UNGKAPAN
ALGEBRA BERULANG
Erdiana Timmong
Hariani Harris
SM Holy Trinity
Peti Surat 60918 Tawau,
Sitiraihanah3112@gmail.com
harianiharris@gmail.com
ABSTRAK
Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar
Tingkatan 2 Sekolah Menengah Holy Trinity terhadap kemahiran kembangan
ungkapan algebra berulang dalam mata pelajaran Matematik. Seramai 20 orang
pelajar terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal melalui penyemakan buku latihan dan
analisis ujian pra telah menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat menguasai
kemahiran kembangan ungkapan algebra berulang. Justeru, satu kajian tindakan
telah dilaksanakan bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran kembangan
membantu pelajar menyelesaikan soalan yang melibatkan kembangan ungkapan
alg
mbantu pelajar menyelesaikan soalan
kembangan ungkapan algebra berulang dengan mudah, cepat dan tepat. Guru
mendapati pelaksanaan kaedah ini telah berjaya meningkatkan pemahaman konsep
pelajar. Selain itu, kaedah ini juga meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran
Matematik. Kesimpulan daripada hasil kajian tindakan yang dijalankan, didapati
timbul perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan
pembelajaran murid.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Melalui pengalaman kami mengajar mata pelajaran Matematik selama beberapa tahun, kami
mendapati pelajar amat lemah menyelesaikan soalan-soalan Matematik. Pelajar amat sukar
memahami konsep Matematik seterusnya tidak dapat mengaplikasikan konsep tersebut dalam
soalan yang diberikan. Oleh itu, pelajar tidak termotivasi untuk menjawab soalan Matematik
seterusnya menyebabkan mereka hilang minat terhadap mata pelajaran Matematik.
Kaedah yang sedia ada dalam buku teks juga tidak membantu pelajar menjawab soalan-
soalan Matematik. Kami perlu mencari kaedah yang lebih mudah untuk pelajar mendalami
konsep-konsep Matematik. Kebanyakan soalan Matematik tidak memerlukan kalkulator
untuk menjawab. Malahan jalan kerja perlu ditunjukkan untuk mendapat markah dalam ujian.
Oleh itu, pelajar sukar untuk menjawab dengan baik jika tidak menguasai kaedah yang
sesuai. Justeru, mata pelajaran Matematik sering mendapat GPMP yang rendah dalam setiap
kali ujian dan peperiksaan.
Memandangkan terdapat beberapa masalah yang kami hadapi, kami memperkenalkan kaedah
untuk memudahkan pelajar menjawab soalan kembangan ungkapan algebra berulang dalam
mata pelajaran Matematik.
2.0 FOKUS KAJIAN
Algebra merupakan topik dalam mata pelajaran Matematik. Kebanyakan pelajar menganggap
topik ini adalah topik yang sukar. Pelajar perlu memahami konsep untuk menyelesaikan
soalan algebra dan menyelesaikan soalan tersebut menggunakan teknik yang betul. Oleh itu,
DARAB dan KUASA. Kaedah ini dapat membantu pelajar menyelesaikan soalan ungkapan
algebra berulang secara cepat dan tepat.
Pelajar perlu menguasai kaedah ini untuk meningkatkan penguasaan dalam konsep
penyelesaian soalan kembangan ungkapan algebra berulang. Jika pelajar tidak menguasai
kaedah ini, pelajar akan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan soalan penyelesaian
masalah yang melibatkan soalan ungkapan algebra berulang.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM:
Kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Matematik.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS:
Meningkatkan tahap penguasaan pelajar menjawab soalan ungkapan algebra berulang
Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan ungkapan algebra berulang secara
cepat dan mudah.
Meningkatkan minat pelajar mendalami ilmu algebra.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Sasaran Kajian ini melibatkan seramai 20 orang pelajar Tingkatan 2 yang mempunyai
pencapaian akademik sederhana di Sekolah Menengah Holy Trinity, Tawau.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Tinjauan awal terhadap masalah ini telah dikenal pasti semasa penyemakan buku latihan oleh
guru mata pelajaran. Pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul menggunakan teknik
yang sedia ada.
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar menyerahkan buku latihan kepada
guru mata pelajaran. Setelah disemak, guru mendapati pelajar belum dapat menguasai soalan
kembangan ungkapan algebra berulang menggunakan kaedah yang sedia ada. Pelajar lemah
dalam mengembangkan ungkapan algebra yang melibatkan dua kurungan.
Guru merasakan perlu mewujudkan kaedah yang baharu untuk memudahkan pelajar
menguasai konsep ungkapan algebra berulang.
5.1 LANGKAH MELAKSANAKAN TINDAKAN
Ujian pra dijalankan untuk meninjau kemahiran pelajar menjawab soalan ungkapan algebra
berulang. Ujian ini juga memberikan pandangan awal ketidakupayaan pelajar menjawab
soalan yang diberikan. Semasa ujian pra dijalankan, pelajar menjawab soalan menggunakan
kaedah yang sedia ada. Hasil dapatan menunjukkan pelajar tidak dapat menjawab soalan
yang diberikan dengan baik.
pelajar menjawab soalan yang melibatkan kembangan ungkapan algebra berulang dengan
mudah, cepat dan tepat.
soalan ungkapan algebra berulang dengan mudah, cepat dan tepat. Kaedah ini merupakan
akronim bagi Kuasa, Darab dan Kuasa. Rasionalnya kaedah ini diperkenalkan adalah untuk
memudahkan pelajar melaksanakan kembangan ungkapan algebra berulang tanpa perlu
menggunakan kaedah yang biasa iaitu mengembangkan ungkapan algebra dalam dua
kurungan.
ngkaji terhadap 20 orang
pelajar yang terlibat. Kelas bimbingan ini dijalankan selama satu jam. Semasa kelas
melibatkan kembangan ungkapan algebra berulang dengan menunjukkan beberapa contoh
penyelesaian soalan mengikut langkah-langkah yang berikut.
Langkah satu ialah KUASA.
2
Kuasakan sebutan yang pertama dengan kuasanya. Sebutan dikuasakan dengan dua akan
menghasilkan 2.
Langkah dua ialah DARAB.
2
Darabkan kedua-dua sebutan dengan kuasanya. Sebutan dan 2 didarabkan dengan dua akan
menghasilkan .
Langkah tiga ialah KUASA.
2
Kuasakan sebutan yang kedua dengan kuasanya. Sebutan dikuasakan dengan dua akan
menghasilkan .
Langkah empat ialah gabungkan ketiga-tiga sebutan yang terhasil daripada kaedah KUASA
Beberapa orang pelajar diminta untuk mencuba menjawab soalan kembangan ungkapan
algebra
Ujian pos dijalankan setelah selesai kelas bimbingan dan pelajar telah memahami konsep
soalan yang sama dengan ujian pra sebelum ini. Hal ini bertujuan untuk menilai keberkesanan
Semasa ujian pos dilaksanakan, didapati hampir semua pelajar dapat menyiapkan semua
soalan kurang daripada 40 minit. Kaedah ini menunjukkan hasil yang positif dan amat
membantu pelajar menyelesaikan soalan kembangan yang melibatkan ungkapan algebra
berulang.
5.0 RUMUSAN PEMERHATIAN & PENILAIAN
Keputusan ujian pra menunjukkan bahawa pelajar masih tidak menguasai konsep kembangan
ungkapan algebra berulang. Jadual 1 menunjukkan keputusan analisis ujian pra yang
dijalankan.
Jadual 1 : Analisis Ujian Pra
Nama Pelajar Ujian Pra Peratus Gred
Abdul Razaq 0 0 F
Ahmad Daniel 0 0 F
Azza Rusyidah 1 6 F
Daniel Chin 0 0 F
Ling Suen Seng 3 19 F
Mohd Arie 6 38 F
Mohd Izzul 3 19 F
Mok Yun Foo 4 25 F
Nursyahilla 5 31 F
Zulhelmi 5 31 F
Endriano 5 31 F
Mohd Jalaludin 6 38 F
Nur Elifa 7 44 E
Nur Sheila 9 56 D
Robinson 8 50 D
Ronaldfield 4 25 F
Tai Yi Chou 8 50 D
Tsen Hui Xuan 14 88 A
Veehanisha 5 31 F
Wong Zhen Xuan 3 19 F
menguasai konsep kembangan ungkapan algebra berulang. Jadual 2 menunjukkan keputusan
analisis ujian pos yang dijalankan.
Jadual 2 : Analisis Ujian Pos
Nama Pelajar Ujian Pra Peratus Gred
Abdul Razaq 9 56 D
Ahmad Daniel 11 69 C
Azza Rusyidah 11 69 C
Daniel Chin 14 88 A
Ling Suen Seng 13 81 B
Mohd Arie 13 81 B
50 D
Mohd Izzul 8 100 A
100 A
Mok Yun Foo 16 50 D
88 A
Nursyahilla 16 88 A
75 B
Zulhelmi 8 88 A
88 A
Endriano 14 38 F
88 A
Mohd Jalaludin 14 100 A
75 B
Nur Elifa 12 19 F
Nur Sheila 14
Robinson 14
Ronaldfield 6
Tai Yi Chou 14
Tsen Hui Xuan 16
Veehanisha 12
Wong Zhen Xuan 3
Perbandingan antara ujian pra dan ujian pos ditunjukkan dalam Jadual 3.
Jadual 3 : Analisis Ujian Pra
Nama Pelajar Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan
Abdul Razaq 0 9 +9
Ahmad Daniel 0 11 +11
Azza Rusyidah 1 11 +10
Daniel Chin 0 14 +14
Ling Suen Seng 3 13 +10
Mohd Arie 6 13 +7
Mohd Izzul 3 8 +5
Mok Yun Foo 4 16 +12
Nursyahilla 5 16 +11
Zulhelmi 5 8 +3
Endriano 5 14 +9
Mohd Jalaludin 6 14 +8
Nur Elifa 7 12 +5
Nur Sheila 9 14 +5
Robinson 8 14 +6
Ronaldfield 4 6 +2
Tai Yi Chou 8 14 +6
Tsen Hui Xuan 14 16 +2
Veehanisha 5 12 +7
Wong Zhen Xuan 3 3 0
Rajah 1 : Carta Bar Perbandingan ujian pra dan pos.
7.0 PERBINCANGAN & REFLEKSI KAJIAN
Secara keseluruhannya, kaedah ini dapat meningkatkan keupayaan pelajar menjawab soalan
ungkapan algebra berulang. Hal ini dapat dibuktikan dalam peningkatan pencapaian pelajar
dalam ujian pos berbanding ujian pra. Selain itu, kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan
dan keyakinan pelajar dalam menjawab soalan mata pelajaran Matematik.
algebra berulang secara mudah, cepat dan tepat. Selain itu, pelajar dapat menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah yang melibatkan kembangan ungkapan algebra berulang.
Kaedah ini juga dapat menarik minat pelajar untuk menyelesaikan soalan mata pelajaran
Matematik. Pelajar juga dapat mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran
Matematik. Pelajar juga lebih termotivasi untuk belajar mata pelajaran ini. Seterusnya, dapat
memperolehi markah yang lebih baik dalam ujian atau peperiksaan yang akan datang.
8.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
Setelah kajian tindakan ini dijalankan, didapati bahawa terdapat kelemahan yang perlu
ditambahbaik. Kajian ini hanya melibatkan 20 orang pelajar Tingkatan 2. Kajian seterusnya
dicadangkan untuk dijalankan kepada semua Tingkatan 2 supaya pelajar lain juga termotivasi
untuk menjawab soalan ungkapan algebra berulang. Memandangkan kajian ini dijalankan
melibatkan subtajuk yang kecil, maka kajian seterusnya dicadangkan mengkaji tajuk-tajuk
yang lebih penting. Kaedah lain juga diharap diperkenalkan dalam pendekatan pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Matematik.
RUJUKAN
Bahraiah binti Hj. Baharam, Baharizah binti Hj.B aharam, Nurul Jannah binti Ahmad,
Nurazreen binti mohd Tahir dan Mohd Nazri bin Mohd Hanafiah (2017). Buku teks
Matematik Tingkatan 2 KSSM. Kementerian Pendidikan Malaysia, 23 - 26.
Gan Pek Ying dan Chong An Nam (2019). Modul Aktiviti Pintar Bestari Matematik
Tingkatan 2 KSSM. Sasbadi Sdn.Bhd, 8 9.
Jurnal Kajian Tindakan 2018, Edisi 3, SM. St Patrick, Tawau.
LAMPIRAN
Gambar 1 : Pelajar sedang menduduki ujian pra
Gambar 3 : Pelajar menjawab soalan ujian pos
Gambar 4 : Contoh hasil ujian pra pelajar
Gambar 5 : Contoh hasil ujian pos pelajar