The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Mencipta Buku Skrap Digital (Anyflip@Flipbook) Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Seremban Tahun 2021

Tema: Negaraku Malaysia
Tajuk: Tok Janggut Tokoh Kemerdekaan Negara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11464878, 2021-09-26 11:05:50

Tok Janggut Tokoh Kemerdekaan Negara

Pertandingan Mencipta Buku Skrap Digital (Anyflip@Flipbook) Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Seremban Tahun 2021

Tema: Negaraku Malaysia
Tajuk: Tok Janggut Tokoh Kemerdekaan Negara

Tema: Tok Janggut Tokoh Kemerdekaan Negara Negaraku Malaysia TTaajjuukk:: Ash-Shayma’ binti Mohd Hatta 5 Proaktif

1. Pendahuluan 2. Biodata Tok Janggut 3. Pendidikan Tok Janggut 4. Kerjaya Tok Janggut 5. Sumbangan Tok Janggut 6. Nilai Kepimpinan Yang Boleh Dicontohi Oleh Generasi Zaman Sekarang 7. Koleksi Gambar Tok Janggut 8. Penutup/Kesimpulan 9. Sumber rujukan Kandungan

Pendahuluan Pejuang-pejuang kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Segala pengorbanan, rintangan, dan penat lelah mereka berbakti untuk negara wajar diteladani. Kesedaraan terhadap pengorbanan dan jasa pejuang-pejuang negara, mengilhamkan kepada saya untuk menghasilkan buku skrap berkaitan salah seorang tokoh pejuang negara iaitu Tok Janggut.

Biodata Tok Janggut Nama Sebenar : Haji Mat Hassan bin Munas Nama Gelaran : Tok Janggut ( kerana memelihara janggutnya hingga ke paras dada) Umur Semasa Meninggal Dunia : Sekitar 116 tahun Tahun Lahir : Pada tahun 1853 Tempat Lahir : Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan Tempat Tinggal : Kampung Nering, Kelantan

Pendidikan Tok Janggut Tok Janggut mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan di Makkah. Ada riwayat menyatakan bahawa beliau ialah anak murid Tok Ku Paloh. Selain itu, gurunya di Makkah bernama Syeikh Ahmad. Tok Janggut seorang yang mahir bersilat. Walau bagaimanapun Tok Janggut menjalani kehidupan seharian seperti manusia biasa.

Kerjaya Tok Janggut Tok Janggut merupakan seorang ulama dan pahlawan yang sanggup menggadai nyawa menentang British. Beliau menjadi seorang ulama yang telah mendalami ilmu agama di pondok, sebelum ke Makkah. Beliau juga merupakan ulama yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Semasa penjajahan British beliau berjaya menguasai Pasir Puteh dan berkubu di Kampung Dalam Pupuh.

Sumbangan Tok Janggut Tok Janggut menentang penjajahan British, membuat penentangan terhadap kadar baru cukai yang dikenakan ke atas penduduk Kelantan yang dianggap tidak munasabah dan membebankan penduduk serta memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu susulan campur tangan British di Kelantan menerusi Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Beliau juga menyedarkan penduduk Melayu agar tidak menyokong sebarang kuasa yang berperang dengan kerajaan turki.

Nilai Kepimpinan Yang Boleh Dicontohi Oleh Generasi Zaman Sekarang Terdapat banyak nilai kepimpinan Tok Janggut yang boleh dicontohi seperti tidak mudah berputus asa, sanggup berjuang demi negara, kesungguhannya menentang kezaliman British, mempunyai semangat untuk mempertahankan kawasannya daripada penjajah dan semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwanya itu menyebabkan dia tidak mudah mengalah.

Penutup/Kesimpulan Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mempertahankan negara serta menentang penjajahan dan kuasa asing. Selain itu, sikap bekerjasama, tolongmenolong, berdisiplin dan gigih berusaha dapat menghasilkan perjuangan yang berjaya. Oleh itu, kita patut mengambil iktibar dengan berusaha melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang baik supaya tidak dijajah lagi.

Koleksi Gambar Tok Janggut gambar Tok Janggut digantung sonsang Jenazah Tok Janggut sebelum dikebumikan Gambar sebenar Tok Janggut Lakaran yang dilakar oleh waris Tok Janggut Tugu Tok Janggut Makam Tok Janggut

Sumber Rujukan Buku/jurnal/orang sumber/laman sesawang rasmi http://khairulikhram.blogspot.com/2015/03/biodata-danlatar-belakang.html Link sumberrujukan dari laman sesawang rasmi: https://cft1063hidstokjanggut.wordpress.com/sejarah/ https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/08 /184578/tok-janggut-ulama-dan-pahlawan-melayu https://www.facebook.com/spmmusim/photos/pcb.3556 029401120334/3556028811120393

Sekian, Terima Kasih

Click to View FlipBook Version