KAEDAH CERITA ADiBSiMBa BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA
DAN MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN DUA
Gulson Begum Hj Khalid (PhD)
SM Holy Trinity
Peti Surat 60918 Tawau
[email protected]
ABSTRAK
Sejarah merupakan subjek yang semakin penting dewasa kini dan lulus subjek
tersebut menjadi syarat untuk memperolehi sijil peringkat SPM. Oleh itu, pelajar perlu
menguasai subjek ini di peringkat menengah rendah lagi. Dalam format baru KSSM,
pelajar perlu menjawab soalan esei dan saya dapati markah pelajar bagi beberapa
siri ujian sangat rendah kerana tidak mengingati fakta dan tidak dapat menyusun
idea semasa menjawab soalan esei. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan
untuk membimbing pelajar menguasai kaedah mengingati fakta sejarah dan
kemahiran menjawab soalan esei dalam kalangan 10 orang pelajar tingkatan dua
melalui Strategi ADiBSiMBa. Bagi mencapai objektif kajian, data kualitatif dan
kuantitatif dikutip dan dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk
huraian, jadual serta rajah. Analisis data menggambarkan penggunaan kaedah ini
telah berjaya meningkatkan pencapaian pembelajaran dari aspek pemahaman
terhadap keupayaan mengingati fakta dan kemahiran menjawab soalan. Oleh itu,
strategi ini boleh digunapakai bukan sahaja untuk subjek Sejarah menengah rendah
bahkan oleh pelajar menengah atas dan subjek Bahasa Melayu.
1.0 PENGENALAN
Kurikulum Sejarah adalah untuk menyemai kefahaman murid terhadap Sejarah di peringkat
awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan dan kemahiran sejarah (Ismail,
2013). Adalah menjadi keperluan bagi seorang pelajar untuk mengingat pelbagai fakta
sejarah sejak menengah rendah lagi. Walau bagaimanapun, ramai pelajar merasa sukar untuk
menguasai fakta sejarah. Antara faktor kegagalan dalam penguasaan ilmu, khususnya subjek
sejarah adalah penggunaan teknik atau strategi kognitif yang tidak sesuai selain daripada itu,
sikap malas pelajar. Ketidakupayaan pelajar dalam mengingati fakta perlu dibantu di
peringkat awal lagi agar mereka lebih bermotivasi. Menurut Lee Shok Mee dalam bukunya
Psikologi Pendidikan (1997), menjelaskan bahawa tanpa kebolehan mengingat, segala yang
dipelajari menjadi sia-sia sahaja. Dari segi peperiksaan pula kebolehan mengingat menjadi
asas ukuran untuk menentukan sejauh mana seseorang murid telah mencapai pembelajaran.
Oleh itu, kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan menjejaskan prestasi
calon. Justeru, calon tersebut dianggap telah gagal dalam pembelajaran. Oleh itu, pelajar
memerlukan kemahiran untuk mengingati fakta agar lebih mudah menguasai PdPc Sejarah
dan menjawab soalan peperiksaan terutama bahagian esei. Melalui strategi ini sebenarnya
menunjukkan bahawa kemampuan ingatan pelajar yang dianggap lemah boleh ditingkatkan.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Saya mengajar subjek sejarah untuk kelas pertengahan Tingkatan 2 dan setiap masa
pengajaran dan pembelajaran sejarah di kelas tersebut, saya peruntukkan masa 10 minit akhir
untuk mengemukakan soalan perbincangan berkaitan topik yang telah diajar bertujuan untuk
menilai tahap pemahaman pelajar berkaitan isi pembelajaran, namun demikian sebahagian
besar pelajar tidak boleh mengingati fakta-fakta penting yang telah disampaikan. Jawapan
menggunakan bahan bantu mengajar yang efektif dan menarik seperti peta minda dan PPT
tetapi terbukti pelajar masih gagal menguasai fakta yang telah disampaikan. Situasi ini amat
merunsingkan saya kerana subjek Sejarah terutamanya format baru KSSM (Bhg C)
memerlukan pelajar mengingati fakta-fakta penting bagi membolehkan mereka menyusun
fakta dan idea untuk menjawab soalan esei.
Selain itu, berdasarkan analisis markah peperiksaan Ogos juga menunjukkan majoriti pelajar
Tingkatan 2 hanya mampu memperolehi markah 30 hingga 35 dan ada segelintir daripada
pelajar tersebut memperolehi markah di bawah 20. Pelajar ini memperolehi markah tersebut
kerana menjawab soalan bahagian C langsung tidak berkaitan dengan soalan dan ada pula
yang hanya menyalin semula soalan yang diberikan. Pelajar memberi alasan tidak dapat
menjawab soalan esei kerana tiada idea dan lupa fakta meskipun mereka telah mengulangkaji
dan membaca topik tersebut sebelum menduduki ujian.
Setelah menganalisis jawapan pelajar, saya mendapati majoriti pelajar tidak menjawab soalan
bahagian esei dan tidak menunjukkan usaha untuk mejawabnya kerana tidak mengingati
fakta, sedangkan soalan ini menyumbang 40 markah daripada 100 markah penuh
peperiksaan. Oleh itu pelajar ini perlu dibekalkan dengan kaedah untuk meningkatkan
kemahiran mengingat fakta agar mereka berupaya menjawab soalan esei dengan menyusun
idea-idea secara teratur dengan menggunakan panduan khusus.
3.0 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dinyatakan, saya telah memfokuskan kajian
tindakan ini kepada perkara berikut:
1. Menentukan langkah-langkah untuk memudahkan pelajar mengingati fakta topik
sejarah dengan lebih efektif.
2. Menentukan cara yang boleh memudahkan pelajar menjawab soalan esei
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini diharapkan akan dapat mencapai objektif di bawah:
4.1 Objektif Am
1. Meningkatkan nilai GMP sejarah Tingkatan 2 dengan peningkatan peratus kelulusan
Sejarah
4.2 Objektif Khusus
1. Meningkatkan daya ingatan pelajar dalam mengingati fakta-fakta Sejarah.
2. Memberi panduan kepada pelajar kaedah menjawab soalan di bahagian C, soalan esei
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini merupakan kajian tindakan melibatkan data kuantitatif dan kualitatif. Dalam kajian
ini melibatkan seramai 10 orang pelajar Tingkatan 2 kelas pertengahan sebagai responden
kajian dan mereka dikategorikan sebagai pelajar lemah kerana gagal setiap kali ujian dan
peperiksaan. Pemilihan responden ini juga berdasarkan sepanjang sesi PdPc guru, pelajar
menunjukkan respon negatif setiap kali guru bertanya soalan di dalam kelas berkaitan topik
yang telah diajar.
6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Dalam menjalankan prosedur kajian, pengkaji berpandukan model Kemmis & Mc Taggart
seperti dalam rajah 1, Berdasarkan model tersebut, pengkaji akan mengenal pasti isu melalui
tinjauan awal dengan membuat refleksi. Seterusnya merancang strategi untuk menyelesaikan
isu melalui kaedah ADiBSiMBa dengan memfokuskan kemahiran pelajar dalam mengingati
fakta dan menjawab soalan esei.
Rajah 1: Proses Kajian Tindakan ( Kemmis & McTaggart 1998)
6.1 Langkah Melaksanakan Tindakan
Tempoh pelaksanaan proses kajian tindakan ini mengambil masa selama dua bulan, walau
bagaimanapun pelaksanaan intervensi hanya mengambil masa selama 4 minggu dan melalui
3 fasa utama seperti berikut:
Fasa 1: Pengenalan konsep ADiBSiMBa melalui penerangan guru berkaitan konsep dan
aplikasi dalam subtopik
Fasa 2: Pelajar memahami dan menghayati konsep tersebut melalui perbincangan kumpulan
dan pembentangan peta minda dan penceritaan
Fasa 3: Penilaian terhadap penguasaan pelajar berkaitan pembelajaran melalui ujian
peperiksaan akhir tahun dan penilaian persepsi pelajar terhadap strategi melalui sesi
temubual.
Fasa 1: Pengenalan Konsep ADiBSiMBa
Langkah 1
Guru menerangkan secara jelas setiap definisi elemen dalam strategi ADiBSiMBa kepada
pelajar melalui nota ringkas, seperti rajah di bawah
Rajah 2: 6 Elemen Strategi Intervensi
Langkah 2
Bagi memastikan pelajar benar-benar faham dan menguasai kemahiran ini, guru akan
memberi contoh kaedah mengaplikasi elemen strategi ADiBSiMBa dalam salah satu topik
sejarah. Seperti jadual berikut:
Jadual 1: Elemen ADiBSiMBa Dan Aplikasinya Dalam Topik
Bil Elemen Sub Topik 8.2; Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan
dan Perlis dengan negeri-negeri Melayu lain
1A Kata tanya yang pertama Asas hubungan Kerajaan Kedah,
dari rumus ini adalah Apa. Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis
Kata tanya ini berisi dengan negeri-negeri Melayu
pertanyaan mengenai berdasarkan keserumpunan, geografi
permasalahan atau hal yang dan agama.
terjadi pada suatu
peristiwa.
2 Di Pertanyaan-pertanyaan Hubungan dengan Cina, Siam, Arab dan
3B mengenai tempat atau Kemboja
lokasi sebuah peristiwa
Si terjadi
M
Pertanyaan-pertanyaan Pada abad ke 15
Ba mengenai waktu terjadinya Pada tahun 1775
peristiwa, berita atau Abad ke 20
cerita yang terjadi
Kata Siapa mengandung Sultan Mahmud Shah
pertanyaan-pertanyaan Sultan Terengganu
mengenai pelaku atau Syed Hussin
orang lain dari sebuah
peristiwa yang terjadi
Menjelaskan faktor Tujuan hubungan luar adalah :
kejadian sesuatu perkara
atau kepentingan perisitwa. 1.Memperukuhkan kedaulatan
Alasan terjadinya sesuatu
peristiwa 2.Mendapatkan pengiktirafan
kedaulatan kerajaan
3.Memakmurkan negeri
Pertanyaan-pertanyaan yang Cara jalinan hubungan luar melalui:
mengandungi cara atau
proses bagaimana Cth: Perkahwinan- Perkahwinan diraja
terjadinya suatu peristiwa antara kerajaan. Raja Syed Hussin (Raja
Perlis) berkahwin dengan Tengku Nor
Asiah (cucunda sultan Kedah)
Fasa 2: Pelajar Mengaplikasi Strategi ADiBSiMBa Dalam Tugasan
Fasa ini sangat penting kerana dalam fasa ini merupakan penentuan kefahaman pelajar
terhadap konsep yang telah dipelajari dan dalam fasa ini akan melibatkan beberapa siri
langkah seperti berikut:
Langkah 1
Selepas selesai penerangan konsep dan contoh aplikasi ADiBSiMBa, guru meminta pelajar
duduk dalam kumpulan dan diagihkan tugasan-tugasan untuk dibincangkan oleh pelajar
dalam kumpulan.
Gambar 1
Langkah 2
2.1 Pelajar perlu menyempurnakan tugasan dengan menggunakan kaedah ADiBSiMBa
2.2 Kumpulan akan merumuskan jawapan-jawapan tugasan dengan menjawab semua
persoalan ADiBSiMBa melalui peta minda,
2.3 Wakil setiap kumpulan akan membentangkan paparan peta minda dan disampaikan
melalui penceritaan.
Gambar 2 Gambar 3
Langkah 3
Selepas sesi perbincangan, pelajar diminta membentangkan hasil perbincangan dalam bentuk
peta minda oleh wakil kumpulan. Wakil kumpulan akan menyampaikan penceritaan
berkaitan tugasan yang diberikan berdasarkan peta minda
Langkah 4
Sesi soal jawab rakan serta ulasan dari guru berkaitan pembentangan pelajar dan
penambahbaikan.
Langkah 5
Seterusnya pelajar lain akan mencatat nota sebagai nota ringkas mereka dan sebagai tindakan
pengukuhan, guru meminta pelajar melengkapkan buku kerja berkaitan topik yang dipelajari.
Fasa 3: Penilaian
Langkah 1
Minggu keenam, ujian dijalankan sebagai kaedah menilai penguasaan pelajar dalam
mengingat fakta sejarah dan kemahiran pelajar menjawab soalan esei bahagian C.
Langkah 2
Selain daripada menilai keberkesanan kaedah terhadap peningkatan pencapaian pelajar, saya
juga mentadbir soal selidik untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap keberkesanan strategi
ADiBSiMBa dalam membantu pelajar. Kaedah soal selidik ini ditadbir dengan mengutarakan
5 item untuk menilai persepsi pelajar terhadap strategi tersebut.
7.0 RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN
Selepas 5 minggu pelajar dilatih menggunakan strategi ini, saya telah menjalankan ujian
penilaian pada minggu yang keenam dan ujian ini dianggap sebagai ujian pos untuk
mengetahui sejauh mana pelajar saya benar-benar menguasai kemahiran mengingati fakta.
Jadual 2 menunjukkan data ujian pos yang telah saya kumpulkan berbanding ujian pra yang
telah saya jalankan sebelum pelajar didedahkan dengan strategi ADiBSiMBa.
Jadual 2: Analisis perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos
Responden Ujian Pra Ujian Pos
Esei Bhg C (40M) Esei Bhg C (40M)
1 10 22
28 21
3 14 24
4 15 29
5 16 28
6 11 23
7 14 27
8 14 26
9 10 26
10 9 21
Setelah ujian pos selesai dianalisis, saya belum berpuas hati dan tidak bergantung semata-
mata di atas pencapaian tersebut. Langkah seterusnya saya telah membuat satu tinjauan
ringkas menggunakan borang soal selidik untuk melihat persepsi pelajar terhadap
keberkesanan strategi ini. Dapatan analisis menunjukkan kesemua responden bersetuju
intervensi yang dijalankan dapat menarik minat mereka terhadap pembelajaran sejarah dan
mereka lebih mudah mengingati fakta semasa menjawab soalan. Selain itu, mereka dapat
menjawab soalan dengan mengatur idea-idea dengan lebih tersusun dengan berpandukan
strategi tersebut. Dapatan analisis soal selidik seperti dalam jadual 3, di bawah
Jadual 3:Analisis Soal Selidik Persepi Pelajar
Item Ya Tidak
1. Adakah kamu suka pengajaran fakta sejarah 10 0
melalui strategi ADiBSiMBa 10 0
10 0
2. Adakah kamu lebih mudah mengingat fakta 10 0
sejarah dengan adanya ADiBSiMBa
3. Adakah kamu merasakan kaedah ini menarik
perhatian kamu untuk mempelajari sejarah
4 Adakah kamu dapat menyusun fakta sejarah
dengan lebih teratur dan mudah semasa
menjawab soalan esei dengan berpandukan
konsep ADiBSiMBa
5 Adakah dengan cara ini membuatkan anda lebih
cepat menghafal fakta sejarah
8.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan strategi ADiBSiMBa dapat membantu murid untuk
mengingat dan menguasai fakta sejarah dengan lebih cepat. Murid dapat mengingat fakta
subtopik (subtajuk) sejarah dengan lebih mudah melalui penceritaan dengan berpandukan 6
konsep dan hal ini dapat memandu pelajar menyusun isi penting melalui penceritaan
berfokus.
Keberkesanan strategi ini juga dapat dilihat berdasarkan sesi pengukuhan guru dengan pelajar
di setiap sesi pembelajaran. Murid dapat menjawab soalan-soalan lisan berkaitan topik
pembelajaran dengan tepat dan jelas. Di samping itu, murid menunjukkan penglibatan yang
lebih memberangsangkan berbanding kaedah sebelumnya.
Perkembangan tersebut juga jelas dilihat melalui persepi pelajar selepas kaedah dilaksanakan.
Majoriti responden dapat menjawab soalan-soalan esei ringkas dan melalui soal selidik yang
ditadbir menunjukkan 90% pelajar bersetuju bahawa kaedah ini sangat membantu mereka
dalam menjawab soalan peperiksaan esei.
Berdasarkan pemerhatian guru sepanjang sesi intervensi selama 4 minggu juga menunjukkan
pelajar sangat seronok semasa sesi pembentangan dan mereka mempunyai keupayaan untuk
membentangkan fakta sejarah dengan lancar kerana mereka memahami fakta tersebut, malah
intervensi ini dikatakan sangat menarik yang membuatkan semangat mereka untuk
mempelajari sejarah itu semakin meningkat. Ternyata, intervensi ini berjaya membuatkan
mereka suka dan seronok untuk mempelajari topik sejarah.
Melalui analisis dokumen, pencapaian pelajar dalam ujian pos menunjukkan markah bagi 10
orang pelajar yang merupakan sampel kajian telah menunjukkan peningkatan yang positif.
Keupayaan mereka dalam mengingati fakta sejarah juga boleh dilihat melonjak ke tahap yang
cemerlang apabila mereka dapat menjawab soalan esei. Kategori lemah dan sederhana tidak
tampak lagi selepas intervensi, malahan 3 orang daripada responden menunjukkan perubahan
yang drastik berbanding ujian pra.
Dalam bahagian ini juga, pengkaji membincangkan aspek kekuatan dan kelemahan intervensi
ini. Dari aspek kekuatan, kaedah ini mudah dilaksanakan tanpa persediaan yang rumit.
Pengkaji hanya perlu memahami dan menguasai sebaik mungkin 6 elemen intervensi ini
supaya dapat memberi penerangan yang lebih jelas kepada pelajar. Kaedah ini juga sesuai
digunakan dalam kalangan pelajar menengah rendah kerana mereka suka bercerita tetapi
intervensi akan membantu mereka bercerita secara berfokus.
Selain daripada kekuatan, tidak dapat dinafikan intervensi ini juga mempunyai kelemahan.
Antara kelemahan yang jelas iaitu di peringkat awal, pengkaji memerlukan masa yang agak
lama untuk memastikan setiap pelajar memahami dan seterusnya mengapilikasi 6 konsep
yang digunakan dalam penceritaan mereka berpandukan subtopik (subtajuk) sejarah semasa
intervensi dilaksanakan. Oleh itu, dicadangkan penambahbaikan dengan menggunakan
konsep video dan audio bagi menerangkan konsep strategi agar pelajar lebih tertarik dan
mudah faham. Sekiranya penambahbaikan dilakukan sudah pasti kualiti strategi ini lebih baik
dan berimpak tinggi.
Oleh itu, kaedah ini sememangnya sesuai untuk digunakan oleh guru-guru sejarah untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran disampaikan kepada murid. Mesej yang
ingin disampaikan kepada murid akan lebih jelas dan sekaligus membuatkan murid lebih
pantas untuk mendapat input melalui proses belajar kaedah pembelajaran process on
learning. Kaedah ini juga dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif melalui penjanaan
idea dan mengembangkan idea dan hal ini selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-
21.
Jika dilihat semula peringkat awal sampel yang dipilih murid telah menunjukkan kurang
minat terhadap PdPc Sejarah dan mereka tidak yakin untuk menjawab soalan-soalan guru.
Mereka sering kali mengelak untuk berkerjasama dalam perbincangan kumpulan. Namun
setelah melalui intervensi ini dengan melibatkan 3 langkah iaitu penerangan guru,
perbincangan dan pembentangan menggunakan strategi ADiBSiMBa telah membantu semua
responden lebih berani menjawab soalan-soalan guru. Perkara ini adalah kerana responden
mempunyai keyakinan menyampaikan dengan berpandukan 6 elemen intervensi tersebut.
9.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
Dapatan kajian serta kesan daripada pengunaan strategi ini menunjukkan terdapat perubahan
terhadap pencapaian dan penguasaan kemahiran menjawab soalan terutama soalan sejarah
bahagian C iaitu soalan esei. Di samping itu, terdapat perubahan sikap positif pelajar terhadap
pembelajaran sejarah. Melalui refleksi dapatan kajian ini, saya berpendapat beberapa
cadangan perlu dibuat untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan penguasaan kemahiran
pelajar melalui kajian seterusnya. Antara cadangan penambahbaikan iaitu memberi
penerangan awal kepada pelajar berkaitan konsep ADiBSiMBa melalui video dan audio
supaya lebih menarik.
Sekiranya penambahbaikan dibuat, sudah pasti kaedah ini bukan sahaja sesuai digunakan
dalam PdPc sejarah, malah subjek lain seperti Bahasa Melayu juga boleh mengubahsuai
kaedah ini bagi membantu pelajar menjana idea untuk menghasilkan penulisan karangan
yang berkualiti. Strategi ini akan membantu pelajar meneroka minda mereka untuk mencari
jawapan bagi setiap persoalan dan akhirnya akan mendorong mereka berfikiran aras tinggi
untuk menjawab elemen ke 5 dan 6 iaitu Mengapa dan Bagaimana (MBa).
Selain itu, bagi saya kaedah ini juga secara tidak langsung boleh digunakan oleh guru-guru
sejarah dalam menyediakan ringkasan penyampaian pengajaran. Guru akan meringkaskan
isi-isi penting untuk disampaikan kepada murid secara berperingkat agar pelajar dapat
memahami isi pembelajaran secara kontruktivisme. Oleh itu, hal ini akan dapat membantu
menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah
pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri
dengan berpandukan 6 elemen intervensi dengan jelas. Oleh itu, pada masa akan datang,
Panitia Bahasa Melayu dan pentadbir boleh menjalankan kajian tindakan untuk melihat
keberkesanan intervensi tersebut dalam PdPC guru dan kaedah penyampaian guru.
RUJUKAN
Coffy. A & Atkinson, P. (1996). Making sense of qualitative data. Thousand oaks. CA: Sage
Chow Fook Meng Phd& Jaizah Mahamud, (2011). Kajian Tindakan Konsep & Amalan
dalam Pengajaran. Selangor: Penerbt Multimedia Sdn Bhd
Kemmis, Stephen and Robin Mc Taggart (.1988). The Action Research Planner. Melbourne
Deakin University Press
Tang Geok Ling. (2005). Meningkatkan keupayaan pelajar mengingat fakta sejarah dengan
nyelidikan Tindakan, 3-4
Oktober 2005. Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Sri Aman dan MP Batu Lintang,
Kuching Sarawak, 97-107.