KOD & KURSUS: DUA 6022- KOMUNIKASI &
PENYIARAN ISLAM
SESI: JUN 2020
TAJUK PROJEK: MEDIA PENYIARAN:
IMPLIKASINYA DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK
PENUNTUT-PENUNTUT MELAYU DI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN DI MALAYSIA.
NAMA PENSYARAH: CIK ASNUURIEN NAJMA BINTI
AHMAD
NAMA NO MATRIK
SITI NORZAHRAA BINTI 33DTM18F1022
ZULKIFLI 33DTM18F1023
33DTM18F1032
INTAN NAZIHAH BINTI
HUSAINI
NASIFAH BINTI SIDEK
ALEA SAFYA BINTI FAIZUL 33DTM18F1035
1
SENARAI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN…………………………………………………………………. 3-4
2.0 OBJEKTIF……………………………………………………………………….4
3.0 MEDIA PENYIARAN: IMPLIKASINYA DALAM PEMBENTUKAN
AKHLAK PENUNTUT-PENUNTUT MELAYU DI SEKOLAH MENEGAH
KEBANGSAAN DI MALAYSIA…………………………………………………...5-9
3.1 BERLAKUNYA PENGIMPORTANT BUDAYA ASING…………………….5
3.2 KURANG DISIPLIN DIRI………………………………………………………6
3.3 DAPAT MEMPENGARUHI MINDA REMAJA………………………………7
3.4 KURANG PENGHAYATAN AGAMA DALAM DIRI………………………..8
3.5 BERLAKU PENGARUH FAHAMAN LIBERALISME………………………9
4.0 KESIMPULAN…………………………………………………………………...10
5.0 LAMPITRAN……………………………………………………………………..11
RUJUKAN…………………………………………………………………………….12
2
1.0 PENGENALAN
Perkembangan teknologi telekomunikasi secara pesat berlaku selepas Perang Dunia
Kedua apabila Federation Cuncil of Communication (FCC) telah mula mengeluarkan lesen
untuk penyiaran televisyen namun pernah membekukan pengeluaran lesen tersebut pada tahun
1948 hingga 1952 untuk seketika akibat ramai usahawan yang telah mengaut keuntungan
daripada siaran televisyen. Penyiaran awam yang bermula operasi denga public broadcasting
service (PBS) telah bermula beroperasi dengan tujuan untuk memberikan pendedahan
pendidikan , budaya dan program hubungan awam seperti Sesame Street dan Nova dan bukan
untuk mengaut keuntungan.
Media penyiaran mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud alat atau
perantaraan komunikasi. Sebagai contoh alat atau media ialah, akhbar, televisyen dan radio. Di
Malaysia. sejarah perkembangan media penyiaran khususnya radio berhubung rapat dengan era
penjajahan Inggeris iaitu bermula pada 1 April 1946. Pada ketika itu, kegiatan penyiaran radio
berpusat di Caldecott Hill, Singapura dan kemudiannya telah berpindah ke Kuala Lumpur dua
tahun kemudian iaitu pada tahun 1 Januari 195. Perpindah ini berlaku selepas negara
memperoleh kemerdekaan daripada Bristish. Pada 23 Disember 1963, penyiaran televisyen
Malaysia mula beroperasi di Lembah Kelang. Siaran kedua telah dilancarkan selepas enam
tahun kemudiannya untuk memenuhi objektif penyiaran kerajaan.
Dengan ini di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia, Radio dan Televisyen Malaysia
(RTM) telah beroperasi sebagai penyiaran awam dibawah jabatan tersebut. Pada tahun 1983,
setelah terlaksananya Dasar Penswastaan Negara barulah wujud saluran televisyen swasta
seperti saluran TV3. Perkembangan pesat teknologi telah mewujudkan pengoperasian sebuah
stesen televisye satelit iaitu ASTRO yang telah dilancarkan pada tahun 1996 iaitu pada 1
Oktober. Aktiviti komunikasi semakin berubah pesat pada abad ke 21yang membolehkan para
pengguna mendapatkan maklumat secara atas talian dengan menggunakan perkhidmtan internet.
Perkembangan teknologi kini telah memperluaskan aktiviti komunikasi dimana yang sebelum
ini adalah agaklah terhad. Namun kini, komunikasi boleh dilakukan dengan konsep satu kepada
banyak kerana tiada lagi halangan-halangan daripada kemampuan teknologi tersebut.
Penggunaaan satelit kini telah memudahkan pelbagai jenis penyiaran dilakukan seperti
penyiaran di kaca televisyen. Penambahbaikkan yang dilakukan saban tahun telah menyebabkan
teknologi berkembang dengan sangat pesat. Malah dalam dunia pendidikan, televisyen seolah-
olah telah sesuai disatukan. Akibat dapripada pembangunan pantas yang berlaku dalam dunia
3
teknologi telah menyababkan kemahuan-kemahuan yang tidak terbatas serta berterusan
mendorong stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk menghasilkan pelbagai perubahan
dari segi input informasi dan juga rancangan yang bermanfaaat kepada penonton. (Evans, 1978).
Akan tetapi perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia teknologi terutamanya penyiaran
telah menyumbang kepada corak kehidupan belia hari ini. Media merupakan antara satu alat
yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu merangkumi
seluruh aspek kehidupan manusia.
Pendedahan yang tinggi terhadap media khususnya pada kandungan-kandungan yang
berbentuk hiburan akan memberi kesan negatif terhadap nilai dan etika remaja islam kuhususnya
di kalangan bangsa Melayu di Malaysia. Tingkah laku songsang seperti pembuangan bayi, seks
bebas dan ketagihan dadah menurut kajian FOMCA (2010) adalah berpunca daripada pengaruh
televisyen. Justeru, di dalam kertas kerja ini memperlihatakan bagaimana media penyiaran
mampu memberikan implikasinya dalam pembentukan akhlak penuntut-penuntut melayu di
Malaysia.
2.0 OBJEKTIF
Tujuan utama penulisan ini dilakukan adalah bagi mengenal pasti implikasi pengaruh
media penyiaran dalam pembentukan akhlak penuntut-penuntut melayu di sekolah menengah
kebangsaan di Malaysia.
1. Untuk mengenal pasti permasalahan akhlak yang membabitkan pelajar.
2. Untuk melihat sejauh mana hubungan media penyiaran dalam menyumbang kepada
keruntuhan akhlak penuntut-penuntut di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia.
kejatuhan akhlak seseorang.
3. Untuk melihat sejauh mana media penyiaran seperti televisyen dan radio memberikan
kesan buruk terhadap pembangunan remaja kini.
4. Untuk mengetahui nilai akhlak pelajar-pelajar yang disebabkan oleh pengaruh media
penyiaran.
5. Untuk melihat pengaruh media terhadap pembentukan akhlak dalam kalangan penuntut-
penuntut di sekolah menengah kebangsaan Malaysia..
4
3.0 MEDIA PENYIARAN: IMPLIKASINYA DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK
PENUNTUT-PENUNTUT MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI
MALAYSIA.
3.1 BERLAKUNYA PENGIMPORTAN BUDAYA ASING
Budaya asing ialah budaya regional dan global dengan nilai-nilai yang berbeza
dengan nilai-nilai yang di anuti oleh masyarakat setempat. Budaya asing atau
lebih dikenali dengan budaya barat iaitu Amerika, Eropah dan lain-lain,
merupakan budaya yang telah masuk ke negara kita melalui media sama ada
penyiaran mahupun massa. (Poerwadarminta, 1976)
Namun kini, bukan sahaja budaya dari barat yang telah masuk ke negara kita,
malahan budaya dari Korea iaitu kpop juga telah mnembusi negara kita. Hal ini
dapat dilihat dengan hampir kesemua remaja di Malaysia kini lebih gemar
menonton drama dari negara Korea atau disebut sebagai K-drama serta
mendengar lagu dari negara tersebut.
Kemasukkan budaya asing sedikit sebanyak telah mempengaruhi minda remaja
di Malaysia khususnya penuntut-penuntut melayu di sekolah menengah
kebangsaan. Sebagai contoh budaya asing yang pernah menjadi trend di
Malaysia dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan ialah budaya
punk dan budaya black metal. (Nurulhana, 2010) Kemasukkan budaya asing
melalui media penyiaran seperti tayangan drama atau filem mahupun lagu telah
mempengaruhi akhlak remaja.
Budaya-budaya tersebut bukan sahaja mampu mempengaruhi minda remaja,
malah cara pemakaian serta tingkah laku remaja juga turut dipengaruhi. Hal ini
dapat dilihat bagaimana suatu ketika dahulu semasa budaya black metal dan
budaya punk menjadi trend di Malaysia, sesetengah remaja yang terjebak dengan
budaya terseut bersikap kasar dan ganas. Gaya pemakaian mereka juga agak
kurang sopan dan tidak melambangkan identiti masyarakat Malaysia.
Justeru, kita dapat dilihat bagaimana kemasukkan budaya asing melalui media
penyiaran yang dipertontonkan kepada remaja dapat mempengaruhi akhlak
remaja khususnya penuntut-penuntut di sekolah menengah kebangsaan.
5
3.2 KURANG DISIPLIN DIRI
Disiplin memainkan peranan yang penting yang penting dalam pembentukkan
sahsiah seseorang terutamanya pelajar. Menurut Kamus Dewan, disiplin ialah
latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh
kepada tatatertib. Sementara itu, mengikut Ea Ah Meng (1990) disiplin
merupakan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat itu sendiri.
Pembahagian masa dalam diri adalah sangat penting. Hal ini kerana pengurusan
masa menentukan bagaimana seseorang itu dapat menghormati masa serta
berdisiplin terhadap masa. Justeru, meluangkan masa yang lama dengan
menonton drama di televisyen atau melayarinya secara online dapat memberikan
kesan buruk kepada disiplin diri seseorang terutamanya pelajar. Demikian ini
kerana meluangkan masa untuk menonton drama sama ada secara online
mahupon siaran satelit iaitu televisyen boleh mendatangkan kelalaian dalam diri
penutut-penuntut di Malaysia.
Iman Ali Ra. berkata, “Seorang muslim harus memetakan waktunya dalam satu hari
menjadi tiga bagian: waktu untuk menyembah Allah, waktu untuk mencari nafkah, dan
waktu untuk kepentingan pribadi dalam hal materi” (Redaksi, 2020). Pengaruh
media penyiaran adalah sangat kuat sehingga seseorang individu dapat
menghabiskan masa dengan hanya duduk di hadapan komputer dan
televisyen sehingga mengabaikan aktviti-aktiviti lain termasuk
menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Ini jelas menunjukkan
kegagalan dalam membahagi masa dan membawa kepada kegagalan
mendisiplinkan diri. Sebagai contoh, seseorang individu mahupon pelajar
dapat mengahabiskan satu “season” sesebuah drama sehingga tidak
melakukan aktiviti-aktiviti lain.
Pengaruh media tidak dapat disangkal lagi sehingga dapat membuat
seseorang itu lalai sehingga mampu menghabiskan masa dengan perkara
yang kurang bermanfaat. Oleh itu, seseorang individu khususnya penuntut-
penuntut melayu di sekolah menegah kebangsaan di Malaysia harus bijak
dalam membahgikan masa seharian mereka.
6
3.3 DAPAT MEMPENGARUHI MINDA REMAJA
Bahan-bahan yang disiarkan di media penyiaran seperti televisyen, youtube dan
sebagainya dapat mempengaruhi minda remaja. Remaja adalah golongan yang
amat mudah untuk dipengaruhi disebabkan oleh sikap remaja yang ingin
mencuba perkara baru. Justeru itu, cerita-cerita yang disiarkan di televisyen atau
dimuat naik di laman youtube perlulah ditapis dan dihadkan kepada golongan
tertentu. Hal ini agar golongan-golongan dibawah umur tidak dapat mengakses
perkara-perkara yang terlarang atau tidak baik.
Sepertimana di televisyen, setiap drama atau filem yang disiarkan akan di
beritahu peringkat kesesuaian drama tersebut sama ada sesuai untuk
dipertontonkan kepada kanak-kanak, golongan bawah 18tahun ataupon golongan
18 tahun keatas. Oleh demikian, peranan iu bapa didalam perkara ini adalah
sangat penting untuk mengawal segala cerita atau bahan yang diperlihat oleh
anak-anak mereka.
Hal ini kerana perkara yang dipertonton atau diperlihat oleh remaja khususnya di
peringkat sekolah menengah kebangsaan cenderung untuk diadaptasikan ke
realiti. Sebagai contoh, kita boleh melihat kepada kadar kes pembuangan bayi
dan seks bebas(zina) didalam kalangan remaja sekolah kini. Saban tahun kita
melihat kadar peningkatan kes-kes tersebut adalah tinggi berbanding tahun-tahun
sebelumnya. Ini kerana mereka melihat contoh perbuatan tersebut didalam drama
ataupon video-video yang terdapat didalam media dan cuba untuk dilakukan di
luar kehidupan mereka.
Pengaruh media terhadap golongan remaja kini boleh dikatakan amat kritikal
lebih-lebih lagi sekarang mereka boleh mengakses pelbagai platform tanpa had.
Walaupon kini, remaja kurang menonton televisyen akan tetapi mereka
menghabiskan masa dengan melayari youtube ataupon laman web yang ada di
internet untuk menonton drama. Kehadiran platform internet seperti Netflix yang
tiada batasan had umur merupakan satu ancaman kepada remaja. Hal ini kerana
ia lebih terbuka.
Oleh yang demikian, perkara-perkara ini dapat mempengaruhi minda remaja
serta akhlak seseorang remaja. Secara tidak langsung, ia mampu mencetus
kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari identiti.
7
3.4 KURANG PENGHAYATAN AGAMA DALAM DIRI
Didikan agama dalam kehidupan seseorang adalah amat penting khususnya
penuntut-penuntut melayu di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia.
Didikan agama sedari kecil amat penting kerana kanak-kanak lebih mudah
mengikut serta diarahkan oleh ibu bapa. Justeru, ibu bapa juga perlu
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak semasa mereka masih kecil.
Namun begitu, kita dapat melihat peranan ibu bapa sahaja tidak mencukupi. Hal
ini kerana dengan terdedahnya media-media penyiaran sedari kecil dapat
mempengaruhi akhlak mereka semasa proses pembesaran. Kita dapat melihat
kini khususnya penuntut-penuntut melayu di sekolah menengah kebangsaan di
Malaysia semakin tenat. Rancangan-rancangan yang disiarkan yang lebih kearah
bentuk hiburaan serta keganasan memberikan impak kepada akhlak remaja.
Akan tetapi kita dapat melihat terdapat segelintir usaha yang dilakukan oleh
pihak penyiaran dalam menyiarkan rancangan-rancangan yang berbentuk
ketuhanan seperti Dai’ dan Pencetus Ummah.
Pendedahan remaja terhadap drama-drama serta animasi dari Japan dan juga
iklan-iklan perniagaan yang memaparkan adengan-adengan yang tidak sesuai
dengan nilai-nilai Islam menyebabkan terjadinya kurang penghayatan agama
dalam diri seseorang. Aksi-aksi ganas serta adengan-adengan yang tidak
menepati cara islam yang disiarkan tanpa tapisan atau had sehingga boleh
mempengaruhi minda remaja. Kajian (Hutabalian, 2011) mendapati anime boleh
menimbulkan kecenderungan kepada remaja untuk melakukan aksi-aksi ganas
pertarungan seperti yang dilihat didalam anime tersebut.
Kurangnya penghayatan agama dapat mendorong seseorang itu dikuasai nafsu
daripada menggunakan kewarasan akal. Ini mengakibatkan mereka tidak dapat
membezakan diantara yang baik dan buruk. Demikian itu, penyiaran yang
berkonsep bebas dan terbuka perlu dielakkan manakala penyiaran yang
berkonsep ketuhanan perlu diperbanyakkan agar dapat meningkatkan nilai
keimanan dalam diri mereka.
Oleh itu, usaha-usaha dalam memperluaskan media penyiaran yang lebih
berbentuk kearah keagamaan perlu ditingkatkan. Hal ini kerana kurangnya
penghayatan keagamaan mampu membuat pelajar terpesong dari akidah sebenar
agama.
8
3.5 BERLAKU PENGARUH FAHAMAN LIBERALISME
Liberal merupakan sesuatu bebas dan terbuka. Keterbukaan dan kebebasan yang
lebih daripada yang ada dalam syariat Islam merupakan Islam liberal. Pemikiran
liberal ini boleh disebarkan melalui pelbagai cara dalam media massa, media
social, dialog antara agama dan lain-lain. Secara tidak sedar ia dapat
mempengaruhi masyarakat Islam terutama belia-belia Islam.
Pada hari ini, kita dapat melihat kebanyakkan penuntut-penuntut di sekolah
menengah kebangsaaan di Malaysia lebih cenderung melakukan perbuatan
mengikut kehendak hati dan logic akal tanpa memikirkan hukum halal dan
haram dalam agama. Sebagai contoh, remaja Islam kini bebas ke kelab-kelab
malam tanpa segan dan mengambil minuman arak secara terbuka tanpa
memikirkan soal agama.
Kemudahan media penyiaran sekarang yang digunakan tanpa batasan
membenarkan pengguna untuk berkongsi pelbagai maklumat tidak kira sama ada
positif atau negatif. Perkara-perkara sebegini berisiko mempengaruh pemikiran
remaja dengan fahaman liberal dan juga mempromosi pemikiran liberal dalam
kehidupan mereka. Ini menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak dalam
kalanagan penuntut-penuntut melayu di sekolah menengah kebangsaan di
Malaysia.
Jika dilihat kini, banyak cerita-cerita yang mempromosikan tentang LGBT
terutamanya cerita-cerita dari negara jiran seperti Thailand. Keterbukaan tersebut
mampu mempengaruhi minda khususnya remaja sekolah dalam melakukan
hubungan songsang. Perakara sebegini mendatangkan kebimbangan kepada
masyarakat kerana remaja merupakan bakal pemimpin di masa hadapan. Justeru,
ideologi Islam liberal perlu disekat dikalangan penuntut-penuntut melayu di
sekolah menengah kebangsaan perlu di sekat kerana ia berpotensi untuk menjadi
virus yang mampu merosakkan aqidah golongan belia remaja di Malaysia.
Demikian kerana golongan Islam liberal ini seolah-oleh menghasilkan sebuah
agama baru yang bersesuaian dengan rangka pemikiran mereka tanpa
menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan.
9
4.0 KESIMPULAN
Media amat berpengaruh dalam masyarakat khususnya remaja sekolah dalam apa jua
keadaan termasuklah melestraikan kehidupan masyarakat. Pada asalnya,media digunakan untuk
menyampaikan maklumat serta informasi dan komunikasi semata-mata. Namun saban tahun
kepincangan kemajuan teknologi serta penyiaran menjadikan ia sebagai alat lebih dari
berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Program yang baik yang dipertontonkan akan
memberikan kesan yang baik khususnya kepada remaja, namun program yang buruk akan
memberikan kesan negatif kepada si penonton. Kebebasan memerlukan kebatasan dalam
melahirkan akhlak yang mulia. Pengetahuan tentang ilmu agama adalah sangat penting dalam
membentuk akhlak individu. Didikan agama seawal usia kanak-kanak memainkan peranan yang
sangat penting dalam membentuk akhlak seseorang. Justeru, media penyiaran memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan akhlak khususnya penuntut-penuntut melayu di
sekolah menengah kebangsaan di Malaysia.
10
5.0 LAMPIRAN
11
REFERENCES
(MAIS), M. A. (11 MAC, 2020). Persoalan berkaitan liberalisme. Portal Rasmi Majlis Agama Islam
Selangor.
Awang, A. B. (2015). Pengaruh Media Dalam Dialog Kehiduoan: Perspektif Pengalaman Saudara
Baru. Malaysian Journal of Communication.
Evans, T. &. (1978). Emotionally of pictures and the retention of related and unrelated phrases.
Bulletin of the Psychonomic Society, 11:149-152.
Hutabalian, D. (2011). Watching anime can help develope child psychology in Moral and Social
Aspect. Academia.Edu.
Ismail, A. M. (2016). PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP AKHLAK PELAJAR. INTERNATIONAL
CONFERENCE ON EDUCATION, ISLAMIC STUDIES AND SOCIAL SCIENCES RESEARCH. Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Nor Afian Yusof, K. A. (2018). Hubungan Anime dengan Akhlak Remaja Islam: Kajian Rintis di
Selangor. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara.
Norsaleha Mohd. Salleh, N. H. (2017). PENGARUH PEMIKIRAN LIBERAL DALAM MEDIA SOSIAL.
International Research Management & Innovation Conference. Malaysia: Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor.
Nurul Afiza Razali, N. H. (2019). Media Sosial dan Impak Negatif Menurut Islam. Akademi Tamdun
Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia.
Nurulhana, M. M. (14 August, 2010). Pengaruh Budaya Barat.
Poerwadarminta, W. (1976). Kamus Umum Bahsa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.
Pustaka, D. B. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Malaysia: Xentral Methods Sdn Bhd.
Redaksi, d. (2020). 13 Keutamaan Disiplin Dalam Islam dan Dalilnya. Dalamislam.com.
Sahib, S. Z. (11 November, 2015). Menangani keruntuhan akhlak. myMetro.
12