The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROJEK HOKI PROGRAM KEBITARAAN SEKOLAH (SUKAN & AKADEMIK) 2022 - 2025 SEK MEN KEB CLIFFORD KUALA KANGSAR, PERAK LAWATAN KETUA NAZIR NEGERI PERAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lanbellacak, 2023-08-17 07:44:33

PROJEK HOKI PROGRAM KEBITARAAN SEKOLAH (SUKAN & AKADEMIK) 2022 - 2025 SEK MEN KEB CLIFFORD KUALA KANGSAR, PERAK LAWATAN KETUA NAZIR NEGERI PERAK

PROJEK HOKI PROGRAM KEBITARAAN SEKOLAH (SUKAN & AKADEMIK) 2022 - 2025 SEK MEN KEB CLIFFORD KUALA KANGSAR, PERAK LAWATAN KETUA NAZIR NEGERI PERAK

Keywords: HOKI CSKK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kelab Hoki SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak. 1 2022-2025


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2 BIL PERKARA/TAJUK MUKA SURAT 1 Kata Alu-aluan Pengetua 4 2 Sejambak Kata 5 3 Carta Organisasi 6 4 Pengenalan 7 5 Rasional dan Matlamat 8 6 Konsep dan Objektif 9 7 Prinsip Pelaksanaan 10 Pelaksanaan Dasar 1M1S 11 8 Surat Pekeliling (SPI) dan Surat Siaran Berkaitan Sukan dan Permainan KPM 12 9 SMK Clifford Kuala Kangsar, Perak sebagai Pusat Latihan Daerah (PLD) Hoki 13 10 Sejarah Projek Hoki Kebitaraan Sekolah. SMK Clifford Kuala Kangsar, Perak sebagai Pusat Latihan Daerah (PLD) Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) 14 - 15 11 Jurulatih Pusat Latihan Daerah PLD SMK Clifford Kuala Kangsar, Perak 16 12 Sesi Latihan 17 - 20 13 Pelaksanaan Projek Hoki Program Kebitaraan Sekolah (Sukan & Akademik) 2023 - 2025 21 - 28


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 3 BIL PERKARA/TAJUK MUKA SURAT 14 Kejohanan yang disertai sepanjang tahun 2023 29 - 49 15 Pencapaian Julai tahun 2023 50 - 55 16 Keperluan Mendesak bagi Projek Hoki SMK Clifford Kuala Kangsar, Perak. 56 - 69


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Assalammualaikum W.B.R Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kelab Hoki SMK Clifford Kuala Kangsar, Perak kerana berjaya menghasilkan “Buku Projek Hoki Program Kebitaraan Sekolah (Sukan & Akademik) 2022 - 2025”. Terima kasih juga kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengungkap sepatah dua kata di dalam buku program ini. Adalah menjadi misi dan visi sekolah ini agar kemajuan dan kecemerlangan dalam sukan dan akademik akan menjadi impian dan matlamat yang harus dicapai. Untuk itu pengurusan yang berkesan dan sistematik mesti harus dilaksanakan bagi mencapai hasrat tersebut. Saya amat berharap agar semua guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar dapat melaksanakan kegiatan dan aktiviti sukan di sekolah ini dengan penuh rasa bertanggungjawab, komited beserta dengan ketulusan dan keikhlasan agar ianya dapat berjalan dengan baik dan lancar. Saya juga berharap kerjasama dan kesepaduan antara kita akan dapat menghasilkan pencapaian yang lebih cemerlang untuk tahun ini dan tahun mendatang. Akhir kalam, saya berharap kegiatan dan program sebegini yang telah dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan teratur. Saya juga berharap agar guru-guru dapat memberikan kerjasama yang jitu kepada Unit Ko-Kurikulum sekolah dalam menguruskan aktiviti sukan dan permainan sepanjang tahun 2023. Saya juga mendoakan semoga kejayaan akan dapat dicapai dalam Projek Kebitaraan Hoki SMK Clifford Kuala Kangsar ini dan semoga ianya menjadi sukses di peringkat daerah Kuala Kangsar dan seluruh Negeri Perak. Terima kasih dan Selamat Menjalankan Tugas. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar, PERAK. 4


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Assalammualaikum W.B.R Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah Subhanawata’ala kerana masih diberi kesihatan dan kesempatan untuk kita sama-sama menabur bakti dan berbudi kepada anak bangsa di Tanah Air tercinta ini. Mudah-mudahan pada tahun 2023 ini, kita dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan lebih baik lagi. Terima kasih kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford yang telah memberikan khidmat yang baik sepanjang tahun 2022 dalam usaha menjayakan kegiatan sukan dan permainan selaras dengan kehendak dan kemahuan Kementerian Pendidikan Malaysia yang inginkan kegiatan sukan menjadi pemangkin kepada pembentukan insan kamil seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, tugas dan tanggungjawab kita akan bertambah dan sama-samalah kita berganding tenaga menjayakannya. Saya berharap dengan wujudnya “Buku Projek Hoki Program Kebitaraan Sekolah (Sukan & Akademik) 2022 – 2025” akan sedikit sebanyak memberi panduan dan membantu para guru dalam bidang sukan yang lain dalam melaksanakan aktiviti sukan dan permainan di sekolah ini dengan lebih teratur dan sistematik. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Kelab Hoki CSKK dan semua guru atas komitmen yang dicurahkan dan berharap agar ianya akan diteruskan dengan penuh keikhlasan pada masa-masa akan datang Terima kasih dan Selamat Menjalankan Tugas. Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar, PERAK. 5


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 6 CARTA ORGANISASI PROJEK HOKI PROGRAM KEBITARAAN SEKOLAH (SUKAN & AKADEMIK) 2022 - 2025 EN. LUTFI B. MOHD NOOR Pengetua SMK Clifford Kuala Kangsar, PERAK. EN. AHMAD HISHAM B. MOHD HADRI Penolong Kanan KoKurikulum SMK Clifford Kuala Kangsar, PERAK. EN. AZLAN B. NAZARUDIN KJP PLD SMK CLIFFORD PLD Hoki SMK Clifford Kuala Kangsar, PERAK. EN. ARIZAN B. AHMAD JSM PLD SMK CLIFFORD PLD Hoki SMK Clifford Kuala Kangsar, PERAK. Ketua Jurulatih Pusat Jurulatih Separuh Masa


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. 7 DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA RASIONAL Dasar 1M1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitik-beratkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan ko-kurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu-padu serta memupuk semangat cintakan negara. Dasar 1M1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi. MATLAMAT Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi. 8


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KONSEP Dasar 1M1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar; 4.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; 4.2 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; 4.3 Memberi peluang kepada semua. OBJEKTIF Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut: 6.1 Meningkatkan kecergasan jasmani; 6.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni; 6.3 Memupuk perpaduan di antara kaum; 6.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid; 6.5 Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal; 6.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan 6.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. 9


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PRINSIP PELAKSANAAN Pelaksanaan Dasar 1M1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut: 5.1 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010 Rujuk LAMPIRAN 1). 5.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. 5.3 Asas kepada 1M1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M1S. 5.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan. 5.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid. 5.6 Ibu bapa dan agensi luar / rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 5.7 Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. 5.8 Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala prosedur dan langkahlangkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan. 10


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PELAKSANAAN DASAR 1M1S MELALUI PROGRAM SUKAN DI SEKOLAH Program sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Senarai sukan / permainan yang dicadangkan untuk pelaksanaan Dasar 1M1S. Aktiviti sukan yang dicadangkan adalah seperti berikut: a) Program Sukan Umum -sepanjang tahun ♦ Latihan Rumah Sukan* ➤ Merentas desa ➤ Sukan / permainan ➤ Balapan dan padang ♦ Pertandingan Merentas Desa* ♦ Sukantara* ♦ Kejohanan Balapan dan Padang b) Kelab Sukan dan Permainan* - sepanjang tahun ♦ 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah ♦ 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah ♦ Latihan pelbagai permainan dan Modified Games c) Pertandingan Dalaman -sepanjang tahun ♦ Pertandingan antara rumah sukan ♦ Pertandingan antara tingkatan / kelas ♦ Pertandingan antara dorm di asrama d) Pertandingan Lain ♦ Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) ♦ Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) ♦ Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ♦ Pertandingan Peringkat Antarabangsa e) Aktiviti Sukan Lain *Wajib untuk setiap murid 11


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SURAT PEKELILING (SPI) DAN SURAT SIARAN BERKAITAN SUKAN DAN PERMAINAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 12


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 13 Kami di SMK Clifford Kuala Kangsar telah lama dikenali sebagai antara sekolah elit yang menghasilkan ramai atlet dalam pelbagai bidang sukan. Antaranya sukan yang diminati ramai seperti bola sepak, hoki, olahraga, ragbi, sepak takraw dan sebagainya lagi. Dan di SMK Clifford adalah sebagai Pusat Latihan Daerah PLD Bola Sepak, Olahraga dan Hoki yang aktif dalam pencarian bakat murid seterusnya melatih dan membangunkan potensi bakat murid dalam bidang sukan terpilih ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak kurang juga ada yang terpilih mewakili negeri dan Malaysia dalam sukan tersebut. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan memberikan bantuan kepada kami dalam merealisasikan impian melahirkan lebih ramai atlet dan pemain untuk masa depan. SMK CLIFFORD KUALA KANGSAR, PERAK " THE SHIP IS MORE THAN THE CREW "


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEJARAH PROJEK HOKI KEBITARAAN SEKOLAH (SUKAN & AKADEMIK) 2022-2025. Projek Hoki Kebitaraan Sekolah (Sukan & Akademik) ini bermulanya pada bulan Mac 2022. Pada 23 Mac 2023 Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar telah terpilih sebagai antara 9 buah sekolah di dalam negeri Perak di bawah Program Pembangunan Hoki Negara NHDP. Projek ini pada awal penubuhannya mensasarkan murid atlet yang terdiri daripada kalangan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar sesuai dengan dasar 1M1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitik-beratkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar 1M1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi. Penubuhan awalnya dirangka untuk jangka masa panjang, sasaran untuk tempoh 3 tahun bagi membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan terutamanya sukan hoki sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi. Penyertaan murid atlet mendapat sambutan luarbiasa dengan penganjuran Talent Identification & Development (TID) pada 4 Februari 2023, dari serata negara dengan penyertaan daripada Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor bagi menyertai Projek Hoki Kebitaraan Sekolah (Sukan & Akademik) Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar, PERAK. SEJARAH AWAL PENUBUHAN 14


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 15 Pada 23 Mac 2023 Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar telah terpilih sebagai antara 9 buah sekolah di dalam negeri Perak di bawah Program Pembangunan Hoki Negara NHDP.


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 16


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 17 Latihan harian dijalankan secara (2 jam) sehari. Isnin - 5.00 petang – 7.00 petang Selasa - 5.00 petang – 7.00 petang Rabu - 5.00 petang – 7.00 petang Khamis - 5.00 petang – 7.00 petang Sabtu - 9.00 pagi – 10.30 pagi (Latihan Turf 2 minggu sekali) Tempat latihan: 1. Gelanggang tenis Sek. Men. Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar. 2. Stadium Hoki USAS, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Secara ringkasnya latihan-latihan dijalankan seperti berikut: 1. Yardstick tests 2. Box test 3. Inverted “V” test 4. “M” Test 5. Fast Hands Power Play 6. V Drag 7. 3D Fundamentals Skills 8. Speed Dribble 9. Goalkeeper skills 10. Online competition 11. Coordination and conditioning 12. Defensive skills 13. Additional dribbling and ball handling skills Kesemua jenis latihan di atas adalah di bawah: Program Pembangunan Hoki Negara ( NHDP ).


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 18


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 19


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 20


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 21 2022 2025


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PELAKSANAAN PROJEK HOKI KEBITARAAN SEKOLAH (SUKAN & AKADEMIK) 2022-2025. Talent Identification & Development (TID) Pertama: Tarikh : 4 Februari 2023 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang Tempat : Stadium Hoki USAS, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, PERAK. 2022 2025 Program Talent Identification & Development ini merupakan program mencari bakat di kalangan murid sekolah Bawah 12 tahun khususnya anak-anak tempatan yang mempunyai kemahiran tertentu dalam sukan hoki untuk diserapkan ke dalam Program Pembangunan Hoki Negara / National Hockey Development Program (NHDP) Daerah Kuala Kangsar. Atlet-atlet yang menyerlah dan terpilih melalui Program TID ini akan diletakkan di Pusat Latihan Daerah (PLD) Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar di sini murid akan didedahkan kepada latihan yang lebih berstruktur, sistematik dan saintifik bagi melahirkan atlet yang dapat meningkatkan prestasi pencapaian ke aras yang lebih tinggi. Melalui perlaksanaan program seperti ini, bakat dan minat para murid akan dapat dicungkil lebih awal dan seterusnya berjaya melahirkan dan membentuk atlet bertaraf antarabangsa di masa hadapan. 1.0 PENGENALAN 22


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 2.0 MATLAMAT 2.1 Mencungkil bakat dalam sukan hoki dan bola sepak dalam diri para murid di peringkat sekolah rendah. 2.2 Mendapatkan sokongan penuh daripada ibu bapa murid bagi menyertai program bentuk sebegini. 2.2 Membentuk murid yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal. 3.0 OBJEKTIF 1. Melaksanakan program Talent Identification & Development untuk mencungkil bakat para murid di peringkat sekolah rendah untuk diserap masuk ke PLD Hoki Daerah Kuala Kangsar. 2. Melahirkan murid yang mementingkan kesihatan tubuh badan. 3. Melahirkan murid yang mempunyai kesungguhan belajar dan berjaya dalam akademik. 4. Melahirkan murid yang mempunyai kesungguhan aktif dan berjaya dalam sukan hoki khasnya. 23


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 24


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 25


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 26


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 27


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 28 ONE PAGE REPORT PROJEK HOKI KEBITARAAN SEKOLAH (SUKAN & AKADEMIK) 2022-2025. 2022 2025


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 29 Perlawanan Pembukaan Tahun 2023 ISNIN, 23 JANUARI 2023. Telah berlangsung pada sebelah pagi ini Perlawanan Persahabatan 4 Penjuru anjuran STAR Hockey di Pitch 2 Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak. Pasukan Hoki Smk Clifford telah menghantar 1 pasukan Bawah 14 Tahun ke perlawanan persahabatan ini menentang pasukan-pasukan campuran Bawah 17 tahun. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut: 1. SMKDA (0) vs (1) CSKK (W) 2. ACS (1) vs (2) CSKK (W) 3. CSKK (1) vs (3) STAR (L) Keputusan keseluruhannya, pasukan B14 CSKK di tempat kedua. Tahniah kepada STAR yang mendapat tempat pertama. Ke-tiga ACS dan ke-4 SMKDA. Tahniah buat kesemua pasukan anda semua hebat hebat belaka. Believe in the process, sometimes you win sometimes you learn. 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 30 2023 TEMPAT KEDUA KEJOHANAN 4 PENJURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 31 KEJOHANAN CLIFFORD T.I.D CHALLENGE 2023 dengan anjuran bersama Persatuan Hoki Kuala Kangsar SABTU 4 FEBRUARI 2023. CLIFFORD TID CHALLENGE 2023 bermula seawal jam 8.00 pagi tadi yang disertai oleh 10 pasukan jemputan Bawah 14 Tahun dari wakil kelab hoki Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Terima kasih di atas penyertaan semua pasukan terlibat dalam kejohanan ini. 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 32 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEJOHANAN HOKI BAWAH 16 TAHUN MSSPK NEGERI PERAK TAHUN 2023. 1 FEB. – 2 FEB. 2023 TURF HOKI GUNUNG RAPAT, IPOH Mss Perak Hoki Smk Clifford (B14) 0 - 0 SMKSY (B16) GR-A SSN (B16) 4 - 0 Hoki Smk Clifford (B14) Hoki Smk Clifford (B14) 0 - 0 SMKPTLDM (B16) 2023 2022 2025 33 TEMPAT KE-6 KEJOHANAN HOKI BAWAH 16 TAHUN NEGERI PERAK


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 34 KARNIVAL HOKI 5S 2023 MHC HOCKEY 5S CARNIVAL 2023 11th – 12th FEBRUARY 2023 U-11 Boys & Girls / U-15 Boys & Girls Venue : National Hockey Stadium, Bukit Jalil, Kuala Lumpur 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 35 KARNIVAL HOKI SHARC REMAJA 2023 28 FEB – 2 MAC 2023 LELAKI BAWAH-16 Tempat : Kompleks Sukan Muad'zam Shah Alor Setar, Kedah 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 36 Tahniah!! Kami mengucapkan Selamat Datang Atlet Murid Baru & Selamat Kembali ke Sekolah 2023 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 37 SUNGAI PETANI, KEDAH, AHAD 18 JUN 2023: CSKK Black B15 Kuala Kangsar telah muncul juara edisi sulung Kejohanan Hoki 4 Penjuru (5 Pasukan) tahun 2023, selepas menundukkan SMK Ibrahim 1-0 pada aksi final di Stadium Hoki Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah di sini, hari ini. Pada aksi separuh akhir sebelumnya itu, CSKK Red B15 telah tewas dengan penalty shoot-out 4 - 5 dengan SMK Ibrahim setelah terikat dengan keputusan seri setelah wisel penamat ditiupkan. Selaku juara, CSKK Black membawa pulang hadiah piala, pingat, sijil dan hamper kejohanan manakala CSKK Red pula menerima hadiah pingat, sijil dan hamper kejohanan setelah menduduki tempat ketiga kejohanan. Majlis penyampaian hadiah johan kejohanan telah disempurnakan oleh Presiden Kelab Barracuda. Dalam kejohanan edisi sulung ini, 2 lagi pasukan sekolah lain yang turut bertanding adalah SMK Teluk Bayu dan SMK Bandar Puteri Jaya Sg. Petani. 2023 JOHAN PIALA PRESIDEN BARRACUDA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 38 KUALA KANGSAR, 6 Julai – Sebanyak 9 pasukan (4 lelaki dan 5 perempuan) dari dalam daerah Kuala Kangsar berentap bagi merebut gelaran juara pada Kejohanan Hoki Bawah 18 tahun MSS Daerah Kuala Kangsar bagi tahun 2023. Kejohanan yang berlangsung di Stadium Hoki USAS Bukit Chandan, Kuala Kangsar itu menyaksikan JOHAN kategori lelaki menjadi milik pasukan hoki Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar SMKCKK. Kemenangan ini menamatkan kemarau panjang penantian selama 11 tahun untuk kembali bergelar JUARA. Untuk rekod, kali terakhir SMK Clifford menjadi juara hoki daerah pada tahun 2012 dan alhamdulillah pada tahun 2023 kembali merampas kejuaraan. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan: Lelaki Bawah 18 tahun Johan - CSKK-B (Black) Naib johan - MCKK Ke-3 Bersama - MRSM SAS (L) CSKK-A (Red) 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 39 2023 JOHAN B18 LELAKI MSSD KUALA KANGSAR 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 40 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 41 Kejohanan Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) Negeri Perak 2023. IPOH, 15 JULAI 2023 (SABTU). Telah berakhirnya sebelah petang tadi Kejohanan NHDP Negeri Perak Bawah 17 Lelaki, bertempat di Turf Hoki SSN Negeri Perak, SMK Gunung Rapat, Ipoh. Berikut adalah keputusan kejohanan: Johan : PLD SMK ANDERSON N.Johan : PLN SSN PERAK Ketiga : STAR IPOH Kempat: PLD Hoki Smk Clifford 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 42 2023 KEEMPAT KEJOHANAN B16 LELAKI NHDP NEGERI PERAK


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 43 Kejohanan Bawah 14-Lelaki Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) Negeri Perak 2023, bertempat di Turf Hoki SSN Negeri Perak, SMK Gunung Rapat, Ipoh. Berikut adalah keputusan kejohanan: Johan : PLD Hoki Smk Clifford N.Johan : PLN SSN PERAK Ketiga : PLD SMK ANDERSON Kempat: STAR IPOH Kelima : SERATAS Keenam : SMK Trolak 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 44 2023 JOHAN KEJOHANAN B14 LELAKI NHDP NEGERI PERAK


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 45 KEJOHANAN HOKI BAWAH 18 LELAKI DAN PEREMPUAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK (MSS PERAK) TAHUN 2023 TARIKH : 25 HINGGA 27 JULAI 2023 (SELASA HINGGA KHAMIS) TEMPAT : i. PADANG HOKI, SEKOLAH SUKAN NEGERI PERAK, IPOH (PEREMPUAN) ii. PADANG LUAR, STADIUM HOKI SULTAN AZLAN SHAH, IPOH (LELAKI) iii. STADIUM HOKI SULTAN AZLAN SHAH, IPOH (PENUTUP) MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG 2023 Berikut adalah Keputusan Rasmi Kejohanan Hoki Bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah Perak Tahun 2023: Bawah 18 tahun Lelaki: Johan : Kinta Utara Naib Johan : Kuala Kangsar Ketiga : Kerian Keempat : Manjung Bawah 18 tahun Perempuan: Johan - Kerian N Johan - LMS Ketiga - KU Keempat - Hilir Perak. TAHNIAH kepada pasukan yang menang!!! Sebaik sahaja tamat Perlawanan Akhir telah diadakan Majlis Penyampaian Medal dan Sijil kepada semua pemenang oleh YBrs Encik Mohamad Fauzi bin Mahson AMP, Pengarah Pendidikan Negeri Perak.


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 46 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 47 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 48 2023 NAIB JOHAN KEJOHANAN HOKI B18 LELAKI MSSPK NEGERI PERAK


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 49 Alhamdulillah, syabas dan tahniah buat 2 pemain Hoki Smk Clifford yang terpilih Latihan Pusat bagi Karnival NHDP Kebangsaan Bawah 14 Lelaki (Zon Tengah). 1). Muhammad Mikhail Iman bin Mohd Fahmi (14 tahun) 2). Muhammad Zulhilmi bin Abdullah (14 tahun) Bersikap positif dan sedia menerima teguran jurulatih, lakukan usaha semaksimal dalam latihan dan pemilihan pusat, sentiasa merendah diri dan buat yang terbaik dalam latihan pusat yang bakal dijalankan tidak lama lagi. SMK CLIFFORD KUALA KANGSAR, PERAK " THE SHIP IS MORE THAN THE CREW " 2023


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 2025 50 ALHAMDULILLAH, bulan JULAI tahun 2023 ini menyaksikan pasukan Hoki Smk Clifford menyertai 4 kejohanan yang besar dan memperoleh pencapaian yang kami harapkan hasil daripada kerja keras serta latihan berterusan pelatih Projek Khas Elit Hoki SMK Clifford Kuala Kangsar. Kejayaan tidak datang dengan cara yang mudah. Setiap kejayaan pasti didahului dengan kegagalan. Daripada kegagalan tersebut, kita bangkit dengan penuh bersemangat dengan satu tujuan iaitu untuk berjaya bukan sahaja didunia malah untuk akhirat juga. Untuk memperoleh kejayaan, banyak yang perlu kita korbankan dari segi masa, tenaga, dan sebagainya. Usaha yang efektif sangat penting dalam proses membina kejayaan. Bagi mengecapi kejayaan itu tidak mudah jika hanya membuat latihan sambil lewa, ia memerlukan pengorbanan, keberanian, komitmen dan kesungguhan daripada semua pelatih Hoki Smk Clifford. Apabila telah memperoleh kejayaan pula, usaha dan latihan yang lebih kuat lagi diperlukan bagi memastikan kita terus berada di tempat tersebut. Semua proses ini tidak akan berhenti di situ sahaja jika kita tidak mahu apa yang kita mulakan dari awal menjadi suatu pembaziran. 2023 2023


Click to View FlipBook Version