The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHASA MELAYU_ NOTA KATA HUBUNG TINGKATAN 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syihusna20, 2022-02-05 23:40:38

BAHASA MELAYU_ NOTA KATA HUBUNG TINGKATAN 3

BAHASA MELAYU_ NOTA KATA HUBUNG TINGKATAN 3

ASPEK
TATABAHASA:
KATA HUBUNG

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU ASYIKIN

KATA HUBUNG

● Kata yang menghubungkan dua atau lebih kata, frasa, klausa atau ayat.
● Jenis -jenis Kata Hubung:

KATA KATA KATA HUBUNG
HUBUNG HUBUNG BERPASANGAN
GABUNGAN PANCANGAN

KATA HUBUNG GABUNGAN

★ Kata hubung gabungan ialah kata yang menghubungkan kata

dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat yang
sama sifatnya dan memiliki status yang sama.

★ Dikenali juga sebagai kata penyambung ayat.

★ Berfungsi menghubungkan dua binaan ayat atau lebih

sehingga membentuk ayat majmuk.

kecuali ❖ Menunjukkan kekecualian. ● Semua anak Puan Aisyah menuntut di
atau luar negara kecuali anaknya yang
❖ Menunjukkan pilihan. bongsu.
sambil
dan ❖ Menunjukkan sedang ● Kamu hendak mengikut kami atau
lalu melakukan sesuatu, mahu tinggal di sini?
melakukan yang lain juga.
tetapi ● Kanak-kanak di atas pentas itu
❖ Menggabungkan dua unsur menyanyi sambil menari.
yang setara.
● Ibu membeli susu dan roti di kedai Pak
❖ Menggabungkan dua Hassan.
perbuatan atau perkara yang
berlaku berturut-turut. ● Petir berdentum lalu kilat
sabung-menyabung.
❖ Menyatakan hal yang
berlawanan atau bertentangan. ● Ammar gemar mendengar lagu tetapi
dia tidak pandai menyanyi.

KATA HUBUNG PANCANGAN

★ Menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil,
klausa pelengkap atau keterangan.

agar / supaya ❖ Menyatakan tujuan. ● Saya berharap agar
kamu dapat
apabila ❖ Menunjukkan masa. menghubungi dia
hingga / ❖ Menyatakan sesuatu yang segera.
sehingga
sampai ke had tertentu. ● Mukanya berubah
pucat apabila disoal.

● Ayah dan kawannya
berbual hingga larut
malam.

kerana ❖ Menunjukkan sebab. ● Syafiqah menangis
jika / kalau / ❖ Menunjukkan syarat. kerana terlalu sedih.
sekiranya /
❖ Menunjukkan masa / hal ● Jikalau saya kaya, saya
jikalau yang bertentangan. akan membina rumah
manakala kebajikan.
❖ Digunakan untuk
selagi menunjukkan sesuatu hal ● Baju Rahim bersih
yang masih belum manakala baju adiknya
berhenti. kotor.

● Amin tidak akan
berputus asa selagi dia
tidak berjaya
menggenggam segulung
ijazah.

KATA HUBUNG BERPASANGAN

★ Kata hubung berpasangan digunakan secara
berpasangan untuk menghubungkan dua ayat untuk
membentuk ayat majmuk.

Baik … mahupun ● Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong
royong membersihkan balai raya itu.

Sungguhpun … tetapi ● Sungguhpun badannya besar tetapi dia kuat berlari.
Entah … entah ● Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah

tidak.

Walaupun … namun ● Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

Sama ada … atau ● Guru besar meminta sama ada bapa atau ibu murid
untuk hadir ke sekolah.

KESALAHAN DALAM MEMBINA
KATA HUBUNG

★ ‘Hingga / sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’.
*pilih salah satu sahaja.

Contoh ayat:

SALAH
● Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari.

BETUL
● Dia belajar dari pagi hingga petang hari.
● Dia belajar dari pagi ke petang hari.

KESALAHAN DALAM MEMBINA
KATA HUBUNG

★ Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan.

Contoh ayat:

SALAH
● Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat
nanti.

BETUL
● Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat
nanti.

KESALAHAN DALAM MEMBINA
KATA HUBUNG

★ Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan
sama dalam satu ayat.

★ Gunakan berselang dengan ‘serta’.

Contoh ayat:

SALAH
● Sumaiyah bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada
waktu malam.

BETUL
● Sumaiyah bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada
waktu malam.

KESALAHAN DALAM MEMBINA
KATA HUBUNG

★ ‘kerana‘ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak
di tengah ayat. ‘Oleh sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat.

Contoh ayat:

SALAH
● Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga terjatuh.
● Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
● Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan.

BETUL
● Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga terjatuh.
● Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
● Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan.

SEKIAN, TERIMA
KASIH

SEMOGA MAJU JAYA!!

Thanks!

Do you have any questions?
Your [email protected]
+91 620 421 838
yourcompany.com

CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and
infographics & images by Freepik

Please keep this slide for attribution


Click to View FlipBook Version