The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Atikah, 2020-08-15 22:02:55

8. KASTu2S - SEJARAH SPM

8. KASTu2S - SEJARAH SPM

KASTu2S SEBAGAI TEKNIK MENGUASAI KERTAS 3 SEJARAH SPM

Rosni Binti Ruddin

Sekolah Menengah Holy Trinity Tawau
Peti Surat 60918, 91019 Tawau

[email protected]

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini memberi fokus untuk menilai keberkesanan kaedah yang
menggunakan akronim KASTu2S sebagai teknik menguasai dengan baik tugasan
spesifik dalam Kertas 3 Sejarah. Akronim ini merujuk kepada langkah-langkah [ada 6
langkah] yang perlu diikuti oleh pelajar pada saat mereka memperolehi kertas tugasan
spesifik semasa ujian/peperiksaan dijalankan. Kertas 3 adalah salah satu komponen
yang terdapat dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM di samping Kertas 1
dan Kertas 2. Walaupun pemberatan kertas ini hanya 20 peratus daripada markah
keseluruhan mata pelajaran Sejarah, namun statusnya sebagai ujian buku terbuka
[open book test], maka sebaiknya dimanfaatkan oleh pelajar demi memperoleh markah
yang lebih baik untuk keseluruhan dalam mata pelajaran Sejarah. Bagi kategori pelajar
lemah, status terbuka kertas ini pasti dapat membantu untuk mereka sekurang-
kurangnya memperolehi markah yang paling minima untuk lulus Sejarah khususnya di
peringkat SPM kelak. Manakala untuk kategori pelajar cemerlang dan sederhana, ia
akan menjadi bonus untuk memperolehi markah yang lebih baik. Kajian ini
melibatkan 88 orang yang masing-masing dari setiap tingkatan lima yang diajar pada
tahun 2019 di SM Holy Trinity, Tawau yakni 23 orang daripada 5 Lily, 33 orang
daripada 5 Carnation dan 32 orang daripada 5 Ixora. Jangka masa kajian dijalankan
dalam tempoh bulan Mac Oktober 2019 yakni melibatkan fasa sebelum dan selepas
menduduki peperiksaan. Markah mentah dalam Ujian Mac dijadikan sebagai TOV atau
pra kajian untuk dibandingkan dengan prestasi pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan
Tahun dan Peperiksaan Percubaan SPM sebagai post kajian. Hasil dapatan
menunjukkan bahawa penggunaan akronim KASTu2S telah berjaya membantu pelajar
dalam meningkatkan markah dalam Kertas 3 seterusnya memberi kesan yang sangat
baik kepada keseluruhan markah Sejarah mereka.

1.0 REFLEKSI

Saya telah mengajar Kertas 3 Sejarah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2013,
bersempena subjek Sejarah wajib lulus dalam SPM. Dalam pemerhatian dan pengalaman
saya, ramai pelajar tidak memperolehi gred yang baik, malah ada pelajar yang
malang, tidak layak mendapat Sijil SPM disebabkan gagal dalam mata pelajaran ini.

Saya mendapati ramai pelajar tidak memperolehi markah yang baik atau dapat
memanfaatkan kelebihan Kertas 3 kerana mereka masih kurang menguasai teknik

menjawab dan kemahiran khusus yang diperlukan. Pecahan kertas daripada sebelumnya
dua kertas menjadi tiga kertas juga telah menyulitkan pelajar untuk menguasai ketiga-
tiga kertas dengan baik khususnya Kertas 3, kerana sifatnya yang sangat baharu yakni

open book- . Walaupun pelajar boleh membuat rujukan dengan
mana-mana bahan yang disediakan awal sebelum peperiksaan berlangsung tetapi
pelajar seolah-olah tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan-
bahan tersebut. Hal ini terbukti, setiap kali keputusan peperiksaan/ujian diumumkan
prestasi pelajar kurang memberangsangkan.

Daripada pihak guru pula, pedagogi sebelum ini hanya menumpukan kepada kemahiran

menguasai dua kertas sahaja yakni kertas objektif dan kertas struktur dan esei sahaja.

Namun kini, terpaksa meluangkan masa yang lebih untuk memahirkan pelajar dengan

bentuk dan sifat Kertas 3 yang serba b open

harus dilihat sebagai pembantu atau menjadi nilai tambah kepada

pemerolehan gred yang baik untuk mata pelajaran ini tetapi apa yang berlaku adalah

sebaliknya. Fenomena ini tidak bertepatan dengan tujuan pengenalan Kertas 3 kerana,

sepatutnya selain untuk menyediakan para pelajar dengan budaya berfikir secara kreatif

dan kritis, kertas ini juga sepatutnya boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana

sifatnya berbentuk ujian bentuk terbuka [open book test]. Hanya pelajar yang benar-

benar bijak dan cemerlang yang dapat menguasai kertas ini.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak mahir menjawab
tugasan spesifik dalam Kertas 3 melalui kaedah akronim KASTu2S. Secara amnya,
pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi pelajar kelas 5 Lily, 5 Carnation dan 5 Ixora
sejak mereka di Tingkatan Empat lagi memang kurang memberangsangkan. Oleh yang
demikian, pengkaji berpendapat daripada ketiga-tiga kertas dalam mata pelajaran ini,
wajar kelebihan Kertas 3 sebagai open book test dimaksimumkan fungsinya, iaitu
sebagai bonus tambahan kepada pelajar untuk mudah mencapai gred yang baik
berbanding Kertas 1 dan Kertas 2 yang diadakan secara ujian tertutup/hafalan.

Pengkaji mendapati kelemahan pelajar masih ketara dalam bab mengelaskan jawapan yang
mana harus berpandukan buku teks dan buku/bahan rujukan semasa menjawab soalan

khusus/ tugasan spesifik. Akibatnya, jawapan pelajar sering bercampur aduk antara fakta
dan huraian, tidak relevan, dan tidak menjawab mengikut kehendak soalan. Hal ini
menyebabkan pelajar gagal memperolehi markah yang baik untuk kertas ini. Seterunya,
pelajar tidak dapat menggunakan peruntukan masa 3 jam bagi menjawab Kertas 3
dengan sebaiknya, kerana pelajar banyak membuang masa membelek bahan dan buku
untuk memilih-milih jawapan tanpa menyedari masa yang diperuntukkan berlalu tanpa
dimanfaatkan sebaiknya. Maka demikian, kaedah KASTu2S ini dibentuk sedemikian
rupa untuk mengatasi dua permasalahan yang disebutkan di atas.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini ialah meningkatkan bilangan pelajar yang memperolehi
gred mata pelajaran cemerlang dalam matapelajaran Sejarah melalui pemerkasaan
Kertas 3.
Manakala objektif khusus kajian ini ialah
I Melazimkan pelajar dengan kaedah akronim KASTu2S sebagai kaedah sistematik
untuk menguasai Kertas 3 dengan cemerlang.
II Meningkatkan bilangan pelajar pelbagai aras memperolehi markah cemerlang
untuk Kertas 3 dalam mata pelajaran Sejarah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Seramai 88 orang pelajar yang masing-masing terdiri pelajar Tingkatan 5 Lily [23
orang], Tingkatan 5 Carnation [33 orang] dan Tingkatan 5 Ixora [32 orang] Mereka
terdiri daripada 3 aras yakni aras baik, sederhana dan lemah.

5.0 TINJAUAN AWAL
Maklumat mengenai kelemahan dan kekurangan pelajar khusus Kertas 3 diperolehi
melalui analisis prestasi yang ditunjukkan dalam keputusan Peperiksaan Akhir
Tingkatan Empat yang dijalani pada tahun sebelumnya (2018). Selain itu, pengkaji

juga memperolehi maklumat daripada temu bual secara rawak kepada individu pelajar
yang berprestasi sederhana dan lemah.

Daripada keputusan peperiksaan akhir tahun kelompok sasaran pelajar, mendapati
bahawa hampir 60% - 80% memperolehi markah mentah Kertas 3 dibawah gred
cemerlang (kurang 16 daripada 20 markah keseluruhan atau kurang 80%). Prestasi ini
kurang memberangsangkan walhal Kertas 3 adalah open book test. Dapatan tersebut
lebih jelas melalui jadual di bawah.

Jadual 1: Dapatan kajian awal markah pelajar

BIL TINGKATAN JUMLAH JUMLAH (%)
PELAJAR
1 4 Lily 60.86%
2 4 Carnation 14/23 63.63%
3 4 Ixora 21/33 84.37%
27/32

Manakala hasil temu bual secara rawak yang diadakan kepada individu pelajar kategori
lemah dan sederhana, hampir keseluruhan jawapan mereka mengatakan bahawa
walaupun Kertas 3 berbentuk open book test namun hal ini menjadi sukar kerana rata-
rata mereka tidak dapat mengenal pasti dengan baik isi/fakta yang perlu disalin
sebagai jawapan. Selain itu, mereka menyatakan juga bahawa terlalu banyak perkara
yang perlu ditulis dalam tempoh 3 jam. Agihan masa yang tidak sistematik
menyebabkan mereka tidak dapat menyiapkan tugasan spesifik Kertas 3 dengan baik.
Jadual di bawah adalah yang berkaitan:

BILANGAN 5 Lily [7 orang]
PELAJAR 5 Carnation [12 orang]

YANG TERLIBAT 5 Ixora [15 orang]
SOALAN Apa pendapat anda tentang prestasi anda dalam Sejarah

TEMUBUAL khususnya Kertas 3?
Kenapakah demikian? Boleh jelaskan?

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Teknik KASTu2S dijalankan dalam tiga fasa:

FASA 1: Taklimat dan hebahan teknik kepada kumpulan sasaran.

Pengkaji mengadakan taklimat tentang teknik KASTu2S kepada setiap kelas sasaran
dan diadakan semasa PdPc Sejarah di kelas berkenaan. Taklimat ini meliputi maksud
akronim KASTu2S, dan bagaimana hal ini diaplikasikan oleh pelajar. KASTu2S merujuk
kepada 6 langkah yang perlu diikuti oleh setiap pelajar saat mereka menjawab soalan
tugasan spesifik semasa peperiksaan dijalankan. Maksud akronim KASTu2S adalah
seperti berikut:

Langkah 1 Kenal pasti Kenal pasti BERAPA BILANGAN SOALAN, dan
KIRA PERUNTUKAN MARKAH bagi setiap
soalan untuk kenal pasti nombor soalan yang
perlu jawapan daripada buku teks dan buku
rujukan.

Langkah 2 Analisis Analisis hasil kenal pasti melalui kata kunci
soalan dan fahami kehendak soalan; soalan
langsung dan soalan bentuk KBAT terbuka.

Langkah 3 Sesuaikan Sesuaikan jawapan dari bahagian mana yang
perlu untuk menjawab setiap soalan yang telah
dianalisis tadi.

Langkah 4 TUlis Setelah tetap dan pasti, boleh mula TULIS;
panjang dan pendeknya bergantung dengan
jumlah markah yang diperuntukkan.

Langkah 5 Semak Setelah selesai, boleh SEMAK, semua soalan
sudah dijawab, mengikut kehendak soalan dan
tips teknikal yang telah dikuasai.

Langkah 6 Senyum Setelah selesai, boleh SENYUM, yakin bahawa
telah menjawab dengan baik dan mantap.

Semasa taklimat diadakan, pengkaji mengaitkan bagaimana kaedah ini digunakan
secara berkesan melalui organisasi tugasan spesifik Kertas 3 SPM seperti yang
ditunjukkan di bawah.

ORGANISASI SOALAN DALAM ANALISIS
TUGASAN SPESIFIK
Bilangan Soalan 8 9 soalan
Soalan Buku Teks No. 1 5
[Peruntukan markah]
Soalan KBKK/KBAT [1 60 markah]

Soalan Cabaran/Langkah No. 6 7
[20 markah]
Nilai / Iktibar No. 7 @ 8
[10 markah]
Kesimpulan
No. 8
[5 @ 10 markah]

No. 9
[5 markah]

Melalui analisis terhadap organisasi soalan tugasan spesifik ini, pelajar akan dapat
menyesuaikan penggunaan KASTu2S tersebut dengan baik kerana setiap bahagian telah
ditunjukkan anggaran peruntukan markah berserta dengan nombor soalan yang berkaitan.

Lampiran 1: Sesi taklimat kepada kelas sasaran (5 Ixora)

Lampiran 2: Antara isi kandungan slaid yang ditayangkan kepada kelas sasaran.
FASA 2: Pendedahan teknik kepada pelajar melalui kaedah tunjuk cara.
Setiap langkah [6 langkah] kemudian didedahkan kepada pelajar melalui kaedah tunjuk
cara. Satu persatu langkah diterangkan oleh pengkaji di hadapan kelas dengan
menggunakan ABM yang berkaitan iaitu:

Buku Teks [tumpu bab dalam tema umum]
Set soalan tugasan spesifik
Bahan rujukan lain [majalah, buletin Sejarah, bahan fotostat]
Kemudian secara rawak meminta beberapa pelajar secara individu membuat tunjuk
cara untuk mengenal pasti sejauh mana mereka faham akan kepenggunaan akronim
KASTu2S ini. Kaedah ini berkesan, kerana ramai pelajar lebih faham gaya bahasa

yang disampaikan oleh rakan mereka sendiri, dan dengan melakukan sendiri,
kefahaman yang diperolehi lebih jitu dan menyakinkan.

FASA 3: Aplikasi teknik melalui siri simulasi sebagai calon dan pemeriksa.

Fasa terakhir pelaksanaan kajian ialah dengan membuat simulasi terhadap semua
pelajar sasaran iaitu sebagai simulasi calon peperiksaan dan sebagai pemeriksa. Tujuan
simulasi ini diadakan adalah untuk memastikan pelajar telah benar-benar faham akan
penggunaan kaedah akronim dengan sangat baik. Simulasi diadakan pada minggu
terakhir sebelum mereka menjalani peperiksaan Kertas 3 dalam setiap kali ujian
diadakan agar keyakinan, ingatan dan pelaziman dapat dibentuk dengan baik. Setiap
kali mereka selesai melakukan simulasi, sama ada sebagai calon mahupun sebagai
pemeriksa, pengkaji akan membincangkan kelemahan dan kekuatan bagi individu yang
terpilih. Individu terpilih adalah individu yang berprestasi rendah dan belum mencapai
standard yang ditetapkan dan individu yang berprestasi cemerlang. Tujuannya agar
pelajar lain dapat mengambil iktibar dan melaksanakan kekuatan dan menghindarkan
kelemahan yang telah dibincangkan.

Lampiran 3: Beberapa siri simulasi dilaksanakan kepada pelajar sebelum mereka
menduduki peperiksaan sebenar

7.0 PENILAIAN/HASIL KAJIAN TINDAKAN

Selepas kajian dijalankan, pelajar telah menunjukkan perubahan sikap apabila prestasi
mereka semakin baik berbanding sebelum ini. Secara umumnya, bilangan pelajar yang
memperolehi markah 15 dan ke bawah dalam setiap peperiksaan/ujian telah mengalami
penurunan peratus. Hal ini bermaksud, semakin ramai pelajar yang memperolehi markah
mentah Kertas 3 lebih daripada 16 dan ke atas. Perkara ini menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah KASTu2S dengan betul, telah berjaya membantu pelajar untuk
memperolehi markah yang baik khususnya dalam Kertas 3 seterusnya dapat membantu
prestasi keseluruhan Subjek Sejarah itu sendiri.

Melalui jadual di bawah, contohnya kelas 5 Lily sebagai kelas aras baik, menunjukkan
peratus penurunan yang sangat baik yakni pada Ujian Mac, sebanyak 43% ataupun 10
orang memperolehi markah 15 dan ke bawah, tetapi menurun menjadi 13% iaitu 3
orang sahaja dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Manakala pada Peperiksaan
Percubaan, semua pelajar dalam Kelas 5 Lily telah mencapai 100% markah di atas 16
yakni cemerlang untuk Kertas 3. Hal ini membuktikan bahawa jika kaedah akronim
KASTu2S dapat digunakan dengan betul, dapat membantu pelajar memperolehi markah
yang baik dalam Kertas 3 seterusnya membantu keseluruhan prestasi Sejarah amnya.
Perbandingan ini jelas dilihat melalui jadual di bawah

Jadual 2 : Analisis Ujian Pra dan perbandingan dengan dua Ujian Pos.

KELAS UJIAN PRA UJIAN POS BEZA UJIAN BEZA JUMLAH
1 POS 2 PELAJAR

5 LILY 43% 13% 30% - - 23

5 CARNATION 63% 27% 36% 13% 14% 33

5 IXORA 81% 42% 39% 25% 17% 32

JUMLAH BESAR 57 org 25 org 32 org 12 org 13 org 88

Rajah 1 : Carta Bar perbandingan ujian pra dan dua ujian pos

Graf perbandingan di bawah jelas memperlihatkan perbezaan antara hasil ujian pra dan
dua ujian pos.

8.0 PERBINCANGAN

Hasil analisis data telah menunjukan bahawa semua pelajar yang menjalani kajian ini
telah menunjukkan peningkatan dari segi prestasi kertas 3 mereka masing-masing.
Pendedahan kaedah menggunakan akronim KASTu2S telah memberi mereka kemahiran
untuk menjawab setiap tugasan spesifik dalam Kertas 3 dengan lebih sistematik dan
teratur. Mereka dapat mengenal pasti setiap keperluan dari segi teknikal tugasan
tersebut.

Maka dengan itu, keputusan pelajar untuk mata pelajaran Sejarah secara keseluruhan
juga telah menunjukkan peningkatan hasil prestasi Kertas 3 ini. Pelajar aras lemah dan
sederhana khususnya telah dapat keyakinan untuk mendapatkan markah dan gred yang
lebih baik kerana telah menguasai cara yang betul untuk menjawab Kertas 3.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam kajian ini, khasnya untuk kategori
pelajar lemah yang mempunyai masalah sikap dan sering ponteng sekolah. Intervensi
dan pelaziman melalui siri simulasi tidak sepenuhnya dapat dilalui kerana
ketidakhadiran mereka ke sekolah dan tiada keiltizaman untuk mengikuti setiap langkah
dengan tekun dan cermat. Kejayaan kaedah ini terletak pada siri simulasi, kerana
melaluinya pelajar akan membiasakan diri dengan langkah-langkah yang perlu diikuti
dengan sistematik semasa mereka menduduki peperiksaan.

Dapatan-dapatan kajian ini memberikan implikasi kepada keseluruhan imej mata pelajaran
Sejarah khasnya kepada pelajar kategori lemah yang sebelum ini sering menganggap
mereka tidak mampu menjawab dengan baik Kertas 3 seterusnya lulus dalam mata
pelajaran ini.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bagi menjadikan hasil kajian ini lebih praktikal, pengkaji bercadang untuk
menterjemahkan akronim KASTu2S dalam bentuk origami. Mengapa origami? Selain
rupa bentuknya yang menarik, setiap langkah dalam KASTu2S akan dimaujudkan agar
pelajar akan mudah ingat setiap langkah KASTu2S tadi. Perkara ini akan memudahkan
pelajar lebih memahami setiap langkah dan akan dapat menggunakannya dengan lebih
tepat dan berkesan. Setelah lengkap, akan disebarluaskan penggunaannya kepada
kelompok pelajar yang akan menduduki SPM tahun hadapan [Tahun 2020].

RUJUKAN

Alias Puteh (1999). Kajian Tindakan Di Sekolah: Definisi, Proses dan Cabaran.

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2008), Koleksi Pelaporan Kajian
Tindakan: Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah.

SMK Bandaraya, Kota Kinabalu (2010). Koleksi Kajian Tindakan Jilid 2.

LAMPIRAN

PANDUAN AM KERTAS 3 SPM SEJARAH untuk TAHUN SPM 2019
[Oleh Cikgu Rosni Ruddin]

PER ANALISIS
KARA TABURAN BAB, BENTUK DAN BILANGAN SOALAN SEJARAH KERTAS

3 SPM SEJAK TAHUN 2013

TAHUN 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
Tema T5B9 T5B7 T5B2 T5B9 T5B1 T5B8 ?
Umum ?
9 9 9 9 9 8 ?
Bilangan No.1-5 No.1-2
Soalan No.1-4 No.1-3 No.1-4 No.1-4 [65m] [45m] ?
Soalan [60m] [50m] [60m] [55m]
Buku Teks No.6 [10m] No.3 [10m] ?
[Peruntuk No.5 No.4 [10m] No.5 [10m] No.5 No.4 [10m]
[10m] No.5 [10m] No.6 [10m] [10m] No.7 [10m] ?
an No.6 No.7 [10m] No.5 [10m]
markah] [10m] No.6 [10m] No.6 No.8 [10m] No.6 [10m] ?
Soalan No.7 No.7 [10m] TIADA [10m] *Iktibar
KBKK/K [10m] No.7 No.7 [10m]
No.8 [5m] No.8 [5m] [10m] No.9 [5m] *Iktibar
BAT No.8 *Iktibar *Iktibar No.8 *Pengetahu
[5m] [10m] No. 8 [5m]
Soalan *Nilai & No.9 [5m] No.9 [5m] *Iktibar an *Rumusan
Cabaran/ Iktibar *Pengetahu *Pengetahu *Nilai
Langkah No.9 No.9 [5m] Patriotisme umum
[5m] an an *Pengeta *Harapan
Nilai / *Pengeta *Nilai / *Nilai &
Iktibar huan *Patriotism huan
*Iktibar Unsur *Nilai
Kesimpula *Harapa e patriotisme Patriotis
n *Harapan
n me
*Harapan


Click to View FlipBook Version