TAMAN HERBA DAN TAMAN SAINS
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MADRASAH IDRISIAH
Sekolah merupakan institusi yang sangat penting dalam membina jatidiri dan minat
murid-murid. Salah satu wadah pembelajaran murid yang perlu dibangunkan adalah
taman herba di sekolah. Unit Bimbingan Dan Kaunseling Madrasah Idrisiah mengambil
langkah kehadapan dalam membina sebuah taman pembelajaran iaitu taman herba dan
taman sains. Taman ini dibangunkan selari dengan kewujudan sudut kerjaya STEM
Madrasah Idrisiah. Tujuan taman ini dibangunkan adalah :
1. Agar murid-murid mencintai dunia STEM.
2. Memperkenalkan hasiat pokok herba kepada murid.
3. Mengaitkan tumbuhan herba dengan dunia perubatan.
4. Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan murid.
5. Memberi peluang kepada semua murid mempelajari hidupan flora dan fauna.
6. Memberi peluang kepada semua murid untuk melihat ekosistem semula jadi.
7. Melahirkan minat belajar di kalangan murid.
8. Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi.
9. Mengaitkan ilmu sains dengan kebesaran Ilahi.
10. Memperkenalkan jenis-jenis kerjaya STEM.
11. Memupuk kreativiti murid untuk berkarya dalam bidang STEM.
12. Mencipta Inovasi dalam bidang STEM.
POKOK SAMBUNG NYAWA
Tanaman sambung nyawa mengandung senyawa flavonoid, tanin, saponin,
steroid, triterpenoid, asam klorogenat, asam kafeat, asam vanilat, asam para
kumarat, asam p-hidroksi benzoat.
Khasiat Pokok Sambung Nyawa
1. Merawat kanser kandungan, kanser payudara, kanser darah.
2. Mengubati sakit ginjal.
3. Menurunkan kolesterol yang tinggi.
4. Merawat tumor seperti kista karena taman sambung nyawa ini
bersifat antikarsinogeik.
5. Merawat keputihan dan kesuburan pada wanita.
6. Ubat jerawat dan sakit kulit seperti herpes.
7. Ubat antibakteri.
8. Merawat sakit limpa.
9. Sebagai ubat sakit hipertensi atau darah tinggi.
10. Sebagai ubat sakit amandel, asma, polip, radang tengkorak, batuk.
11. Merawat sakit lambung.
12. Merawat demam.
POKOK PANDAN
Khasiat Pokok Pandan
1. Kegunaan dalam masakan sebagai pewarna asli.
2. Memberi kesegaran pada nasi agar tidak mudah basi - memberi aroma dan dapat
mengelakkan nasi dari cepat basi.
3. Melembutkan daging - masukkan daun pandan semasa memasak atau merebus daging
dapat membantu melembutkan daging
4. Melicinkan kulit - kisar dan perah bagi mendapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik.
Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
5. Matikan kuman dalam darah - Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap
dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
6. Mengecutkan rahim - Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan
anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
7. Menurunkan tekanan darah tinggi - Pengambilan teh pandan secara teratur dapat
mencegah penyakit jantung seperti penyakit koronari jantung.
8. Mengatasi Diabetes - redakan paras diabetes dengan pengambilan daun pandan
sebagai pemanis atau gula. Daun pandan akan membuat rasanya semakin segar dan
sedap.
9. Mencegah dan Menghilangkan kelemumur.
10. Meredakan Sakit Kepala - Daun pandan dapat bertindak sebagai penghilang rasa sakit
kepala, sakit dada, dan radang sendi.
11. Anti Kanser - menurut kajian, ekstrak daun pandan memiliki efek sitotoksik, antimiotik,
antiproliferatif, dan apoptosis. Kandungan yang terdapat dalam daun pandan ini memiliki
potensi untuk digunakan dalam terapi kanser. Anda boleh mendapat manafaat dari
daun pandan untuk kesihatan dengan menikmatinya sebagai minuman teh pandan.
POKOK SERAI
Khasiat Pokok Serai
1. Anti-Kanser / boleh mematikan Sel Kanser
2. Anti-Oksidan
3. Detoksifikasi- Proses Pembuangan Toksin dari Badan
4. Menstabilkan tekanan darah dan kolestrol
5. Menggalakkan peredaran darah ke seluruh anggota badan
6. Mampu menstabilkan tekanan darah seseorang.
7. Mengatasi masalah sembelit
8. Membantu membuang toksin dari badan dengan membersihkan pankreas, hati,
buah pinggang, dan saluran darah. Memudahkan pembuangan air besar dan
melancarkan sistem pencernaan badan
9. Merawat demam dan selsema, juga pernah dikenali sebagai daun demam (fever
grass) kerana mampu mengubati demam.
10. Mengubati senak perut
11. Serai selalunya diminum seperti teh kerana dipercayai dapat membantu dalam
masalah pencernaan, diarrhea dan senak perut. Minuman serai dapat
menenangkan ketegangan, dan melegakan senak perut. Minuman ini bukan
hanya sesuai untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga boleh meminumnya.
12. Ensiklopedia
13. Anti-Bakteria dan Anti-Kulat.
14. Melegakan batuk dan demam.
15. Artritis, gout dan sakit sendi
16. Serai sangat sesuai dijadikan minuman untuk orang yang mengalami Artritis.
Pesakit yang menderita kerana masalah sendi tulang dan urat akan mendapat
banyak manfaat dari khasiat serai.
17. Angin di dalam perut. Minuman serai dan minyak serai sangat mujarab untuk
merawat angin dalam perut.
18. Membantu sistem pencernaan badan
19. Mampu memberi kelegaan pada sakit gastrik. mampu melegakan kembung
perut dengan memudahkan pembuangan angin dalam badan.
20. Menurunkan berat badan.
21. Mengatasi masalah sakit semasa menstruasi (haid)
LIMAU KASTURI
Khasiat Limau Kasturi
1. Mengurangkan dan melegakan sakit asma
2. Mengatasi masalah sakit tekak dan batuk
3. Mengatasi masalah pening kepala
4. Melangsingkan tubuh
5. Ubat kelemumur
6. Ubat pening kepala
7. Atasi masalah ketiak/ badan berbau
8. Ubat demam
9. Menambah keenakan pada makanan dan minuman
10. Khasiat yang lebih tinggi dan lebih banyak berbanding sebiji epal hijau
11. Mengandungi floretin-G yang tinggi
12. Antioksidan. Menstabilkan sel darah merah, menurunkan trigliserida dan
kreatinin.
13. Pengoksidaan lemak, protein, karbohidrat dan asid deoksiribonukleik (DNA).
PEGAGA
Khasiat Pegaga
1. Mengawal paras gula
2. Meningkatkan fungsi kognitif
3. Mengurangkan kerisauan dan tekanan
4. Merawat insomnia
5. Mengurangkan tanda regangan (stretch marks)
6. Menyembuhkan luka dan mencegah parut
7. Merawat vena varikos (varicose veins)
8. Antioksida
9. Antimikrob
DAUN KAPAL TERBANG
Khasiat Daun Kapal Terbang
1. Merawat luka-luka kecil jika tidak terdapat akses terhadap ubat-ubatan
moden. Ini kerana kandungan tetrahydroxyflavone yang terdapat dalam daun
tumbuhan ini boleh menyebabkan pembekuan darah dan seterusnya
menghentikan darah daripada terus mengalir jika ada sebarang luka kecil.
Daunnya dihancurkan dan ditepek pada lokasi luka pada tubuh badan anda.
Namun, jika luka yang dialami tersebut agak besar atau dalam, anda
dinasihatkan untuk terus berjumpa doktor bagi mengelakkan komplikasi yang
lebih berbahaya seperti jangkitan atau pendarahan yang tidak terhenti.
DAUN KADUK
Khasiat Daun Kaduk
1. Melawaskan kencing - Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.
2. Merawat demam Malaria- Rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.
3. Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit.
4. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk.
5. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus
bersama sedikit air.
6. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang
ditumbuk lumat.
7. Merawat sakit gigi
8. Merawat lemah dan sakit dalam tulang
9. Merawat masalah cacing
10. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat
dan sebagainya.
POKOK ROSEMARY
Khasiat Pokok Rosemary
Berasal dari rantau Mediterranean, rosemary adalah salah satu herba yang paling
biasa ditemui dalam rak rempah-rempah, dan untuk tujuan yang baik – bukan
sahaja ia mempunyai rasa dan aroma yang indah, tetapi ia juga mempunyai banyak
kesan kesihatan yang bermanfaat jika kerap ditambah ke dalam diet pemakanan
kita.
1 Meningkatkan Memori
2 Melegakan Mood dan Stress
3 Meningkatkan Imuniti
4 Perut Sihat
5 Menyegarkan Nafas
6 Merangsang Aliran Darah
7 Melegakan Kesakitan
8 Anti-radang
9 Menyahtoksikan Badan
10 Penjagaan kulit
POKOK GARUDA
Pokok geruda adalah pokok yang renek daripada keluarga Rutaceae dengan
batang yang keras dan cabang yang banyak. Daunnya kecil, bujur tirus di bahagian
tangkai tersusun mendatar pada tangkai daun dengan bilangan yang tidak sekata.
Pokok ini mudah dikenali kerana daunnya mengeluarkan daun yang busuk.
Khasiat Pokok Garuda
1. Untuk mengubati penyakit seperti epilepsi (gilababi), hernia, histeria, flebis
(radang pembuluh darah) dan artritis.
2. Untuk menurunkan kepanasan badan bagi yang mengalami demam tinggi.
Pengguna dengan dos yang terkawal boleh merangsang otot uterus dan
menggalakkan pengeluaran haid.
3. Awas kerana ia juga boleh menyebabkan keguguran bagi wanita hamil.
Penggunaan secara terus seperti memakan terus pokok ini boleh
menyebabkan pendarahan dalaman. Penggunaan yang terlalu kerap dan
dengan dos yang berlebihan boleh mengundang maut. Sungguhpun begitu
pokok ini amat popular dikalangan pengamal perubatan herba.
4. Oleh kerana tumbuhan ini mengandungi kandungan toksin yang tinggi, ia
amat berpotensi untuk dikomersialkan sebagai racun serangga organik.
POKOK KUNYIT
Khasiat Pokok Kunyit
1. Meningkatkan daya tahan tubuh
2. Kunyit mengandung zat kurkumin yang bekerja meningkatkan daya tahan
tubuh. Artinya, sistem pertahanan tubuh melawan virus atau bakteri penyebab
penyakit yang ditingkatkan, bukan secara langsung membunuh kuman
tersebut.
3. Mengonsumsi air kunyit kuning secara rutin juga bisa membantu memerangi
virus yang menginfeksi saluran pernapasan berkat adanya zat anti kataral.
4. Mengubati radang. Kandungan pada kunyit yang disebut kurkumin merupakan
antioksidan yang memiliki efek antiradang poten. Pada satu kunyit, kurang
lebih memiliki kandungan kurkumin sebanyak 200 miligram (mg). Zat aktif
tersebut membantu menghentikan kerja enzim serta sitokin yang dapat
menyebabkan inflasi pada tubuh. Maka dari itu sangat bermanfaat untuk
mengurang radang dan dapat meningkatkan kortison pada kelenjar adrenal
dalam tubuh.
5. Mengurangkan Rasa Mual. kandungan kurkumin pada kunyit akan meresap ke
dalam aliran darah manusia dan mengurangi tekanan pada perut. Dengan
mengkonsumsi kunyit, tekanan pada perut akan terasa ringan dan lega
sehingga mengurangi rasa mual.
6. Hasil akan lebih maksimal dan cepat dalam mengatasi mual jika kamu
tambahkan air kunyit dengan lada hitam karena adanya kandungan piperin
yang mempercepat proses kinerja.
7. Mengatasi Perut Kembung
8. Kurkumin pada kunyit membantu mengurangi tekanan gas pada perut dan
membantu lambung untuk menghentikan produksi asam secara berlebihan.
9. Meningkatkan daya tahan tuKbUuhNY. IT HITAM
10. Mengurangkan rasa sakit senggugut.
11. Ubat alergi.
12. Penawar racun
KUNYIT HITAM
Khasiat Kunyit Hitam
Dengan nama saintifik Curcuma caesia, ia berasal daripada spesis kunyit dan
mempunyai daun berjalur ungu kehitaman di bahagian tengah. Segelintir masyarakat
juga memanggil kunyit hitam sebagai ‘temu hitam’.
1. Antioksida, antibakteria
2. Anti-radang
3. Mencegah masalah asma
4. Melegakan kesakitan /memberi kesan analgesik. kesan antipiretik (mengurangkan
demam) kerana mampu mengurangkan suhu badan yang tinggi.
5. Mencegah pertumbuhan bakteria
6. Mengawal gangguan kemurungan
7. Mengawal gejala muntah dan loya
8. Mencegah ulser perut
9. Mencegah cacing parasit
10. Mencegah pertumbuhan kulat
Kesan anti-kulat daripada minyak pati kunyit hitam telah dibuktikan melalui kajian sejak
pertengahan tahun 70-an. Jangkitan kulat pada kebiasaannya hanya berlaku pada
kawasan kulit dan kuku, namun sesetengah daripadanya boleh mengakibatkan
keadaan yang lebih serius dan mengancam nyawa seperti pneumonia. Melalui kesan
anti-kulat ini, kunyit hitam berupaya mencegah pertumbuhan kulat daripada merebak.
LIDA
LIDAH BUAYA
Khasiat Lidah Buaya
1. Melembap kulit muka dan badan
2. Merawat kesan kulit terbakar matahari
3. Membantu merawat jerawat dan penyakit kulit kulit
4. Membantu melambatkan proses penuaan dan menegangkan kulit
5. Mengurangkan kesan regangan kulit
6. Merawat dan melegakan ruam, radang dan gatal kulit akibat ekzema
7. Membantu merawat luka kecil dan kesan melecur
8. Membantu mengurangkan kesan tumit kaki yang merekah
9. Melegakan gigitan serangga
10. Menyehatkan dan memperkuat rambut
11. Mengatasi rambut kering
12. Merawar kulit kepala
DAUN KUCHAI
Khasiat Daun Kucai
1. Membantu mengatasi masalah pencernaan
2. meningkatkan kesihatan kardiovaskular
3. Meningkatkan daya tahan tubuh
4. meningkatkan kesihatan tulang
5. Mencegah risiko kanser
6. Meningkatkan kesihatan mata
7. Mencegah cacat lahir
8. Melancarkan sistem peredaran darah
9. Anti penuaan
10. Membantu menyembuhkan luka dengan cepat
11. Merangsang pertumbuhan rambut
12. Menyuburkan rambut
DAUN SUP
Khasiat Daun Sup
1. Mengurangkan tekanan darah tinggi
2. Merendahkan kadar kolestrol
3. Merawat batuk
4. Meningkatkan sistem imunisasi badan
5. Melancarkan sistem perkumuha
6. Biji benihnya turut boleh digunakan untuk melancarkan sistem perkumuhan.
7. Biji benih daun sup ini jika diamalkan ia mampu meningkatkan pengeluaran air
kencing yang membantu menyingkirkan toksik dalam badan. Selain ia juga
membantu dalam melawaskan pembuangan air besar.
BAYAM BRAZIL
Bayam Brazil merupakan sayur hijau yang mudah ditanam dan membesar.
Ia mengandungi pelbagai nutrien termasuk vitamin, mineral, serat dan fitokimia
yang memberi manfaat kepada kesihatan seperti mengawal tekanan darah,
mencegah kanser dan bertindak sebagai antioksida.
Khasiat Bayam Brazil
1. Mencegah kanser
2. Melawan radikal bebas
3. Meningkatkan kesihatan mata
4. Menurukan berat badan
5. Meningkatkan sistem ketahanan badan
6. Mengelakkan sembelit
7. Mengawal tekanan darah tinggi
8. Sumber vitamin K
9. Antioksidan
MANJAKANI
Khasiat Manjakani
1. Merawat masalah ulser
2. Merawat buasir
3. Rawatan cirit-birit, kolera dan gonorea
4. Merawat kesihatan dalaman wanita
Kegunaan Lain Bagi Manjakani
Manjakani turut digunakan sebagai pemekat pada stews atau dicampur dengan
bijirin untuk membuat roti. Manakala di India, manjakani telah digunakan sebagai
serbuk gigi serta digunakan dalam rawatan gigi dan gingivitis.
Malah kini, ekstrak manjakani telah digunakan secara meluas dalam farmaseutikal,
makanan dan makanan tambahan, pewarna dan dakwat.
Biji manjakani sangat kaya dengan tannin. Tannin merupakan sejenis sebatian
polifenol yang berasal dari tumbuhan, berasa pahit dan kelat, yang bertindak balas
dengan menggumpalkan protein, atau berbagai sebatian organik lainnya termasuk
asid amino dan alkaloid. Bahan kimia ini sering digunakan dalam proses
menyamak kulit agar awet dan mudah digunakan. Tanin juga digunakan untuk
menyamak (mengubar) jala, tali, dan layar agar lebih tahan terhadap air laut.
Di Alam Melayu, manjakani sering digunakan bersama dengan herba lain sebagai
ubat minum oleh wanita selepas melahirkan anak untuk mengembalikan keanjalan
dinding Rahim.
Di samping itu, orang Arab, Persia, India, Melayu dan Cina secara tradisinya turut
menggunakan manjakani selepas bersalin untuk merawat cirit-birit, masalah faraj
dan jangkitan selepas bersalin.
Manjakani Mengelakkan Masalah Keputihan
Manjakani dipercayai mempunyai aktiviti antibakteria dan aktiviti fungistatik
terhadap yis candida yang banyak menyebabkan jangkitan dan masalah
keputihan.
DAUN SIRIH
Khasiat Daun Sirih
1. Mengatasi Masalah berkaitan gangguan pernafasan.
Daun sirih sangat membantu dalam mengatasi masalah yang berhubungan
dengan batuk. Daun herba ini adalah ubat yang sangat baik untuk merawat
sesak dada, paru-paru tersumbat, dan asma.
2. Dapat Membantu Mengatasi Diabetes
Penelitian telah mengungkapkan bahwa serbuk daun sirih kering memiliki
kemampuan untuk menurunkan kadar glukosa darah pada individu yang baru
didiagnosa diabetes. Daun sirih adalah sumber antioksidan yang melawan
stres oksidatif dengan membersihkan tubuh dari radikal bebas.
3. Memiliki Sifat Antiseptik dan Antijamur
Daun sirih memiliki sifat antiseptik yang luar biasa karena kaya akan polifenol
terutama chavicol yang menawarkan perlindungan ganda dari kuman. Berkat
hal ini, daun sirih juga digunakan dalam mengobati radang sendi dan orkitis.
4. Menurunkan Tingkat Kolesterol
Kadar kolesterol yang tinggi merupakan faktor risiko penyakit jantung dan
stroke. Penelitian telah menemukan bahwa daun sirih membantu menurunkan
kadar kolesterol jahat alias low density lipoprotein (LDL).
5. Meningkatkan Kesehatan Pencernaan
Mengunyah daun sirih setelah makan dianjurkan karena daun sirih mampu
mengatasi perut kembung, sembelit dan dapat membantu melindungi usus.
6. Daun sirih juga dapat meningkatkan metabolisme yang memicu sirkulasi dan
merangsang usus untuk menyerap vitamin dan nutrisi penting.
7. Daun sirih adalah sumber antioksidan yang mampu membersihkan zat
radikal berbahaya dari tubuh. Daun ini bermanfaat untuk mengembalikan
tingkat PH normal dalam tubuh dan membantu mengatasi sakit perut.