The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Atikah, 2020-08-07 11:32:16

6. KAEDAH AKRONIM - SAINS

6. KAEDAH AKRONIM - SAINS

PENGGUNAAN KAEDAH AKRONIM BAGI MENINGKATKAN KEBERKESANAN
CARA MENGINGAT DALAM MATA PELAJARAN SAINS

Gloria Ngu
Koh Pau Liang
Mimie Marina Lam
Mimie Nuzilah Musli
Fajeriah Mohammad Nasir

SM Holy Trinity
Peti Surat 60918 Tawau

ABSTRAK

Kajian ini berfokuskan kepada penguasaan pelajar dalam menghafal turutan istilah
sains dengan menggunakan kaedah akronim dan menjawab soalan yang berkaitan
dengan susunan istilah sains dengan betul dengan mengikut turutan yang tepat.
Seramai 20 pelajar pelajar Tingkatan 4 Ixora menjadi sasaran dalam kajian ini.
Semasa mengajar mata pelajaran Sains terutamanya dalam bab 7 iaitu bab Cahaya,
Warna & Penglihatan, pelajar gagal untuk menghafal istilah sains yang digunakan
dengan mengikut turutan yang betul. Ketidakupayaan pelajar untuk menguasai
turutan istilah sains dengan betul dan menjawab soalan dalam bentuk turutan proses
yang betul akan mempengaruhi markah pelajar dalam peperiksaan kertas dua mata
pelajaran Sains. Tinjauan awal telah dilakukan berdasarkan Ujian Pra semakan ujian
didapati bahawa pelajar lemah dalam menjawab soalan dan tidak mendapat markah
yang memuaskan. Penggunaan kaedah Akronim dalam pembelajaran sains dapat
memudahkan pelajar untuk mengingati konsep dan susunan atau turutan bagi suatu
topik pembelajaran seperti susunan warna pelangi dan pencampuran warna cahaya
dalam kajian ini. Perbandingan dapatan ujian pra dan pasca telah menggambarkan
kaedah ini dapat membantu pelajar mengatasi kelemahan mereka. Walaupun
pelbagai halangan dihadapi kerana responden terdiri daripada murid yang agak
lemah . Walau bagaimanapun sebagai pendidik, saya berpuas hati apabila murid-
murid sudah mula menunjukkan minat dan keinginan yang tinggi untuk mempelajari
dan mempraktik apa yang telah mereka pelajari.

1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Sains merupakan satu mata pelajaran wajib yang perlu diambil oleh semua

pelajar menengah atas aliran sastera. Sukatan pelajaran dalam mata pelajaran ini adalah

sambungan daripada sukatan pembelajaran Sains menengah rendah dan sukatan pembelajaran

Sains Sekolah Rendah. Dalam mata pelajaran ini, pelajar akan diajar mengenai pelbagai

cabang dalam bidang sains, terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar.

Mata pelajaran ini akan diuji dalam dua kertas iaitu kertas satu, soalan pilihan jawapan dan

kertas dua, soalan subjektif serta esei. Walau bagaimanapun, pelajar mengalami masalah

dalam menjawab soalan subjektif kerana pelajar gagal untuk menguasai topik yang telah

dipelajari dan gagal untuk menghafal fakta serta istilah sains dengan tepat dan mengikut
turutan yang betul. Masalah sukar mengingati fakta ini perlu diatasi kerana hal ini akan
menjadi halangan untuk mendapatkan pencapaian yang lebih tinggi. Oleh itu, satu kaedah
yang boleh ditekankan secara menyeluruh ialah kaedah akronim.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Berdasarkan pengalaman guru, semasa mengajar mata pelajaran Sains terutamanya dalam
bab 7 iaitu bab Cahaya, Warna & Penglihatan, pelajar gagal untuk menghafal istilah sains
yang digunakan dengan mengikut turutan yang betul. Ketidakupayaan pelajar untuk
menguasai turutan istilah sains dengan betul dan menjawab soalan dalam bentuk turutan
proses yang betul akan mempengaruhi markah pelajar dalam peperiksaan kertas dua mata
pelajaran Sains kerana pelajar hanya mencapai markah sederhana dalam peperiksaan.
Didapati pelajar tidak dapat menghafal istilah sains dengan tepat dan mengikut turutan yang
betul. Hal ini juga menyukarkan guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam
topik seterusnya yang berkaitan dengan topik ini. Pelajar juga kurang memberikan tumpuan
di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana pelajar tidak
dapat menghafal turutan istilah dengan betul. Seramai 10 orang pelajar dari kelas 4 Ixora
mendapat 4 hingga 7 markah daripada dua belas markah penuh bagi soalan yang melibatkan
turutan istilah spektrum cahaya dalam bab tujuh dalam ujian yang dilaksanakan. Rata-rata
pelajar apabila ditanya, masalah yang utama yang timbul dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah untuk mengingati sesuatu turutan istilah atau proses dalam jangka masa
yang panjang.

3.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada penguasaan pelajar dalam menghafal turutan istilah sains
dengan menggunakan kaedah akronim dan menjawab soalan yang berkaitan dengan susunan
istilah sains dengan betul dengan mengikut turutan yang tepat. Kaedah akronim ialah satu
kaedah yang boleh membantu daya ingatan pelajar dengan mengaitkan sesuatu bahan atau
rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal untuk diingati dengan sesuatu yang bermakna
kepada pelajar itu. Kaedah atau pendekatan ini telah digunakan kepada pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran tetapi ia tidak terlalu ditekankan akibat kekangan masa dalam
menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, pelajar akan dapat mencapai objektif yang disasarkan
seperti berikut :

4.1 OBJEKTIF AM

4.1.1 Pelajar dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan turutan spektrum
cahaya

dengan tepat semasa peperiksaan dan mendapat markah penuh bagi soalan
berkaitan dengan menggunakan kaedah akronim

4.2 OBJEKTIF KHUSUS

4.2.1 Menggunakan kaedah akronim untuk memudahkan pelajar menjawab soalan
spektrum cahaya dalam bab 7.

4.2.2 Pelajar dapat mengingat dan menghafal turutan istilah sains dengan betul
dengan menguasai kaedah akronim.

4.2.3 Meningkatkan peratusan pelajar mendapat markah khasnya dalam soalan yang
melibatkan turutan istilah sains.

4.2.4 Meningkatkan bilangan pelajar yang menguasai dan mempelajari turutan
dalam istilah sains dengan mudah dan efektif.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran dalam kajian ini melibatkan pelajar 4 Ixora yang terdiri daripada 20 orang
pelajar. Kebanyakan pelajar 4 Ixora ini mendapat keputusan markah sederhana iaitu kurang
daripada 50 markah dalam peperiksaan pertengahan tahun (PPT) SM Holy Trinity Tawau.
Responden yang dipilih mempunyai tahap penguasaan ingatan yang lemah dalam mata
pelajaran Sains. Selain itu, kesemua responden mempunyai masalah yang hampir sama iaitu
gagal menguasai perkara-perkara yang perlu dingati, dihafal dan difahami.

6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Dalam kajian ini, guru dan pelajar memainkan peranan masing-masing. Guru akan
memperkenalkan kaedah akronim kepada pelajar dan menerapkan kaedah akronim dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan topik yang dipilih. Pelajar akan diberikan
suatu rangkai kata berdasarkan huruf pangkal untuk mengingati sesuatu fakta dan isi
pelajaran yang disampaikan. Pelajar mestilah memahami konsep dan maksud huruf pangkal
yang digunakan.

Kajian ini telah dijalankan berdasarkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi seperti berikut:

6.1 LANGKAH MELAKSANAKAN TINDAKAN
Tinjauan awal terhadap masalah yang telah dikenalpasti dalam kajian tindakan
melibatkan satu instrumen iaitu Ujian Pra.

6.1.1 UJIAN PRA
Ujian pra merupakan satu set soalan yang merangkumi istilah sains dalam
mata pelajaran Sains tingkatan empat. Pelajar diminta untuk menyusun istilah
sains tersebut mengikut turutan yang betul. Hal ini merupakan satu instrumen
kajian bagi mengesan sejauh mana daya ingatan pelajar dalam menentukan
susunan istilah sains dalam topik Cahaya dan Penglihatan terutamanya
subtopik spektrum cahaya.

PELAKSANAAN PENGGUNAAN KAEDAH AKRONIM DALAM PEMBELAJARAN
SAINS

LANGKAH 1
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah langkah persediaan. Pada
peringkat ini, guru akan menentukan tujuan yang diharapkan dan dapat dicapai serta
memberitahu pelajar tentang tujuan pembelajaran tersebut. Hal ini agar pelajar
memahami tujuan yang akan dilakukannya. Guru memilih 20 orang pelajar sebagai
responden untuk ujian Pra yang disediakan.
LANGKAH 2
Langkah selanjutnya adalah mengajar topik berkaitan seperti biasa tanpa penggunaan
kaedah akronim. Pelajar berbincang mengenai topik dan dituliskan di dalam buku

latihan. Pelaksanaan seterusnya adalah menulis perkataan dan menyebut apa yang
telah diajarkan oleh guru.
LANGKAH 3
Kemudiaan, pelaksanaan ujian pra dilakukan iaitu menjawab soalan yang disediakan
oleh guru berkaitan topik yang diajar.
LANGKAH 4
Seterusnya, guru memperkenalkan penggunaan kaedah akronim. Guru
menyampaikan pengetahuan sebelum melakukan teknik akronim. Guru terlebih
dahulu akan menerangkan bahan-bahan secara keseluruhan yang diajarkan kepada
pelajar di kelas. Kemudian, pada masa yang sama, guru menjelaskan kaedah akronim
untuk memudahkan pelajar mengingati pembelajaran. Guru menyusun fakta agar
menjadi teknik akronim yang sesuai dengan topik. Pelajar perlu membaca dan
menghafal fakta berdasarkan teknik yang disampaikan. Seterusnya, guru membuka
ruang untuk pelajar bersoal jawab.

LANGKAH 5
Seterusnya, guru mengadakan ujian Pos untuk menguji kemahiran pelajar
menggunakan kaedah akronim

7.0 RUMUSAN PEMERHATIAN & PENILAIAN

7.1 ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PRA
Ujian pra yang telah diadakan bagi meneliti tahap pencapaian semasa pelajar. Hasil daripada
dapatan, pencapaian pelajar 4 Ixora daripada 20 orang sampel dalam ujian pra ditunjukkan
dalam Jadual 1.

JADUAL 1: Keputusan Ujian Pra

No Nama pelajar Markah
1 Mohammad Noor Hafizal 9
2 Irdina Najiha Binti Ab 8
3 Abdul Raziq Aqil 8
4 Nur Faradila 7
5 Mohd Aidil Danial 7
6 Mohd Reez Danieyl 7
7 Mohd Rizman Hadi 7
8 Naim Bin Musbah 6
9 Elvia Natalia 6
10 Nor Fazilah Binti Mohd Iisah 6
11 Nurul Syahirah 6
12 Fakrul Izhar 6
13 Mohammad Ikhwan Harith 6

14 M. Zulkarnain Nasation 6
15 Muhammad Zamzuri 5
16 Rizwan Bin Amir 5
17 Muhd. Fazlizan 5
18 Adyka Rozaidy 3
19 Darrel Dean Dionysius 10
20 Willson Wan 10

Berikut adalah hasil dapatan analisis markah bagi 20 orang sampel pelajar ditunjukkan dalam
Jadual 2.

JADUAL 2: Analisis Dapatan Ujian Pra

Markah 1-3 4-6 7-9 10-12

Bilangan pelajar 1 10 7 2

Peratus (%) 5.0 50.0 35.0 10.0

RAJAH 1 : GRAF DAPATAN UJIAN PRA

Berdasarkan keputusan pelajar dalam Ujian Pra yang telah dijalankan ini, didapati bahawa
hanya 2 orang pelajar (10.0%) sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu 10 markah
daripada 12 markah yang diperuntukkan dalam ujian pra ini. Secara terperinci, terdapat 10

orang pelajar (50.0%) mendapat 4-6 markah, 1 orang pelajar (5.0%) mendapat 1-3 markah
dan 7 orang pelajar (35.0%) mendapat 7-9 markah.

Statistik ini menunjukkan bahawa ingatan pelajar terhadap susunan warna dan pencampuran
warna yang telah diajarkan tanpa menggunakan kaedah AKRONIM masih lagi lemah.
Didapati pelajar agak keliru untuk memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan dalam
Ujian Pra ini.

Melalui pemerhatian guru semasa menjalankan proses pembelajaran dan pemudahcaraan,
guru mendapati pelajar tidak merasa seronok sepanjang proses dan tidak bermotivasi untuk
menjawab soalan yang diberikan. Sebagai bukti, markah pelajar tidak mencapai tahap yang
memuaskan iaitu 10 12 markah.

Dapat dirumuskan di sini, tahap penguasaan pelajar dalam mengingati suatu fakta mengikut
turutan masih lagi lemah berdasarkan keputusan pelajar yang diperoleh dalam Ujian Pra di
atas dan pelajar tidak bersemangat di dalam kelas bagi meneruskan proses pembelajaran
dengan lebih berkesan.

7.2 ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN POS
Ujian Pos telah diambil daripada Peperiksaan Akhir Tahun bagi 20 sampel pelajar Tingkatan
4 Ixora. Pencapaian pelajar 4 Ixora daripada Ujian Pos ditunjukkan dalam Jadual 3.

JADUAL 3: Keputusan Ujian Post

No Nama pelajar Markah
1 Mohammad Noor Hafizal 11
2 Irdina Najiha Binti Ab 10
3 Abdul Raziq Aqil 10
4 Nur Faradila 12
5 Mohd Aidil Danial 10
6 Mohd Reez Danieyl 9
7 Mohd Rizman Hadi 11
8 Naim Bin Musbah 11
9 Elvia Natalia 11

10 Nor Fazilah Binti Mohd Iisah 10
11 Nurul Syahirah 11
12 Fakrul Izhar 9
13 Mohammad Ikhwan Harith 11
14 M. Zulkarnain Nasation 10
15 Muhammad Zamzuri 10
16 Rizwan Bin Amir 12
17 Muhd. Fazlizan 11
18 Adyka Rozaidy 11
19 Darrel Dean Dionysius 11
20 Willson Wan 12

Berikut adalah hasil dapatan analisis markah bagi 20 orang sampel pelajar ditunjukkan dalam
Jadual 4.

JADUAL 4: Analisis Dapatan Ujian Pos

Markah 1-3 4-6 7-9 10-12
0 2 18
Bilangan pelajar 0 0.0 10.0 90.0

Peratus (%) 0.0

RAJAH 2: GRAF DAPATAN UJIAN POS

Berikut adalah perbandingan hasil dapatan analisis markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
ditunjukkan dalam Jadual 5

JADUAL 5 : Perbandingan Hasil Dapatan

Ujian Pra Ujian Post

Markah Bilangan Peratus Bilangan Peratus

pelajar (%) pelajar (%)

1-3 1 5.0 0 0.0

4-6 10 50.0 0 0.0

7-9 7 35.0 2 10.0

10-12 2 10.0 18 90.0

Rajah 3 : GRAF PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS

Graf 3 di atas menunjukkan pencapaian bagi setiap responden dalam ujian pra dan ujian pos.
Markah yang diperoleh oleh ke semua responden meningkat pada kedua-dua ujian pos yang
dijalankan setelah kaedah akronim dilaksanakan. Instrumen ujian pra dan ujian pos
dilakukan sebelum dan selepas kaedah dijalankan. Dalam kajian ini memfokuskan kepada
tajuk Bab 7 iaitu Cahaya dan Warna dan soalan berfokus kepada tajuk yang sama digunakan
dalam kedua-dua ujian tersebut. Tajuk yang sama digunakan dalam ujian adalah untuk
melihat perubahan pencapaian daripada jawapan responden.

Daripada hasil dapatan dalam ujian pra dan ujian pos, dibuatkan satu perbandingan untuk
melihat akan kemajuan pelajar dalam penggunaan kaedah akronim semasa pembelajaran.
Didapati bahawa terdapatnya peningkatan yang amat ketara di antara ujian pra dan ujian pos
yang telah dijalankan. Dalam ujian pra, hanya 2 orang pelajar iaitu 10.0% daripada 20
sampel pelajar yang dipilih telah mendapat markah di antara 10-12. Walau bagaimanapun,
bilangan pelajar yang mendapat markah 10-12 pada ujian pos adalah 18 orang iaitu 90.0%
daripada 20 sampel pelajar yang dipilih. Jurang perbezaan ini amat ketara sekali, perbezaan
iaitu peningkatan bagi 16 orang pelajar iaitu peningkatan sebanyak 80.0%.

Melalui pemerhatian guru pula, pelajar lebih bersemangat dan lebih seronok sepanjang proses
pembelajaran dan pemudahcaraan kerana pelajar mencuba untuk menjawab soalan yang
diberikan oleh guru dan pelajar bersungguh-sungguh untuk mencipta akronim bagi topik
yang diajar di dalam kelas. Hal ini turut dapat dibuktikan melalui motivasi pelajar untuk
menjawab semua soalan yang diberikan dan pelajar berjaya memberikan jawapan yang tepat
berdasarkan kaedah akronim yang telah diajarkan kepada pelajar.

Hal ini telah menunjukkan keberkesanan penggunaan kaedah akronim dalam pembelajaran
sains terutamanya dalam mengingati dan menghafal proses atau turutan sesuatu. Justeru,
penggunaan kaedah akronim ini dapat membantu pelajar meningkatkan potensi kemajuan
dalam akademik terutamanya bagi mata pelajaran sains

.
7.3 RASIONAL PELAKSANAAN PENGGUNAAN KAEDAH AKRONIM DALAM

PEMBELAJARAN SAINS

Penggunaan kaedah Akronim dalam pembelajaran sains dapat memudahkan pelajar untuk
mengingati konsep dan susunan atau turutan bagi suatu topik pembelajaran seperti susunan
warna pelangi dan pencampuran warna cahaya dalam kajian ini. Akronim ialah kependekan
yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku atau beberapa perkataan
yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Kaedah akronim ini mempunyai hubungan
yang erat dengan kemampuan mengingat kerana hal ini berjalan sesuai dengan pemikiran.
Dalam proses mengingat bukanlah sekadar merakamkan maklumat di dalam ingatan, malah
maklumat tersebut perlu dikeluarkan. Dalam mata pelajaran seperti sains, masalah
mengingat merupakan satu cabaran yang besar kepada pelajar kerana mengandungi pelbagai
topik yang mempunyai banyak fakta. Kemahiran mengingat ialah proses pembelajaran yang

berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik.
Kemahiran mengingat juga ialah proses mengingat kembali dengan menyebut atau menulis
fakta selepas beberapa ketika.
Justeru, diharapkan kaedah akronim ini dapat membantu pelajar dalam mengingati perkara ini
dengan lebih mudah dan dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam ilmu sains. Selain
itu, penggunaan strategi pengajaran ini tidak memerlukan banyak bahan tambahan atau
perancangan yang luas dan masa penyediaan yang cepat.

8.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI KAJIAN

Setelah menggunakan pendekatan dan kaedah akronim dalam pengajaran dan pembelajaran,
didapati pencapaian serta kebolehan yang dipaparkan oleh pelajar amat memberangsangkan.
Walaupun pada peringkat awal terdapat sebilangan pelajar yang tidak mampu untuk
mengingati dan menghafal fakta, tetapi masalah ini dapat diatasi melalui kaedah akronim.
Hal ini juga bermakna pelajar akan lebih menghargai dan berasa puas dengan apa yang telah
mereka capai melalui sesi pengajaran dan pembelajaran. Apa yang penting ialah kemampuan
dan kemajuan pelajar dalam pencapaian mata pelajaran sains. Hal ini bukan saja dapat
mengatasi masalah pelajar mengingati fakta-fakta yang banyak malah dapat menambahkan
minat pelajar terhadap mata pelajaran sains.

Hasil daripada kajian ini, didapati 18 orang pelajar ini menyatakan bahawa kaedah akronim
ini memudahkan mereka mengingati fakta dengan mudah. Perkara ini dapat dibuktikan
apabila mereka ditanya berkenaan warna pelangi mengikut susunan dan didapati bahawa
mereka dapat menyebut mahupun menulis rangkai kata dan susunan warna pelangi dengan
betul. Pelajar juga berasa seronok dan berminat dalam mempelajari mata pelajaran sains
melalui kaedah akronim. Difahamkan juga bahawa kaedah akronim ini telah memudahkan
pelajar untuk membuat ulangkaji. Diharapkan guru akan menerapkan lagi kaedah akronim
dalam tajuk yang sesuai pada masa akan datang atau mempraktikkan kaedah akronim ini
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana dapat memperkukuhkan ingatan pelajar
berkaitan tajuk yang dipelajari.

Berdasarkan kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa kaedah akronim boleh digunakan
sebagai satu kaedah atau teknik pengajaran bagi guru dan pembelajaran bagi pelajar.
Penggunaan teknik ini tidak terbatas kepada mana-mana mata pelajaran, cuma hal ini perlu

diinovasi dan berdasarkan kreativiti guru itu sendiri. Kesesuaian kaedah ini lebih bermakna
jika guru dan pelajar itu sendiri mempunyai kreativiti dalam membentuk sesuatu rangkai
kata. Diharap dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan menjadi lebih
mudah dan menarik. Hal ini amat relevan dengan keadaan pelajar sekarang dan masa
hadapan yang memerlukan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang mudah tanpa
menjejaskan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, kaedah penggunaan kaedah Akronim berjaya memberikan pelajar cara
terbaru untuk pelajar mengingati turutan dan proses fakta dalam mata pelajaran sains. Oleh
itu, kaedah ini boleh diaplikasikan dalam semua topik bagi mata pelajaran sains. Semoga
dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan menjadi lebih mudah dan
menarik.

9.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN

Kajian ini membuktikan penggunaan kaedah akronim dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Sains merupakan suatu kaedah belajar yang sesuai dipraktikkan
walaupun era teknologi ICT berlegar di sekeliling pelajar. Cadangan kaedah pembinaan
akronim secara lebih kreatif melalui penggunaan media juga boleh dipertingkatkan selaras
dengan era ledakan teknologi terkini. Penggunaan akronim bolehlah dibuat dalam bentuk ICT
yang lebih memudahkan guru dan pelajar menggunakannya di sekolah masing-masing.
Bahan pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu bertindak sebagai satu alat
kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran kritis dan kreatif.

Pada era globalisasi kini, Teknologi Maklumat dan Komunikasi semakin meluas dan diguna
pakai oleh seluruh masyarakat setempat. Implikasi penggunaan kaedah akronim dilihat
memberi ruang positif dalam kalangan pelajar iaitu membantu lebih banyak kemahiran
berfikir secara kreatif oleh para pelajar yang dapat dijana melalui pembinaan akronim,
penguasaan topik pelajaran yang lebih cepat dan mudah selain dapat mewujudkan suasana
belajar yang lebih santai dan seronok. Secara tidak langsung juga dapat menghidupkan
suasana belajar yang lebih aktif dan berdaya saing. Maka dengan ini, minat dan daya ingatan
pelajar setelah menggunakan kaedah akronim berada pada tahap yang tinggi. Hal ini
bermakna, pelajar boleh menerima kaedah tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran sama
ada di bilik darjah mahupun luar bilik darjah.


Click to View FlipBook Version