik saya.

b) Ayah tetap menyayangi keretanya itu walaupun sudah buruk.

3. a) Azam menulis nama pelajar yang bising di dalam kelas.

b) Pemuda itu mempunyai sifat berani dalam menempuhi segala rintangan
semasa berada di dalam hutan.

4. I. Comel

II. Ungu

Jawapan latihan kata adjektif terbitan:
Soalan objektif:
1. C
2. D
3. A

4. B
5. B

Soalan subjektif:
Soalan 1
a) Sifat kemelayuannya terselah ketika dia memakai baju tradisional.
b) Amir merupakan seorang pelajar yang tertinggi dalam kelasnya itu.

Soalan 2
a) Kau jangan biadap sangat dengan aku. Faham!
b) Drama yang bertemakan perpaduan itu sinambung daripada sebuah filem.

Soalan 3 terbesar
1. Ali pelajar yang _______ dalam
kelas itu. setinggi
2. Aminah tidak _______ abangnya. sepandai
3. Kelulusannya tidak ________
kelulusan adiknya. terkecil
4. Ikan paus merupakan mamalia
_______ di lautan.

Soalan 4
Senaraikan empat kata adjektif terbitan yang anda tahu.

a) biadap
b) antidadah
c) terbesar
d) terpanjang

2

Jawapan latihan kata adjektif ganda:
Objektif:
1. A
2. C
3. B
4. C
Subjektif:
1. Penggandaan penuh kata adjektif ialah perkataan yang terhasil daripada pengulangan
kata adjektif tunggal untuk memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh.

2. a) Penggandaan separa pada kata berawalan.
contoh: setinggi-tinggi, serendah-rendah, sekerdil-kerdil, sedalam-dalam
b) Penggandaan separa pada kata berakhiran
contoh: besar-besaran, rindu-rinduan, kecil-kecilan, awal-awalan
c) Penggandaan separa pada kata berapitan
contoh: kehijau-hijauan, kegila-gilaan, kemalu-maluan, kekuning-kuningan

3. a) Adik cepat-cepat bersiap untuk ke sekolah.
b) Pisang yang berwarna kekuning-kuningan itu sungguh enak untuk dimakan.
c) Acara senamrobik itu berlangsung dengan gilang-gemilang.

4. a) Penggandaan berentak kata adjektif
b) Penggandaan separa kata adjektif
c) Penggandaan separa kata adjektif
d) Penggandaan penuh kata adjektif

e) Penggandaan berentak kata adjektif
f) Penggandaan penuh kata adjektif

Jawapan latihan kata adjektif majmuk:
Objektif:

1. D
2. C
3. A
4. A
Subjektif:
1. Kata adjektif majmuk ialah perkataan yang terhasil daripada proses yang

merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata
adjektif majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
2. a) Biru laut- Rumah baru Aina di Pekan itu dicat oleh bapanya dengan warna biru
laut
b) Riang gembira- Semua pelajar riang gembira apabila mendengar pengumuman
yang baik itu
3. a) panas terik
b) hitam manis
4. a) aman damai
b) baik hati
c) tinggi lampai

2


Click to View FlipBook Version