LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
JOM KITAR SEMULA
@
KOMUNITI BLOK E
PPR LEMBAH SUBANG 2
(PROJEK 5R)
RINGKASAN PROJEK
JENIS PROJEK : Projek 5R
JANGKA WAKTU / MASA : 1 minggu
LOKASI : Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2
PESERTA : Penduduk taman perumahan
JUMLAH PESERTA : 30 - 50 orang
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN :
1. Kempen Kitar Semula
2. Pembuangan Bahan Kitar Semula
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan…………………………………………………………………….…………………1
2.0 Fasa Perancangan…………………………………………………………………………..…..2
2.1 Kertas Kerja…………………………………………………………………..……….…….2
3.0 Fasa Pelaksanaan …………………………………………………………………………..…..8
3.1 Proses penyediaan tempat membuang barangan terpakai…………………….…..8
3.2 Proses hebahan………………………………………………………………….……..9
3.3 Proses pengumpulan barangan terpakai……………………………………………11
3.4 Proses penghantaran barangan terpakai ke pusat kitar semula………………….11
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan…………………………………………………………….……..15
5.0 Analisis SWOT………………………………………………………………………………….16
5.1 Kekuatan……………………………………………………………………………..…16
5.2 Kelemahan………………………………………………………………………….…..16
5.3 Peluang………………………………………………………………………………….17
5.4 Ancaman…………………………………………………………………………….….18
6.0 Cadangan penambahbaikan…………………………………………………………………..18
7.0 Penutup……………………………………………………………………………………….…19
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
JOM KITAR SEMULA @ KOMUNITI BLOK E
PPR LEMBAH SUBANG 2
1.0 Pengenalan
Menurut Department of Statistics Malaysia (2020), sebanyak 4,013.2 tan hasil bahan
buangan terkumpul telah dicatatkan pada tahun 2019 dan Selangor merupakan negeri yang
memiliki rekod hasil bahan buangan tertinggi dengan catatan sebanyak 1,099.9 tan bahan
buangan terkumpul pada tahun yang sama. Penghasilan bahan buangan dengan kuantiti
yang tinggi sedikit sebanyak memberi impak yang negatif terhadap alam sekitar
terutamanya bahan buangan yang sukar untuk diuraikan secara semulajadi seperti plastik.
Sekiranya pihak-pihak pengurusan bahan buangan tidak menguruskan bahan buangan
tersebut dengan baik, ia akan menjejaskan kehidupan alam sekitar. Contoh pengurusan
bahan buangan yang tidak baik adalah dengan membakar sisa plastik dengan alasan
kaedah ini adalah kaedah yang cepat untuk melupuskan bahan buangan tersebut. Kaedah
ini memberi kesan yang buruk kerana pembakaran plastik membebaskan gas-gas
berbahaya seperti dioxin.
2.0 Fasa Perancangan
Fasa perancangan melibatkan perancangan kertas kerja cadangan. Pada fasa ini,
beberapa aspek dalam merangka kertas kerja cadangan turut dipertimbangkan seperti
matlamat dan objektif program, cadangan aktiviti pelaksanaan, anggaran perbelanjaan
serta peruntukan. Berikut merupakan kertas kerja cadangan yang telah dirangka bagi
menjayakan program ini:
1
KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM JOM KITAR SEMULA
@ KOMUNITI BLOK E
PPR LEMBAH SUBANG 2
TARIKH: 3 OKTOBER 2022 – 9 OKTOBER 2022
DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD FAIZ BIN MOHAMAD AMIN
2
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Matlamat
3.0 Objektif
4.0 Rasional
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
6.0 Rancangan aktiviti
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Penghijauan di SK Bandar Baru Ampang
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan
8.2 Peruntukan
9.0 Penutup
3
1.0 Pengenalan
Program Jom Kitar Semula merupakan salah satu aktiviti lestari alam sekitar yang
mempunyai potensi dalam meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan
aktiviti penghijauan dan penjagaan alam sekitar melalui aktiviti yang dijalankan.
2.0 Matlamat
Program ini dijalankan bertujuan untuk memupuk kesedaran ahli keluarga dan
masyarakat setempat akan kepentingan aktiviti kitar semula sebagai salah satu amalan
gaya hidup lestari bagi memastikan alam sekitar terpelihara. Selain itu, program ini turut
menggalakkan penduduk setempat terutamanya Komuniti Blok E PPR Lembah Subang
2 dalam menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada gaya hidup
seharian.
3.0 Objektif
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
i) Memupuk amalan kitar semula dalam kalangan penduduk setempat
ii) Menyemai nilai keprihatinan dalam menjaga dan mengekalkan kelestarian alam
sekitar
iii) Menyahut seruan kerajaan Malaysia supaya mengekalkan kelestarian alam
sekitar melalui aktiviti penghijauan.
4.0 Rasional
Program Jom Kitar Semula yang bakal dijalankan ini adalah diharapkan supaya dapat
mendidik penduduk setempat agar menjadi masyarakat yang menjadikan usaha
melestarikan alam sebagai satu keutamaan demi generasi yang akan datang.
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
Tarikh: 3 Oktober 2022 hingga 9 Oktober 2022
Tempat: Blok E, PPR Lembah Subang 2
Sasaran: 50 orang
Cadangan nama program: Program Jom Kitar Semula @ Komuniti PPR
Lembah Subang 2
4
6.0 Rancangan aktiviti
Beberapa aktiviti akan dirancang bagi menjayakan program Jom Kitar Semula ini.
Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi proses perbincangan mengenai jenis-jenis bahan
barangan terpakai yang boleh dikitar semula, kaedah pengumpulan dan pengutipan
barangan terpakai, lokasi yang sesuai untuk meletakkan barangan kitar semula serta
pemilihan pusat pengumpulan kitar semula yang terdekat.
5
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Jom Kitar Semula di Blok E PPR Lembah Subang 2
6
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan:
Item Kuantiti Kos (RM) Jumlah (RM)
Tong kitar semula 3 13.90 41.70
Plastik sampah 2 3.30 6.60
Pita pelekat dua muka 1 1.30 1.30
(double sided tape)
Kunci mangga 1 5.90 5.90
(padlock)
Rantai 4 2.40 9.60
Tali pengikat 1
JUMLAH 1.80 1.80
KESELURUHAN
(RM) 66.90
8.2 Peruntukan:
Peruntukan daripada : Sendiri
9.0 Penutup
Sebagai penutup, diharapkan agar semua pihak yang terlibat dalam program ini dapat
memberi kerjasama dalam menjayakan program ini agar matlamat program ini dapat dicapai
dengan jayanya.
Disediakan oleh,
……………………………………………
(MOHAMAD FAIZ BIN MOHAMAD AMIN)
7
3.0 Fasa Pelaksanaan
Dalam program ini, fasa pelaksaan merangkumi beberapa proses. Proses yang
pertama ialah proses penyediaan tempat membuang barangan terpakai. Seterusnya
ialah proses hebahan, disusuli dengan proses pengumpulan barangan terpakai,
proses pengasingan barangan terpakai dan akhir sekali, proses penghantaran
barangan terpakai ke pusat kitar semula.
3.1 Proses Penyediaan Tempat Membuang Barangan Terpakai
Semasa proses penyediaan tempat pembuangan barangan terpakai, pihak
penganjur memastikan setiap barangan yang diperlukan dalam menjayakan program
ini mencukupi dengan membeli barang-barang yang telah disenaraikan dalam
perbelanjaan seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja. Ini termasuk tong-tong kitar
semula yang digunakan untuk mengumpul barangan terpakai.
Semasa proses ini juga, pihak penganjur memilih kawasan yang sesuai untuk
dijadikan sebagai tempat untuk meletakkan tong kitar semula. Terdapat beberapa
faktor yang diambilkira dalam menentukan tempat yang sesuai untuk meletak tong
kitar semula. Ini termasuk tidak menghalang laluan yang digunakan oleh masyarakat
setempat. Hal ini demikian kerana jika tong tersebut diletakkan di kawasan yang
dilalui oleh orang awam, ia akan menggangu mereka untuk melalui kawasan tersebut.
Selain itu, tong yang diletakkan perlulah mudah untuk dicapai serta mudah untuk
dilihat oleh orang ramai agar mereka dapat meletakkan barangan terpakai yang
mereka ingin kitar semula dengan lebih mudah.
Setelah memilih lokasi yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pengumpulan
barangan terpakai sementara, tong kitar semula diletakkan di kawasan yang terpilih.
Setelah itu, ketiga-tiga tong tersebut dilabelkan mengikut jenis bahan yang ingin
dikumpulkan iaitu kertas, plastik dan kaca. Setelah itu, tong-tong tersebut diikat
menggunakan rantai dan dikunci menggunakan kunci mangga. Hal ini demikian
kerana dengan mengikat tong kitar semula dengan menggunakan rantai dan kunci
mangga, ia dapat mengelakkan tong kitar semula tersebut daripada dicuri oleh pihak-
pihak yang tidak bertanggunggjawab. Akhir sekali, poster utama program Jom Kitar
Semula ditampal berhampiran dengan tong kitar semula tersebut sebagai makluman
bahawa tong kitar semula ini adalah untuk menjayakan program ini.
8
Gambar 1 Penyediaan tong kitar semula
3.2 Proses Hebahan
Proses hebahan dilakukan bagi memaklumkan penduduk setempat tentang program
yang dijalankan. Hal ini penting bagi menjamin penglibatan penduduk Blok E PPR
Lembah Subang 2 dalam menyertai program ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Untuk proses hebahan, pihak penganjur telah menyediakan sebuah poster utama
program Jom Kitar Semula @ Komuniti Blok E PPR Lembah Subang 2. Poster ini
merangkumi maklumat-maklumat penting termasuk tarikh pelaksanaan dan lokasi
pengumpulan barangan terpakai. Selain itu, sebuah video khas telah dihasilkan di
mana video tersebut merupakan sebuah video yang menayangkan tentang
kepentingan amalan kitar semula. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk
menarik minat penduduk setempat untuk memupuk amalan kitar semula dalam
kehidupan seharian. Oleh itu, program ini telah diwujudkan bagi memberi peluang
kepada penduduk setempat untuk mengamalkan amalan kitar semula dengan cara
membuang barangan terpakai ke tong kitar semula yang disediakan.
9
Setelah kedua-dua poster utama dan video khas tersebut dihasilkan, pihak penganjur
memuat naik poster utama dan video khas melalui Whatsapp Group Komuniti Blok E
PPR Lembah Subang 2 yang disertai oleh 264 orang pengguna Whatsapp.
Gambar 2 Poster utama program Jom Kitar Semula
10
Gambar 3 Group Whatsapp Komuniti Blok E PPR LS2
(Nombor telefon dikaburkan bagi tujuan privasi)
3.3 Proses Pengumpulan Barangan Terpakai
Semasa proses pengumpulan barangan terpakai, penduduk setempat yang ingin
membuang barangan terpakai hadir ke tong kitar semula untuk membuang barangan
tersebut mengikut jenis barangan terpakai yang telah ditetapkan.
3.4 Proses Penghantaran Barangan Terpakai
Setelah penduduk setempat membuang barangan terpakai ke tong kitar semula yang
disediakan, barangan terpakai yang terkumpul melalui tong kitar semula itu
diletakkan ke dalam bag plastik khas mengikut jenis bahan barangan terpakai iaitu
kertas, plastik dan kaca. Setelah itu, hasil kutipan barangan terpakai itu dibawa ke
pusat kitar semula terdekat iaitu PJ Eco Recycling Plaza. Pusat kitar semula ini
berada di Petaling Jaya, Selangor. Setibanya berada di pusat kitar semula, barangan
11
terpakai yang telah dikumpulkan hasil daripada kerjasama Komuniti Blok E PPR
Lembah Subang 2 itu dibawa ke Drop-Off Point di mana barangan terpakai tersebut
dibuang mengikut kategori yang telah disediakan.
Gambar 4 proses sebelum penghantaran barangan terpakai ke pusat kitar semula
Gambar 5 Hasil kutipan barangan terpakai
12
Gambar 6 Drop-Off Point
Gambar 7 Proses menghantar barangan terpakai ke Drop-Off Point
13
Gambar 8 Proses meletakkan barangan terpakai ke tong kitar semula
Gambar 9 Proses meletakkan barangan terpakai ke tong kitar semula
14
Gambar 10 Sesi fotografi bersama staf PJ Eco Recycling Plaza
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
Setelah selepas pelaksanaan melibatkan perbincangan post-mortem yang dilakukan
pada hujung program. Semasa perbincangan post-mortem dilakukan, terdapat empat
aspek yang dilihat dalam usaha memastikan kualitit program ini akan bertambah jika
dilaksanaan pada masa yang akan datang. Aspek pertama ialah kekuatan, diikuti
dengan aspek kelemahan, aspek peluang serta aspek ancaman.
15
5.0 Analisis SWOT (Kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman)
5.1 Kekuatan
Antara kekuatan yang ditemui dari program Jom Kitar Semula yang telah dijalankan
ini ialah pengaplikasian konsep 5R. 5R merupakan sebuah konsep pengurusan
bahan buangan yang terdiri daripada lima perkara iaitu Refuse, Reduce, Reuse,
Reform dan Recycle (Circle Waste, 2020). Refuse merujuk kepada mentaliti
pengguna yang menolak penggunaan bahan yang mampu memberi ancaman
kepada alam sekitar. Reduce bermaksud mengurangkan kadar pembuangan dan
pelupusan bahan buangan. Reuse pula bermaksud menggunakan semula
barangan yang digunakan. Contohnya sudu dan garfu plastik yang telah digunakan
boleh diguna semula dengan membasuh dengan bersih. Reform pula merujuk
kepada proses mengubahsuai tujuan sesebuah barangan kepada tujuan yang lain.
Sebagai contoh, bekas plastik yang pada awalnya digunakan untuk membungkus
makanan ditukar menjadi sebuah bekas yang dijadikan sebagai pasu bunga mini.
Akhir sekali, Recycle bermaksud mengitar semula bahan barangan terpakai
menjadi produk yang lain. Contohnya, kertas surat khabar dikitar semula menjadi
pensil melalui proses kitar semula. Pengaplikasian konsep 5R dapat dilihat semasa
masyarakat setempat membuang barangan terpakai ke dalam tong kitar semula
yang telah disediakan.
5.2 Kelemahan
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang didapati setelah program
Jom Kitar Semula ini selesai dilaksanakan. Antara kelemahan yang ditemui ialah
tong kitar semula yang bersaiz kecil akibat tidak cukup dana untuk menampung kos
perbelanjaan. Pada awalnya, pihak penganjur ingin menggunakan tong kitar semula
yang bersaiz besar agar lebih banyak barangan lagi barangan terpakai yang boleh
dimasukkan ke dalam tong kitar semula sebelum dibawa ke pusat kitar semula.
Namun demikian, perancangan ini terpaksa ditukar dengan menggunakan tong yang
lebih kecil daripada sepatutnya. Hal ini demikian kerana berlakunya kekurangan
bajet yang diperlukan dalam mendapatkan tong kitar semula yang lebih besar. Oleh
itu, pihak penganjur terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan dengan membeli tong
kitar semula yang lebih kecil daripada sepatutnya agar bersesuaian dengan kadar
perbelanjaan yang ditetapkan.
16
5.3 Peluang
Semasa menjalankan program ini, terdapat beberapa perkara yang merupakan
peluang yang menjadi pendorong dalam menjayakan program Jom Kitar Semula ini.
Yang pertama ialah kewujudan Group Whatsapp. Dengan adanya Group Whatsapp,
pihak penganjur berupaya untuk membuat hebahan berkenaan pelaksanaan progam
Jom Kitar Semula melalui medium ini. Hal ini memberi beberapa kelebihan yang
mampu menjamin pencapaian matlamat program ini. Antaranya ialah dapat
berkongsi maklumat berkaitan program Jom Kitar Semula tanpa melibatkan kos
perbelanjaan yang tinggi. Dalam proses hebahan program, terdapat beberapa
kaedah yang melibatkan kos yang tinggi. Sebagai contoh, jika pihak penganjur
memliih untuk mencetak poster utama program untuk seluruh penghuni Blok E, ia
pasti akan memakan kos yang sangat tinggi. Namun demikian, dengan adanya
platform ini, pihak penganjur dapat menyebarkan hebahan berkenaan program Jom
Kitar Semula dengan hanya memuat naik gambar poster utama ke dalam Group
Whatsapp.
Pada masa yang sama, kewujudan platform ini turut memberi peluang kepada pihak
penganjur untuk menerapkan nilai dan kepentingan amalan kitar semula sebagai
amalan gaya hidup seharian melalui penghasilan video khas yang telah dihasilkan
dan dikongsikan ke dalam Group Whatsapp tersebut. Video khas itu telah
menyentuh tentang isu semasa berkaitan masalah pertambahan bahan buangan
yang memberi impak yang negatif terhadap alam sekitar serta solusi dalam
mengatasi isu tersebut iaitu dengan mengamalkan prinsip 5R dalam kehidupan
seharian. Dengan platform ini, ia memberi ruang kepada pihak penganjur untuk
menerapkan nilai dan kepentingan amalan kitar semula sebagai gaya hidup seharian.
Selain itu juga, pelaksanaan program ini turut menberi peluang kepada penduduk
setempat untuk mengamalkan prinsip 5R. Hal ini demikian kerana di kawasan ini,
tiada tong kitar semula yang disediakan khas bagi penduduk setempat untuk
membuang barangan terpakai mengikut kategori yang ditetapkan. Oleh hal yang
demikian, tiada persaingan yang berlaku antara pihak penganjur dengan pihak-pihak
yang lain dalam proses pengumpulan barangan terpakai.
17
5.4 Ancaman
Dalam konteks ini, ancaman bermaksud perkara yang menjadi sebab yang mampu
menjadi ancaman kepada program dalam mencapai matlamat atau objektif sesebuah
program. Antara ancaman yang ditemui ialah pembuangan barangan bahan selain
daripada ketiga-tiga jenis bahan terpakai yang disebutkan iaitu kertas, plastik dan
kaca. Hal ini demikian kerana ada kemungkinan bahawa terdapat segelintir
masyarakat yang tidak bertanggunggjawab membuang sampah ke dalam tong kitar
semula kerana lebih dekat dengan rumah mereka berbanding jika dibuang di pusat
pengumpulan sampah. Perkara ini akan mengganggu proses penghantaran
barangan terpakai sebelum dibawa ke pusat kitar semula kerana terpaksa
mengasingkan barangan yang boleh dikitar semula dengan sampah-sampah yang
tidak sepatutnya ada di tong kitar semula.
Selain itu ialah kewujudan risiko kecurian hasil kutipan barangan terpakai. Terdapat
juga kemungkinan bahawa adanya pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil
barangan terpakai yang telah dikumpulkan di dalam tong kitar semula sebelum
dibawa ke pusat pelupusan sampah untuk mendapatkan wang. Perkara ini menjadi
ancaman yang besar kerana sekiranya banyak barangan terpakai yang diambil tanpa
pengetahuan penganjur, maka sedikitlah hasil kutipan barangan terpakai yang
berjaya dikutip di akhir program ini sebelum dibawa ke pusat kitar semula.
Tambahan pula, rantai yang digunakan untuk mengikat ketiga-tiga tong kitar semula
ini ialah rantai plastik. Disebabkan dana yang tidak mencukupi, pihak penganjur
terpaksa membeli rantai plastik bagi menyesuaikan jumlah dana yang dimiliki dengan
jumlah kos perbelanjaan yang perlu ditampung dalam menjalankan program ini.
Risiko kecurian boleh berlaku sekiranya pihak yang tidak bertanggungjawab itu
memutuskan rantai plastik itu dengan mudah sebelum membawa tong kitar semula
ke tempat yang lain.
6.0 Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan kelemahan-kelemahan dan ancaman yang telah dinyatakan, antara
penambahbaikan yang dapat dicadangkan adalah dengan meningkatkan dana yang
digunakan dalam menampung kos perbelanjaan. Hal ini dapat dilaksanakan dengan
membuat kutipan sumbangan melalui medium yang bersesuaian. Apabila dana dapat
ditingkatkan, maka lebih banyak kos perbelanjaan mampu ditampung. Pihak penganjur
18
akan berupaya untuk membeli tong yang lebih besar agar lebih banyak barangan
terpakai dapat dikumpulkan sebelum dibawa ke pusat kitar semula. Selain itu, dengan
dana yang mencukupi, pihak penganjur turut dapat membeli rantai besi agar risiko
kecurian dapat dikurangkan dengan lebih banyak.
7.0 Penutup
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini dilihat berjaya mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh
ditambahbaik dalam memastikan kualiti program ini dapat ditingkatkan pada masa yang
akan datang.
Disediakan oleh,
……………………………………………
(MOHAMAD FAIZ BIN MOHAMAD AMIN)
19
20
Rujukan
Department of Statistics Malaysia, (2020). Environment Statistic 2020. Department of
Statistics Malaysia Official Portal.
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=494&bul_id=dEVMYTl
5VDNhQ2Roby9iK3VxOWM5dz09&menu_id=NWVEZGhEVlNMeitaMHNzK2htRU05dz09
Circle Waste (2020). What are the 5’Rs of Waste Management? Circle Waste.
https://www.circlewaste.co.uk/2020/09/16/what-are-the-5-rs-of-waste-management/
21