The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Atikah, 2020-08-07 11:31:28

3. PROGRAM SIZT - UBK

3. PROGRAM SIZT - UBK

PROGRAM SIZT BAGI MENGURANGKAN KADAR PELAJAR PONTENG KE
SEKOLAH

Norzaidah Musappa
Ahmad Jaabi

Alias Selimming
Asmawati Sinluk

SM Holy Trinity Tawau

ABSTRAK

Isu ponteng sekolah semakin meningkat dan ini dapat dilihat melalui peratus kes
ponteng yang dicatatkan oleh Unit Disiplin semakin meningkat setiap bulan.
Kebanyakan pelajar yang ponteng menganggap isu ponteng sebagai perkara biasa
meskipun pihak unit disiplin dan guru kelas telah mengambil tindakan segera untuk
menghubungi ibu bapa agar pelajar ini lebih berdisiplin, walau bagaimanapun, pelajar
yang sama akan mengulangi kes ponteng ini. Oleh itu Unit Bimbingan Dan
Kaunseling (UBK) sekolah mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar ponteng
pelajar dengan melaksanakan program SIZT terhadap 12 orang pelajar tingkatan 5.
Pelajar Tingkatan 5 ini menjadi sasaran kajian kerana mereka bakal menduduki SPM
dan langkah awal mengelakkan pelajar cicir. Dalam modus operandi program SIZT ini
dimulai dengan melaksanakan soal selidik untuk melihat punca berlaku ponteng,
Bengkel Intervensi SPOT, aktiviti Ziarah Cakna dan tindakan susulan dengan
melaksanakan temuramah dengan ibu bapa murid. Program ini membolehkan Unit
Bimbingan Dan Kaunseling memahami isu yang dialami murid dan ahli keluarga
mereka dan seterusnya pihak sekolah berusaha membantu memotivasikan murid
hadir ke sekolah. Program ini telah berjaya mengurangkan kadar ponteng dalam
kalangan sampel kajian di samping memberi peluang kerjasama antara ibu bapa dan
guru dalam menangani isu tersebut. Adalah diharapkan program ini akan terus
ditambahbaik dengan melibatkan guru-guru kelas dan dilaksanakan bagi menangani
masalah ketidakhadiran serius dan risiko cicir. Selain itu, hasil program ini juga akan
menjadi ruang dan peluang bagi para guru dan ibu bapa berkongsi pandangan dan
membincangkan bersama intervensi permasalahan murid bagi memastikan agenda
pelan pembangunan pendidikan ke arah kemenjadian murid cemerlang sahsiah dan
akademik tercapai.

1.0 REFLEKSI KAJIAN

Pada masa kini masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid sama ada menengah atas

atau menengah rendah semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Purata setiap tahun unit

disiplin mengemukakan rekod sebanyak 12 kes buang sekolah, berhenti secara sukarela dan

penerima surat amaran kedua dan ketiga. Ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dan tiada

surat makluman daripada ibu bapa menyebabkan guru-guru mentakrifkan mereka sebagai

ponteng sekolah. Murid-murid ini merupakan mereka yang telah menerima surat amaran

pertama dari bulan Januari - Februari 2019. Satu program perlu dijalankan untuk menangani
dan mengurangkan kes ponteng sekolah. Melalui program yang dijalankan dapat
mengurangkan masalah pelajar ponteng dalam kalangan murid dan dalam masa yang sama
membantu meningkatkan kehadiran murid-murid yang sudah menerima surat amaran pada
bulan Januari - Mac 2019 agar tidak tercicir dalam persekolahan sehingga tamat Tingkatan 5

2.0 FOKUS KAJIAN

Program SIZT ini dilaksanakan untuk mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan
murid sesi pagi iaitu seramai 20 orang murid yang telah menerima surat amaran pertama pada
bulan Januari Mac 2019 dan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan dan dianggap ponteng.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum :
Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah bagi tahun 2019.

3.2 Objektif Khusus :

1. Mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid yang
menerima surat amaran pertama agar tidak dikenakan amaran ketiga dan
diberhentikan sekolah.

2. Meningkatkan kerjasama ibu bapa dan guru bagi meningkatkan kehadiran
pelajar ke sekolah.

4.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

4.1 Tinjauan Awal

Analisis peratus kehadiran murid dilakukan dan didapati peratus kehadiran pelajar pada bulan
Januari sebanyak 95.91%, Februari 93.74% dan Mac 94.16%. Rekod peratusan ini tidak
konsisten sekaligus tidak mencapai Standard Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Analisis awal mendapati 12 buah kelas yang tidak mencapai KPI 95% kehadiran ke sekolah
sepanjang bulan Januari hingga Mac bagi tahun 2019. Berdasarkan siasatan oleh Unit
Disiplin dan soal selidik daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dapat dirumuskan
bahawa masalah ketidakhadiran disebabkan beberapa faktor seperti murid masih bercuti
kerana berada di kampung halaman, masalah kesihatan, sikap murid suka mengambil
kesempatan menyambung cuti sempena perayaan dan kebanyakkan pelajar ponteng sekolah.
Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada ketidakhadiran pelajar ke sekolah disebabkan
ponteng dan berusaha untuk menyelesaikan isu ponteng sekolah terutama pelajar tingkatan
lima yang dianggap sebagai golongan sasaran utama memandangkan mereka akan
menduduki peperiksaan SPM.

4.2 Pelaksanaan Program SIZT
Program SIZT merupakan akronim bagi Soal Selidik, Intervensi, Ziarah dan Temubual Ibu
Bapa.Semua sampel kajian akan dilibatkan dalam aktviti-aktiviti tersebut untuk memastikan
objektif yang telah ditetapkan di atas tercapai.

Langkah 1
Tindakan 1 : Borang Soal Selidik

Menyediakan soal selidik punca pelajar ponteng sekolah
Langkah 2
Tindakan 2 : Bengkel Intervensi SPOT

Mengadakan sesi kaunseling berfokus secara berkala. Murid diminta untuk
menjawab intervensi Ujian Minda Sihat murid dan melengkapkan Ujian
Psikometrik dan Inventori Personaliti Gaya Belajar. Murid mengenal pasti
gaya belajar masing -masing untuk disesuaikan dengan personaliti agar
memaksimumkan potensi diri. Selain itu, guru kaunseling akan menjalankan
sesi konsultasi dengan guru-guru kelas untuk mendapatkan maklumat
mengenai bilangan surat amaran yang telah dikeluarkan dan sejauh mana
tindakan yang telah diambil agar guru kaunseling dan unit Hal Ehwal Murid
(HEM) dapat membantu dalam aspek konsultasi keibubapaan.

Tindakan 3: Program Ziarah Cakna

Mengadakan lawatan ke rumah sampel kajian yang terlibat dengan kes
ponteng sekolah. Refleksi daripada kunjungan ini menunjukkan pihak ibu bapa
atau penjaga mengalu-alukan kehadiran guru dan memahami tujuan kunjungan
guru adalah untuk mendapatkan maklumat ketidakhadiran anak mereka ke
sekolah. Kerjasama dan respon yang baik diberikan kepada pihak guru-guru
yang datang ke rumah. Hasil daripada Program Ziarah Cakna telah memberi
impak yang positif kerana didapati murid berubah dan kurang kadar ponteng.
Melalui pendekatan ini juga memudahkan pihak sekolah mendapatkan
maklumat.

Langkah 4

Tindakan 4 :Pertemuan Dengan Ibu Bapa Sebagai Tindakan Susulan
Selepas ziarah cakna dan pelajar melalui bengkel intervensi, UBK inigin
mengetahui perkembangan pelajar melalui persepsi ibu bapa mereka. Oleh itu
UBK telah memanggil ibu bapa dan berbincang berkaitan perkembangan anak
mereka. Seterusnya guru akan memaklumkan perkembangan anak-anak
mereka selepas program dijalankan. Oleh itu, program ini tidak hanya terhenti
begitu sahaja tetapi merupakan program yang melaksanakan Follow Up Follow
Through. Bagi ibu bapa yang tidak hadir, UBK sendiri akan bertindak
membuat kunjungan ke rumah pelajar untuk berbual dengan bertanya soalan
bagi melihat perkembangan pelajar dan meneroka sekiranya pelajar masih
ponteng atau tidak hadir ke sekolah.

5.0 DAPATAN DAN REFLEKSI TINDAKAN

Berdasarkan kepada data pra menunjukkan peratus kehadiran murid ke sekolah pada penggal
pertama 2019 didapati kehadiran murid tidak mencapai KPI yang ditetapkan oleh KPM dan
kadar kehadiran adalah tidak konsisten. Hal ini menyebabkan purata peratus kehadiran berada
di bawah tahap KPI 95% pada bulan Februari Julai 2019. Sampel kajian seramai 12 orang
ini merupakan penyumbang kepada kejatuhan kadar kehadiran pelajar mengikut tempoh
tersebut.

Program SIZT telah dijalankan dalam tempoh sebulan dan selepas sebulan, pengkaji telah
membuat analisis semula graf kehadiran sekolah dan seterusnya penurunan kadar ponteng
bagi 12 orang pelajar yang terlibat (rujuk jadual 1)

Jadual 1: Perbandingan Data Pra Dan Pos Berkaitan Kehadiran Pelajar

Sampel Data Pra Data Pos Jumlah

(Feb- Julai) (Ogos - Oktober) Berkurangan

Bil Hari Ponteng Bil Hari Ponteng

P1 6 42

P2 6 33

P3 7 43

P4 4 22

P5 5 33

P6 4 22

P7 4 31

P8 3 21

P9 3 21

P10 4 22

P11 3 21

P12 5 32

Selepas Program SIZT dijalankan, didapati pelajar ponteng berkurangan dan hal ini memberi
impak kepada peningkatan kehadiran murid ke sekolah bagi penggal kedua. Berdasarkan

kepada analisis peratus kehadiran murid ke sekolah pada penggal kedua 2019 didapati
kehadiran murid mencapai KPI yang ditetapkan oleh KPM dan kadar kehadiran adalah agak
konsisten. Hal ini menyebabkan purata peratus kehadiran di tahap KPI 95% iaitu pada bulan
Ogos Oktober 2019.

Selain itu, melalui intervensi aktiviti Cakna dan Temubual Ibu Bapa, pihak UBK lebih
mengenali pelajar dan bekerjasama dengan ibu bapa mereka untuk membantu meningkatkan
kehadiran pelajar ke sekolah. UBK dapat meneroka permasalahan pelajar melalui informasi
dan perbincangan ibu bapa dan merancang bersama-sama bagi menangani isu pelajar. Selain
itu, pertemuan ibu bapa ini memberi peluang kepada ibu bapa mengenali tingkah laku anak-
anak mereka di sekolah dan lebih mudah UBK menghubungi ibu bapa kerana telah
mempunyai rapport dengan ibu bapa. Ibu kepada P3, memberi pandangan yang positif
terhadap tindakan pihak UBK ini dan mengikut beliau, tindakan ini dapat memberi peluang
kepada mereka untuk lebih rapat lagi dengan pihak sekolah. Mereka juga rasa lebih diberi
tumpuan dan perhatian dalam merancang aktiviti untuk anak mereka.

6.0 RUMUSAN KAJIAN

Hasil kajian mendapati ketidakhadiran murid ke sekolah kerana faktor kurang bermotivasi,
takut dimarahi guru kerana tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan sekolah dan sikap
pelajar yang bangun lewat kerana pada sebelah malam banyak menghabiskan masa dengan
peranti sosial atau peranti komunikasi. Melalui intervensi yang telah dilaksanakan oleh pihak
guru-guru, Unit HEM dan Unit UBK secara holistik dan komprehensif, setelah bertemu
dengan ibu bapa murid, peratus kehadiran ke sekolah tidak konsisten kerana hanya 3 bulan
kehadiran melepasi KPI 95%. Purata keseluruhan hanya mencapai 94.16% dan tidak
melepasi KPI yang telah ditetapkan oleh sekolah dan KPM

7.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan menjadi panduan asas dalam merangka beberapa
cadangan yang boleh diberikan bagi membantu pihak sekolah dengan menumpukan
intervensi untuk mengurangkan pelajar yang kerap tidak hadir. Antara intervensinya ialah
mengadakan perjumpaan kelas yang mempunyai murid berisiko keciciran yang tinggi dengan
merujuk maklumat di APDM. Selain itu, beberapa penambahbaikan program sedia ada boleh

dibuat bagi membantu guru dalam memperolehi maklumat yang berguna dalam menangani
masalah pelajar yang mempunyai masalah ketidakhadiran yang serius iaitu dengan
mengadakan Dashboard Kehadiran Murid Ke Sekolah. Berdasarkan dashboard tersebut
dipamerkan kedudukan kehadiran kelas semasa perhimpunan dan berfokus kepada senarai
nama pelajar ponteng untuk rujukan semua warga sekolah. Selain itu, aktiviti SPOT
dimurnikan dengan melibatkan peranan guru kelas agar mereka juga memperolehi maklumat
pelajar mereka secara terperinci.

Semoga intervensi yang dijalankan berjaya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah pada
tahun 2020. Tempoh masa pelaksanaan akan dilaksanakan secara komprehensif pada bulan
Januari 2020. Rasionalnya sampel kajian ini adalah pelajar tingkatan lima. Mereka perlu
diberi perhatian secara holistik kerana mereka ini akan menduduki peperiksaan SPM.
Kesimpulannya, bagi membolehkan kajian ini berjaya dilaksanakan, kerjasama daripada
semua guru dan warga sekolah amat diperlukan dengan harapan pelajar akan lebih
bermotivasi untuk hadir ke sekolah dan berasa bimbang serta rugi sekiranya mereka ponteng
atau tidak hadir ke sekolah.

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.

Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja. (Tesis Ph. D, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Bandura, A. (1973) Aggression: A Social Learning Analysis. Englewood Cliffs: Prentice
Hall.

Duke, D.L & Duke, P.M (1980). The Prediction or Deliquency in Girls. Journal of Research
and Development in Education. Boston. 11, 2, 18-33.

Tangani Masalah Disiplin Pelajar Ogos 2006

Ismail Daros (1981). Faktor-faktor Utama yang Menyebabkan Pelajar-pelajar Di Peringkat
Menengah Melakukan Kegiatan Ponteng Sekolah. (latihan ilmiah yang tidak diterbitkan).
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Kamus Dewan (2005). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kerlinger, FM. (1986). Foundation of Behavioral Research. (3rd ed.) New York: Winston
Inc.

Omardin Ashaari (2002). Pengurusan Sekolah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Rasidah Omar (2004). Gejala Ponteng Sekolah di Kalangan Pelajar Sekolah Prosiding
Seminar Wanita. PWTC, Kuala Lumpur.


Click to View FlipBook Version