PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PRESTASI
PENULISAN KARANGAN NARATIF BAHASA CINA DALAM KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN 2 SEKOLAH MENENGAH HOLY TRINITY
Shua Yin Mean
Sekolah Menengah Holy Trinity,
Peti Surat 60918, 91019 Tawau,
ABSTRAK
Kajian ini berfokuskan kepada sejauh mana penguasaan pelajar dalam menggunakan
peta minda bagi memperbaiki cara menjawab soalan penulisan karangan naratif
Bahasa Cina dalam Peperiksaan PT3 pada masa akan datang. Seramai 10 orang
pelajar Tingkatan 2 menjadi responden dalam kajian ini. Semasa peperiksaan akhir
tahun, pelajar gagal untuk memberikan isi penting atau huraian kepada isi penting
dalam menjawab soalan. Ketidakupayaan pelajar menguasai teknik yang betul dalam
mengarang karangan naratif mempengaruhi markah mereka dalam peperiksaan.
Tinjauan awal telah dilakukan berdasarkan Ujian Pra, semakan ujian didapati bahawa
pelajar lemah dalam menjawab soalan karangan naratif dan tidak memperoleh markah
yang memuaskan. Penggunaan peta minda dalam meningkatkan prestasi penulisan
karangan naratif Bahasa Cina digunakan dalam kajian ini. Perbandingan dapatan ujian
pra dan pos telah menggambarkan kaedah ini dapat membantu pelajar mengatasi
kelemahan mereka. Pelbagai halangan yang dihadapi kerana responden terdiri
daripada pelajar yang agak lemah. Walau bagaimanapun, saya sebagai pendidik
berpuas hati apabila pelajar saya sudah mula menunjukkan minat dan keinginan yang
tinggi untuk mempelajari dan mempraktik apa yang telah mereka pelajari.
1.0 PENDAHULUAN
Saya merupakan guru mata pelajaran Bahasa Cina bukan opsyen dan telah mengajar mata
pelajaran Bahasa Cina (Menengah Rendah) selama 5 tahun sejak berpindah ke sekolah ini.
Sekolah ini merupakan sekolah Gred A yang terletak di bandar. Walau bagaimanapun,
pencapaian pelajar sekolah ini tidak setanding dengan pelajar-pelajar sekolah lain Gred A di
bandar Tawau kerana kebanyakan pelajar di sekolah ini berasal daripada keluarga yang
berpendapatan sederhana dan tidak berpendidikan tinggi. Selain itu, terdapat juga pelajar-
pelajar yang menghadapi masalah keluarga sehingga mereka tidak dapat belajar dengan baik.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPAS
Pada tahun ini, saya telah diamanahkan untuk mengajarkan Bahasa Cina Tingkatan 2 (37
orang pelajar). Saya mendapati banyak pelajar merungut dengan menyatakan bahawa adalah
susah untuk menulis karangan naratif dalam Bahasa Cina. Sebahagian besar pelajar tidak
dapat menghasilkan karangan naratif yang berkualiti. Isi yang dihuraikan berulang-ulang atau
kekurangan isi. Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, pelajar tidak akan dapat
menguasai kemahiran menulis dan hal ini akan menjejaskan keputusan mereka dalam
Peperiksaan PT3 pada masa akan datang.
Oleh itu, saya telah mengambil beberapa inisiatif agar PdPc saya dapat memberi kesan yang
positif terhadap pembelajaran dan pencapaian anak-anak didik saya. Justeru, saya membuat
keputusan untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu pelajar menjawab dan
menguasai kemahiran menulis karangan naratif dengan sepenuhnya.
3.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada membiasakan pelajar dengan kemahiran menulis karangan
naratif yang panjangnya sekurang-kurangnya 220 patah perkataan atau lebih dengan
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan, pelajar akan dapat mencapai objektif yang disasarkan seperti
berikut:
4.1 OBJEKTIF UMUM
4.1.1 Meningkatkan pencapaian gred mereka dalam peperiksaan PT3.
4.2 OBJEKTIF KHUSUS
4.2.1
-kurangnya 220 patah perkataan.
4.2.2 Menambahbaikan penulisan karangan naratif Bahasa Cina dalam
kalangan pelajar Tingkatan 2 melalui penggunaan peta minda.
5.0 KUMPULAN SASARAN (RESPONDEN)
Kumpulan sasaran dalam kajian ini melibatkan 10 orang daripada 37 orang jumlah pelajar
Tingkatan 2 yang telah dikenalpasti pelajar sederhana dan lemah dalam pencapaian Bahasa
Cina semasa peperiksaan akhir tahun.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Dalam kajian ini, guru dan pelajar memainkan peranan masing-masing. Guru akan
an karangan naratif kepada pelajar dan
menerapkan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar perlu menguasai
teknik ini untuk membantu mereka mengarang karangan yang tidak kurang daripada 220
patah perkataan.
Kajian ini telah dijalankan berdasarkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi seperti berikut:
6.1 TINJAUAN MASALAH
Tinjauan awal terhadap masalah yang telah dikenalpasti dalam kajian tindakan melibatkan
satu instrumen iaitu Ujian Pra.
6.1.1 UJIAN PRA
Ujian pra merupakan satu soalan karangan naratif yang wajib keluar dalam Bahagian E:
Penulisan Esei (30 Markah) semasa peperiksaan PT3. Pelajar akan diminta untuk menulis
karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 220 patah perkataan. Perkara ini
merupakan satu instrumen kajian bagi mengesan sejauh mana pelajar dapat menguasai teknik
untuk menulis karangan naratif.
6.2 PELAKSANAAN PENGGUNAAN KAEDAH PETA MINDA DALAM
PENULISAN KARANGAN NARATIF BAHASA CINA
Langkah 1:
Pada peringkat ini, guru akan menentukan matlamat dan objektif yang akan dapat
dicapai selepas PdPc dilaksanakan. Hal ini akan disampaikan kepada pelajar sebelum
PdPc bermula agar mereka tahu akan tujuannya.
Langkah 2:
Saya memulakan langkah PdPc saya dengan menyoal pelajar tentang perkara
yang berkaitan dengan tajuk karangan untuk menarik minat dan perhatian mereka.
Langkah 3:
Kemudian, saya menerangkan kepada pelajar tentang apa itu karangan naratif .
Selepas itu, saya menerangkan tentang penggunaan peta minda dalam penulisan
karangan naratif seperti yang ditunjukkan pada Gambar 1 di bawah.
GAMBAR 1: Penggunaan Peta Minda dalam Penulisan Karangan Naratif
Saya juga menjelaskan kepada pelajar bahawa secara fizikalnya peta minda ini berbentuk
seperti anak-anak ranting yang keluar daripada satu rumpun dan digunakan untuk mencatat
isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk.
Langkah 4:
Saya memulakan perbincangan tentang cara penulisan perenggan pendahulan. Saya
menjelaskan kepada pelajar bahawa dalam perenggan pendahuluan, Pelajar boleh
memulakan dengan menyatakan ciri-ciri wajah atau rupa watak yang telah dipilih.
Manakala untuk perenggan kedua (isi pertama), pelajar boleh mengaitkan dengan
ciri-ciri keistimewaan watak yang telah dipilih selain daripada ciri wajah atau rupa watak.
Justeru, untuk perenggan ketiga (isi kedua), saya menjelaskan kepada pelajar
menggambarkan pengalaman diri bersama watak (pengalaman gembira) yang telah dipilih
dan perenggan keempat (Isi Ketiga pengalaman sedih). Dalam perenggan penutup, saya
menjelaskan kepada pelajar kaitkan dengan apakah mesej yang mereka ingin sampaikan
kepada watak yang telah dipilih untuk mengakhiri karangan mereka
GAMBAR 2: MENJELASKAN KAEDAH PENGGUNAN PETA MINDA DALAM
PENULISAN
Langkah 5:
Seterusnya guru mengadakan ujian pos untuk menguji kemahiran pelajar
menggunakan peta minda dalam penulisan karangan naratif.
GAMBAR 3: PELAKSANAAN UJIAN POS
6.3 ANALISIS DAPATAN TINJAUAN MASALAH
6.3.1 ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PRA
Ujian pra yang telah dijalankan bagi meneliti tahap pencapaian pelajar.
Hasil daripada dapatan, pencapaian pelajar Tingkatan 2 daripada 10
orang sampel dalam ujian pra ditunjukkan dalam Jadual 1.
JADUAL 1 : Keputusan Ujian Pra
Bil. Nama Pelajar Markah
1. Kok Kah Shen 01
2. Woo Ming Zhan 01
3. Ng Xin Yan 01
4. Daniel Lin Ming Ching 01
5. Tham Sin Wei 02
6. Wong Zheng Xuan 02
7. Wilson Thien Shun Ping 02
8. Voo Zhi Jing 02
9. Mok Yun Foo 05
10. Eric Chong Yu Xiang 10
Berikut adalah hasil dapatan analisis markah bagi 10 orang sampel ditunjukkan dalam Jadual
2 berikut.
JADUAL 2 : Analisis Dapatan Ujian Pra
Markah 01-03 04-06 07-09 10-12
Bilangan Pelajar 08 01 - 01
Peratus (%) 10% -
80% 10%
Berdasarkan keputusan pelajar dalam Ujian Pra yang telah dijalankan ini, didapati bahawa
hanya 1 orang pelajar (10.0%) sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu dalam lingkungan
10-12 markah daripada 30 markah yang diperuntukan dalam Ujian Pra ini. Secara terperinci,
terdapat 1 orang pelajar (10.0%) mendapat dalam lingkungan 4-6 markah dan 8 orang pelajar
(80%) mendapat dalam lingkungan 1-3 markah.
Statistik ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar terhadap teknik untuk menulis
karangan naratif masih berada pada tahap yang sangat lemah. Didapati masih ramai pelajar
hanya mampu mengarang esei yang pendek kerana tidak dapat mengemukakan isi-isi
penting serta membuat huraian terhadap isi-isi penting dengan baik
Dapat dirumuskan, tahap penguasaan pelajar dalam menulis karangan naratif masih sangat
lemah berdasarkan keputusan pelajar yang diperolehi dalam Ujian Pra di atas.
6.3.2 ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN POS
Ujian pos telah diambil daripada latihan yang telah diberikan dalam kelas bagi 10 sampel
pelajar Tingkatan 2. Pencapaian pelajar Tingkatan 2 daripada Ujian Pos ditunjukkan dalam
Jadual 1.
JADUAL 1 : Keputusan Ujian Pos
Bil. Nama Pelajar Markah
1. Kok Kah Shen 10
2. Woo Ming Zhan 05
3. Ng Xin Yan 07
4. Daniel Lin Ming Ching 05
5. Tham Sin Wei 10
6. Wong Zheng Xuan 18
7. Wilson Thien Shun Ping 08
8. Voo Zhi Jing 08
9. Mok Yun Foo 14
10. Eric Chong Yu Xiang 16
Berikut adalah hasil dapatan analisis markah bagi 10 orang sampel ditunjukkan dalam Jadual
2 dan Jadual 3 pula menunjukkan perbandingan data ujian pra dan pos
Ujian Pra Ujian Pos
Markah Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Pelajar (%) Pelajar (%)
01-03
04-06 08 80% --
07-09
10-12 01 10% 02 20%
13-15
16-18 -- 03 30%
01 10% 02 20%
-- 01 10%
-- 02 20%
JADUAL 2 : Analisis Dapatan Ujian Pos
Markah 01-03 04-06 07-09 10-12 13-15 16-18
03 02 01 02
Bilangan Pelajar - 02 20% 10%
30% 20%
Peratus (%) - 20%
Jadual perbandingan hasil dapatan di atas menunjukkan pencapaian bagi setiap responden
dalam ujian pra dan ujian pos. Markah yang diperoleh oleh semua responden meningkat
dalam ujian Pos setelah kaedah penggunaan peta minda dalam penulisan karangan naratif
dilaksanakan. Instrumen ujian pra dan pos dilakukan sebelum dan selepas kaedah dijalankan.
Tajuk karangan yang sama digunakan dalam ujian pra dan ujian pos adalah untuk melihat
perubahan pencapaian daripada jawapan responden.
Daripada hasil dapatan dalam ujian pra dan ujian pos, satu perbandingan telah dibuat untuk
melihat akan kemajuan pelajar melalui penggunaan peta minda dalam penulisan karangan
naratif . Didapati bahawa terdapatnya peningkatan yang amat ketara antara ujian pra dan
ujian pos yang telah dijalankan. Dalam ujian pra, hanya 1 orang pelajar iaitu 10% daripada 10
sampel pelajar yang dipilih telah mendapat markah dalam lingkungan 10-12. Namun
demikian, dalam ujian pos seramai 2 orang pelajar yang mencapai prestasi dalam lingkungan
10-12 markah, 1 orang dalam lingkungan 13-15 markah dan 2 orang dalam lingkungan
markah 16-18. Jurang perbezaan ini amat ketara sekali di antara pencapaian responden dalam
ujian pra dan ujian pos.
7.0 PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya, selepas kaedah penggunaan peta minda dalam penulisan karangan
naratif dilaksanakan dalam PdPc, guru mendapati bahawa pelajar lebih berkeyakinan dan
berminat untuk menulis karangan naratif. Di samping itu, pelajar juga dapat menghasilkan
karangan naratif yang isinya padat dan tersusun dengan kaedah penggunaan peta minda. Peta
minda dapat membantu pelajar menjana idea dan menghubungkan idea-idea supaya menjadi
satu karangan yang baik. Peta minda juga mendorong pelajar melihat dengan jelas hubungan
antara idea-idea dan tidak tertinggal mana-mana idea yang ingin disampaikan. Walaupun
masih terdapat pelajar yang belum mencapai tahap yang memuaskan tetapi tiada lagi pelajar
yang mendapat 3 markah atau ke bawah. Melalui analisis dapatan kajian ini, pelajar mula
menunjukkan minat dalam penulisan karangan naratif dan kesungguhan untuk lulus dalam
Bahasa Cina. Kesimpulannya, kajian tindakan ini telah berjaya membantu pelajar lemah
dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam menulis karangan naratif sekaligus dapat
menarik minat mereka untuk mengikuti proses PdPc guru.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian
pelajar semakin baik walaupun masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai
sepenuhnya kaedah penggunaan peta minda dalam penulisan karangan naratif. Saya percaya
sekiranya kaedah ini diaplikasikan untuk tingkatan lain akan dapat membantu para pelajar
menulis karangan naratif dengan baik.
RUJUKAN
Wong Pui Chze. (2009). Pengunaan Peta Minda dalam Meningkatkan Prestasi Penulisan
Karangan Naratif Bahasa Cina dalam Kalangan Murid Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2009/14%20%20Won
g%20.pdf (29 September 2019)
Chia-Ying, L., Yeat-Eng, C. & Fui-Tze, C. (2003). Penggunaan peta minda dalam
pengajaran dan pembelajaran karangan bergambar Bahasa Cina. Kota Kinabalu:
MPG.
Steele,V.(2005). Using Mind Maps to Develop Writing.
http://cikgumanaf.blogspot.com/2007/12/tujuh-langkah-tugasan-penulisan.html29 September
2019)
Zalekha binti Haji Elle (2005). Meningkatkan prestasi murid Tahun 5 Jaya dalam penulisan
Bahasa Melayu menggunakan Kaedah Minda dan Kata Soal. Prosiding Seminar
Penyelidikan Tindakan tahun 2005. Kuching : Maktab Perguruan Batu Lintang.
LAMPIRAN
CONTOH SOALAN
220
HASIL AKTIVITI PELAJAR