The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Creative Elmeza, 2023-02-13 03:22:16

MADAM PROFILE BACKGROUND

MADAM PROFILE BACKGROUND

YOUR CAREER STARTS HERE… WELCOME TO OUR ELMEZA ENTREPRENEURSHIP PROGRAM! HI THERE! I’M MADAM MIZA CEO, FOUNDER ELMEZA GROUP HOLDINGS SDN BHD


PENGENALAN Assalamualaikum semua. Sebelum tu saya perkenalkan diri dahulu. Saya Madam Nurhamiza Zakaria, (Madam Miza). Saya merupakan Founder dan CEO bagi Elmeza Group Holdings Sdn. Bhd. Bermula di saat ini, saya adalah LEADER anda. Madam bertanggungjawab untuk melatih anda sebagai SALES PERSON terbaik dan mampu MENGUBAH KEWANGAN dan TARAF HIDUP anda. elmeza.com.my “ UBAH EKONOMI RUMAH DAN ANDA PASTI BOLEH UBAH EKONOMI UMMAH! ”


LATAR BELAKANG MADAM MIZA elmeza.com.my Saya adalah anak kelahiran Johor. Madam merupakan ANAK SULUNG daripada 5 orang adik-beradik. Ketika zaman persekolahan, Madam memang memegang jawatan sebagai Ketua Pengawasan, Ketua Kelab Pembimbing Rakan Sebaya dan juga aktif sebagai pemidato serta aktivis Matematik bersama dengan pelajar-pelajar berbangsa Cina. Ketika berumur 17 tahun, Madam telah melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) dengan aliran Sains Tulen. Kemudian, Madam mendapat tawaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda Statistik dan Pengurusan Operasi. Kursus Sarjana Muda tersebut perlu mengambil masa 4 tahun untuk selesai dan graduasi namun, Madam telah berjaya menamatkannya hanya dalam 3 tahun sahaja dengan CGPA Dean List 3.78. Kejayaan tersebut adalah kerana Madam merancang dengan tepat “timeline” graduasi lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti. Kemudian, Madam telah berjaya mendapat tawaran ke peringkat Sarjana/ Master di dalam bidang Statistik & Matematik di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pengajian Master tersebut memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk selesai dengan disertasi. Sekali lagi Madam mencatat rekod terbaru dalam hidup dengan menamatkan pengajian peringkat Sarjana/ Master hanya dalam tempoh 1 tahun sahaja dengan CGPA 3.84. Semua usaha tersebut takkan membuahkan hasil jika tiada perancangan yang jelas, usaha yang tekad dan dengan izin daripada Allah swt.


Ketika Madam berusaha menamatkan pengajian di peringkat Sarjana/ Master, saya juga menimba pengalaman sebagai seorang Tutor/ Pensyarah Junior di UNIKL dan Taylor University Malaysia. Sejak berumur 21 tahun lagi, Madam telah mula mendidik anak-anak bangsa mengenai ilmu Matematik dan Statistik. Pengalaman belajar di peringkat Sarjana/ Master dan dalam masa yang sama juga mengajar sebagai Part Time Tutor, banyak mendidik Madam untuk bijak mengurus masa, disiplin kerja dan bijak merancang aktiviti harian agar seiring. Dengan izin Allah swt, berkat usaha berterusan dan perancangan yang jelas, Madam berjaya mendapat tawaran bekerja sebagai Pensyarah Statistik di Management & Science University (MSU) Shah Alam sehari selepas menamatkan pengajian di peringkat Sarjana/ Master. Madam memang tak pernah menganggur selepas belajar. Madam percaya jika kita rancang sebaiknya perjalanan hidup kita, Allah pasti berikan sebaiknya. Kerana Allah itu sentiasa mengikut sangkaan hambaNYA. Ketika baru berusia baru 22 tahun, Madam telah memulakan karier sebagai seorang Pensyarah di Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP) selama 2 tahun. Madam adalah pensyarah termuda ketika mengajar di MSU dan identiti Madam dirahsiakan dikalangan pelajar-pelajar kerana umur mereka adalah diantara 20 - 40 tahun. LATAR BELAKANG MADAM MIZA elmeza.com.my


LATAR BELAKANG MADAM MIZA elmeza.com.my Selepas 2 tahun menimba pengalaman mengajar di MSU, dengan izin Allah swt, Madam mendapat tawaran mengajar di UiTM Shah Alam. Madam ditempatkan di Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM). Sekali lagi, Madam diberikan tanggungjawab untuk mengajar “Graduating Subjects” di mana kebiasaannya diajar oleh Pensyarah Senior. Madam menggalas tanggungjawab selama hampir 8 tahun bersama UiTM. Sepanjang perkhidmatan bersama UiTM, Madam juga aktif menjadi “Visiting Lecturer” di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM, Nilai) dan Kolej Politeknik MARA, melakukan penyelidikan dalam bidang Statistik dan Matematik, membentangkan kertas penyelidikan di dalam negara dan luar negara seperti Korea Selatan, Singapura dan Arab Saudi. Selepas hampir 10 tahun pengalaman sebagai pendidik, Madam nekad untuk menamatkan perkhidmatan dan terus fokus dalam bidang perniagaan. Ini bukan keputusan yang mudah namun, demi sebuah perjuangan ekonomi Islam, Madam teruskan sehingga kini.


elmeza.com.my Jika kita lihat di media sosial dan media masa sekarang, ramai telah “disajikan” dengan “manisnya berniaga”. Tiada ilmu perniagaan, tiada sokongan dan tiada cara berniaga dengan betul, masih boleh menjana jualan jutaan ringgit. Ibarat, MUDAHNYA BERNIAGA! Namun, langit tak selalunya cerah. Terangnya pelangi pasti datang dengan hujan yang lebat. Begitu juga dengan bisnes. Tak semudah yang disangka. Banyak yang perlu diuruskan dari sebesar-besar isu sehingga sekecil-kecil cabaran. Begitu juga yang Madam alami dan berhadapan sejak hampir 7 tahun dalam bidang perniagaan. Bila berniaga, kita perlu fokus. Fokus pada apa target yang kita ingin capai. Kita perlu tahu END GAME yang kita Mak capai dan bila kita Mak capai. Dari situ, kita Akan susun gerak kerja yang betul untuk capai target yang telah kita set kan di awalnya. “Jika satu produk pun kita tak mampu menjana 1 juta ringgit, mana mungkin kita jual beribu produk dan yakin yang kita akan dapat berjuta-juta ringgit?” Setuju? Tepuk dada dan tanya hati. PERJALANAN DALAM PERNIAGAAN


PERJALANAN DALAM PERNIAGAAN elmeza.com.my Madam menubuhkan Elmeza atas dasar satu perjuangan. Untuk lihat anak bangsa Malaysia berjaya berbisnes dan menjadikan Elmeza sebagai platform berkongsi rezeki dan peluang untuk mengubah hidup. Pada kaca mata Madam, jika kita ingin mengejar kerjaya impian, kita perlu menimba ilmu dan bekerja keras untuk mendapatkannya. Begitu juga dengan bisnes. Tiada bezanya. Ingin bisnes bergerak maju kehadapan, perlaburan terbesar adalah ilmu dan kemudian tindakan untuk mendapatkannya. Madam sangat percaya kejayaan sangat berkait rapat dengan ilmu dan dengan siapa kita berguru. Dalam meneraju Elmeza, Madam juga sangat fokus dalam menimba ilmu bersama Guru-guru seperti Tuan Hj Abdul Basit, Guru Pengurusan Bisnes No 1 Malaysia dan Datuk Faridah Hanim (Ibu Hanim), Guru Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan Malaysia. Untuk meneraju sesebuah bisnes, pengalaman dan ilmu perlu seiring. Madam menggunakan pengalaman selama hampir 10 tahun di dalam bidang Pengajian Tinggi (khusus dalam bidang Statistik) dalam menguruskan data, menyusun strategi, menguruskan team, membangunkan syarikat dan seterusnya untuk terus berada di dalam pasaran.


elmeza.com.my Pada anda yang telah terpilih dan menjadi sebahagian daripada Team Elmeza, khususnya untuk Elmeza Entrepreneurship Program, gunakan peluang ini sebaiknya untuk menimba pengalaman di dalam bidang jualan. Fokus dengan tanggungjawab yang digalas, set target yang perlu anda capai setahun daripada sekarang dan usaha sebaiknya untuk capai apa yang anda inginkan. KEJAYAAN TAKKAN DATANG DENGAN TIBA-TIBA. FOKUS DAN JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA DENGAN APA YANG TELAH ANDA PILIH. JIKA GAGAL HARI NI, DAN ANDA TERUS BERHENTI, SIA-SIA USAHA YANG YANG LAKUKAN SEBELUM INI. DENGAN SIAPA ADA BERKAWAN ATAU BERGURU SEKARANG, ITULAH GAMBARAN DIRI ANDA 5 TAHUN YANG AKAN DATANG. WELCOME TO ELMEZA! STAY FOCUS, NEVER GIVE UP, PUSH YOUR LIMITS, VICTORY WILL COME TO YOU… PERJALANAN DALAM PERNIAGAAN


elmeza.com.my OUR MISSION 1. We are the RESIDENTIAL CLEANING PRODUCTS distributors. 2. We pledge to be your HOME CLEANING LIFE PARTNER that provides SAFE, COMFORT and AFFORDABLE products that promises complete cleaning solutions in your home with STRESS-FREE. 3. We aim to enrich the QUALITY OF LIVING for each family with LOVES, HAPPINESS and PEACE OF MIND, in order to serve worthy purposes in the community. 4. We pledge to build PROGRESSIVE NATION, EMPOWER PEOPLE by enriching the knowledge, discovering the new opportunities, achieving EXCELLENCE in this WORLD and HEREAFTER. OUR VISION To be a KEY PLAYER of the residential cleaning industry with a conviction to provide SAFE, COMFORT and AFFORDABLE products, dominationg ASEAN MARKET. YOUR CAREER STARTS HERE…


Click to View FlipBook Version