Kelolaan Pelajar PISMP AMBILAN JUN 2021/2026 dan PISMP JUN 2022/2027 dengan kerjasamaJPJKKINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS KENT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS KENT
PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) KE-71 IPG KAMPUS KENT SABAH TAHUN 2024 1 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang - Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOM) 2023, Peraturan – Peraturan Am dan Peraturan – Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) ke – 71 IPG Kampus Kent. 2. ACARA – ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT – ALAT PERTANDINGAN KOD ACARA ACARA LELAKI PEREMPUAN/ 01 100M X X 02 200M X X 03 400M X X 04 800M X X 05 1500M X X 06 3000M X 07 5000M X 08 100M LARI BERPAGAR X 0.838m 09 110M LARI BERPAGAR X 1.067m 10 LOMPAT TINGGI X X 11 LOMPAT JAUH X X 12 LOMPAT KIJANG X X 13 MELONTAR PELURU X 7.260kg X 4.000kg 14 MELEMPAR CAKERA X 2.000kg X 1.000kg 15 MEREJAM LEMBING X 800 X 600g 16 4 X 100M X X 17 4 X 400M X X 18 4 X 100M CAMPURAN 3. HADIAH – HADIAH 3.1 Acara individu sehingga 5000m – Pertama, Kedua dan Ketiga. 3.2 Acara Pasukan – Enam pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya menduduki tempat Pertama, kedua dan Ketiga. 3.3 Sijil penyertaan akan diberi kepada semua peserta yang berdaftar.
PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) KE-71 IPG KAMPUS KENT SABAH TAHUN 2024 2 4. ACARA PERTANDINGAN 4.1 Setiap pasukan rumah sukan adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan bagi acara Lari BergantiGanti. 4.2 Bagi acara Lari Berganti-Ganti Campuran, peserta hendak lah terdiri dari 2 orang Lelaki dan orang perempuan. 4.3 Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut. JANTINA INDIVIDU ACARA BERKUMPULAN Lelaki 2 2 Perempuan 2 2 5. KELAYAKAN PESERTA 5.1 Pelajar IPG Kampus Kent yang mengikuti kursus sepenuh masa di Institusi Pendidikan Guru Kampus Kent. 5.2 Peserta mestilah sedang berkursus semasa kejohanan dan berdaftar di institusi berkenaan. 5.3 Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad matriks asal jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. 6. PENDAFTARAN PESERTA – PESERTA 6.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat mengikut tatacara sistem pendaftaran masuk yang telah ditetapkan oleh pengelola yang kemudiaannya akan disebut Borang Pendaftaran Rasmi Kejohanan (Lampiran 5). 6.2 Butiran yang terdapat dalam borang pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh ketua rumah sukan masing-masing. 6.3 Borang Pendaftaran yang telah ditandatangani oleh ketua rumah sukan akan menjadi dokumen rasmi kejohanan. 6.4 Tarikh akhir menghantar Borang Penyertaan pada atau sebelum 19 APRIL 2024 7. PENGESAHAN PESERTA – PESERTA 7. 1 Mesyuarat Pengundian 7.1.1 Mesyuarat Pengesahan dan Undian akan diadakan satu minggu sebelum kejohanan. Pengerusi Teknik Balapan dan Padang IPG Kampus Kent. Ketua Rumah sukan diminta hadir untuk menghadiri mesyuarat pengundian tersebut. 7.2 Taklimat Ketua – ketua Rumah Sukan 7.2.1 Semasa taklimat ini, hanya penguguran acara dan penarikan diri TANPA penggantian dibenarkan
PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) KE-71 IPG KAMPUS KENT SABAH TAHUN 2024 3 7.3 Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan 7.3.1 Jika didapati seseorang peserta telah disahkan semasa Taklimat Ketua Rumah Sukan tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara – acara seterusnya yang didaftarkan atas Namanya. 7.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana – mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya. 7.4 Penggantian Dalam Acara Lari Berganti-Ganti Penggantian bagi acara Lari Berganti – Ganti dihadkan kepada satu (1) orang peserta yang didaftarkan Borang Penyertaan Rasmi. 8. MELAPORKAN DIRI PESERTA 8.1 Semua peserta mesti dilaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta. 8.2 Peserta – peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam area pertandingan. 8.3 Peserta – peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor – noombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing – masing. 8.4 Peserta – peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 5 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri. 9. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN 9.1 Peserta – peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta. 9.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta – peserta hendaklah berada di lorong masing – masing, berpusing balik, dan menghadap hakim – hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang. 10. MEMANASKAN BADAN Peserta – peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan oleh pengelola.
PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) KE-71 IPG KAMPUS KENT SABAH TAHUN 2024 4 11. BLOK PERMULAAN 11.1 Semua acara yang tersebut di bawah bermula dengan mulaan dekam dan Blok Pemulaan MESTI DIGUNAKAN Acara: 100m, 200m, 400m, 100m Lari Berpagar, 110m Lari Berpagar, 4 X 100m dan 4 X 400m 12. PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN 12.1 Paku Kasut: Kejohanan ini akan diadakan diatas balapan jenis sintetik. Panjang maksima paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi 09mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk acara – acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12mm. 12.2 Peralatan: Pihak pengelola akan menyediakan semua peralatan termasuk Blok Permulaan. 12.3 Baju: Bagi acara berpasukan semua peserta dikehendaki memakai baju rumah sukan/warna yang sama mengikut pasukan masing – masing. 13. CARA MENANDA DI TEMPAT – TEMPAT PERTANINGAN Peserta – peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain – lain bahan sepertinya untuk menandakan di tempat – tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan pita yang disediakan oleh Pihak Pengelola. 14. UKURAN TINGGI PERMULAAN Bagi acara- acara tersebut di bawah. Ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut; 14.1 Lompat Tinggi – Ketinggian Permulaan dan ketinggan palang. 14.1.1 Lelaki 1.40m, 1.45m, 1.50m, 1.54m, 1.58m, 1.62m, 1.65m, 1.68m, 1.71m, 1.74m, 1.76m, 1.78m, 1.80m, 1.82m, dan seterusnya. 14.1.2 Perempuan 1.10m, 1.15m, 1.20m, 1.25m, 1.29m, 1.33m, 1.37m, 1.40m, 1.43m, 1.45m, 1.47m, 1.49m, 1.51m, 1.53m, 1.55m, 1.57m, 1.59m, dan seterusnya.
PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) KE-71 IPG KAMPUS KENT SABAH TAHUN 2024 5 15. PAPAN LONJAKAN 15.1 Jarak Papan Lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang adalah seperti berikut. LELAKI PEREMPUAN 11m 7m/9m 16. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN 16.1 Penentuan Peserta Terbaik 16.1.1 Hadiah Anugerah peserta terbaik adalah untuk kategori berikut: 16.1.1.1.1 Olahragawan 16.1.1.1.2 Olahragawati 16.1.2 Penentuan Pemenang anugerah ini adalah berdasarkan kepada kriteria berikut: 16.1.2.1.1 Hadiah – hadiah peserta terbaik akan diberi kepada peserta dengan mengambilkira bilangan pingat emas, perak, dan gangsa. 16.1.2.1.2 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan pingat gangsa dalam acara individu akan diambil kira. 16.1.2.1.3 Sekiranta kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta. 16.1.2.1.4 Olahragawan dan olahragawati diberi kepada peserta terbaik keseluruhan (Lelaki dan Perempuan). 16.2 Johan Keseluruhan Johan Keseluruhan ialah rumah sukan yang memenangi mata terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan pingat emas terbanyak akan diambil kira; jika masih seri, kiraan pungutan terbanyak akan diambil kira, dan jika masih seri, kiraan pungutan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira. Pengiraan mata adalah seperti berikut: Emas Perak Gangsa Tempat ke-4 Tempat ke-5 10 mata 7 mata 5 mata 3 mata 2 mata
PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) KE-71 IPG KAMPUS KENT SABAH TAHUN 2024 6 17. BIB NOMBOR PENGENALAN 17.1 Huruf dan Nombor Peserta BIL RUMAH SUKAN WARNA HURUF NO. LELAKI NO. PEREMPUAN 1 Mat Salleh Merah MS MS 0001-0049 MS 0050-0099 2 Tun Fuad Biru TF TF 0001-0049 TF 0050-0099 3 Tun Razak Hijau TR TR 0001-0049 TR 0050-0099 4 Rentap Kuning RP RP 0001-0049 RP 0050-0099 18. BANTAHAN Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM, kecuali perkara berikut. 18.1 Bantahan berhubung dengan acara – acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada; 18.1.1 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara- acara peringkat akhir. 18.1.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) 19. HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 19.1 Tiap – tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Balapan dan Padang IPG Kampus Kent, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus – Pengurus Pasukan akan diberitahu. 19.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang – Undang Olahraga KOM terkni. Peraturan – Peraturan AM atau Peraturan – Peraturan Petandingan Kejohanan Balapan dan Padang termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini.
PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) KE-71 IPG KAMPUS KENT SABAH TAHUN 2024 7 20. HAL – HAL LAIN 20.1 Tempat – tempat khas akan disediakan untuk peserta – peserta dan pegawai – pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat – tempat khas tersebut. 20.2 Selain daripada Pegawai – Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta – peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN. 20.3 Segala pengurusan penginapan, pengangkutan, perbelanjaan pasukan dan makanan adalah dibawah tanggungjawab rumah sukan masing – masing. 20.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah – langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.