The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

12. PDPC AYAT HAFAZAN - PENDIDIKAN ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Atikah, 2020-08-15 22:05:19

12. PDPC AYAT HAFAZAN - PENDIDIKAN ISLAM

12. PDPC AYAT HAFAZAN - PENDIDIKAN ISLAM

CHUNKING
AYAT HAFAZAN

Nur Atikah binti Miasan
Nuraslinawaty binti Ashan

Sekolah Menengah Holy Trinity, Tawau

pendidikanislamsmht@gmail.com

ABSTRAK
Pendidikan Islam merupakan antara subjek teras yang perlu dikuasai oleh pelajar
Muslim. Namun, tidak semua pelajar mampu menguasai subjek ini dengan baik.
Subjek ini terbahagi kepada 6 topik yang kebanyakannya melibatkan fakta untuk
dihafal. Fokus kepada ayat hafazan, pelajar perlu mengingati dan menghafalnya
mengikut tingkatan tertentu. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar apabila
mereka tidak mempunyai kemahiran membaca al-Quran, apatah lagi mengenal huruf
tunggal. Namun, ayat hafazan ini perlu dinilai sebagai penentuan tahap penguasaan

PdPc ayat hafazan bagi membantu pelajar untuk mencapai markah minimum TP
mengikut tingkatan yang ditetapkan. Seramai 22 orang pelajar dipilih secara rawak
sebagai peserta dalam kajian ini. Data ujian pra dan ujian pos dianalisis secara
manual oleh pengkaji. Dapatan ujian pra menunjukkan tahap penguasaan yang
rendah dalam kalangan peserta kajian. Selepas pelaksanaan tindakan, kajian ini
men
ke atas peserta dalam meningkatkan hafalan ayat hafazan mereka. Cadangan untuk
kajian akan datang agar dapat menyebar luaskan kaedah ini kepada topik atau subjek
yang melibatkan hafalan fakta.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Topik hafazan ayat al-Quran merupakan satu cabaran bagi pelajar, terutamanya bagi mereka
yang tidak mempunyai asas bacaan al-Quran. Sepanjang tempoh pengajaran, pengkaji
menghadapi cabaran bagi membantu pelajar menghafal ayat-ayat hafazan dengan baik
mengikut waktu yang ditetapkan. Pencapaian prestasi pelajar bagi menghafaz ayat masih di
tahap yang kurang memuaskan. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengaplikasikan kaedah
yang dapat membantu pelajar menghafaz ayat hafazan dengan mudah semasa pembelajaran
dan pemudahcaraan berlangsung.

Dalam sukatan pelajaran KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 1, terdapat 11 ayat hafazan di
bawah 4 Standard Kandungan (SK) yang perlu diingati, iaitu:

i. Surah al-Baqarah ayat 1-5 (5 ayat)
ii. Surah al-Baqarah ayat 201 (1 ayat)
iii. Surah al-Baqarah ayat 255-256 (2 ayat)
iv. Surah al-Baqarah ayat 284-286 (3 ayat)

Kelemahan pelajar dalam menguasai ilmu al-Quran perlu diatasi dengan baik bagi membantu
mereka memahami isi pelajaran. Walaupun penilaian sumatif bertulis tidak mewajibkan
soalan hafazan untuk dinilai, namun berdasarkan SK dalam KSSM Pendidikan Islam telah
dinyatakan bahawa ayat-ayat hafazan tersebut perlu dikuasai dan diberikan nilai TP yang
bersesuaian. Penilaian tersebut bukan bertujuan untuk dibandingkan dengan TP pelajar lain,
tetapi ia lebih berkonsepkan PAK-21 dan dalam hal ini GPI perlu menjadi pemudah cara agar
pelajar dapat menguasai ayat hafazan dengan baik. Oleh itu, berdasarkan keperluan dan
tuntutan tugasan GPI, kaedah ini digunakan bagi membantu pelajar Tingkatan 1
Carnation/Ixora.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada kaedah untuk mengingati ayat-ayat hafazan yang terkandung
dalam subjek Pendidikan Islam. Sehubungan dengan itu, pelajar akan didedahkan dengan

chunking
Melalui kaedah, pelajar akan dapat menghafaz walaupun lemah dalam kemahiran asas bacaan
al-Quran.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan refleksi dan pernyataan masalah, pengkaji telah menggariskan beberapa objektif
dalam menjalankan kajian ini.

3.1 Objektif Am
Secara amnya, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan
minimum ayat hafazan pelajar Tingkatan 1 Carnation/Ixora dengan menggunakan kaedah
chunking

3.2 Objektif Khusus
Manakala terdapat beberapa objektif khusus yang difokuskan dalam kajian ini. Objektif
tersebut adalah seperti berikut:

i. chunking
dalam menghafal ayat hafazan Tingkatan 1.

ii. Membantu pelajar mengingati ayat hafazan Tingkatan 1 melalui kaedah yang
pelbagai.

Melalui objektif am dan khusus yang dicadangkan oleh pengkaji, kajian akan menilai TP
pelajar sebelum dan selepas ujian dijalankan.

4.0 SASARAN KAJIAN

Kelas Pendidikan Islam dijalankan dengan menggabungkan pelajar Muslim dari kelas 1
Carnation dan 1 Ixora dan menjadikan jumlah pelajar dalam gabungan kelas tersebut ialah
seramai 42 orang. Dengan jumlah yang ramai agak menyukarkan guru membimbing pelajar
secara individu.

Melihat kepada masalah yang timbul ketika PdPc ayat hafazan berlangsung, pengkaji
memutuskan untuk menjalankan kajian ke atas pelajar Tingkatan 1 Carnation/Ixora seramai
25 orang pelajar. Peserta kajian dipilih secara rawak mengikut kedudukan tempat duduk
mereka dan tanpa mengambil kira nisbah antara jantina.

5.0 TINJAUAN AWAL
Berdasarkan penilaian GPI melalui latihan formatif berkaitan ayat hafazan yang diberikan
kepada pelajar Tingkatan 1 Carnation/Ixora, didapati bahawa hanya 5 orang daripada 42
orang yang dapat menjawab soalan hafazan dengan baik.
Dalam sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), pelajar perlu
dinilai mengikut ayat hafazan yang mereka kuasai dengan memberikan nilai tahap
penguasaan (TP) yang bersesuaian. Oleh itu, guru Pendidikan Islam (GPI) harus
membimbing pelajar bagi mencapai TP yang terbaik mengikut kemampuan mereka.

Jadual 1: Tafsiran Setiap Tahap Penguasaan

Tahap Penguasaan Tafsiran
1 Murid membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul.

Murid membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul
2

dan bertajwid.
Murid membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul,
3
bertajwid dan lancar.
Murid membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul,
4
bertajwid, lancar dan fasih serta mengamalkannya.
Murid membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul,
5
bertajwid, lancar dan fasih serta mengamalkannya secara beradab.
Murid membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul,
6 bertajwid, lancar dan fasih serta mengamalkannya secara beradab dan
istiqamah.

Jadual 1 menunjukkan tafsiran terhadap setiap TP bagi ayat hafazan. Pelajar akan diberikan
TP mengikut kemampuan hafazan mereka. Namun, secara umum, TP yang dianggap
minimum adalah TP 3 kerana pelajar sudah mampu membaca dengan lancar.

Bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), adalah diharapkan agar guru dapat
menguasai pengetahuan tentang bagaimana pelajar boleh belajar dan memahami kesulitan
yang dihadapi oleh mereka dalam memahami sesuatu pembelajaran (Zuhdan Kun Prasetyo,
2017). Guru dituntut untuk mengajar sekali gus sebagai pemudah cara pembelajaran. Oleh

chunking
pelajar meningkatkan hafazan mereka.

Daripada 11 ayat hafazan di bawah 4 SK, pengkaji mengecilkan skop ayat hafazan kepada
SK pertama sahaja iaitu Surah al-Baqarah ayat 1-5. Pelajar telah diberikan tempoh masa
selama 3 bulan bermula Januari 2019 sehingga Mac 2019 untuk menghafal ayat. Selain itu,
mereka turut diberikan latihan formatif lisan dan penulisan secara berterusan. Namun, latihan
formatif yang dijalankan mendapati bahawa pelajar masih lemah untuk mengingati ayat
tersebut walaupun cuma 5 ayat.

Jadual 2 Jadual 3

Jadual 4 Jadual 5

Jadual 2, 3, 4 dan 5 pula menunjukkan antara 4 bentuk soalan bertulis yang perlu dijawab
oleh pelajar dengan menyusun ayat mengikut turutan nombor. Selain susunan mengikut
tertib, pelajar juga diberikan latihan berbentuk isi tempat kosong pada potongan ayat.

Selepas latihan formatif diberikan, didapati bahawa pelajar tidak dapat mencapai TP
minimum dan masih memerlukan bimbingan daripada guru. Kesalahan jawapan yang mereka
berikan adalah seperti menyambung dan menyusun ayat sesuka hati membuktikan bahawa
mereka tidak dapat menguasai ayat hafazan tersebut. Begitu juga laporan analisis item bagi
Ujian Mac turut mendapati bahawa 80% pelajar tidak mampu menjawab dengan baik.
Manakala 20% pula mengakui bahawa mereka menjawab soalan bertulis ayat hafazan
tersebut dengan menggunakan logik akal sahaja, bukannya melalui ayat yang dihafal.

Antara punca masalah ini ialah pelajar tidak mempunyai pengetahuan asas tentang kemahiran
membaca al-Quran. Hal ini menjadikan mereka tidak mampu untuk mengingati ayat hafazan.
Dalam masa yang sama, pelajar juga tidak mempunyai kemampuan untuk mengikuti kelas al-
Quran yang ditawarkan di luar sesi persekolahan. Mereka hanya berharap kepada sesi PdPc di

chunking
main bagi memudahkan pelajar mengingati ayat tersebut.

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Pelaksanaan kaedah ini dimulakan dengan kaedah pengulangan sebagai pengenalan kepada
chunking

sebagai perkembangan proses hafalan dan seterusnya kaedah permainan sebagai pengukuhan
hafalan pelajar.Ringkasan penerangan proses adalah seperti yang terdapat pada gambar rajah
di bawah.

Kaedah Pengulangan Chunking Kaedah Permainan
PENGENALAN PROSES PENGUKUHAN

Rajah 1: Aliran proses pelaksanaan program

Gambar rajah di atas menunjukkan aliran perkembangan pelaksanaan tindakan yang telah
dirancang dalam kajian ini. Melalui aliran proses ini, pengkaji akan melihat hasil output
dengan melaksanakan penilaian akhir kepada peserta kajian.

6.1 Kaedah Pengulangan
Bagi menggunakan kaedah ulangan, pelajar dibimbing untuk membaca secara penuh setiap
ayat tersebut sebagai proses pengenalan. Bacaan diulang sebanyak 7 kali sebelum dipecahkan
kepada ayat yang lebih pendek. Kemudian bacaan diulang daripada ayat kelima kepada ayat
pertama sebanyak 7 kali. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mengingati secara
penuh susunan ayat hafazan yang perlu dihafal. Tempoh masa yang diambil adalah selama
lebih kurang 4 jam, bersamaan 8 masa PdPc.

Rajah 2: Surah al-Baqarah ayat 1-5

Gambar rajah di atas menunjukkan potongan ayat yang perlu dihafal oleh pelajar dalam
peserta kajian ini. Ia cuma melibatkan 5 ayat yang singkat daripada Surah al-Baqarah.

Kaedah ini secara tidak langsung membimbing pelajar untuk menghafal secara penuh. Teknik
hafalan pula adalah sinonim dengan subjek pendidikan al-Quran (Zaitun, 2011). Lagipun
ayat-ayat al-Quran merupakan wahyu yang tidak akan berubah sepanjang zaman dan
menghafal ayat-ayatnya tidak memerlukan pemikiran kritikal untuk mengeluarkan idea
baharu. Selain itu, pengulangan yang dilakukan oleh pelajar akan membentuk pelaziman pada
lisan sebutan dan juga pendengaran mereka.

Chunking
Setelah itu, ayat tersebut dikecilkan seperti pecahan jadual berikut:

Jadual 6.Potongan Ayat yang Dikecilkan

chunking Potongan Ayat No. Ayat

1. 1

2.
2

3.

4.

5. 3

6.

7.

8. 4

9.

10.
5

11.

Jadual 6 menunjukkan potongan ayat hafazan yang dikecilkan. Daripada ayat 1 - 5 Surah al-
Baqarah, guru memecahkannya kepada 11 potongan kecil. Kemudian, 11 potongan ayat
tersebut diagihkan kepada 22 orang pelajar menjadikan setiap pelajar akan mendapat 2
potongan ayat. Sebagai pelaziman, guru membimbing pelajar secara individu untuk menyebut
dengan betul bagi potongan ayat yang mereka perlu ingati. Setelah sesi individu selesai,
pelajar dikehendaki untuk menghafalnya dengan sebutan yang lancar. Proses ini merupakan
perkembangan daripada proses pengulangan dan pelajar diberi ayat secara berfokus untuk
dihafal.

6.3 KAEDAH PERMAINAN

Langkah seterusnya disambung dengan aktiviti berunsurkan permainan sebagai proses
pengukuhan kepada hafalan pelajar. Di samping itu, melalui aktiviti permainan juga dapat
meningkatkan minat pelajar terhadap isi pelajaran (Asmawati, Norizal, Anita, & Noraihan,
2018). Langkah ini secara tidak langsung adalah untuk menguji kognitif pelajar terhadap
kefahaman mereka berkaitan isi pelajaran. Sesuai dengan saranan Habibah @ Artini Ramlie
et al. (2016) kepada GPI agar mempelbagaikan alat pengukuran untuk menilai pelajar.
Secara umumnya, kaedah permainan ini adalah pelbagai dan tidak tertakhluk kepada satu
permainan sahaja bagi setiap isi pelajaran yang disampaikan kepada pelajar. Namun, dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan satu bentuk permainan sahaja.

chunking -masing.

chunking n manakala pelajar pula

dikehendaki untuk menghafaz potongan ayat tersebut. Sesi ini berlangsung selama 3 kali

chunking

rambang. Langkah ini akan membantu pelajar untuk berhati-hati dalam menghafaz ayat

masing-masing di samping melatih mereka untuk lebih fokus kepada ayat hafazan.

Seterusnya, guru memberi peluang kepada sesama pelajar untuk menentukan nombor ayat

chunking mbang dan

saling menyemak jawapan kumpulan lain. Secara tidak langsung, pelajar akan menghafal

chunking -masing. Sesi pelaziman tersebut memakan masa lebih

kurang 4 masa, bersamaan 2 jam.

chunking main digunakan, pelajar dapat menjawab soalan

dengan pantas dan lancar tanpa perlu bimbingan daripada guru. Sebagai pengukuhan

berterusan, ayat hafazan tersebut disoal setiap kali sebelum PdPc bermula. Kesan dan dapatan

hasil latihan dibincang pada bahagian seterusnya.

7.0 PENILAIAN / HASIL KAJIAN TINDAKAN

Selepas pelaksanaan tindakan, guru melakukan ujian hafazan secara individu dan
memberikan ujian bertulis seperti yang dilakukan sebelum ini. Soalan yang sama digunakan
semula sebagai perbandingan untuk mengetahui sama ada ketiga-tiga kaedah yang dijalankan
memberi kesan ke atas pelajar ataupun tidak dalam meningkatkan hafazan mereka.

7.1 Kaedah Pengulangan
Kaedah pengulangan yang dilaksanakan dapat memberi gambaran penuh kepada pelajar
berkaitan ayat 1-5 Surah al-Baqarah. Pelajar mampu memberi respon secara spontan apabila
soalan diberikan berkaitan hafazan ayat tersebut walaupun pada pertengahan potongan ayat.
Hal ini kerana bunyi dan susunan gambaran ayat dapat diingati dengan baik setelah proses
pelaziman kaedah ini berlangsung.

Chunking
Pecahan ayat yang lebih kecil dan pendek memudahkan pelajar untuk lebih fokus kepada
sebahagian ayat. Mereka hanya menekankan potongan ayat masing-masing. Manakala bagi
potongan ayat yang lain pula akan dihafal melalui pendengaran hafazan rakan yang lain.
Tambahan pula, pelajar sudahpun didedahkan dan dilazimkan dengan ayat hafazan secara
penuh semasa kaedah pengulangan dilaksanakan.

Hasilnya, pelajar mampu meningkatkan hafalan ayat-ayat hafazan yang pendek pada waktu
masa yang ditetapkan. Bagi ayat-ayat yang lain pula, pelajar turut menghafaz melalui kaedah
permainan.

7.3 Kaedah Permainan

Melalui kaedah ini pula, pelajar dapat menghafal potongan ayat selain daripada ayat

chunking -masing. Secara tidak langsung, kaedah permainan ini menjadi pelengkap

kepada proses menghafal ayat hafazan bagi pelajar.

Pengukuhan ingatan pelajar berlaku dengan baik apabila mereka saling bersoal jawab dan
berlatih secara berterusan melalui persaingan dalam aktiviti permainan.

8.0 PERBINCANGAN

Analisis pencapaian pelajar dilakukan untuk membandingkan pencapaian pelajar sebelum
dan selepas tindakan dilaksanakan. Dapatan adalah seperti berikut:

Jadual 7. Jadual analisis ujian pra dan pos

Ujian Pra Ujian Post Perbezaan
Latihan
Bil. Nama Latihan Latihan
TP TP TP
Bertulis
Bertulis Bertulis
+3 +5
1. Abdul Shah 1 3/10 4 8/10 +2 +6
+3 +5
2. Athyqa 3 4/10 5 10/10 +3 +8
+3 +5
3. Azri Syam 2 4/10 5 9/10 +2 +6
+3 +6
4. Azwan 1 2/10 5 10/10 +3 +7
+3 +5
5. Dayang Noralintiana 1 3/10 4 8/10 +2 +3
+2 +4
6. Hasril 1 2/10 3 8/10 +3 +6
+4 +7
7. Juliana 1 4/10 4 10/10 +4 +7
+3 +4
8. Mohd Irfan AT 1 3/10 4 10/10 +3 +2
+2 +4
9. Mohd Irfan S 2 5/10 5 10/10 +2 +4
+2 +8
10. Mohd Isyraq Lai 1 2/10 3 5/10 +4 +7
+4 +6
11. Mohd Khalid 1 2/10 3 6/10

12. Mohd Nazirfan 2 4/10 5 10/10

13. Mohd Nur Haiqal 1 1/10 5 8/10

14. Mohd Nuriesyam 1 3/10 5 10/10

15. Muhd Aminuddin 1 4/10 4 8/10

16. Nor Akhma 1 4/10 4 6/10

17. Nur Ain Fitri 3 6/10 5 10/10

18. Nurul Asyikin 1 2/10 3 6/10

19. Nurul Izzaty 1 2/10 3 10/10

20. Qabiel 1 3/10 5 10/10

21. Siti Elyasofia 1 4/10 5 10/10

22. Siti Rabiah 2 4/10 5 10/10 +3 +6

Berdasarkan Jadual 7 bagi ujian pra, hanya 2 orang sahaja yang melepasi TP minimum
manakala yang lain menghadapi kesukaran untuk mencapai TP tersebut. Begitu juga dari segi
latihan bertulis di mana tiada seorang pun pelajar yang mampu menjawab dengan markah
penuh.

Manakala pencapaian pelajar didapati meningkat dengan baik pada ujian pos selepas tindakan
dilaksanakan. Walaupun terdapat 4 orang daripada pelajar mengakui bahawa mereka
langsung tidak mempunyai asas kemahiran al-Quran, namun mereka dapat menjangkaui TP
minimum iaitu TP3. Hal ini kerana mereka menghafal melalui bunyi sebutan, tetapi tidak
dapat mengecam dengan baik dari segi penulisan. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya
mereka mampu untuk menghafaz ayat dengan baik sungguhpun tidak mencapai tahap yang
cemerlang.

Melihat kepada hasil dapatan ini, dapat diketahui bahawa kaedah yang digunakan mampu
membantu pelajar dalam meningkatkan hafalan mereka. Kaedah pengulangan memberi
gambaran penuh terhadap ayat yang ingin dihafal. Kemudian dikukuhkan dengan hafalan

chunking
pelajar mengingatinya. Setelah itu, kaedah permainan digunakan bagi mengukuhkan sambil
menguji hafalan pelajar. Hasilnya, pelajar mampu mengingati potongan ayat hafazan dengan
baik.

Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah yang digunakan ini belum tentu bersesuaian dengan
semua pelajar mahupun ayat hafazan. Hal ini demikian kerana pelajar mempunyai corak
pembelajaran dan tahap kecerdasan yang pelbagai. Kaedah pengulangan dan chunking
pelajar yang mampu menghafaz dengan cepat akan mendorong mereka berasa bosan dalam
sesi PdPc. Oleh itu, guru perlu bijak memilih dan menyusun atur aktiviti bersama pelajar agar
PdPc yang berlangsung dapat memberikan makna kepada pelajar.

8.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan hasil kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi membolehkan pengkaji
akan datang untuk memperkembangkan skop kajian ataupun menggunakan kaedah sebegini
dalam PdPc masing-masing. Cadangan tersebut adalah seperti berikut:

i. Kajian ini terbatas kepada ayat hafazan sahaja. Dicadangkan untuk kajian akan datang
agar menggunakan kaedah ini bagi menghafal pelbagai fakta dalam topik lain seperti
hafalan bacaan solat beserta rukun-rukunnya.

ii. Selain itu, kajian ini terbatas dalam subjek Pendidikan Islam sahaja. Cadangan untuk
kajian akan datang untuk menggunakan kaedah ini merentas subjek yang juga
melibatkan fakta seperti subjek Sejarah dan Geografi.

iii. Meneroka lebih banyak bentuk permainan yang boleh digunakan sebagai aktiviti
pengukuhan pelajar. Begitu juga dengan bentuk latihan yang diberikan kepada pelajar.

RUJUKAN

Asmawati Mohamad Ali, Norizal Abdul Karim, Anita Mohamed, & Noraihan Ismail. (2018).
Aplikasi gaya pengajaran dan pembelajaran aktif dalam subjek kemahiran dinamika bagi
merealisasikan pendidikan abad ke-21. Sains Humanika, 10(3 2), 47 55.

Habibah @ Artini Ramlie, Zaharah Hussin, Saedah Siraj, Mohd Ridhuan Mohd Jamil,
Ahmad Arifin Safar, & Norshahrul Marzuki. (2016). Keperluan profesionalisme guru
Pendidikan Islam (GPI) dalam aspek pengajaran. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 3(3),
85 109.

Zaitun. (2011). Pendidikan Islam di Malaysia. Al-Fikra, 10(1), 125 160. Retrieved from
http://ejournal.uin-suska.ac.id/index.php/al-fikra/article/view/3839

Zuhdan Kun Prasetyo. (2017). Pembelajaran dan kompetensi pendidik abad-21. In Prosiding
Seminar Nasional Inovasi Pendidikan, 2 8.


Click to View FlipBook Version