The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Atikah, 2020-08-06 09:24:28

5. KAEDAH AKRONIM - RBT

5. KAEDAH AKRONIM - RBT

KAEDAH AKRONIM DALAM MENGINGAT ELEMEN REKA BENTUK BAGI PELAJAR
TINGKATAN 1

Ruslan B. Rolon
Masrah Junior

SM Holy Trinity
Peti Surat 60918 Tawau

g-31270601@gmail-dl.edu.my

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk menyelesaikan masalah pembelajaran
RBT tingkatan 1 dalam subtajuk elemen reka bentuk bagi pelajar Tingkatan 1.
Berdasarkan pemerhatian dan sesi soal jawab semasa Pengajaran , Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) didapati pelajar sukar untuk mengingat elemen yang
terdapat dalam reka bentuk teknologi. Oleh yang demikian, satu intervensi bagi
memudahkan pelajar untuk mengingat elemen tersebut menggunakan kaedah
akronim dilaksanakan. Pengkaji mencipta satu ayat yang lengkap dan setiap huruf
awalan perkataan tersebut akan mewakili satu elemen yang terdapat dalam reka
bentuk teknologi. Ayat yang digunakan adalah ayat yang ringkas dan mudah untuk

akronim ini dilaksanakan, analisis dapatan bagi pelajar yang menguasai adalah
meningkat sebanyak 21.05%. Dengan peningkatan ini pelajar akan dapat menjawab
soalan yang berkaitan dengan elemen reka bentuk dengan lebih baik dalam
peperiksaan umum mahupun khusus. Pada masa akan datang kajian ini boleh
diperluaskan dengan menggunakan kaedah yang lain. Kaedah yang melibatkan
pergerakan motor akan merangsang pemikiran kognitif pelajar terutamanya pelajar
yang tidak menguasai kemahiran 3M (menulis, membaca dan mengira) sepenuhnya.
Diharapkan kajian ini mampu memberi impak yang tinggi dalam PdPc guru
seterusnya mampu membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Saya telah mengajar selama 3 tahun untuk subjek RBT memandangkan subjek ini adalah
subjek yang baharu dalam KSSM. Setiap kali mengajar tajuk ini, saya dapati pelajar
menghadapi kesukaran untuk mengingat tujuh elemen yang terdapat dalam reka bentuk.
Subtajuk sangat penting kerana pengetahuan pelajar dalam elemen reka bentuk akan diguna
pakai hinggalah ke tingkatan 3.

Berdasarkan pemerhatian dan data yang diperolehi melalui peperiksaan 1 dan 2, didapati
pelajar sukar untuk mengingati tujuh elemen yang terdapat dalam reka bentuk. Perkara ini
menyebabkan pelajar tidak memperolehi markah yang baik dalam peperiksaan tersebut.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada satu subtajuk dalam tingkatan 1 iaitu elemen reka bentuk. Fokus
kajian adalah membantu pelajar mengingat elemen dalam reka bentuk disebabkan pelajar
tidak mendapat markah yang baik dalam peperiksaan sebelum ini. Hal ini akan memberi lebih
peluang kepada pelajar untuk mendapat markah yang baik dalam setiap ujian dengan
menggunakan kaedah akronim.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Masalah pembelajaran dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi bagi subtajuk elemen reka
bentuk adalah untuk membantu pelajar-pelajar dan guru-guru pada masa akan datang dalam
PdPc di dalam kelas agar pelajar dapat mengingat elemen yang terdapat dalam reka bentuk
dengan lebih mudah.
3.1 Objektif AM

Meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.

3.2 Objektif Khusus
Pelajar -pelajar 1 Carnation dapat mengingat elemen yang terdapat dalam reka bentuk.
Meningkatkan pengetahuan dalam topik faktor reka bentuk tingkatan 1 mata pelajaran
RBT.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Responden dan kumpulan sasaran adalah pelajar tingkatan 1 Carnation seramai 38 orang
pelajar dari SM Holy Trinity.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Mengadakan Ujian Pra (mengenal pasti pelajar yang tidak menguasai)

Memberi bimbingan menggunakan kaedah akronim
Mengadakan Ujian Pos (menilai program)
Membuat analisis
Membuat laporan kajian tindakan
Ujian Pra

Pengkaji memilih soalan yang ringkas bagi mengetahui tahap penguasaan pelajar 1
Carnation. Praujian ini dijalankan bagi mengenal pasti pelajar yang menguasai dan belum
menguasai subtajuk elemen reka bentuk,

Gambar 1: Pelajar sedang menjalani Ujian Pra

Jadual 1 : Hasil dapatan Ujian Pra

UJIAN PRA

BIL NAMA PELAJAR Tidak
Menguasai

menguasai

1 Abdul Farish Irfan /

2 Abdul Shah /

3 Azri Syam /

4 Chai Hiap Xun /

5 Chieng Zhi Wei /

6 Chong Soon Foh /

7 Devlon /

8 Dominic /

9 Gracie Liau /

10 Haikal Hakimi /
11 Hasril /
12 Jason Chia
13 Jason Pang /
14 Jason Tham /
15 Joyleme /
16 Judas /
17 Kelvin Ng /
18 Khairul Azhar /
19 Koo Chek Ang /
20 Laurence Yap /
21 Liew Kim Lok /
22 M.Firdaus /
23 M.Isyraq Lai /
24 Mohamad Harid /
25 Mozeal /
26 Muhd. Aiman /
27 Muhd. Irfan /
28 Nur Aimie Safiah /
29 Nurfazillah /
30 Nurul Izzati /
31 Nurul Natasha /
32 Qabiel /
33 Rexvier /
34 Sharon Koh /
35 Siti Elyasofia /
36 Tai Jit Si /
37 Zaizatul /
38 Tan Siew Vui /
Jumlah /
21 17

Carta Pie 1: Perbandingan pelajar menguasai dan tidak menguasai

Carta pai di atas menunjukkan peratus perbandingan antara pelajar yang menguasai dan tidak
menguasai elemen yang terdapat pada reka bentuk. Hasil dapatan praujian yang dijalankan
menunjukkan seramai 21 orang pelajar yang mewakili 55% telah menguasai dan 17 orang
pelajar tidak menguasai subtajuk yang perlu dikuasai. Pengkaji merasakan perlunya ada satu
kaedah yang dapat digunakan bagi pelajar menguasai subtajuk berkenaan dengan lebih
berkesan.

5.1 Langkah Melaksanakan Tindakan - Kaedah Penggunaan Akronim dalam PdPc
Langkah 1

Melalui analisis yang diperolehi dalam ujian pra, penggunaan kaedah akronim diperkenalkan
semasa PdPc. Semasa PdPc berlangsung pengkaji mengunakan kaedah masteri dalam
membimbing pelajar menguasai kaedah berkenaan. Pengkaji menerangkan cara penggunaan
akronim dalam mengingat elemen yang terdapat dalam reka bentuk. Pengkaji menggunakan
ayat yang mudah untuk pelajar ingat dan setiap huruf awalan pada setiap perkataan mewakili
elemen reka bentuk.

Gambar 2: Penerangan menggunakan kaedah akronim
Langkah 2 (Ujian Pos)
Bagi mengetahui keberkesanan kaedah yang telah digunakan, ujian pos telah dilaksanakan .
Seramai 38 orang pelajar dalam kelas tersebut mengambil ujian bagi menguji kefahaman
pelajar berkenaan dengan subtajuk berkaitan. Pengkaji memilih keseluruhan sampel daripada
kelas tersebut untuk mengetahui sama ada pelajar yang telah menguasai mampu
menggunakan kaedah akronim dengan berkesan atau pun tidak.

Gambar 3: Ujian Pos
Analisis Kajian
Ujian pos telah diadakan bagi 38 pelajar Tingkatan 1 Carnation. Hasil dapatan ditunjukkan
dalam jadual 2.

Jadual 2: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

UJIAN PRA UJIAN POS

BIL NAMA PELAJAR Menguasai Tidak Menguasai Tidak

1 Abdul Farish Irfan menguasai menguasai
2 Abdul Shah
3 Azri Syam //
4 Chai Hiap Xun
5 Chieng Zhi Wei //
6 Chong Soon Foh
7 Devlon //
8 Dominic
9 Gracie Liau //
10 Haikal Hakimi
11 Hasril //
12 Jason Chia
13 Jason Pang //
14 Jason Tham
15 Joyleme //
16 Judas
17 Kelvin Ng //
18 Khairul Azhar
19 Koo Chek Ang //
20 Laurence Yap
21 Liew Kim Lok //
22 M.Firdaus
23 M.Isyraq Lai /
24 Mohamad Harid
25 Mozeal //
26 Muhd. Aiman
//

//

//

//

//

//

//

//

//

//

//

//

//

//

27 Muhd. Irfan // /
28 Nur Aimie Safiah //
29 Nurfazillah // /
30 Nurul Izzati // 9
31 Nurul Natasha
32 Qabiel //
33 Rexvier //
34 Sharon Koh
35 Siti Elyasofia //
36 Tai Jit Si /
37 Zaizatul //
38 Tan Siew Vui
Jumlah //
/
//
21 17 29

6.0 RUMUSAN PEMERHATIAN & PENILAIAN

Graf 1: Perbandingan data Ujian Pra dan Ujian Pos

7.0 PERBINCANGAN & REFLEKSI KAJIAN

Hasil dapatan daripada jadual 2 dan juga graf 1, bilangan pelajar yang menguasai sebelum
dan selepas kaedah akronim dalam PdPc diperkenalkan adalah meningkat iaitu dari 21 orang
pelajar kepada 29 pelajar iaitu peningkatan sebanyak 21%. Bilangan pelajar yang tidak
menguasai juga menurun iaitu sebanyak 9.

Selain itu juga melalui pemerhatian dapat dilihat perubahan sikap oleh pelajar. Hal ini
demikian kerana penggunaan kaedah ini amat mudah dan membantu mereka dalam
menguasai subtajuk dengan mudah dan berkesan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam kajian ini. Hal ini ditunjukkan dengan
bilangan pelajar yang masih tidak menguasai iaitu sebanyak 9 orang pelajar.

Dapatan kajian ini memberi implikasi dalam PdPc guru dan juga pelajar. Kaedah yang sesuai
semasa proses pembelajaran akan memudahkan guru dan pelajar khususnya dalam mencapai
objektif yang dikehendaki dan akan membantu pelajar dalam peperiksaan amnya.

8.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN

Kajian ini boleh diteruskan dan diperluas bagi mendapat keputusan yang lebih baik lagi.
Penggunaan kaedah yang berlainan mampu memberi impak yang lebih berkesan. Melalui
pemerhatian pengkaji semasa menjalankan kajian tindakan ini, pelajar yang tidak menguasai
adalah pelajar yang tidak menguasai sepenuhnya 3M iaitu menulis, membaca dan mengira.
Pengkaji mencadangkan agar kajian pada masa akan datang akan menggunakan kaedah yang
melibatkan psikomotor ataupun kognitif pelajar. Kaedah seperti itu mungkin mampu menarik
minat pelajar yang tidak menguasai kemahiran 3M dalam semasa proses PdPc dilaksanakan.

RUJUKAN

Dr. Salmiah, Dr. Rahimah, Mohd. Syukri, Abd. Samad, Zamri. (2016). Reka Bentuk dan
Teknologi Tingkatan 1, Pustaka Pepada Jaya Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Jurnal Kajian Tindakan Edisi 3 2018. SM ST. Patrick Tawau, Sabah.

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version