PENCETUS KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN MENCINTAI ALAM
SEKITAR SMART, SEKOLAH HEBAT .
Gulson Begum Hj Khalid
Rosni Binti Ruddin
SM Holy Trinity Tawau
gulsonkha@gmail.com
bungaputeri13@gmail.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini berfokuskan inisiatif penerapan kemahiran 4C (kolaboratif,
komunikasi, berfikir secara kritikal, kreativiti) di samping pembudayaan mencintai
alam sekitar dalam kalangan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang murid
Tingkatan 2 yang dikategorikan berada pada tahap sangat lemah dalam kemahiran
4C. Meskipun guru menyampaikan PdPc melalui pendidikan secara formal dengan
menerapkan kemahiran 4C tetapi pelajar ini kurang menunjukkan kemahiran 4C.
Sehubungan dengan itu, kami telah mengambil inisiatif untuk mencetus asas
kemahiran 4C dalam kalangan pelajar di samping memupuk budaya cintakan alam
sekitar dengan melaksanakan program . Dalam
program ini 20 orang pelajar terlibat akan mengikuti beberapa fasa program dan
dimulai dengan sesi pertandingan mereka bentuk produk secara bekerjasama dari
bahan terbuang, fasa kedua kumpulan sesi pembentangan dan diakhiri dengan sesi
penilaian. Dapatan kajian melalui data pemerhatian dan soal selidik menunjukkan
bahawa intervensi yang dilaksanakan telah memberi kesan positif kepada perubahan
tingkah laku pelajar. Diharapkan kajian tindakan ini dapat diteruskan dan
ditambahbaik dengan memasukkan aktiviti menggunakan kemudahan teknologi
supaya ia lebih bermakna dan dijadikan salah satu rujukan dalam pemupukan
kemahiran 4C, seterusnya membawa kepada usaha pembudayaan mencintai alam
sekitar sekolah untuk melahirkan generasi yang berkemahiran dan mempunyai nilai
positif terhadap alam sekitar.
1.0 PENGENALAN
Bilik darjah merupakan nukleus asas iaitu ruang berlakunya perubahan dalam bidang
pendidikan bagi membolehkan murid-murid abad ke-21 bersaing di persada global. Justeru,
mereka perlu dilengkapi dengan kemahiran kolaboratif, komunikasi, berfikiran kritikal dan
kreativiti (Roekel, 2017). Rangka Pembelajaran Abad ke-21 yang dibangunkan oleh
Partnership (Partnership for 21st Century Skills, 2011) sejak tahun 2002 dianggap terlalu
kompleks kerana mengandungi 18 kemahiran yang difokuskan (Roekel, 2017). Oleh itu,
American National Education Association bersama-sama dengan beberapa organisasi
pendidikan utama US telah merumuskan 18 kemahiran tersebut ke dalam kerangka 4C
(Roekel, 2017). Kerangka 4C terdiri daripada kemahiran kolaboratif, komunikasi, berfikiran
kritikal dan kreativiti. Walau bagaimanapun, tidak semua kemahiran ini boleh dijana di dalam
kelas, sebaliknya memerlukan sistem pendidikan informal yang berlaku di luar kelas bagi
menarik minat pelajar terhadap kemahiran 4C. Kemahiran ini juga perlu digunapakai sebaik
mungkin secara serampang dua mata, yakni membentuk persekitaran alam sekitar yang
positif. Sehubungan dengan itu, bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing mereka
perlu dipupuk dengan kemahiran 4C sekaligus mempunyai nilai murni menghargai alam
sekitar.
2.0 REFLEKSI
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, dasar pendidikan meneruskan agenda penghasilan
modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga berkemahiran dan memiliki sikap
positif untuk terus maju dalam ekonomi global. Selaras dengan itu, aspirasi murid yang
ingin dibentuk adalah murid yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikiran kritis,
dan kemahiran kepemimpinan. Warga pendidik memainkan peranan amat penting bagi
menggalas amanah besar dalam membentuk generasi muda masa kini dengan budaya
Walau bagaimanapun, kami mendapati pelajar kelas yang kami ajar kurang menunjukkan
keupayaan menguasai kemahiran 4C. Situasi ini dapat diperhatikan semasa sesi pembelajaran
di dalam kelas. Apabila pelajar diajukan latihan soalan KBAT yang memerlukan palajar
berfikir dengan memberi pandangan atau hujah kebanyakan mereka membiarkan sahaja
soalan itu tanpa jawapan dan ada antaranya hanya menyalin semula soalan. Selain itu, pelajar
ini lebih banyak bergantung kepada guru dalam menyelesaikan sepenuhnya masalah mereka
tanpa mahu berfikir. Apa yang menyedihkan lagi apabila guru mengajukan soalan-soalan
mudah di dalam kelas, pelajar kurang keyakinan diri untuk menjawab soalan dan mereka
langsung tidak mahu berfikir.
Senario ini sangat merisaukan guru terhadap keupayaan mereka dalam menguasai kemahiran
4C, meskipun kebanyakan guru-guru telah menyampaikan PdPc dengan menerapkan
kemahiran 4C namun usaha ini kurang memberi impak kepada pelajar tersebut. Oleh itu,
kami telah memikirkan satu inisiatif lain untuk membantu mencetuskan kemahiran 4C dalam
sampel kajian melalui aktiviti Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI). Hal ini adalah kerana
pelajar kelas akhir ini lebih seronok membuat aktiviti luar kelas dan mereka lebih mudah
mengikuti pembelajaran melalui hands on. Inisiatif kami ini selaras dengan artikel
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012 iaitu menyatakan bahawa dalam proses
pelaksanaan transformasi pendidikan abad ke-21 dengan penerapan 4C memerlukan
pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai
kemahiran yang diperlukan. Oleh itu, kajian tindakan ini merupakan satu usaha untuk
memahami dan menambahbaik proses pencetusan kemahiran 4C di samping memupuk
budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar terutama pelajar kelas belakang.
3.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini memfokuskan permasalahan utama yang dihadapi oleh pelajar iaitu:
1. Pelajar tidak mempunyai kemahiran 4C dan perlu didorong agar tercetus kemahiran ini
dalam diri pelajar.
2. Pelajar kurang kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini telah ditetapkan objektif kajian umum dan khusus seperti berikut;
4.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian tindakan ini adalah untuk:
Penerapan kemahiran 4C dan pembudayaan mencintai alam sekitar melalui aktiviti SERASI
dalam kalangan pelajar kelas belakang.
4.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, objektif-objektif bagi kajian tindakan ini adalah seperti berikut:
1. Meninjau tahap penerapan kemahiran 4C dan pembudayaan mencintai alam sekitar
dalam kalangan pelajar.
2. Mencetuskan kemahiran 4C dalam kalangan pelajar melalui aktiviti SERASI.
3. Mengadakan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang ceria.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini adalah 20 orang murid-murid Tingkatan 2 dari
kelas Hibiscus dan Ixora. Mereka terdiri dari pelajar yang lemah dan kurang menunjukkan
kemahiran 4C berdasarkan pemerhatian guru semasa PdPc di dalam kelas.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Reka bentuk kajian yang telah digunakan dalam penyelidikan ini adalah berasaskan model
kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1998). Model tersebut menyarankan empat langkah
kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut:
i. Mereflek (Reflect)
ii. Merancang (Plan)
iii. Bertindak (Action)
iv. Memerhati (Observe)
Dalam bahagian ini akan dibincangkan langkah ketiga iaitu bertindak. Bagi memastikan
SMART
Fasa 1: Sampel akan mereka bentuk produk yang boleh memberi impak kepada rakan lain
atau sekolah dengan menggunakan bahan terbuang.
Fasa 2: Kumpulan akan membentangkan hasil produk dan mempromosikannya kepada
rakan di Sudut Speaker Corner dan kawasan sekolah yang terpilih.
Fasa 3: Penilaian terhadap hasil produk sampel.
6.1 LANGKAH MELAKSANAKAN TINDAKAN
SMART
iaitu pelajar diberi masa 3 minggu untuk menghasil produk dan minggu ke- 4 diadakan sesi
penilaian hasil produk setiap kumpulan. Langkah-langkah bagi setiap fasa adalah seperti
berikut:
Fasa 1: Pengenalan dan pelaksanaan Program SMART,
Langkah 1: Pengagihan sampel seramai 20 orang dalam 4 kumpulan.
Langkah 2:
Learning] dalam melaksanakan projek SERASI ini (Rujuk Rajah 1)
SMART
Langkah 3: Pelajar dikehendaki mereka bentuk produk yang boleh memberi impak
kepada rakan lain atau sekolah dengan menggunakan bahan terbuang dan
bahan kitar semula atau memanfaatkan ruang usang di kawasan sekolah.
Gambar 1: Taklimat kepada kumpulan sasaran pelajar
Fasa 2: Pembentangan
Langkah 1: Sesi pembentangan dilaksanakan secara berfasa yakni di sudut speaker
corner , pada waktu rehat (dalam masa 10 minit). Juga di kawasan yang
berkenaan/terpilih. Setiap kumpulan akan membentang pada hari berbeza
Isnin hingga Khamis (pada waktu rehat) dan ada kumpulan pada
pelaksanaan waktu hari kokurikulum (Rabu).
Gambar 2: Sesi pembentangan kepada kumpulan penilai.
Fasa 3 : Penilaian
Langkah 1: Kumpulan penilai dibentuk daripada Jawatankuasa SERASI dan guru.
Langkah 2: Penilaian dibuat berdasarkan hasil produk dan kemahiran 4C sampel sepanjang
pelaksanaan projek.
Langkah 3: Penganugerahan Sijil Penghargaan Aku Smart Sekolah Hebat bagi semua
kumpulan yang berjaya dan sumbangan hamper.
Gambar 3: Sesi penghargaan kepada setiap kumpulan.
Bagi memastikan program ini memberi impak terhadap kemahiran 4C dan perubahan sikap
pelajar terhadap sekolah sebagai rakan alam sekitar, kami telah menjalankan soal selidik
ringkas untuk mendapatkan maklum balas sampel terhadap keberkesanan program.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam membincangkan hasil dapatan kajian, kami akan menggunakan data kuantitatif dan
data kualitatif. Data kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang diajukan kepada 20
pelajar sebagai sampel kajian dan mereka diminta menjawab Ya atau Tidak bagi setiap
pernyataan yang diberikan mengikut kategori 3C. Data hasil soal selidik telah dianalisis dan
digunakan untuk menentukan sama ada dua objektif kajian tercapai atau sebaliknya.
Berdasarkan kajian ini, objektif pertama iaitu mencetuskan kemahiran 4C dalam kalangan
pelajar melalui i. Dapatan kajian kuantitatif
dilaporkan menggunakan peratus berdasarkan tiga aspek tumpuan kajian iaitu kreativiti
(creativity), pemikiran kritis (critical thinking) dan kolaboratif (collaborative) seperti jadual
di bawah. Manakala aspek C terakhir iaitu komunikasi (communication) akan dinilai melalui
data kualitatif berdasarkan data pemerhatian.
Jadual 1: Dapatan Item Soal Selidik Berkaitan Elemen 3C
BIL ITEM BIL YA BIL TIDAK
A. Kreativiti (creativity) 20 0
17 3
A1 Kami berbincang sebelum menetapkan produk yang ingin 16 4
dihasilkan
14 6
A2 Setiap ahli kumpulan kami akan memberi pandangan masing- 19 1
masing untuk menghasilkan produk 20 0
A3 Kami menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan 17 3
produk kami 16 4
B. Pemikiran Kritis (Critical Thinking)
B1 Kami telah merancang dengan teliti sebelum memulakan kerja-
kerja menghasilkan produk pilihan
B2 Kami mempunyai alasan tersendiri mengapa kami memilih
produk tersebut
B3 Kami juga menerima pandangan rakan rakan lain sebelum
memulakan pelaksanaan projek kami
C. Kolaboratif (Collaborative)
C1 Setiap ahli diagihkan tugas masing masing berdasarkan
keupayaan ahli
C2 Kami bersama-sama menyiapkan projek ini
C3 Setiap ahli memberi sumbangan masing-masing dalam 17 3
menjayakan projek ini 176 24
JUMLAH
Selain dari data kuantitatif, kajian ini juga menggunakan data kualitatif melaui kaedah
pemerhatian dan analisis dokumen (gambar) bagi menghuraikan objektif kajian pertama.
Data pemerhatian dibuat semasa kumpulan mengadakan sesi perbincangan untuk menentukan
pemilihan produk dan proses menghasilkan produk. Melalui data pemerhatian, melalui
instrumen catatan lapangan menunjukkan sampel dalam kumpulan mempunyai sikap saling
berkerjasama dan berbincang untuk membuat keputusan berkaitan produk yang ingin
dihasilkan. Data ini menyokong hasil data kuantitatif di atas. Dalam situasi perbincangan ini
mula mencetuskan kemahiran kritikal iaitu kemahiran menjana idea. Sebelum membuat
keputusan, ahli bersama membincangkan kepentingan dan impaknya produk yang mereka
pilih.
Gambar 4: Sesi perbincangan dan proses pelaksanaan projek
Selain itu, sampel kajian juga menunjukkan kemahiran berkomunikasi dengan
membentangkan hasil produk dan mempromosikan dengan rakan sekolah melalui aktiviti
pembentangan. Melalui siri pembentangan ini juga dapat mencetuskan kemahiran berfikir
secara kritikal kerana mereka perlu berkeyakinan untuk mempromosikan produk mereka
dengan menghuraikan kehebatan produk mereka.
Pelajar bergilir membuat pembentangan.
Pengagihan tugas yang jelas, ada pelajar
membentang, manakala pelajar lain membuat
demonstrasi menghasilkan produk.
Gambar 5: Sesi Pembentangan
Objektif kedua iaitu mengadakan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang
ceria. Berdasarkan analisis data kuantitatif iaitu soal selidik item A3 menunjukkan
kemampuan sampel menggunakan bahan buangan untuk menghasilkan produk pilihan
mereka untuk menceriakan sekolah. Melalui data pemerhatian juga telah membuktikan
bahawa sampel kajian berjaya menghasilkan pelbagai produk antaranya bunga hiasan dinding
daripada botol mineral yang telah digunakan, sabun daripada bahan organik, pasu bunga
dan sebagainya. (Rujuk gambar di bawah).
Gambar 6: Hasil produk setiap kumpulan
8.0 RUMUSAN
Maka dengan demikian, objektif yang telah ditetapkan awal telah dapat dicapai.
Penglibatan pelajar secara hands on untuk projek yang dilaksanakan, memang benar-benar
dapat memberi pengalaman yang sangat menarik, dan tentunya menyeronokkan mereka
menimba ilmu dan pengetahuan berbanding di dalam kelas. Malah, selain kemahiran 4C,
para pelajar juga akan memperolehi pelbagai kemahiran soft skills sebagai nilai tambah
yang kurang diperolehi melalui pdpc di dalam kelas khasnya untuk kategori kelas aras
sederhana dan aras lemah ini. Contohnya nilai bertanggungjawab, yakin diri, bantu-
membantu dan sebagainya.
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Sebagai langkah seterusnya, dicadangkan untuk program sebegini diberi ruang yang
lebih daripada pihak pentadbir sekolah agar perkara ini dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan. Contohnya melalui penglibatan daripada unit Kokurikulum mahupun dalam
unit Hal Ehwal Murid (HEM). Di dalam unit Kurikulum, selain digunakan sebagai alternatif
kedua, selain PdPc di dalam kelas, JK Kurikulum juga boleh menggunakan panitia untuk
menghasilkan PLC yang menjadikan aktiviti luar bilik darjah sebagai modusnya.
RUJUKAN
Jabatan Perdana Menteri. (2017). Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020. Putrajaya.
Retrieved from http://www.epu.gov.my/ms/rmk/rancangan-malaysia-kesebelas-2016-2020
Kemmis, S., & McTaggart, R. (1998). The action research planner. Geelong, Australia:
Deakin University Press.
Partnership for 21st Century Skills. (2011). Framework for the 21st century learning.
Retrieved April 3, 2015, from http://www.p21.org/our-work/p21-framework
Roekel, D. Van. (2017). Preparing 21st century sudents for a global society. Washington,
DC: National Education Association. Retrieved from http://www.nea.org/assets/docs/A-
Guide-to-Four-Cs.pdf