The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

9. “TAK SABAR BERMAIN PXPY” - GEOGRAFI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Atikah, 2020-08-07 11:33:45

9. “TAK SABAR BERMAIN PXPY” - GEOGRAFI

9. “TAK SABAR BERMAIN PXPY” - GEOGRAFI

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MELUKIS GRAF BAR MUDAH

MELALUI KAEDAH DALAM KALANGAN

PELAJAR 3 JASMINE S.M HOLY TRINITY TAWAU.

Suriati Binti Iskandar

Sharifah Rubiah Binti Awang Hashim

S.M Holy Trinity Tawau
Peti Surat 60918, 91019 Tawau

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam
melukis graf bar mudah dalam kalangan pelajar kelas 3 Jasmine yang bersekolah di
S.M Holy Trinity Tawau. Pelajar perlu mengetahui beberapa perkara yang perlu ada
dalam menghasilkan sebuah graf bar yang lengkap dan memperoleh markah yang
lebih baik. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan kebanyakan pelajar mengalami
masalah untuk melukis sebuah graf bar mudah yang lengkap tanpa ada bahagian
yang tertinggal. Antara perkara yang perlu ada dalam sebuah graf bar yang lengkap
ialah tajuk, skala, bar,petunjuk, paksi x dan paksi y. Terdapat dalam kalangan pelajar
yang mengambil mudah tentang perkara tersebut dan menganggap perkara tersebut
tidak penting sedangkan setiap perkara tersebut mempunyai markah tertentu. Oleh
yang demikian, guru memperkenalkan satu kae
bagi memudahkan pelajar mengingati perkara-perkara yang perlu ada dalam
menghasilkan sebuah graf bar mudah yang lengkap. Kaedah Tak (Tajuk) Sabar
(Skala) Bermain (Bar) PX (Paksi X) PY (Paksi Y) diperkenalkan agar dapat
mengelakkan pelajar daripada lalai atau terlupa dalam menyediakan sebuah graf bar
mudah yang lengkap. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan kemahiran
dalam kalangan pelajar untuk menghasilkan graf bar dengan meminimumkan
kesalahan.

1.0 REFLEKSI

Kami telah mengajar mata pelajaran geografi lebih daripada lima tahun. Setiap kali kami
mengajar topik graf bar, pelajar dikehendaki menyediakan sebuah graf bar mudah yang
lengkap berdasarkan jadual yang telah diberikan atau disediakan. Walau bagaimanapun,
setiap kali guru mengajar tajuk graf bar dan meminta pelajar menyediakan graf bar mereka
sendiri, terdapat pelajar yang menyediakan graf bar yang tidak lengkap. Mata pelajaran
Geografi sangat sinonim dengan graf bar. Graf selalunya digunakan untuk
mempersembahkan data yang telah dikumpul. Dengan adanya graf bar mudah, maklumat
mudah untuk difahami dan mudah untuk dianalisis. Selain itu, tajuk graf merupakan salah
satu tajuk yang wajib disoal dalam peperiksaan awam iaitu Pentaksiran Tingkatan Tiga
(PT3).

Proses Pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan sesuatu tugasan atau aktiviti yang
diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Tanpa salah satu daripada elemen tersebut
pengajaran tidak akan berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dengan
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan yang memungkinkan
terjadinya proses belajar (Noor Hisham Md Nawi,2011). Kajian ini adalah berkaitan
kebolehan pelajar untuk menghasilkan tugasan yang diberikan iaitu melukis graf bar mudah
tanpa meninggalkan beberapa perkara wajib yang perlu ada dalam graf yang dihasilkan.
Kegagalan pelajar menghasilkan sebuah graf yang lengkap menyebabkan pelajar kehilangan
sebanyak lapan markah di bahagian B dalam soalan ujian/peperiksaan

Terdapat pelajar yang menganggap graf bar mudah yang dihasilkan telah lengkap. Namun
setelah disemak, ada beberapa perkara yang tetinggal disebabkan sikap pelajar yang lalai dan
menganggap graf yang mereka hasilkan telah lengkap sehinggalah guru yang
memperbetulkan kesilapan yang pelajar lakukan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah untuk mengatasi masalah dalam menghasilkan graf bar yang lengkap.
Selain itu, dengan adanya kaedah ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman pelajar
dalam menghasilkan graf bar yang baik.\

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Kajian ini adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam menjawab soalan bahagian b
iaitu soalan bahagian graf

Objektif Khusus

Meningkatkan kebolehan pelajar menghasilkan sebuah graf bar mudah yang lengkap
Meningkatkan keyakinan pelajar dalam menjawab soalan berkaitan graf bar mudah
Meminimumkan kesalahan pelajar dalam menghasilkan graf bar mudah

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada pelajar kelas 3 Jasmine SM Holy Trinity
Tawau iaitu seramai 20 orang daripada 35 orang jumlah keseluruhan pelajar. Kumpulan ini
terdiri daripada pelajar yang agak lemah dalam penguasaan akademik terutama bagi mata
pelajaran geografi.

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

Tinjauan Awal

Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan semasa proses PdPc dijalankan bersama pelajar 3
Jasmine, kesalahan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan pelajar ialah lupa meletakkan
label/unit di garisan paksi X dan paksi Y. Selain itu, terdapat juga pelajar yang masih lemah
dalam menentukan dan menetapkan skala yang sesuai bagi graf yang dihasilkan. Kesalahan-
kesalahan kecil yang dilakukan oleh pelajar tersebut sebenarnya dapat diatasi jika pelajar
mengingat beberapa perkara yang perlu ada dalam sesebuah graf bar.

Ujian Pra

Guru melaksanakan latihan pra bagi melihat sejauh mana tahap kefahaman pelajar dalam
menghasilkan graf bar mudah selepas mendengar penerangan daripada guru. Latihan pra
dijalankan pada 06 Februari 2020 bersamaan dengan hari Khamis semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdPc) pada pukul 12.45 tengah hari. Guru memberikan soalan kepada pelajar.
Berikut merupakan soalan ujian pra yang digunakan:

Hobi murid tingkatan 3 Mawar di SMK Jalan Sembilan pada tahun 2017

Hobi murid Bilangan murid (orang)

Mengumpul stem 6

Membaca 12

Mendengar muzik 5

Melukis 2

Bersukan 4
Jumlah 29

Hasil analisis ujian pra dapat dilihat berdasarkan jadual berikut:
Jadual 1: Keputusan ujian pra

Bil Nama Dapatan Latihan pra

1. Ahmad Daniel Tajuk tidak lengkap

2. Ahmad Razif Tajuk tidak lengkap

3. Alvin Chu Yi Yek Tajuk Tidak lengkap

4. Azza Rusyidah Lengkap

5. Chau Yu Yin Tajuk tidak lengkap

6. Chin Chong Keat Tajuk tidak lengkap

7. Chin Kai Xin Lengkap

8. Chin Pei Jing Tajuk tidak lengkap dan label paksi Y tiada

9 Chin Yue Ying Tiada petunjuk

10. Chong Chee Xuan Lengkap

11. Christian Chung Wen Jie Lengkap

12. Daniel Lin Ming Ching Tiada petunjuk

13. Derran Tajuk tidak lengkap

14. Eric Chong Yu Xiang Petunjuk tidak lengkap dan tiada unit di paksi
X

15. Ikhwan Abd Hamid Tajuk tidak lengkap dan tiada unit paksi Y

16. Kishen A/L Yogesvaran Tajuk tidak lengkap

17. Lee Jia Yee Tajuk tidak lengkap

18. Lee Zi Yang Lengkap

19. Ling Suen Seng Lengkap Berda
20 Mahathir Razali Tajuk Tidak lengkap sarkan
jadual

di

atas, seramai 20 orang pelajar telah diminta semula untuk menjawab dan melukis semula graf

bar mudah. Semasa latihan pra dijalankan, keputusan menunjukkan daripada 20 orang pelajar

yang menjawab hanya enam orang pelajar yang menjawab latihan dengan lengkap. Manakala

14 orang lagi yang menjawab dengan tidak lengkap. Antara kesalahan yang dilakukan oleh

pelajar ialah tidak menulis tajuk dengan lengkap iaitu seramai 11 orang. Selain itu, terdapat

juga pelajar yang melakukan kesalahan seperti tidak menulis label di paksi Y iaitu hobi.

Manakala terdapat juga pelajar yang tidak menulis petunjuk iaitu seramai 3 orang. Oleh yang

demikian, berdasarkan keputusan ujian pra, guru telah memikirkan satu kaedah yang dapat

membantu pelajar dalam menghasilkan graf bar dengan baik.

6.0 PERLAKSANAAN PROGRAM
Langkah 1
Guru mengedarkan soalan tentang graf bar mudah kepada pelajar. Selepas pelajar menyalin
soalan ke dalam buku nota, guru mengedarkan sekeping kertas graf kepada setiap orang
pelajar. Pelajar diberikan masa selama 15 minit untuk menyiapkan graf bar mudah
berdasarkan jadual yang diberikan.
Langkah kedua

memberikan penjelasan yang ringkas tentang kaedah tersebut. Kaedah TSBPXPY tersebut
ialah kaedah T (tajuk), S (skala), B (bar/plotan), PX (Paksi X) dan PY (Paksi Y).

Langkah ketiga
Selepas meminta pelajar mengingat kaedah tersebut, guru mengedarkan kertas graf kepada
pelajar untuk membina graf bar mudah mengikut kaedah yang telah diperkenalkan
Langkah keempat
Guru menyemak hasil latihan pelajar untuk melihat perubahan dan keberkesanan kaedah
yang telah diperkenalkan oleh guru. Guru juga merekod data pelajar yang telah menjawab
soalan latihan tersebut

Gambar 1:Pelajar mendengar penerangan yang diberikan oleh guru

Gambar 2:

Gambar 3: Pelajar menyiapkan ujian yang diberikan

Ujian Pasca

(TSBPXPY) iaitu memastikan pelajar melengkapkan graf bar dengan tajuk, skala,bar
(plotan), paksi X dan paksi Y, pelajar dapat menghasilkan satu graf bar mudah yang lengkap
seterusnya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan.

Guru telah menjalankan ujian pasca pada 10 Februari 2020 (Isnin) terhadap pelajar kelas 3
Jasmine, hasil latihan pasca yang dijalankan menunjukkan terdapat sedikit peningkatan
terhadap penghasilan graf bar mudah yang dihasilkan. Semasa ujian pacsa dijalankan, guru
mengedarkan kertas graf kepada pelajar dan memberikan penerangan tentang kaedah
TSBPXPY. Selepas pelajar memahami perkara yang perlu ada dalam graf tersebut, guru
memberikan masa selama sepuluh minit untuk pelajar menghasilkan graf bar mudah. Selepas
sepuluh minit, guru meminta pelajar menghantar hasil latihan dan guru menyemak hasil
latihan tersebut

7.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

Selepas sesi PdPc tamat, guru menyemak setiap hasil kerja pelajar. Jadual di bawah
menunjukkan hasil ujian yang telah disiapkan oleh pelajar mengikut senarai nama kelas 3
Jasmine setelah ujian pasca dijalankan seperti berikut:

Bil Nama Dapatan Latihan pra Dapatan latihan
pasca

1. Ahmad Daniel Tajuk tidak lengkap Lengkap

2. Ahmad Razif Tajuk tidak lengkap Lengkap

3. Alvin Chu Yi Yek Tajuk Tidak lengkap Lengkap

4. Azza Rusyidah Lengkap Lengkap

5. Chau Yu Yin Tajuk tidak lengkap Lengkap

6. Chin Chong Keat Tajuk tidak lengkap Tajuk tidak lengkap

7. Chin Kai Xin Lengkap Lengkap

8. Chin Pei Jing Tajuk tidak lengkap dan label Tiada label paksi Y
paksi Y tiada

9 Chin Yue Ying Tiada petunjuk Lengkap

10. Chong Chee Xuan Lengkap Lengkap

11. Christian Chung Wen Jie Lengkap Lengkap

12. Daniel Lin Ming Ching Tiada petunjuk Lengkap

13. Derran Tajuk tidak lengkap Tajuk tidak lengkap

14. Eric Chong Yu Xiang Petunjuk tidak lengkap dan tiada
Lengkap

unit di paksi X

15. Ikhwan Abd Hamid Tajuk tidak lengkap dan tiada Lengkap
unit paksi Y

16. Kishen A/L Yogesvaran Tajuk tidak lengkap Lengkap

17. Lee Jia Yee Tajuk tidak lengkap Lengkap

18. Lee Zi Yang Lengkap Lengkap

19. Ling Suen Seng Lengkap Lengkap

20 Mahathir Razali Tajuk Tidak lengkap Lengkap

pelajar yang melakukan kesalahan telah berkurangan. Daripada 14 orang yang melakukan
kesalahan, terdapat 11 orang pelajar yang telah menunjukkan perubahan daripada tidak
lengkap kepada lengkap. Manakala seramai tiga orang pelajar yang tidak menunjukkan
peningkatan. Pelajar-pelajar tersebut telah diberikan bimbingan secara peribadi. Antara faktor
yang menyebabkan pelajar tidak menunjukkan perubahan yang baik ialah faktor kekangan
masa yang singkat menyebabkan pelajar tidak menyiapkan ujian yang diberikan. Di samping
itu, kekurangan peralatan seperti alat tulis menyebabkan pelajar tidak dapat menghasilkan
sebuah graf bar yang lengkap. Sikap sambil lewa dan kurang motivasi dalam kalangan pelajar
menyebabkan pelajar melakukan kesalahan seperti yang dinyatakan.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Selain graf bar mudah, kajian seterusnya boleh dilakukan terhadap graf lain seperti graf
garisan, graf gabungan, carta pai dan sebagainya. Diharapkan kaedah ini dapat memberikan
idea kepada guru lain agar dapat membantu pelajar menghasilkan sebuah graf bar yang
lengkap seterusnya mendapat menjawab soalan yang diberikan semasa menghadapi
peperiksaan.

RUJUKAN

Ahmad Ridzuan, Rajini Gauri, Pau Anak Utek. (2018). Geografi Tingkatan Tiga KSSM. My
Bookpal Sdn Bhd. Selangor

SM.St.Patrick.(2018). jurnal Kajian Tindakan. Edisi 3. Tawau Sabah

LAMPIRAN
Rajah berikut menunjukkan antara contoh graf bar mudah yang telah dihasilkan oleh pelajar
semasa latihan pra

Rajah 1: Kesalahan pelajar tersebut ialah tidak menulis tajuk dengan lengkap dan tidak
meletakkan label di paksi Y

Rajah 2: Kesalahan ialah tidak meletakkan label di paksi Y dan tidak melengkapkan tajuk
dengan baik. Selain itu, tidak meletakkan label petunjuk.

Rajah 3: Kesalahan pelajar ialah tidak melabelkan paksi X dan paksi Y disamping tajuk tidak
dinyatakkan

Rajah 4: Hasil kerja pelajar selepas guru memperkenalkan kaedah TSBPXPY

Rajah 5: Hasil kerja pelajar selepas guru memperkenalkan kaedah TSBPXPY


Click to View FlipBook Version