The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Terdapat 7 amalan sunnah Rasulullah yang boleh diikuti.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idayah99, 2021-11-09 03:45:10

Amalan Sunnah Rasulullah Yang Boleh Diikuti

Terdapat 7 amalan sunnah Rasulullah yang boleh diikuti.

Amalan Sunnah

RRAASSUULLUULLLLAAHH YYAANNGG BBOOLLEEHH DDIIIIKKUUTTII

Bahagian Penyelidikan dan Perancangan
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda,

‫َأْجِر َم ْن‬
‫َّنِتى َف َع ِم‬ ‫َّنًة‬ ‫َأْحَيا ُس‬
‫َيْن ُق ُص‬
‫ِبَه ا َال‬ ‫َع ِم َل‬ ‫ْث ُل‬ ‫ِم‬ ‫َلُه‬ ‫َكاَن‬ ‫الَّناُس‬ ‫ِبَه ا‬ ‫َل‬ ‫ُس‬ ‫ِم ْن‬ ‫َم ْن‬
‫ْي ًئا‬ ‫ْم َش‬ ‫ُأُجوِرِه‬ ‫ِم ْن‬




"Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku,

kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan

(pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan

tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun."




(HR Inu Majah)

SSOOLLAATT TTAAHHAAJJJJUUDD

Solat tahajud adalah solat sunat yang ditunaikan pada malam hari
iaitu waktu yang utama 1/3 malam dan waktu yang sangat mustajab
untuk berdoa.
Solat tahajjud dilakukan paling minimum iaitu dua rakaat dan paling
maksimum tiada batasannya serta diakhiri dengan solat witir
sebagai penutup.
Bersolatlah tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin itu terletak
pada solat tahajjud-nya.

Allah SWT berfirman:



‫َوِم َن اَّلْيِل َف َتَه َّجْد ِبٖه َناِفَلًة َّلَۖك َع ٰٓس ى َاْن َّيْبَع َثَك َرُّبَك َم َق اًم ا َّم ْحُم ْو ًدا‬



“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah
“sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu;

semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat
di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)



Sumber: shafiqolbu.wordpress.com

MMEEMMBBAACCAA AALL--QQUURRAANN

Membaca Al-Quran sebelum terbitnya matahari adalah salah satu
sunnah Rasulullah.

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan mentadabbur isinya, maka
beroleh baginya pahala yang besar.

Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan hidup dan
membudayakam Al-Quran dalam setiap
perkara di dalam kehidupan kita.

Allah SWT berfirman:



‫ِلَّلِتي ِه َي َأْق َوُم‬
"‫َوُيَبِّش ُر‬ ‫ُلوَن الَّص اِلَحاِت‬ ‫ِد ي‬ ‫ْرآَن َيْه‬ ‫هَذا اْلُق‬ ‫ِإَّن‬
‫َأَّن َلُه ْم‬ ‫َيْع َم‬ ‫اَّلِذ يَن‬ ‫ْؤ ِم ِنيَن‬ ‫اْلُم‬
‫َأْجًرا َكِبيًرا‬




"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi

petunjuk ke jalan yang amat betul

(agama Islam), dan memberikan berita

yang mengembirakan orang-orang yang

beriman yang mengerjakan amal-amal

soleh, bahawa mereka beroleh pahala

yang besar." (Al-Isra : 9)

Sumber: shafiqolbu.wordpress.com

SSOOLLAATT BBEERRJJEEMMAAAAHH DDII
MMAASSJJIIDD

Solat yang lebih baik adalah solat berjemaah di masjid, kerana
pahala orang yang solat berjemaah di masjid sangat besar dan
pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid.
Ia juga akan memperolehi pahala berjemaah sebanyak 27 pahala.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :



‫َص َالُة اْلَجَم اَع ِة َأْف َض ُل ِم ْن َص َالِة اْلَف ِّذ ِبَس ْبٍع َوِع ْش ِريَن َدَرَجًة‬



Maksudnya : ”Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian
sebanyak 27 darjat.” (HR Muslim)

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

SSOOLLAATT DDHHUUHHAA

Solat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang amat dituntut
dilakukan oleh setiap umat Islam.
Waktu solat dhuha ialah bermula daripada terbitnya matahari
(selepas waktu syuruk) sehingga tergelincirnya matahari.
Jagalah solat dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Rasullullah SAW pernah bersabda:



“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu
bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh

berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu
dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”


(HR Bukhari & Muslim)



Sumber: shafiqolbu.wordpress.com

BBEERRSSEEDDEEKKAAHH

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk
diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan
yang ikhlas kerana Allah.
Bidang sedekah sangat luas, ia bukan tertentu kepada suatu perkara
atau perbuatan sahaja tetapi apa sahaja perbuatan baik adalah
dikira sedekah.
Galakan memberi sedekah adalah sebagai tanda bersyukur atas
pelbagai nikmat yang Allah kurniakan.

Allah SWT berfirman:

‫ِإَّن اْلُم َّص ِّدِقيَن َواْلُم َّص ِّدَق اِت َوَأْق َرُض وا َهَّللا َق ْرضًا َحَس نًا ُيَض اَع ُف َلُه ْم َوَلُه ْم َأْجٌر َكِريٌم‬
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan

yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai
pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-

ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”
(Al-Hadid: 18)



Sumber: Harakah Daily

MMEENNJJAAGGAA WWUUDDHHUU''

Wudhu' adalah salah satu cara untuk menyucikan diri daripada
hadas kecil.
Para ulama’ menggalakkan agar melebihkan basuhan air wudhuk
pada anggota-anggota wudhuk
Ini kerana, hadith sahih di bawah menunjukkan anjuran agar
melebihkan basuhan kerana ia akan menerbitkan cahaya di akhirat
kelak.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:



‫ َف َم ِن اْس َتَط اَع ِم ْنُكْم َأْن ُيِط يَل‬،‫ِإَّن ُأَّم ِتي ُيْدَع ْو َن َيْو َم الِق َياَم ِة ُغًّر ا ُم َحَّجِليَن ِم ْن آَثاِر الُوُض وِء‬
‫ُغَّرَتُه َف ْلَيْف َع ْل‬



Maksudnya: “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat dengan dahi,
tangan dan kaki yang berseri-seri disebabkan daripada kesan-kesan wudhuk.
Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu untuk melebihkan dahinya
maka lakukanlah ia.” [HR Bukhari & Muslim]

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

BBEERRIISSTTIIGGHHFFAARR

UMAT Islam digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan istighfar
kepada ALLAH SWT dan menjadikannya sebagai amalan seharian.
Istighfar secara umumnya ialah memohon keampunan kepada
ALLAH SWT selaku hamba kepada pencipta-Nya.
Nabi SAW beristighfar paling kurang 70 hingga 100 kali sehari.

Allah SWT berfirman:



‫َوَم ا َكاَن ُهّٰللا ِلُيَع ِّذَبُه ْم َوَاْنَت ِفْيِه ْۚم َوَم ا َكاَن ُهّٰللا ُم َع ِّذَبُه ْم َوُهْم َيْس َتْغ ِف ُرْو َن‬



Maksudnya: "Tetapi Allah tidak akan menghukum mereka, selama engkau
(Muhammad) berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan
menghukum mereka, sedang mereka (masih) memohon ampunan."
(Al-Anfal : 33)

Sumber: Sinar Harian


Click to View FlipBook Version