UNTUK MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN PENGUASAAN
PERSAMAAN LINEAR DALAM KALANGAN PELAJAR
Tan Kui Gek
Chung Guan Vun
SM Holy Trinity
Peti Surat 60918 Tawau
kuigek@yahoo.com
yvonnecgv@hotmail.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan
pelajar Tingkatan 4 Ixora SM Holy Trinity Tawau terhadap Persamaan Linear kerana
ilmu dalam Persamaan Linear amatlah penting dalam menjawab soalan yang
melibatkan silibus Tingkatan Empat Bab 5 bertajuk Garis Lurus. Seramai 32 orang
pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dimulakan apabila didapati bahawa para
pelajar telah gagal menjawab soalan berkenaan Bab 5 Garis Lurus, justeru
sepatutnya, pelajar ini menguasai konsep garis lurus iaitu mereka tahu formula
mencari kecerunan tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah garis lurus atas sebab
kelemahan dalam menguasai kemahiran Persamaan Linear sehinggga mereka gagal
memperolehi markah penuh dalam soalan yang berkaitan Garis Lurus dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun Matematik Kertas 2. Oleh hal yang sedemikian,
kajian tindakan yang pragmatik telah diimplimentasikan dengan bersungguh-sungguh
-masalah yang dihadapi oleh para
pelajar. Program ini dilaksanakan melalui 5 fasa. Fasa pertama melibatkan pekali x
bagi persamaan linear adalah tanda positif 1, Fasa kedua melibatkan pekali x bagi
persamaan linear adalah tanda negatif 1, Fasa ketiga melibatkan pekali x bagi
persamaan linear bersifat positif tetapi bukan 1, fasa keempat melibatkan pekali x
bagi persamaan linear bersifat negatif tetapi bukan 1 dan fasa kelima melibatkan
pekali x berkedudukan sebagai penyebut. Dengan sukacitanya, para pelajar rela
melibatkan diri dalam program intervensi ini dengan harapan ingin memperbaiki
penguasaan terhadap Persamaan Linear.Setelah intervensi ini dijalankan, didapati
bahawa para pelajar mengetahui dan memahami cara bagaimana membuat langkah
kerja yang betul dan sistematik semasa menjawab soalan-soalan berkenaan
Persamaan Linear. Daripada penilaian langkah kerja dan jawapan yang dibuat oleh
pelajar dalam Ujian Post, didapati bahawa tahap prestasi pencapaian para pelajar
bertambah baik dan apa-apa yang memberangsangkan guru ialah semua pelajar
boleh menjawab soalan-soalan berkenaan Persamaan Linear dengan penuh yakin.
Komen yang positif terhadap pengenalan kaedah yang sistematik ini turut diberikan
oleh para pelajar apabila temu bual dilaksanakan antara guru dengan para pelajar.
Secara langsung, hasil kajian ini menunjukkan peningkatan tahap penguasaan para
pelajar terhadap mencari nilai bagi Persamaan Linear.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Pada tahun ini (2019), saya telah dipertanggungjawabkan bagi mengajar kelas ketiga bagi
Tingkatan Empat, iaitu kelas 4 Ixora. Kelas ini disenaraikan sebagai kelas yang lemah dari
segi prestasi pencapaian dalam Matematik. Berdasarkan keputusan pelajar dalam Peperiksaan
PT3 2018, didapati bahawa sebilangan besar daripada pelajar 4 Ixora 27 orang (84.4%) telah
mencapai tahap gagal, iaitu Gred F, 5 orang sahaja (15.6%) pelajar mendapat tahap lulus
dalam mata pelajaran Matematik. (Rujuk Jadual 1(a) & 1 (b)).
Jadual 1 (a) Senarai Keputusan Matematik PT3 2018 Bagi Pelajar 4 Ixora:
BIL Nama GRED
1 ABDUL RAZIQ AQIL F
2 ADYKA ROZAIDY BIN MUSA E
3 DARREL DEAN BIN DIONYSIUS F
4 DENNY DULO DERENG F
5 ELVIA NATALIA F
6 FAKRUL IZHAR HUZAIRI BIN HUSANUDDIN C
7 IRDINA NAJIHA BINTI AB F
8 JOSHUA DOUGLAS SEVEN JOHN F
9 MOHAMAD AIDIL DANIAL BIN ABDUL F
MUHAMAD
10 MOHAMAD JAINULLIZAM BIN PALLU F
11 MOHAMED REEZ DANIEYL BIN BAHARUDIN F
12 MOHAMMAD AIDIL NAZRIL BIN ANSUR F
13 MOHAMMAD FARID BIN MOHAMMID F
14 MOHAMMAD IKHWAN HARITH BIN MOHD F
MISNAN
15 MOHAMMAD NOOR HAFIZAL BIN RAHMAT F
16 MOHAMMAD RAFI IRSYADUDDIN BIN RAMLI F
17 MOHAMMAD RIZMAN HADI BIN NUH E
18 MOHAMMAD ZULKARNAIN NASATION F
19 MUHAMAD HAFIZ BIN LAYUDIN E
20 MUHAMMAD AIDID AIDIL HAKIMI BIN AZLAN F
21 MUHAMMAD FAZLIZAN BIN DENZELY F
22 MUHAMMAD HILMI BIN MOHAMAD ABRAHIM F
23 MUHAMMAD SYAFIQ BIN IRFAN F
24 MUHAMMAD ZAMZURI BIN HUDDIN F
25 NAIM BIN MUSBAH F
26 NOR FAZILAH BINTI MOHD LISAH F
27 NUR FARADILA BINTI BERAHIM F
28 NURUL FARIHAIN BINTI AHMAD FAUZAN E
29 NURUL SYAHIRAH BINTI MUHAMMAD SHAH F
30 RAYNOLD KEN F
31 RIZWAN BIN AMIR F
32 WILLSON BIN WAN F
Jadual 1 (b) Analisis Keputusan Matematik PT3 2018 Bagi Pelajar 4 Ixora:
Gred A B C D E F
Bil 0 0 1 0 4 27
(%) ( 0.0 ) ( 0.0 ) ( 3.1 ) ( 0.0 ) ( 12.5 ) ( 84.4 )
Sewaktu menyemak skrip jawapan Matematik bagi 32 calon yang menduduki Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019, semua pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah bagi soalan Garis
Lurus sama ada di kertas 1 mahupun di kertas 2. Hal ini disebabkan kelemahan calon dalam
menguasai konsep Persamaan Linear yang sepatutnya harus dikuasai dengan baik pada
silibus menengah rendah yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyelesaikan
soalan bagi Garis Lurus. Daripada analisis data pencapaian PT3 2018 bagi pelajar 4 Ixora
secara langsung dapat menyampaikan gambaran yang sangat jelas bahawa semua pelajar
yang keputusan lemah ini kemungkinan besar gagal menguasai konsep Persamaan Linear
dengan baik kerana soalan PT3 kerap menguji soalan berbentuk Persamaan Linear. Melalui
temu bual kepada semua pelajar 4 Ixora yang dijalankan, didapati semua pelajar sentiasa
memberikan respon negatif terhadap soalan berkaitan Persamaan Linear. Kemungkinan besar
semua pelajar gagal mengaplikasikan konsep Persamaan Linear dengan baik, menyebabkan
mereka mendapat markah kosong bagi soalan Garis Lurus yang memerlukan pengaplikasian
konsep Persamaan Linear.
Memandangkan saya tidak mempunyai pengetahuan sedia ada tentang pelajar-pelajar 4 Ixora,
saya telah memberikan satu Ujian Pra yang merangkumi 60 soalan Persamaan Linear
daripada tahap mudah(20 soalan), ke tahap sederhana (20 soalan) sehingga ke tahap tinggi
(20 soalan) kepada 32 orang pelajar 4 Ixora pada 4 Julai 2019 (Isnin), ujian ini dijalankan
secara terus meminta pelajar menjawab soalan Ujian Pra pada masa 1 jam sahaja tanpa
memberikan apa-apa panduan atau bimbingan. Tindakan ini dilaksanakan adalah bertujuan
untuk mengenal pasti dan mengetahui tahap penguasaaan pelajar 4 Ixora terhadap konsep
Persamaan Linear. Melalui penyemakan Ujian Pra ini, saya mendapati 5 kelemahan yang
dihadapi oleh para pelajar, iaitu masalah pertama, terdapat sebilangan besar pelajar tidak
dapat mengoperasikan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian dengan baik.
Masalah kedua adalah pelajar tidak tahu kaedah penyelesaian soalan, di mana pekali x
bertanda negatif. Masalah ketiga adalah sebahagian besar pelajar tidak dapat menyelesaikan
masalah di mana pekali x bukan 1. Masalah keempat adalah majoriti pelajar tidak dapat
menyelesaikan persamaan linear di mana pekali x bertanda negatif dan bukan 1. Masalah
kelima adalah semua pelajar tidak dapat menyesaikan Persamaan Linear di mana pekali x
sebagai penyebut. Setelah menyedari hakikat ini, tercetus beberapa persoalan dalam minda
saya bahawa perlukah saya mengajar semula isi kandungan Persamaan Linear pada tahun ini
walaupun ilmu ini seharusnya pelajar kuasai pada tahap menengah rendah. Apakah cara yang
lebih efektif yang boleh saya ambil bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap
topik ini? Bagaimanakah saya membantu pelajar menguasai topik ini pada masa ini?
Semenjak itu, saya kerap memikirkan cara-cara yang boleh diambil bagi membantu para
pelajar dalam menjawab soalan-soalan yang berkenaan topik ini kerana saya memahami
bahawa pelajar-pelajar pasti tidak mampu mencapai markah yang tinggi dalam peperiksaan
peringkat sekolah mahupun pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun
hadapan sedangkan topik ini sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam
Peperiksaan SPM. Berdasarkan soalan-soalan SPM Matematik tahun-tahun lepas, didapati
bahawa Kertas 1 lazimnya mengandungi 5 hingga 8 soalan berkenaan aplikasi ilmu Persaman
Linear manakala Kertas 2 akan mengandungi soalan Matriks, soalan Garis Lurus, soalan Luas
dan Perimeter (mencari panjang atau lebar), soalan Pepejal dan Isipadu (mencari jejari atau
tinggi) akan melibatkan penyelesaian soalan dengan mengaplikasikan konsep Persamaan
Linear, setiap soalan yang tersenarai di atas akan diberikan markah antara 4 hingga 6 markah
untuk satu soalan.
Walau bagaimanapun, melalui pemerhatian dan pemantauan setelah enam bulan mengajar
kelas ini, saya mendapati kelas ini sebenarnya berpotensi bagi mencapai keputusan yang
lebih baik malah cemerlang dalam soalan berkenaan topik ini seandainya berbekalkan teknik
menjawab soalan yang efektif serta semangat dan kesanggupan pelajar yang tinggi terhadap
topik ini.
2.0 FOKUS KAJIAN
Selepas saya memberikan satu Ujian Pra kepada 32 orang pelajar 4 Ixora, saya mendapati
bahawa 32 orang pelajar memang lemah dan langsung tidak dapat menguasai prinsip-prinsip
topik ini, maka kajian tindakan yang saya laksanakan pun berfokus kepada 32 orang pelajar
ini yang agak memerlukan bantuan dan bimbingan daripada saya. Semasa menjalankan kajian
tindakan, saya memfokuskan bagaimana caranya membantu pelajar mengingat tatacara
menyelesaikan Persamaan Linear. Dengan itu, satu program yang dinamakan sebag
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharapkan 32 orang pelajar kelas 4 Ixora ini dapat
mencapai objektif berikut:
3.1 OBJEKTIF AM
Meningkatkan tahap penguasaan pelajar-pelajar terhadap penyelesaian Persamaan Linear.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
Meningkatkan teknik-teknik pelajar dalam menjawab soalan Persamaan Linear.
Menambahkan keyakinan pelajar menjawab soalan Persamaan Linear.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Responden dan kumpulan sasaran ialah pelajar Tingkatan 4 Ixora dari SM Holy Trinity.
Kumpulan ini seramai 32 orang yang terdiri daripada 26 orang pelajar lelaki dan 6 orang
pelajar perempuan .
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Bil Aktiviti/Tugasan Tarikh
1. Membuat tinjauan masalah melalui semakan 22/05/2019
skrip jawapan Peperiksaan Pertengahan
Tahun, pemerhatian dan Ujian Pra
2. Memaklumkan kepada Pihak Pentadbir
tentang Kajian Tindakan dan membuat 10/06/2015
perbincangan.
3. Menyediakan kertas cadangan Kajian 21/06/2019-23/06/2019
Tindakan.
4. Menyediakan borang soal selidik dan 03/07/2019-15/07/2019
pengisian borang soal selidik oleh pelajar 4
Ixora
Melaksanakan Kajian Tindakan.
Program ini dijalankan dengan merangkumi 5
fasa seperti yang berikut:
Fasa 1: selesaikan pekali x bertanda positif 1
Fasa 2: selesaikan pekali x bertanda negatif 1
Fasa 3: selesaikan pekali x bertanda positif
tetapi bukan 1
Fasa 4: selesaikan pekali x bertanda negatif
tetapi bukan 1
Fasa 5: selesaikan pekali x yang
berkedudukan penyebut
5. Menyiapkan Laporan Kajian Tindakan. 04/10/2019-04/11/2019
6. Menyerahkan Laporan Kajian 05/11/2019
Dalam memulakan kajian ini, satu tinjauan telah dilakukan untuk mengenal pasti masalah
pelajar yang masih kurang memahami cara untuk menyelesaikan masalah Persamaan
Linear. Tinjauan masalah yang dijalankan adalah pemerhatian, soal selidik dan ujian pra.
5.1 LANGKAH MELAKSANAKAN TINDAKAN
Ujian Pra
Soalan ujian pra terdiri daripada 60 soalan, iaitu 20 soalan (aras rendah), 20 soalan (aras
sederhana), 20 soalan (aras tinggi). Soalan yang diberikan berdasarkan topik dalam tajuk
Persamaan Linear yang telah dipelajari oleh pelajar semasa menengah rendah. Markah penuh
bagi Ujian Pra ini ialah 60 markah. (Lampiran 1) Para pelajar 4 Ixora diminta supaya
menjawab soalan-soalan Ujian Pra secara individu dalam masa 1 jam pada 3 Julai 2019.
Ujian Pra ini telah dijalankan bertujuan untuk mengesan dan mengenal pasti setakat mana
tahap atau prestasi para pelajar dalam tajuk Persamaan Linear dengan menggunakan ilmu
pengetahuan sedia ada tanpa memberikan apa-apa bimbingan dan tunjuk ajar disebabkan
ilmu Persamaan Linear telah dipelajari oleh para pelajar ketika mereka berada di menengah
rendah. Selain itu, pelaksanaan Ujian Pra juga bertujuan untuk mengetahui masalah-masalah
yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjawab soalan berkenaan tajuk Persamaan Linear.
Ujian Pra sedang berlangsung di bilik darjah 4 Ixora.
Borang Soal Selidik
Satu borang soal selidik berkenaan dengan tajuk Persamaan Linear telah dirangka dan
diedarkan kepada para pelajar 4 Ixora pada 5 Julai 2019. Borang soal selidik ini disediakan
bertujuan untuk menganalisis tanggapan dan sikap para pelajar terhadap aspek-aspek
penguasaan tajuk Persamaan Linear supaya kajian tindakan ini dapat difokuskan kepada
masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Borang soal selidik ini diberikan
kepada pelajar sebelum pelaksanaan program intervensi untuk mengenal pasti dan memahami
masalah-masalah sebenar yang dihadapi oleh para pelajar 4 Ixora.
Pelajar 4 Ixora sedang menjawab soalan pada borang soal selidik.
6.0 RUMUSAN PEMERHATIAN & PENILAIAN
Analisis Keputusan Ujian Pra
Berdasarkan Keputusan Ujian Pra, dalam kalangan 27 orang pelajar yang gagal dalam PT3
Matematik, didapati melalui Ujian Pra ini, terdapat 13 orang pelajar (40.6%) mencapai
markah paling rendah iaitu markah di antara 0-10. `6 orang pelajar (18.8%) mencapai markah
11-20. 5 orang pelajar (15.6%) mencapai markah 21-30. 2 orang pelajar (6.3%) mencapai
markah 31-40 dan hanya seorang pelajar (3.1%) mencapai markah 41-50. Tiada orang
mencapai markah 51-60. Pelajar yang lulus PT3 Matematik adalah seramai 5 orang sahaja
dan kelima-lima pelajar ini walaupun lulus PT3 Matematik tetapi tidak mencapai kelulusan
pada Ujian Pra iaitu kelima-lima orang pelajar tersebut mencapai markah kurang daripada 30
markah pada Ujian Pra. (Rujuk Jadual 2 (a), (b) & (c)).
Jadual 2 (a) Senarai Keputusan Ujian Pra Bagi Pelajar 4 Ixora:
BIL Markah
Nama Ujian Pra
1 ABDUL RAZIQ AQIL 10
2 ADYKA ROZAIDY BIN MUSA 22
3 DARREL DEAN BIN DIONYSIUS 10
4 DENNY DULO DERENG 19
5 ELVIA NATALIA 18
6 FAKRUL IZHAR HUZAIRI BIN HUSANUDDIN 25
7 IRDINA NAJIHA BINTI AB 24
8 JOSHUA DOUGLAS SEVEN JOHN 6
9 MOHAMAD AIDIL DANIAL BIN ABDUL 9
MUHAMAD
10 MOHAMAD JAINULLIZAM BIN PALLU 15
11 MOHAMED REEZ DANIEYL BIN BAHARUDIN 17
12 MOHAMMAD AIDIL NAZRIL BIN ANSUR 22
13 MOHAMMAD FARID BIN MOHAMMID 0
14 MOHAMMAD IKHWAN HARITH BIN MOHD 7
MISNAN
15 MOHAMMAD NOOR HAFIZAL BIN RAHMAT 6
16 MOHAMMAD RAFI IRSYADUDDIN BIN RAMLI 45
17 MOHAMMAD RIZMAN HADI BIN NUH 22
18 MOHAMMAD ZULKARNAIN NASATION 6
19 MUHAMAD HAFIZ BIN LAYUDIN 21
20 MUHAMMAD AIDID AIDIL HAKIMI BIN AZLAN 27
21 MUHAMMAD FAZLIZAN BIN DENZELY 10
22 MUHAMMAD HILMI BIN MOHAMAD ABRAHIM 6
23 MUHAMMAD SYAFIQ BIN IRFAN 5
24 MUHAMMAD ZAMZURI BIN HUDDIN 11
25 NAIM BIN MUSBAH 20
26 NOR FAZILAH BINTI MOHD LISAH 10
27 NUR FARADILA BINTI BERAHIM 36
28 NURUL FARIHAIN BINTI AHMAD FAUZAN 16
29 NURUL SYAHIRAH BINTI MUHAMMAD SHAH 40
30 RAYNOLD KEN 9
31 RIZWAN BIN AMIR 27
32 WILLSON BIN WAN 20
Catatan: Nama bertanda biru bermakna lulus PT3 Matematik
Jadual 2(b): Analisis Dapatan Ujian Pra
Markah 0-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60 JUMLAH
Ujian 27
(84.4)
Pra
Bil 13 6 5 2 1 0
(%) (40.6) (18.8) (15.6) (6.3) (3.1) (0.0)
(Catatan: Data kategori pelajar yang gagal PT3 Matematik)
Markah Jadual 2(c): Analisis Dapatan Ujian Pra JUMLAH
Ujian 0-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60 5
Pra
Bil 01 4 0 0 0
(%) (0.0) (3.1) (12.5) (0.0) (0.0) (0.0) (15.6)
(Catatan: Data kategori pelajar yang lulus PT3 Matematik)
Statistik pada Jadual 2(b) dan 2(c) secara langsung menunjukkan prestasi pencapaian pelajar
4 Ixora sangat lemah dalam menguasai tajuk Persamaan Linear. Daripada pemerhatian
terhadap jawapan-jawapan yang ditulis oleh para pelajar adalah amat mendukacitakan dan
sangat jelas saya mendapati bahawa pelajar belum menguasai konsep menukar tanda positif
ke negatif, negatif ke positif, darab ke bahagi dan bahagi ke darab apabila satu operasi
pemindahan tersebut dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri berlaku. Tambahan pula
apabila nilai yang perlu dicari itu sebagai penyebut, mereka rasa sangat susah dan putus asa
untuk mencuba sehingga tidak menjawab soalan yang dikemukakan.
Secara keseluruhan, pengetahuan asas terhadap pemahaman dan penguasaaan Persamaan
Linear dalam kalangan pelajar 4 Ixora adalah amat rendah berdasarkan Ujian Pra yang telah
diperolehi di Jadual 2 & Jadual 3.
Analisis Respon Borang Soal Selidik
Satu borang soal selidik telah diedarkan kepada para pelajar 4 Ixora pada 5 Julai 2019 dan
borang itu dikutip semula selepas 20 minit diedar. Hasil dapatan daripada borang soal selidik
tersebut secara langsung dapat mengesan beberapa faktor yang mendorong pelajar lemah
dalam Persamaan Linear sehingga mencapai prestasi yang lemah di Ujian Pra. (Rujuk
Jadual 2(a), (b) & (c)) Analisis dapatan borang soal selidik sebenarnya cukup jelas
menunjukkan bahawa faktor sebenar kelemahan pelajar-pelajar untuk memahami dan
menguasai tajuk Persamaan Linear adalah disebabkan para pelajar terhadap menukar tanda
positif ke negatif, negatif ke positif, darab ke bahagi dan bahagi ke darab apabila satu operasi
pemindahan tersebut dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri berlaku. Berdasarkan hasil
dapatan borang soal selidik, didapati bahawa 27/32 (84.4%) adalah tidak tahu perlu tukar
tanda positif ke tanda negatif apabila pindaan dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri, tidak tahu
perlu tukar tanda negatif ke tanda positif apabila pindaan dari kiri ke kanan atau kanan ke
kiri, tidak tahu perlu tukar tanda darab ke tanda bahagi apabila pindaan dari kiri ke kanan
atau kanan ke kiri, tidak tahu perlu tukar tanda bahagi ke tanda darab apabila pindaan dari
kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Bukan itu sahaja lebih membimbangkan adalah 30/32 orang
pelajar (93.4%) berasa sangat susah apabila ingin mencari sesuatu nilai berkedudukan di
bahagian penyebut. (Rujuk Jadual 3)
Jadual 3: Analisis Dapatan Borang Soal selidik
Bil Soalan-soalan Setuju Tidak Setuju
1 Tajuk ini memang susah 27/32 5/32
difahami dan dikuasai. (84.4%) (15.6%)
2 Tajuk ini membosankan. 26/32 6/32
(81.3%) (18.7%)
3 Kaedah pengajaran yang 16/32 16/32
(50%)
dilaksanakan oleh guru adalah
(50%)
membosankan
4 Tidak tahu perlu tukar tanda 27/32 5/32
positif ke tanda negatif apabila (15.6%)
(84.4%)
pindaan dari kiri ke kanan atau
kanan ke kiri.
5 Tidak tahu perlu tukar tanda 27/32 5/32
negatif ke tanda positif apabila (15.6%)
(84.4%)
pindaan dari kiri ke kanan atau
kanan ke kiri.
6 Tidak tahu perlu tukar tanda 27/32 5/32
darab ke tanda bahagi apabila (15.6%)
(84.4%)
pindaan dari kiri ke kanan atau
kanan ke kiri.
7 Tidak tahu perlu tukar tanda 27/32 5/32
bahagi ke tanda darab apabila (15.6%)
(84.4%)
pindaan dari kiri ke kanan atau
kanan ke kiri.
8 Berasa sangat susah apabila 30/32 2/32
ingin mencari sesuatu nilai di (6.6%)
(93.4%)
bahagian penyebut.
9 Tidak berminat langsung untuk 25/32 7/32
(21.9%)
mempelajari tajuk ini. (78.1%) 8/32
(25%)
10 Berasa takut apabila melihat 24/32
soalan berkaitan tajuk ini. (75%)
Berdasarkan hasil dapatan borang soal selidik di atas, tindakan yang berkesan dan sewajarnya
perlu saya laksanakan agar dapat meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan para
pelajar terhadap konsep-konsep Persamaan Linear melalui program intervensi yang
pragmatik dan sistematik supaya para pelajar dapat memahami dan menguasai konsep
Persamaan Linear secara menyeluruh.
Program intervensi yang
x dengan ÷, ÷ dengan x. Jambatan bererti si -, - dengan +,
akan
jambata - -
+J -
- A+
XM ÷
÷ BX
- A+
+ T-
÷ AX
XN ÷
sebenarnya dijalankan dalam lima fasa dan dijalankan selama 3 hari. Fasa pertama dan kedua
bermula pada hari pertama iaitu 8 Julai 2019 (Hari Isnin) dalam proses pengajaran dan
-
-
pada fasa ketiga dan fasa keempat dilaksanakan pada hari kedua iaitu 9 Julai 2019 (Selasa)
kelima dilaksanakan pada hari ketiga iaitu 10 Julai 2019 (Rabu) yang menekankan cara
mendapatkan nilai dan di mana nilai tersebut berkedudukan di bahagian penyebut.
dilaksanakan di bilik darjah 4 Ixora.
Keputusan Analisis dan Perbincangan Dapatan Kajian
Ujian Pos telah dijalankan untuk mengenal
pasti sejauh mana tahap penguasaan para pelajar terhadap konsep Persamaan Linear.
Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
Satu ujian yang dinamakan sebagai Ujian Pos telah diberikan kepada pelajar-pelajar untuk
mengukur prestasi pemahaman dan penguasaan pelajar selepas program intervensi
dilaksanakan. Ujian Pos ini dilaksanakan pada 15 Julai 2019 dan ia mengandungi 60 soalan
yang sama dengan soalan yang diuji di Ujian Pra. Soalan Ujian Pos telah dilampirkan di
Lampiran 2. Markah penuh bagi Ujian Pos ini ialah 60 markah.
Selepas Ujian Pos dijalankan, keputusan para pelajar di 4 Ixora telah menunjukkan hasil yang
sangat memberangsangkan dan memuaskan serta meyakinkan jika berbanding dengan
keputusan para pelajar di Ujian Pra. Keputusan para pelajar dalam Ujian Pos secara langsung
awalnya, selepas Ujian Pra dijalankan, 32 orang pelajar diambil sebagai kumpulan sasaran
kerana mereka tidak mencapai prestasi yang cemerlang pada Ujian Pra.Namun begitu,
ini telah mencapai keputusan yang sangat baik, bukan sahaja semua mereka lulus dalam
Ujian Pos ini, malah ada dalam kalangan mereka mencapai markah yang begitu tinggi dalam
Ujian Pos.
Berdasarkan keputusan para pelajar dalam Ujian Pos, didapati bahawa 14 orang pelajar
(43.8%) mencapai markah 51-60 markah, 8 orang pelajar (25%) mencapai markah 41-50
markah, 5 orang pelajar (15.6%) mencapai markah 31-40 markah dan pada masa yang sama
bagi mencapai markah 11-20 markah juga terdapat 5 orang pelajar (15.6%). (Rujuk Jadual
4(b) & 4 (c)
Jadual 4 (a) Senarai Keputusan Ujian Pra Bagi Pelajar 4 Ixora:
BIL Markah Markah Ujian
Nama Ujian Pra Post
10 43
1 ABDUL RAZIQ AQIL 22 51
2 ADYKA ROZAIDY BIN MUSA 10 54
3 DARREL DEAN BIN DIONYSIUS 19 36
4 DENNY DULO DERENG
5 ELVIA NATALIA 18 36
6 FAKRUL IZHAR HUZAIRI BIN HUSANUDDIN 25 45
7 IRDINA NAJIHA BINTI AB 24 21
8 JOSHUA DOUGLAS SEVEN JOHN 6 35
40
9 MOHAMAD AIDIL DANIAL BIN ABDUL 9
MUHAMAD
10 MOHAMAD JAINULLIZAM BIN PALLU 15 30
11 MOHAMED REEZ DANIEYL BIN BAHARUDIN 17 42
12 MOHAMMAD AIDIL NAZRIL BIN ANSUR 22 48
13 MOHAMMAD FARID BIN MOHAMMID 0 29
14 MOHAMMAD IKHWAN HARITH BIN MOHD 7 51
MISNAN
15 MOHAMMAD NOOR HAFIZAL BIN RAHMAT 6 43
55
16 MOHAMMAD RAFI IRSYADUDDIN BIN RAMLI 45 36
17 MOHAMMAD RIZMAN HADI BIN NUH 22
18 MOHAMMAD ZULKARNAIN NASATION 6 57
51
19 MUHAMAD HAFIZ BIN LAYUDIN 21 56
56
20 MUHAMMAD AIDID AIDIL HAKIMI BIN AZLAN 27
21 MUHAMMAD FAZLIZAN BIN DENZELY 10
22 MUHAMMAD HILMI BIN MOHAMAD ABRAHIM 6 54
21
23 MUHAMMAD SYAFIQ BIN IRFAN 5 54
38
24 MUHAMMAD ZAMZURI BIN HUDDIN 11 22
54
25 NAIM BIN MUSBAH 20
26 NOR FAZILAH BINTI MOHD LISAH 10
27 NUR FARADILA BINTI BERAHIM 36
28 NURUL FARIHAIN BINTI AHMAD FAUZAN 16 43
29 NURUL SYAHIRAH BINTI MUHAMMAD SHAH 40 55
30 RAYNOLD KEN 9 37
31 RIZWAN BIN AMIR 27 55
32 WILLSON BIN WAN 20 57
Catatan: Nama bertanda biru bermakna lulus PT3 Matematik
Markah Jadual 4 (b): Analisis Dapatan Ujian Pos JUMLAH
Ujian 0-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60
Pra 27
Bil 0 0 5 5 5 12 (84.4)
(%) (0.0) (0.0) (15.6) (15.6) (15.6) (37.6)
(Catatan: Data kategori pelajar yang gagal PT3 Matematik)
Markah Jadual 4 (c): Analisis Dapatan Ujian Pos JUMLAH
Ujian 0-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60
Pra 5
Bil 00 0 0 3 2 (15.6)
(%) (0.0) (0.0) (0.0) (0.0) (9.3) (6.3)
(Catatan: Data kategori pelajar yang lulus PT3 Matematik)
7.0 PERBINCANGAN & REFLEKSI KAJIAN
pelajar menjawab soalan dan
mendapat markah yang lebih baik di Ujian Pos jika dibandingkan dengan Ujian Pra. Selain
itu, peningkatan markah di Ujian Pos dapat memberi gambaran yang nyata bahawa para
pelajar dapat menyelesaikan masalah Persamaan Linear yang diberikan itu dengan cara betul.
Saya berpuas hati terhadap pengajaran dan pembelajaran bahagian ini kerana berjaya
memperkenalkan satu kaedah serta pendekatan kepada pelajar dan pencapaian pada Ujian
Post telah membuktikan pemahaman serta penguasaan pelajar terhadap Persamaan Linear
telah ditingkatkan.
Penjimatan kos
ini tidak memerlukan kos yang tinggi.
Hanya kos fotokopi sahaja diperlukan. Bahan-bahan lain memang sudah sedia ada di tangan
para pelajar dan guru.
Penjimatan masa
Keseluruhan kajian tindakan ini mengambil masa lebih kurang 5 bulan sahaja dan dari Ujian
Pra, Program Intervensi dan Ujian Pos yang dilaksanakan hanya mengambil masa lebih
kurang setengah bulan sahaja adalah amat berbaloi kerana masa yang singkat dapat
meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap konsep Persamaan Linear
dengan yakin dan amat bermanfaat kepada para pelajar terutamanya konsep Persamaan
Linear telah dikukuhkan dan perkara ini adalah langkah yang baik untuk membantu para
pelajar dalam membuat persediaan awal untuk menduduki Peperiksaan SPM pada tahun
hadapan.
8.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
Saya berharap dan mencadangkan agar kajian tindakan ini dapat diaplikasikan oleh warga
guru yang mengajar mata pelajaran Matematik khususnya dan warga guru yang lain amnya
untuk merangsang minat para pelajar agar menjawab soalan persamaan linear. Semoga usaha
ini memberi manfaat kepada pelajar. Saya akan cuba mengenal pasti permasalahan pelajar
dan membuat kajian tindakan yang seterusnya untuk memberi kaedah yang lebih mudah
kepada mereka untuk menjawab pelbagai bentuk soalan.
RUJUKAN
Mok Soon Sang, (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mohd Majid Konteng, (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. DBP Kuala Lumpur.