The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Credit diberikan kepada Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS Ibnu Al Nafis, 2022-02-02 20:58:34

Selamat Datang Bulan Rejab 2022/1443H

Credit diberikan kepada Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor

BULAN
REJAB

2022 - 1443H

PENGENALAN

Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam tahun
Hijrah dan memiliki keutamaan yang penting dalam
Islam. Bulan ini juga dipanggil sebagai bulan Mikraj

kerana pada bulan ini terdapat peristiwa Israk dan
Mikraj. Oleh itu, agama Islam menuntut umatnya
untuk menghidupkan bulan ini dengan amalan-

amalan ibadat.



Keutamaan bulan Rejab dan amalan yang wajar
dilakukan dalam bulan ini boleh didapati melalui
Hadis yang pelbagai. Bulan Rejab juga antara bulan
yang dimuliakan oleh Islam dengan amalan sebagai
persediaan untuk menyambut kedatangan bulan
Ramadan. Persediaan dalam menyambut bulan
Ramadan dengan meningkatkan amalan pada bulan
Rejab adalah amat membantu kepada pembentukan

takwa seseorang Mukmin.

Keistimewaan bulan Rejab

salah satu daripada bulan Haram dalam Islam. Bulan
Haram bermaksud bulan Zulkaedah, Zulhijah,
Muharam, dan Rejab. Bulan ini dihormati dalam
agama Nabi Ibrahim A.S dan orang Arab amat
memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan
untuk berperang dalam bulan ini. Hal ini

sebagaimana Hadis yang dijelaskan oleh Nabi S.A.W
seperti berikut :

“Abu Bakrah berkata bahawa
Nabi S.A.W bersabda: “Zaman
(masa) terus berjalan dari sejak awal penciptaan langit dan
bumi. Satu tahun ada dua belas bulan antaranya ada empat
bulan haram (suci), tiga bulan berurutan, iaitu Zulkaedah,

Zulhijah dan Muharam serta Rejab yang berada antara
Jamadilakhir dan Syaaban.”
(al-Bukhari)

Peristiwa bulan Rejab

(1) Peristiwa Isra’ Mikraj.
Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W
telah diperjalankan oleh Allah dari Makkah ke Baitul
Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi
dibelahnya dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian
diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu Allah, dan
Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5
waktu kepada umat Baginda Rasul.

(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah.
Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat
mengadu kepada Baginda Rasulullah S.A.W, lalu
Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat
kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja
Habsyah ketika itu bukanlah seorang Muslim, namun
Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin
keselamatan orang Islam.

(3) Peperangan Tabuk.
Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada
pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan
diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta
kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi
sebarang kesukaran, menempuh musim panas,
terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara
Hijjaz dan Syam).

(4) Imam Syafie meninggal dunia.
Beliau merupakan salah
seorang dari empat imam mazhab
besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab
Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada
bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian
Imam Abu Hanifah.

(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis.
Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi
telah Berjaya menawan kembali
Baitul Maqdis kali kedua
(583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah
kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina
Umar Al-Khattab R.A.

AMALAN-
AMALAN
DAN ZIKIR

BULAN
REJAB

Berdoa pada malam 1 Rejab

‫ َوَباِرْك‬، ‫اللُهَّم َباِرْك َلَنا ِفي َرَج ٍب َوَش ْع َباَن‬
‫(َوَبِّلْغ َنا) َلَنا ِفي َرَم َض اَن‬


“Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada

bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah

(pertemukan kami dengan bulan Ramadhan)


kepada kami pada bulan Ramadhan”.

“Telah sampai kepada kami khabar yang
mengatakan bahawa doa akan dimakbul

pada lima malam: malam Jumaat,
malam Hari Raya Adha, malam Hari

Raya Fitrah, malam pertama bulan
Rejab, dan malam nisfu Sya’ban"
-Imam al-Syafi’i -

Berpuasa sunat

Lafaz Niat Puasa Bulan Rejab

‫َنَوْيُت َص ْوَم َغٍد ِفى َش ْه ِر َرَج ِب‬
‫ُس َّنًة ِللِه َتَع اَلى‬


“Sahaja aku niat Puasa esok hari di bulan Rejab
Sunat Kerana Allah Ta’ala”.



Rasulullah SAW bersabda kepada Abdullah bin
Harits yang bertanya tentang puasa sunnah
kepada beliau: “Berpuasalah kamu di bulan

kesabaran (Ramadhan), kemudian berpuasalah
tiga hari setelahnya, dan kemudian berpuasalah

pada bulan-bulan haram”.
(HR. Ahmad)

Doa dibaca pagi dan petang
di bulan Rejab (70x)

‫َرِّب اْغِفْر ِلْي َواْرَح ْم ِنْي َوُتْب َعَلَّي‬

"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku, sayangi aku dan
terimalah taubatku"



Doa dibaca antara Zohor dan
Asar bulan Rejab (70x)

‫َاْس ـَتْغ ِفُر الله َ اْلَع ِظ ْيَم اَّلِذي لآ ِإَلَه ِإَّال ُهَو اْلَح ُّي اْلَقُّيْوُم‬
‫ َتْوَبَة َعْبٍد َظاِلٍم َال َيْم ِلُك ِلَنْف ِس ِه َض ًّرا َوَال َنْف ًع ا‬،‫َوَأُتْوُب ِإَلْيِه‬

‫َوَال َم ْوًتا َوَال َح َياًة َوَال ُنُش ْوًرا‬

Aku memohon ampun kepada Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, yang

Maha Hidup, yang Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepada-Nya


dengan taubat hamba yang zalim yang tidak memiliki pada dirinya
sendiri manfaat, mudarat, kekuatan, kehidupan dan kematian.

Dibaca pada 10 hari yg
pertama bulan Rejab (100x)

‫ُس ـْبَح ان الله اْلَح ِّي اْلَقُّيْوِم‬

Dibaca pada 10 hari yg
kedua bulan Rejab (100x)

‫ُس ـْبَح اَن الله ِ ْاَألَح ِد الَّص َم ِد‬

Dibaca pada 10 hari yg
ketiga bulan Rejab (100x)

‫ُس ـْبَح ان الله الَّرُؤْوِف‬

Membaca “Sayyidul Istighfar”
(3x Pagi dan Petang)

‫عوَََلأأََُنّعياْوََُوعذَْأبُِبُبَْدوكَُكء‬،ََ‫َعهَأُِِدبإََْوّكاُلءَأََْلنمَكَااتِْسبَِنـخَْتعَلََْمقطَِْعتتَِنكُْتي‬،ْ‫َاَِلمَوّلَُْأَهنناَمََّشعََّأِْلنرََىمتَاعََْهرصِّبِدَْنَيكْعلَُآوتَِإوَل‬
‫ِبَذ ْنِبْي َفاْغِفْر ِلْي َفِإَّنه َال َيْغ ِفُر الُّذ ُنْوَب ِإَّال َأنت‬

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau,
Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan
hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu

sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari
buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat
yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku

lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali
engkau.


Click to View FlipBook Version